Ekoran desas-desus kemungkinan pemimpin pilihan MIC tidak dipilih sebagai calon yang akan mewakili BN pada PRK Parlimen Hulu Selangor, parti itu akan mengadakan mesyuarat tergempar CWC malam ini.
Ketua Penerangan MIC, P. Kamalanathan berkata, pada mesyuarat tersebut MIC akan membuat keputusan penting mengenai pendirian sebenar parti itu mengenai pemilihan calon terbaik pada pilihan raya yang bakal diadakan 25 April ini.
Malam ini Presiden parti akan buat keputusan mengenai pendirian parti, keputusan malam ini melambangkan hasrat dan keinginan sebenar MIC.
BN akan mengumumkan calonnya, cakap-cakap kuat mengatakan bahawa parti itu akan mempertaruhkan Timbalan Ketua Pemuda MIC Pusat, V. Mugilan sebagai calon.
Ini bererti kepimpinan tertinggi BN menolak Timbalan Presiden MIC, G. Palanivel yang dicadangkan parti itu.
Mesyuarat tergempar itu akan dipengerusikan oleh Presiden MIC, S. Samy Vellu pada pukul 10 malam ini di Ibu Pejabat MIC.
Menurut Kamalanathan, parti itu mahu melihat wakil pilihan MIC sendiri dan bukannya proksi mana-mana parti komponen BN. - Rakyat Marhaen
No comments:
Post a Comment