Showing posts with label umno bn. Show all posts
Showing posts with label umno bn. Show all posts

10 February 2013

Segala persiapan untuk Umno@BN menipu dalam PRU13 dah lengkap?


Apa pun, aku cukup yakin, segala persiapan untuk Umno BN menipu masa PRU13 nanti dah pun sedia. Pasai tu Najib nampak dengan penuh yakin yang Umno BN akan menang lagi dalam PRU13.

Sinarharian melaporkan: 
KUALA LUMPUR - Gelombang Arab Spring tidak akan berlaku di negara ini sekiranya Pakatan Rakyat (PR) menerima apa sahaja keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, PR tidak boleh sewenang-wenangnya membuat sebarang huru-hara kerana negara ini mempunyai undang-undang. -Sinarharian.   

18 September 2012

Rakyat ucap selamat tinggal pada Umno-BN: KERAJAAN AKAN BERTUKAR!



Ambang Merdeka 2012, rakyat ucap selamat tinggal pada Umno-BN: KERAJAAN AKAN BERTUKAR!Sejumlah besar menghadiri "upacara yang tidak perlukan orang dibayar" di DataranMerdeka pada malam Merdeka '55 - 30 OGOS, 2012 – ini merupakan satu lagi petanda yang jelas bahawa rakyat tidak berpuas hati dengan kerajaan sekarang. Ia adalah perhimpunan JanjiDemokrasi untuk menyambut Merdeka '55.

Mereka berkumpul untuk meraikan Merdeka yang 'sebenar' bagi rakyat dan berada dalam usaha untuk mendesak diadakan pilihanraya yang adil dan bebas, pemeliharaan kesucian Perlembagaan, kebebasan bersuara, media yang bebas dan keadilan sosial untuk semua rakyat Malaysia.

02 September 2012

Apabila Syaitan Hulurkan Salam



Dalam tempoh seminggu yang lalu, Umno-Barisan Nasional cuba untuk mendapatkan momentum dengan memainkan pelbagai isu bagi melaga-lagakan Pakatan Rakyat, khususnya dalam isu hudud. Sebelum itu, dalam bulan Ramadan mereka memainkan isu air di Selangor.

Sehari dua ini, Umno melalui akhbar Utusan Malaysia miliknya, cuba untuk menghangatkan dalaman PAS, dengan memainkan sokongan ulama PAS terhadap bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa.

Namun, kita percaya kepimpinan dan ahli-ahli PAS cukup matang untuk menilai dan memperhalusi propaganda jahat Umno melalui Utusan, barang dijauhkan kita daripada tempias fitnah mereka.

Apa jua propaganda dan adu domba yang cuba dimainkan Umno, malangnya mereka terperangkap dengan pengakuan mantan Perdana Menteri dan Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang memperakui bahawa Umno-BN tergolong dalam kelompok 'syaitan yang dikenali.'

29 August 2012

Kalau tak buat macam ni orang tak mai, kosong la stadium ... hahaha perangai ni dah sinonim dah dengan UMporNO BN

Duit RM30 T-shirt sehelai cuti ganti sehari ... kah kah kah 

Sebelum ni dah terbongkar cerita DBKL , kakitangan awam dan badan berkanun "dikerahkan" wajib hadir ke sambutan Hari Kemerdekaan untuk "meramaikan" Himpunan Janji Ditepati yang kerajaan nak buat di  Stadium Nasional Bukit Jalil.
Kah..kah..kah... dah macam hari sukan sekolah pulak dah, wajib hadir... 

KTMB lagi best, mengikut 1 sumbar dalaman, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), surat pengerahan kakitangan mula dihantar melalui Unit Sumber Manusia dengan mewajibkan setiap jabatan menghantar wakil.

“Berdasarkan surat tersebut, KTMB diwajibkan menghantar 100 penyertaan dan setiap jabatan wajib hantar wakil.

Mengikut surat itu, mereka akan diberikan RM30 dan sehelai t-shirt, disamping cuti ganti 1Hari. kah..kah..kah

29 May 2012

Himpunan Belia 2012 : Hampa tengok, 2 orang 'belia' ni pun tak mau kalah ...





Kadang-kadang Puteri naik heran...dengan sikap segelintir rakyat Malaysia yang masih tak "peka" dengan sikap UMNO haprak....



Umpama kerbau yang dicucuk hidung...umpama robot yang disetkan suisnya....ikut telunjuk..tak mengira halal haram...seolah-olah apa yang dibuat oleh pemimpin UMNO busuk...yang haram bertukar halal....



Himpunan Sejuta Belia.....bukan main gah...canang pelusuk alam..nak sajikan pengisian rohani...tapi apa yang terjadi....program maksiat menjadi agenda....anak-anak muda didedahkan dengan budaya barat. yang menyimpang jauh dari ajaran Islam...apakah ini nilai pengisian rohani dimata pemimpin UMNO haprak!




Anak muda rosak di tangan UMNO..anak muda akan hilang pedoman bila bersama UMNO...anak muda akan jauh dari agama bila berkawan dengan UMNO...yang nyata dan perlu lagi bersuluh...pemimpin no 1 UMNO sanggup turun padang bersama-sama menunjukkan taring kehebatan melakukan perkara mungkar...pemimpin-pemimpin UMNO busuk yang lain....tak segan silu..bersama-sama terkinja-kinja dengan anak-anak muda ...kononnya nak tunjuk kebersamaan....




Makcik-makcik...pakcik-pakcik kat kampung..yang selalunya asyik...angguk-angguk...geleng-geleng..iya-iya...saya-saya...kiri kanan ikut saja....bukalah mata luas-luas...kalau macam tu perangai pemimpin yang menerajui Malaysia..jamin ka anak-anak makcik selamat...bukan selamat kat dunia saja...fikir sama selamatkah diakhirat kelak....


Bila anak-anak muda ke perhimpunan bersih.....mereka dibelasah..mereka diseret macam penjenayah...bila anak muda pergi kuliah agama...mereka dicop pelampau..mereka dituduh sesat...bila anak muda bangun membantah kerakusan UMNO..mereka dikatakan tidak kenang budi..terpedaya dengan pembangkang dan sebagainya...tapi bila anak muda dilalaikan dengan program maksiat....didedahkan dengan pergaulan bebas...mendedahkan aurat....minum arak....tak ada pun suara-suara UMNO haprak yang menyalak menyalahkan pemimpin UMNO...seumpama direstu....lagi pun apa nak susah..kalau termengandung..sekolah mengandung sedia menanti pendaftarannya....tak gitu....



Tepuk dada tanya iman...jangan tanya selera....kalau begini rupanya pemimpin kita...fikirkanlah...apa akan terjadi kepada masa depan anak-anak muda kita.....mau tak mau..suka tak suka....PRU 13 ni...buatlah sesuatu...rasanya tak perlulah Puteri sebut...faham dah kut........



Bagi Puteri..tidak akan sesekali redha UMNO haprak menjadi pembimbing anak-anak Puteri.....bak kata orang Baling....tak kelapaa....... Harakah 

Umno BN hilang moral - DSAI

(Oleh Amiruddin Ahmad) 
KUALA LUMPUR 29 Mei: Kemaraan Pakatan Rakyat (PR) ke Pahang tidak mampu dibendung oleh Umno BN. Buktinya di pekan terpencil Tong Kiat, Maran menyaksikan kunjungan Ketua Umum KEADILAN disambut lebih 3,000 masyarakat Cina yang datang mendengar ceramah beliau Ahad lalu.
Kehadiran rakyat yang tidak disangka itu menunjukkan momentum perubahan semakin menyerlah biar pun di kawasan yang sukar untuk mendapat maklumat dari media alternatif.
Dalam ceramahnya, Anwar mengecam sikap Umno BN yang tidak langsung menghormati demokrasi serta menggunakan taktik provokasi dan kesamsengan bagi mempertahankan kuasa.
“Budaya mengutuk Tok Guru Nik Aziz tidak patut. Seorang alim digelar bapa kafir, ini adalah budaya yang amat jijik. Adakah Nik Aziz ambil tanah, ambil duit lembu?
“Membaling batu dan mengganggu ceramah Pakatan juga budaya tidak bermoral. Apa akan terjadi kalau dilakukan terhadap kediaman Najib, perbuatan (sama) di hadapan rumah Datuk Ambiga?
“Bagaimanakah kalau ahli PAS, KEADILAN dan DAP bertindak balas ? Di mana moralnya ahli Umno? Kita menyokong Ambiga atas sebab pilihan raya dan mahukannya dibersihkan, ” katanya disambut sorakan hadirin.
Anwar turut menjelaskan PTPTN boleh dihapus sekiranya Umno BN tidak lagi memerintah. Menurutnya, debat Khairy dan Rafizi mengenai PTPTN menampakkan hasrat sebenar BN yang tidak mampu untuk melaksanakan pendidikan percuma serta mementingkan golongan tertentu dari membaiki kehidupan rakyat.
“Hutang lembu, hutang MAS bagaimana? Kalau rakyat kampung dan orang bawahan berhutang, kena bayar. Kita perintah Selangor dan kita mampu membayar untuk kepentingan rakyat. Kita yakin dapat melakukannya (pendidikan percuma) jika rakyat memilih Pakatan Rakyat memerintah pusat, ” katanya.
Anwar turut mengulangi janji PR untuk membanteras rasuah, pembaharuan sistem kehakiman dan melahirkan masyarakat yang menghormati antara satu sama lain.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=30989

03 May 2011

Isu DSAI : BN silap percaturan

Mohd Rashidi Hassan

Barisan Nasional nampaknya sedang memperjudikan nasib mereka dengan percubaan untuk membunuh karektor peribadi Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan menyebarkan video yang didakwa membabitkan beliau.

Kali pertama taktik kotor dibuat pada zaman Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri iaitu pada tahun 1988. Kali kedua, takik yang sama diulang oleh Dato' Seri Mohd Najib Abdul Razak.

30 April 2011

"Kenapa buat baik dengan DAP? Adakah DAP boleh perjuangkan Islam" tanya Mahathir

ALOR SETAR, 30 April – Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata orang Melayu mesti bersatu di bawah Barisan Nasional (BN) yang didominasi Umno kerana perpecahan mereka kepada tiga parti telah melemahkan kaum itu.

Bekas perdana menteri (gambar) itu berkata, pilihan raya umum ke-13 yang dijangka dalam waktu terdekat adalah ujian penting bagi orang Melayu.

“Jika kita terbawa-bawa dengan cerita dewa-dewi, maka kita akan menolak BN dan mengundi pembangkang,” kata beliau.

29 April 2011

Saya tak akan tunduk serangan Umno-BN : DSAI

Oleh Shazwan Mustafa Kamal
April 29, 2011

KUALA LUMPUR, 29 April — Musuhnya boleh membawa seberapa banyak video seks atau tuduhan liwat, tetapi Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kesemuanya tidak akan memaksa beliau berundur daripada arena politik dan melepaskan tanggungjawabnya sebagai ketua Pakatan Rakyat.

Sebaliknya, pemimpin berusia 63 tahun ini percaya serangan demi serangan yang dibawa Umno terhadap bekas timbalan perdana menteri itu jika dilayan bermakna beliau “tunduk” kepada perancangan berterusan parti teras Barisan Nasional (BN) itu.

Ketua Umum Pakatan Rakyat ini memberitahu The Malaysian Insider, meskipun perikatan tiga parti itu digantikan oleh seorang ketua yang baru, serangan oleh Umno-BN tidak akan dihentikan.

06 March 2011

Guling kerajaan: Pemuda PAS cabar Muhyiddin tunjuk bukti


KUALA LUMPUR, 5 Mac — Pemuda PAS mencabar Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin agar mengemukakan bukti kononnya pembangkang mahu menggulingkan kerajaan dengan menggunakan ‘modal’ kebangkitan rakyat di rantau Timur Tengah dan dunia Arab.

“Dewan Pemuda Kelantan mencabar Tan Sri Muhyiddin supaya mendatangkan bukti yang jelas terhadap tuduhannya yang menyatakan pembangkang sedang menghasut dan memprovokasi rakyat bagi menggulingkan kerajaan seperti yang sedang berlaku di negara Asia Barat,” kata Ketua Penerangan Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari hari ini.

Semalam, Muhyiddin memberi amaran kepada pembangkang supaya tidak bermain api dengan menghasut rakyat menggulingkan kerajaan seperti yang sedang berlaku di Timur Tengah.

Muhyiddin berkata tindakan pemimpin pembangkang membandingkan Malaysia dengan negara-negara tertentu yang sedang menghadapi krisis politik itu adalah sesuatu yang amat tidak bertanggungjawab.

“Ini provokasi pembangkang... tidak bertanggungjawab, tidak demokratik dan sengaja mahu membuat huru-hara bila mana buat perbandingan situasi di Malaysia bila semua orang tahu, adalah negara yang aman, makmur dan membangun dengan pesat, rakyat jelata menikmati kemajuan yang agak tinggi berbanding negara itu,” katanya.

Ahmad Fadhli juga berkata Dewan Pemuda Kelantan menyifatkan kenyataan tersebut sebagai satu tuduhan rambang dan berniat jahat selain bertujuan untuk memburuk-burukkan Pakatan Rakyat di mata rakyat Malaysia khususnya di Kerdau dan Merlimau yang menyaksikan pilihan raya kecil.

“Dewan Pemuda Kelantan ingin menyatakan bahawa Pakatan Rakyat selaku pembangkang di Parlimen sentiasa menjunjung amalan demokrasi sihat yang dijamin oleh perlembagaan.

“Hakikatnya, yang sering mencabul demokrasi ialah Barisan Nasional yang seringkali bertindak di luar daripada lunas-lunas demokrasi,” kata beliau.

Kata beliau, sebelum Muhyiddin menuding jari ke atas pembangkang, beliau perlu menjelaskan tindakan-tindakan BN yang tidak demokratik seperti menubuhkan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) di negeri-negeri diperintah Pakatan Rakyat.

Malah kata beliau, tindakan tidak demokratik juga tercermin melalui tindakan BN yang menafikan royalti minyak sebelum ini kepada negeri Terengganu sewaktu diperintah oleh PAS dan sekarang Kelantan yang menerima nasib yang sama.

“Adakah tindakan menyertai pilihan raya dan membuat penjelasan kepada rakyat agar tidak mengundi Barisan Nasional merupakan satu tindakan yang salah?

“Jika demikian, apa pula penjelasan Tan Sri Muhyiddin terhadap tindakan Pergerakan Pemuda Umno Kelantan yang melancarkan Gelombang Merah yang jelas ingin menggulingkan kerajaan negeri Kelantan?” katanya.

Justeru, Ahmad Fadhli juga berkata Dewan Pemuda Kelantan menuntut agar Muhyiddin menyatakan secara terperinci tuduhan yang dilemparkan oleh beliau.

“Jika tidak, jelas sekali tuduhan tersebut hanyalah merupakan tuduhan rambang dan bertujuan memfitnah Pakatan Rakyat,” katanya lagi. - TMI

03 March 2011

Kepala bapak depa 1Malaysia : Kempen di Merlimau kotor - Kit Siang

JASIN, 3 Mac: Penasihat DAP, Lim Kit Siang mendakwa kempen pilihan raya kecil (PRK) Dun Merlimau sangat kotor dan bertentangan dengan slogan 1Malaysia yang dilaungkan BN.

Beliau yang kesal dengan beberapa perbuatan khianat termasuk penyebaran risalah fitnah dipercayai dilakukan Umno BN berkata, Umno BN harus bertanggungjawab dalam perkara ini.

"Kempen ini mahu menonjolkan 1Malaysia yang sepatutnya menunjukkan perpaduan dan satu kempen yang bersih.

"Tapi sangat sedih apabila melihat kempen yang sangat kotor. Ada fitnah, dusta, risalah-risalah dan gambar lucah, tuduhan-tuduhan tidak berasas dan siapa yang bertanggungjawab?

"Tentulah Barisan Nasional. Tak boleh lari daripada itu," kata beliau pada sidang media di bilik gerakan DAP, pekan Merlimau dekat sini, petang ini.

Hadir sama ialah calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat pada PRK Merlimau, Yuhaizad Abdullah.

Ahli Parlimen Ipoh Timur itu juga berkata, Umno harus memberi peluang kepada pengundi-pengundi untuk memilih calon daripada mana-mana parti tanpa menggunakan wang sebagai umpan.

"Siapa menang siapa kalah terpulang kepada pengundi-pengundi.

"Berkempenlah secara bersih dan hormati keputusan rakyat. Tak perlu ada insiden-insiden seperti pecah kereta, pentas DAP cuba dibakar.

"Ini semua tidak patut berlaku dan semua bertentangan dengan slogan 1Malaysia.

"Politik wang sangat jelas dan ini bukan satu pertandingan yang sihat dan sangat dikesali," katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai potensi Pakatan Rakyat untuk menang pada PRK ini, beliau berkata, kalah atau menang bukan keutamaan tapi perkara yang lebih penting adalah melihat perubahan yang dilakukan pengundi-pengundi yang terdiri daripada pelbagai kaum.

"Kita tahu tempat ini memang sukar untuk menang, mungkin tak boleh menang tapi apa yang mustahak dapat sambutan pengundi-pengundi di kawasan ini yang menunjukkan sokongan lebih kuat kepada Pakatan Rakyat," katanya.

Ujarnya juga, selepas pilihan raya umum 2008, semakin ramai rakyat yang mahukan politik baru.

"Sejak tsunami politik tiga tahun dahulu kita lihat ada perubahan bukan sahaja di negeri Melaka tapi di Malaysia dan apa yang berlaku di Mesir,Tunisia dan Timur Tengah, kita lihat perkembangan politik baru dan rakyat mahu menuntut perubahan termasuk di Malaysia," katanya.

STONE : Kalau dengar di TV kalau baca di akhbar yang tak elok yang tak betul yang menipu yang tak ada modal yang jahat yg samseng, yang semua2lah adalah dipihak PR. Dalam akhbar dalam TV, yg baik, yg betul yg tak samseng adalah umNO BN. Depa semua baik ..depa tak bakar pentas, depa tak pecah cermin kereta, depa tak edar gambar lucah, dan macam2 lagi yg baik-baik hanya umNO BN ... tapi pada hakikat adalah sebaliknya. Sayang, semua tu tak akan masuk cerita kat TV kat akhbar, yang masuk hanya cerita baik-baik saja ... umNO ni, lagi cepat mampuih lagi baik lah, senang hidup sikit ...

28 February 2011

... bukti UMNO BN PEMBOHONG - Orang Merlimau, Kerdau tak percaya mai tengok ni ...

Jadi janji-janji dari umNO samada dari PM dia atau Timbalan nya atau calonnya atau siapa saja dari penceramah kaki 'kencing' mereka tu aku nak pesan, dengar boleh (tapi kalau boleh tak payah dengar pun tak pa), tapi percaya jangan. Sekarang ni semua depa janji, semua depa nak bagi, bila lepas PRK nanti semua pakat balik KL duk diam saja. Bila tanya mana dia janji-janji prk dulu, depa akan kata tunggu peruntukan dulu ..... itu standet bagi umNO BN ni ... bukti dah ada kat bawah ni ... tengok lah kalau tak percaya ...

Bukan main hebat upacara pecah tanah oleh MB N9 ... tapi apa dah jadi sekarang ....?


nak tau cerita lanjut baca di sini

12 February 2011

Kejatuhan Hosni Mubarak bawa mesej jelas pada Umno


KUALA LUMPUR: Pimpinan KEADILAN mengalu-alukan kejatuhan regim pimpinan diktator Hosni Mubarak di Mesir melalui kebangkitan rakyat dan percaya, peristiwa bersejarah itu sepatutnya memberi pengajaran kepada pimpinan Umno Barisan Nasional (BN).

Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui twitter awal pagi ini, menyifatkan kejatuhan Hosni Mubarak sebagai pengajaran kepada penguasa zalim dan rasuah.

“Mubarak dipaksa berundur. Pengajaran kepada penguasa zalim dan rasuah. Reformasi!” kata Ketua Pembangkang itu.

Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali pula menyifatkan kejatuhan Hosni Mubarak membawa mesej jelas kepada Umno Barisan Nasional (BN).

“Kuasa rakyat tegak di Mesir. Tahniah kepada semua warga Mesir. Selepas ini siapa? Ini mesej jelas kepada Umno,” kata Ahli Parlimen Gombak itu melalui twitternya.

Hosni Mubarak tunduk kepada kebangkitan rakyat dengan meletak jawatan pada hari ke-18 demonstrasi rakyat dan disambut gembira penunjuk perasaan yang berhimpun di Dataran Thahir.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pusat, Shamsul Iskandar turut menganggap kejatuhan Hosni Mubarak hasil gerakan rakyat di Dataran Tharir yang secara sinis disamakan beliau dengan Dataran Merdeka

“Tahniah Rakyat Mesir. Tahrir Square menjadi saksi kejatuhan Hosni pemimpin yang korup dan menindas. Di Malaysia juga ada, Merdeka Square,” katanya juga melalui twitter.

Selain pimpinan KEADILAN, Kebanyakan pimpinan Pakatan Rakyat lain turut mengalu-alukan kejatuhan Hosni Mubarak, melalui paparan twitter.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar secara sinis menyifatkan kejatuhan diktator Mesir itu sebagai berakhirnya rejim Umno Mesir.

“Tahniah rakyat Mesir 18 hari tak berganjak, akhirnya Hosni Mubarak meletakkan jawatan. Berakhirnya rejim Umno Mesir,” katanya.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang pula meminta rakyat Sarawak mencontohi kebangkitan rakyat Mesir dengan menumbangkan ‘Mubarak Sarawak’, merujuk kepada Ketua Menteri Sawarak, Tan Sri Taib Mahmud.

Untuk rekod, tempoh pemerintahan Hosni dan Taib sama iaitu 30 tahun dan kedua-dua pemimpin itu sarat dengan pelbagai dakwaan rasuah dan penindasan terhadap rakyat. - keadilan daily

30 December 2010

UMNO/BN ni "Production House" cerita lucah ... macam-macam siri ada

Nampaknya ada VCD baru
Ustaz Saiful Bahri

Selepas isu VCD Datuk Chua Soi Lek bergema ditanah-air, beliau mengambil pendekatan berundur dari arena politik buat sementara dan kini beliau kembali sebagai orang no 1 MCA. Nampaknya skandal seks mungkin satu kebiasaan bagi masyarakat cina. Tak salah dan bukan permasalahan moral.

Seperti iklan produk susu carnation.. ingat bunga, ingat carnation. Sebab itu kalau ingatkan VCD (isu & cerita skandal seks) ni, pasti kita ingat Rahim Tambi Chik (1985). Pernah heboh isu bekas Ketua menteri Melaka ni. Meskipun beliau berundur dari jawatan Ketua Menteri, tapi Ianya tidak menjejaskan maruah dan politik beliau. Hingga kini beliau masih lagi aktif dan memegang jawatan. Ye lah.. anak didik kesayangan Dr Mahathir. Beliau bebas, yang masuk penjara adalah Lim Guan Eng.
Tan Sri Muhammad Taib, bekas Menteri Besar Selangor selaku bekas naib presiden UMNO penuh dengan kisah VCD. Paling sensasi melibatkan kahwin lari pada tahun 1987, bercerai dan bayar wang mut’ah RM16 juta 1993. Akhirnya berundur dan tutup cerita.

Apabila Dr Mahathir menobatkan orang yang dikatakan paling bersih dan suci sebagai Menteri Besar Selangor ke 12 menggantikan Mike Tyson iaitu Datuk Seri Abu Hassan Omar. Malang!, akhirnya timbul isu VCD jugak. Tak bersih mana jugak dan terpaksa berundur dari kerusi MB Selangor pada tahun 2000 atas alasan kesihatan dan keluarga.

Kalau nak sebut cerita, filem dan VCD ni banyak le dalam UMNO. Cuma bagi mereka pandai makan, pandai simpan. Akhirat belakang kira. Tanggung masing-masing. Pandai buat, pandailah tanggung. Itulah sifir mereka. Sehingga ada pemimpin UMNO yang rapat-rapat dan baik-baik memesan… jangan biarkan isteri dan anak perempuan saudara masuk wanita dan puteri UMNO. Habisle nanti.. nak-nak yang dahi licin ciket. Kena kenduri le jawabnya!

Bukan setakat lelaki aje. Wanita pun tumpang semulut. Isu Senator Norhayati Onn Selangor, Naib Ketua Wanita UMNO Selangor dulu… macam nak rak. Tapi habis macam tu aje. Sebab itu dalam UMNO ni, mereka cukup gerun kalau bercakap tentang keadilan kehakiman, hukum Hudud dan sebagainya. Kerana mereka tahu yang ramai akan kena nanti adalah pimpinan UMNO. Jangan bercakap isu moral dalam Umno-BN

Kini bising isu Bapak Menteri di rogol pula?. Sorry! Menteri Merogol Amah. Nanti habis macam tu aje. Sebab… bapak punya kepala bapak menteri pun pelbagai isu VCD ang terdedah dan terlondeh. Tapi buat bodoo je. Banyaknya tugas Ulama Muda UMNO dalam kerja mencuci satu tong tahi. Jangan lupa pakai baju keselamatan dan spek gogle tu.. kang terpercik kena mata kang!

11 October 2010

PRK Galas : BN dijangka calonkan Ku Li

Umno bahagian Gua Musang akan mengadakan mesyuarat khas malam esok dan dijangka mencadangkan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai calon BN bagi pilihan raya kecil DUN Galas pada 4 November ini.

Ketika mengesahkan mesyuarat itu akan berlangsung esok, ketua Pemuda Umno bahagian itu, Bazlan Baharuddin berkata, ianya akan turut membincang persediaan menghadapi pilihan raya kecil itu.


"Dalam mesyuarat khas itu, mungkin ada cadangan untuk mencadangkan Tengku Razaleigh sebagai calon," katanya ketika dihubungi hari ini.

Tengku Razaleigh yang juga ketua Umno bahagian dan ahli parlimen Gua Musang, telah bersetuju menjadi pengarah pilihan raya kecil itu.

Galas adalah antara tiga DUN dalam parlimen Gua Musang. Kerusi tersebut kosong selepas kematian ADUN dari PAS, Che Hashim Sulaima, 46, pada 27 September, kerana barah usus.

Allahyarham memenangi kerusi tersebut dalam pilihan raya umum 2008 dengan mengalahkan Mohd Saufi Deraman dari BN, dengan majoriti 646
undi.

Menurut Bazlan, mesyuarat khas itu akan berlangsung di pejabat Umno bahagian mulai jam 8.30 malam esok.

Beliau berkata, rata-rata penduduk Gua Musang, khususnya di Galas, menyokong sekiranya Tengku Razaleigh bertanding sebagai calon 4 November ini.

"Mereka mengalu-alukan Tengku Razaleigh sebagai calon di Galas.

"Bagi masyarakat Orang Asli, kami percaya 90 peratus akan menyokong beliau," tambahnya.

Dalam pilihan raya umum lalu, katanya, 70 peratus Orang Asli menyokong BN.

"Tetapi jika Tengku Razaleigh yang bertanding di Galas kali ini, kita yakin semakin ramai Orang Asli akan menyokong BN," tambahnya.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), seramai 11,553 pemilih layak mengundi dalam pilihan raya kecil Galas 4 November.

Sepuluh peratus daripadanya terdiri daripada pengundi Orang Asli yang dianggarkan berjumlah kira-kira 2,000 orang.

Kira-kira 65 peratus terdiri daripada pengundi Melayu, 22 peratus (Cina) dan 2 peratus lagi pengundi India. - mkini

02 May 2010

RM 670 ribu peruntukan "yang telah lama dirancang" pun kini tiba di Sibu

SIBU, 2 Mei — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini memberikan mesej yang mudah tetapi amat penting kepada penduduk Sibu — undi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Sibu 16 Mei ini.

“BN patut menjadi pilihan demi harapan dan masa depan lebih terjamin,” katanya pada majlis pemimpin bersama rakyat di bandar Sungai Merah di sini.

Turut mengiringi beliau ialah calon BN Robert Lau Hoi Yew, Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud, Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Dr George Chan Hong Nam, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan pemimpin parti komponen BN.

Pada majlis itu, Najib mengumumkan peruntukan RM35,000 masing-masing bagi 10 surau dan RM40,000 masing-masing bagi lapan sekolah agama Islam di sini. — Bernama

STONE: Belum pun apa-apa mamat ni dah tabur RM670 ribu kat surau masjid dan sek agama di sekitar Sibu. Tapi macam biasa, peruntukan tu telah lama disediakan untuk Sibu, KEBETULAN pula Sibu kini ada pilihanraya kecil; jadi jangan disalah anggap, ini bukan gula-gula PRK ... Sial ..
SPRM ni bukan rasuah ker? Alahai tak payah tanya lah ... Mereka akan jawab seperti apa yang telah dikatakan mamat tu ... untuk kesejahteraan rakyat ... peruntukan yang telah lama diluluskan ...
Jahanam malaysia sekiranya dibiarkan berterusan sebegini ... duit negara dibuat macam duit mak bapak dia ... haramjadah tul la

21 April 2010

dey kamala ... belum lagi jadi MP sudah mau TIPU ker?

PESANAN BUAT PENGUNDI HULU SELANGOR : Apakah korang semua nakkan seorang wakil rakyat PENIPU sebegini ... berfikir lah

Pertama dia kata dia belajar kat luar negeri dan berjaya memiliki Ijazah dalam bidang Mass Comm

P. Kamalanathan’s CV says he received an overseas education at the Edith Cowan University and was awarded a Bachelor of Mass Communication.

The Australian university, however, has no records of him ever going there. A phone call was made to the university and they confirmed that they have no records of Kamalanathan.

Hahaha ... apa kata najib ... apa kata muyidin ... hishamuddin ... KJ dan yang sewaktu dengan nya ??? Aku nak tunggu apa jawapan dari juak-juak ini .
Dan satu lagi ...
“Kiss his hand? When did I kiss his hand? Show me where I did that,”
Ok Kamala, I show you now ... ... ??? Lalala

Gambar siapa tu ??? mamat mana tu duk cium tangan muyidin tu ... Jangan tipu la kamala ...

Ceramah umno - sambutan menggalakkan


Menurut berita ceramah ini dihadiri oleh ketua menteri melaka - Ali Rustam ...
Korang kira la tengok, tak sampai pun 20 org termasuk lah yang atas stage tu ...

Sumber : duniacacamarba

16 April 2010

PRK Hulu Selangor: Samy mengaku sebahagian anggota MIC tak puas hati Palanivel tak dipilih

Samy Vellu admits some in MIC Hulu Selangor unhappy

STONE: Rasa aku macam tu juga yang terjadi kepada umno kerana mike tyson tak dipilih ...

By Neville Spykerman

KUALA KUBU BAHRU, April 16 — There is dissatisfaction on the ground because Datuk G. Palanivel was not chosen to contest the Hulu Selangor by-election, MIC president Datuk Seri S. Samy Vellu admitted today.

The Barisan Nasional (BN) chose MIC information chief P. Kamalanathan over Palanivel for the April 25 by-election, citing the need for a fresh face in the seat lost to PKR in Election 2008.

“Of our 72 MIC branches, about 20 are protesting because Palanivel was not chosen,” Samy Vellu told reporters here.

However, the MIC president said he had explained to them that the issue had been decided by the prime minister.

“Datuk Seri Najib Razak will meet Palanivel when he returns from overseas and the outcome of that meeting will be made public,” he added.

He noted that the deputy MIC president is already on the ground campaigning for Kamalanathan, who is the compromise candidate as Umno was keen on MIC Youth deputy leader V. Mugilan.

15 April 2010

Kamalanathan calon BN PRK Hulu Selangor

P. Kamalanathan disahkan sebagai calon BN di Hulu Selangor seperti yang diumumkan oleh Timbalan Pengerusi BN, Muhyiddin Yassin sebentar tadi di Bukit Sentosa di sini.

Adun Bakar Arang umum keluar PKR

Apr 15, 10 3:22pm Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bakar Arang, Tan Wei Shu meninggalkan PKR hari ini. Beliau sebelum ini merupakan exco kerajaan Kedah sebelum digugurkan dalam rombakan exco pada 10 Mac lalu. Tempatnya diambil alih oleh seorang lagi wakil PKR, ADUN Sidam, Tan Show Kang.
Pada sidang medianya di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada jam 3.30 petang ini, Wei Shu mendakwa tindakannya itu kerana dipermain-mainkan oleh pemimpin partinya.
"Cakap besar saya tak pandai, cakap bohong saya tak pandai, cakap mengampu saya tak pandai, cakap manis janji saya tak pandai, tapi yang saya pandai, boleh buat atau tak boleh buat dan mahu buat atau tak mahu buat...itu saja saya tahu.
"Saya cuma tahu bercakap benar, tak seperti orang lain bermuka dua dan lidah bercabang," katanya yang membacakan kenyataannya.
Wei Shu juga berkata dia akan menjadi Adun bebas dan berjanji akan terus berkhidmat seperti biasa dan berusaha memenuhi kehendak rakyat.
Pada akhir kenytaannya, Wei Shu berkata pengundurannya itu tidak ada kena mengena dengan perlucutan jawatannya sebagai exco kerajaan negeri Kedah. [hahahahaha ... awat dari dulu hang tak keluar pun ... bila dah kena lucut dari exco macam-macam cerita pulak ... puiiihhhhh]

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive