Showing posts with label MIC.. Show all posts
Showing posts with label MIC.. Show all posts

22 January 2013

hahaha baik sangat ... UMNO MCA MIC serang Mahathir

KUALA LUMPUR: Semua pihak dalam BN samada Umno, MIC dan hari ini MCA melahirkan rasa tidak senang mereka dengan cadangan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk membuat suruhanjaya diraja mengenai kerakyatan sebelum merdeka.

Hari ini, MCA tidak bersetuju dengan cadangan Mahathir  untuk menubuhkan sebuah panel Suruhanjaya Di Raja (RCI) istimewa bagi mengkaji kewarganegaraan sebelum Merdeka, sambil menegaskan ia telah disepakati antara nenek moyang pada ketika itu.

05 March 2012

Masyarakat India dah terima semula BN .. berasak-asak di ceramah MIC...buktinya

Salam semua...

Pak Long gelak guling-guling tengok gambaq yang Mak Long hang pilih kali nih... haha... Tak gelak mai mananya, yang jadi peneman kat belakang lagi ramai dari yang nganga terkangkang... hehe... Bila penceramah pakai kain... orang tengok dah rasa lain. Mampuih majlis nak berseri... bila dah tau poket tak berisi... kahkahkah...

Mak Long hang kata gambaq ni dia jumpak kat fesbuk, majlis MIC yang dah dekat-dekat nak mati berdiri... hehe... Chitt!! buat malu kat Hassan Ali ja... hehe...

30 May 2010

Perhimpunan GAS berjaya


Perhimpunan GAS Disabotaj, Namun Berjaya - Mugilan


Oleh IWAN SHU-ASWAD SHUAIB

SERI KEMBANGAN: Bekas Naib Ketua Pemuda MIC, V. Mugilan mendakwa Perhimpunan Gerakan Anti Samy Vellu (GAS) telah disabotaj tetapi masih berjaya diadakan di Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa (MIECC) di sini hari ini.

Beliau berkata, terdapat pihak tertentu menghalang bas-bas yang membawa para penyokong dari Pahang, Johor dan Pulau Pinang untuk menghadiri perhimpunan tersebut.

Malah dakwanya, salah seorang pemimpin telah "menghilangkan diri" atau dipergunakan untuk menghalang perhimpunan itu.

"Walaupun disabotaj dan lokasi ditukar, saya tetap gembira kerana perhimpunan ini tetap menyaksikan kehadiran ramai penyokong serta mendapat liputan media meluas," katanya kepada pemberita.

Beliau mendakwa, pihak terbabit membayar RM5,000 untuk menahan setiap bas ke perhimpunan GAS.

Selain itu, Mugilan mendakwa, sesetengah penyokong turut diugut oleh pihak tertentu supaya tidak menghadiri perhimpunan berkenaan.

"Mereka dimaklumkan bahawa di sini tiada pengawasan polis. Bagaimanapun, perhimpunan GAS hari ini adalah aman dan berjalan lancar," katanya - mStar

27 May 2010

Krisis UMNO vs MIC semakin kalut : Hisham minta Paari tunjuk bukti

Hahahahahahaha ... semakin kalut UMNO MIC nye mainan ni, selepas Muyidin kata Paari biadap, dan Paari tetap berpegang pada dakwan nya yang krisis MIC ni - minta Samy letak jawatan - didalagi atau disokong UMNO, hari ni Hisham pula minta Paari tunjuk bukti atau minta maaf ...
Apa kata Hisham kalau Paari dapat buktikan yang UMNO memang dibelakang krisis ini? Hahahaha ... kecut lah teloq hisham nanti kalau Paari boleh buktikan memang Umno terlibat ... makan akan berpanjangan lah lagi ...
Aku rasa Paari pun tak senang-senang nak cakap kalau dia tak ada bukti. .... bukan saja melayu nak dimainkan Umno ni rupanya, ... hahahaha Umno memang hebat ... hebat dalam segala hal ... kita tengok lah nanti ...



Hishammuddin minta Vell Paari tunjuk bukti atau mohon maaf


PUTRAJAYA, 26 Mei — Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin hari ini meminta S. Vell Paari, anak Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu membuktikan dakwaan yang UMNO menggunakan pendekatan “pembunuhan politik” untuk memecahbelahkan MIC, atau memohon maaf atas dakwaan tersebut.

Menteri Dalam Negeri itu berkata beliau bukan sahaja marah dengan tuduhan tersebut, malah menganggap ia tuduhan melulu, tidak bertanggungjawab dan cubaan untuk mengalihkan pandangan orang ramai terhadap permasalahan dalaman sebenar parti berkenaan.

“Cukup-cukuplah semua yang tak kena dilemparkan dan dituduh kepada Umno,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Hishammuddin (gambar) diminta mengulas dakwaan anggota Jawatankuasa Pusat MIC itu bahawa Umno menjadi punca masalah dalaman MIC.

Dalam pada itu, seramai 10,000 orang dijangka menghadiri pelancaran Gerakan Anti Samy Vellu (GAS) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Ahad ini, melebihi jangkaan awal 7,000 orang, dakwa bekas timbalan ketua Pemuda MIC V.Mugilan.

“Pada hari itu, saya kata 7,000 orang tetapi sekarang angka itu telah meningkat kepada 10,000 orang kerana kami sedang mendapatkan sokongan daripada pelbagai pihak,” Mugilan berkata pada sidang akhbar hari ini.

Mereka yang dijangka datang termasuk anggota MIC, pemegang saham Maika dan kaum India yang bukan anggota MIC.

Mugilan juga berkata beliau sendiri yang telah menempah Dewan Merdeka di PWTC untuk perhimpunan pada Isnin lepas dan bukan Umno seperti yang didakwa oleh ketua Pemuda MIC T.Mohan semalam.

Oleh kerana dewan tersebut boleh menempatkan kira-kira 5,000 orang, beberapa layar besar akan dipasang di luar dewan untuk yang lain mengikuti perhimpunan itu.

Mugilan, yang dipecat oleh presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu Khamis lepas, mendesak presiden MIC itu berundur Julai ini.

“Pada mulanya, saya mendesak beliau untuk berundur akhir tahun ini tapi sekarang saya telah menukar strategi dan membuat keputusan untuk mendesak beliau berundur pada bulan Julai ini,” kata Mugilan.

Katanya, keputusan terbaru itu diambil selepas mendapati sokongan untuk mendesak Samy Vellu adalah “terlalu kuat dan sentimen anti-Samy Vellu ini bagus”.

Mugilan berkata beliau akan mengumumkan satu pelan pada pelancaran itu untuk mendesak Samy Vellu berundur lebih awal.

Turut hadir pada sidang akhbar itu ialah bekas anggota jawatankuasa kerja pusat K.P.Samy dan G.Kumar Aamaan yang juga dipecat Samy Vellu pada Isnin lepas.

Ditanya jika perhimpunan itu gagal mendesak Samy Vellu membut demikian, Mugilan berkata: “Kami akan memberitahu media bahawa Samy Vellu adalah pemimpin terbaik. Kami akan duduk diam dan menyerah.”

Mugilan juga menunjukkan resit penempahan Dewan Merdeka dengan bayaran awal RM5,000 bertarikh 24 Mei.

“Resit penempahan dewan itu atas nama saya, kita telah membuat bayaran awal RM5,000 pada 24 Mei. Saya telah berjumpa dengan orang PWTC pada hari Isnin dan telah menempah sebagai orang biasa,” katanya sambil menafikan tuduhan Mohan.

Katanya, resit tersebut telah diserahkan di Balai Polis Dang Wangi bagi memohon permit dari polis untuk mengadakan perhimpunan ituyang belum diterima lagi. — Bernama

26 May 2010

Memang UMNO menyokong puak anti Samy : Paari

STONE : Memang UMNO berada di belakang komplot menjatuhkan Samy. Itu apa yang anak Samy, Paari mendakwa, walaupun Muyidin kata dia biadap ... jadi betul lah. Umno ni selalu kalau nenafikannya memang betul lah ... apa ada hal, biar dia orang bergasak.
Samada UMNO baik BN, sama-sama menuju ke jalan yang sama ... menuju ke penghujung hayat. Insyaallah ...

KUALA LUMPUR, 26 Mei — S. Vell Paari, anak Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu mempertahankan tuduhannya kelmarin bahawa Umno menjadi punca kepada masalah dalam MIC termasuk kini menyokong kempen puak anti-Presiden MIC.

“Apa yang saya perkatakan adalah isi hati bukan Melayu... untuk itu, jika Tan Sri Muhyiddin mengatakan saya biadap, saya dilabelkan biadap, biarkan,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider di Australia.

“Saya masih berpegang kepada apa yang saya cakap,” kata beliau ringkas.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan tuduhan yang dilemparkan oleh Vell Paari kononnya Umno menjadi punca kepada masalah dalam MIC, sebagai sesuatu yang biadap.

Timbalan Perdana Menteri menafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu dan meminta Vell Paari, anggota terbaru yang dilantik menyertai Jawatankuasa Kerja Pusat MIC supaya menghentikan tindakan tidak bertanggungjawabnya itu.

“Umno ingin menafikan sekeras-kerasnya tuduhan oleh anak Samy Vellu itu. Ia adalah sesuatu yang biadap,” katanya.

Vell Paari mendakwa Umno menggunakan pendekatan “pembunuhan politik” untuk memecahbelahkan MIC. - TMI

16 April 2010

PRK Hulu Selangor: Samy mengaku sebahagian anggota MIC tak puas hati Palanivel tak dipilih

Samy Vellu admits some in MIC Hulu Selangor unhappy

STONE: Rasa aku macam tu juga yang terjadi kepada umno kerana mike tyson tak dipilih ...

By Neville Spykerman

KUALA KUBU BAHRU, April 16 — There is dissatisfaction on the ground because Datuk G. Palanivel was not chosen to contest the Hulu Selangor by-election, MIC president Datuk Seri S. Samy Vellu admitted today.

The Barisan Nasional (BN) chose MIC information chief P. Kamalanathan over Palanivel for the April 25 by-election, citing the need for a fresh face in the seat lost to PKR in Election 2008.

“Of our 72 MIC branches, about 20 are protesting because Palanivel was not chosen,” Samy Vellu told reporters here.

However, the MIC president said he had explained to them that the issue had been decided by the prime minister.

“Datuk Seri Najib Razak will meet Palanivel when he returns from overseas and the outcome of that meeting will be made public,” he added.

He noted that the deputy MIC president is already on the ground campaigning for Kamalanathan, who is the compromise candidate as Umno was keen on MIC Youth deputy leader V. Mugilan.

PRK Hulu Selangor : Calon BN satu "keterpaksaan" - Mahfuz


HULU SELANGOR, 16 April — Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar (gambar) menganggap pemilihan Ketua Penerangan MIC, P. Kamalanathan sebagai calon Barisan Nasional (BN) adalah satu “keterpaksaan”.

“Pemilihan Kamalanathan sebagai calon BN jelas menggambarkan krisis yang begitu teruk sehingga mereka terpaksa memilih calon lain daripada calon yang dikemukakan sebelum ini.

“Ini juga menunjukkan wujudnya ketidakpuasan hati kempimpinan dalam BN.

“Selain itu, ia juga menunjukkan tidak ada keserataan dalam pemikiran pemimpin BN hari ini yang mana mereka tunduk kepada desakan MIC,” kata beliau kepada The Malaysian Insider selepas berucap pada Majlis Penerangan di Dewan Komuniti Bukit Sentosa dekat sini.

Kalamanathan diumumkan sebagai calon BN pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor oleh Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam dengan mengetepikan Timbalan Presiden MIC, Datuk G. Palanivel dan Timbalan Ketua Pemuda MIC V. Mugilan.

Mahfuz juga pada masa yang sama mencabar Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu supaya membuktikan bahawa beliau mempunyai prinsip sebagai seorang pemimpin.

“Sebelum ini Samy pernah cakap kalau Palanivel tidak terpilih menjadi calon beliau akan memboikot pilihan raya kecil ini.

“Beliau harus buktikan apa yang diucapkan kerana rakyat akan dengar dan lihat.

“Ini sudah kali kedua sebelum ini beliau pernah cakap tidak akan balik ke Sungai Siput kalau kalah tetapi tetap balik juga.

“Sebagai pemimpin beliau harus pegang kepada janji-janji dan tunjukkan bahawa beliau adalah pemimpin masyarakat India,” katanya. - TMI

14 April 2010

MIC keluar BN andai ...

MIC akan menarik diri dari menganggotai BN andai calon pilihan mereka G Palanivel tidak dicalonkan untuk merebut kerusi di PRK Parlimen Hulu Selangor 25 April nanti. Itu lah desus desas yang didengar.

Ekoran desas-desus kemungkinan pemimpin pilihan MIC tidak dipilih sebagai calon yang akan mewakili BN pada PRK Parlimen Hulu Selangor, parti itu akan mengadakan mesyuarat tergempar CWC malam ini.

Ketua Penerangan MIC, P. Kamalanathan berkata, pada mesyuarat tersebut MIC akan membuat keputusan penting mengenai pendirian sebenar parti itu mengenai pemilihan calon terbaik pada pilihan raya yang bakal diadakan 25 April ini.

Malam ini Presiden parti akan buat keputusan mengenai pendirian parti, keputusan malam ini melambangkan hasrat dan keinginan sebenar MIC.

BN akan mengumumkan calonnya, cakap-cakap kuat mengatakan bahawa parti itu akan mempertaruhkan Timbalan Ketua Pemuda MIC Pusat, V. Mugilan sebagai calon.

Ini bererti kepimpinan tertinggi BN menolak Timbalan Presiden MIC, G. Palanivel yang dicadangkan parti itu.

Mesyuarat tergempar itu akan dipengerusikan oleh Presiden MIC, S. Samy Vellu pada pukul 10 malam ini di Ibu Pejabat MIC.

Menurut Kamalanathan, parti itu mahu melihat wakil pilihan MIC sendiri dan bukannya proksi mana-mana parti komponen BN. - Rakyat Marhaen

25 July 2009

TERKINI: Datuk SS Subramaniam sertai PKR

Datuk SS Subramaniam, bekas Naib Presiden MIC hari ini menyertai PKR

Bersama beliau termasuk lah adik lelaki nya bersama-sama dengan 1,600 ahli dari 10 cawangan MIC di sekitar Petaling Jaya dan Meru, Klang.

seterusnya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive