Showing posts with label prk Hulu Selangor. Show all posts
Showing posts with label prk Hulu Selangor. Show all posts

24 May 2010

Zaid Fail Petisyen Cabar Keputusan Pilihan Raya Hulu Selangor


PETALING JAYA: Bekas calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim hari ini memfailkan petisyen bagi mencabar keputusan pilihan raya berkenaan yang memihak kepada Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 1,725.

Petisyen berkenaan difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Shah Alam di bawah Seksyen 32(a) dan 32 (c) Akta Kesalahan pilihan Raya 1954.

Beliau yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, mendakwa Barisan Nasional (BN) mengamalkan rasuah pada pilihan raya berkenaan.

Pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu yang lalu, calon BN, P. Kamalanathan berjaya memperoleh 24,997 undi menewaskan Zaid yang memperoleh 23,272 undi. - mStar

[BERITA LANJUT SELEPAS INI]

03 May 2010

Hulu Selangor : Muhyiddin Kempen Najib Yang Menang

Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB

'Sudah terang lagi 'bersuluh', perumpamaan yang tepat menjangkau perihal 'permusuhan terbuka' antara Perdana Menteri dan Timbalannya yang jelas kelihatan ketika kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor.

Walaupun calon 'restu Umno', P Kamalanathan menang bagi pihak Barisan Nasional, namun hakikatnya kemenangan sebenar dijaja oleh media arus perdana sebagai kemenangan Dato' Seri Najib Tun Razak

Dalam pengundian bagi PRK Parlimen Hulu Selangor, Kamalanathan mendapat 24,997 undi, manakala calon KeADILan Dato' Zaid Ibrahim memperolehi 23,272 undi. Kamalanathan menang dengan majoriti 1,725 undi.

Beberapa hari sebelum Najib turun padang bersama bekas gurunya, Tun Mahathir Mohamad, Najib ada berseloka dengan Hulu Selangor sebagai referandum kepada sokongan pentadbirannya.

Referandum itu memecah keseronokan Tan Sri Muhyiddn Yassin yang sejak dari awal mengemudi kempen Umno/BN di Hulu Selangor dengan momentum serangan peribadi yang akhirnya membuka pekung kepimpinan Umno/BN semula.

Tatkala Muhyiddin membelah kempen dengan serangan kepada calon KeADILan, Dato' Zaid Ibrahim dengan isu 'arak', kiasan balas akhirnya membias semula kepada Umno/BN apabila, Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali "semua perdana menteri Malaysia kecuali Tun Abdullah Ahmad Badawi terlibat dengan pengambilan minuman beralkohol.

"Tak ada seorang pun daripada mereka itu yang tak pernah minum arak, kecuali (Abdullah) Badawi. Pak Lah saya akui, yang saya tahu, tak minum arak.

"Tetapi empat yang lain ini semua terlibat. Ada yang saya tengok dengan mata saya sendiri terlibat," katanya Mustafa Ali ketika kempen PRK Hulu Selangor masih diperingkat permulaan.

Bercakap dalam sidang media di pejabat agung PAS, Mustafa turut mendakwa, selain meminum arak, tiada pemimpin utama Umno yang bebas daripada tiga lagi "dosa", iaitu "rasuah, judi dan perempuan."

"Kadangkala empat (dosa) sekali gus ada pada seorang," katanya yang mengaku mengetahuinya kerana pernah berada dalam kerajaan ketika parti itu bergabung dalam BN sekitar tahun 70-an.

Kiasan yang dilontarkan Mustafa mengena kepada Umno/BN, namun ironinya mengapa Muhyiddin melontarkan sedemikan sedangkan beliau sendiri pastinya tahu akan 'rekod' minum-minum, dan 'joli-joli' pemimpin BN.

Tidak dapat dinafikan, ketika kempen pilihan raya semakin rancak dengan isu arak dan judi, perbahasan di Dewan Rakyat sama rancak dengan isu tersebut apabila Ahli Parlimen DAP Ipoh Timur, Lim Kit Siang mencabar semua menteri BN bersumpah menafikan bahawa mereka tidak minum arak.

Cabaran Kit Siang langsung tidak tersahut oleh pimpinan Umno/BN mahupun Perdana Menteri sendiri.Malah kiasan ahli Parlimen Pokok Sena, Dato' Mahfuz Omar bahawa 'sandiwara' di Hulu Selangor membayangkan adanya keretakan hubungan antara Najib-Muhyiddin membuka semula ruang perbincangan.

Ingat sahaja sejarah beberapa pilihan raya kecil yang lalu, tidak pernah Perdana Menteri selaku Pengerusi BN menjamahkan kaki berkempen bagi calon BN kerana secara 'rasminya' timbalannya akan menjadi 'kepala' kempen BN.

Namun, ada sumber yang menyebut, kebimbangan Najib terhadap Timbalannya yang mungkin 'tumbuk rusuk' menyebabkan Najib dan isterinya, Datin Seri Rismah Mansor terpaksa turun padang menyertai kempen di Hulu Selangor.

Masakan gambar aksi 'cium tangan' yang berlaku antara Kamalanathan dengan Muhyiddin tidak memberi kesan kepada Najib yang akhirnya mencuri baki kempen dengan laungan referandum kepadanya.

Sejarah kejatuhan Tun Abdullah pada tahun 2009 sendiri amat membimbangkang Najib kerana Muhyiddin sangat bergungsi ketika usaha menjatuhkan bekas Perdana Menteri itu dengan sedikit sahaja sentuhan kata-kata keramat yang menyebabkan seluruh ahli Umno mendesak pengunduran segera Abdullah.

Peranan Muhyiddin yang sering melanjutkan 'bola tanggung' yang dihantar Tun Mahathir Mohamad ketika menjahanamkan pemerintahan Abdullah adalah 'bayangan maut' yang sentiasa membayangi Najib.

Masakan sejarah tidak boleh berulang, namun Najib agak bijak bertindak dengan menggunakan pengaruh Mahathir dan Rosmah menjadikan Hulu Selangor ladang memulakan 'sekatan' ke atas Muhyiddin.

Ada benarnya telahan Kit Siang sebelum ini, adanya pergeseran antara Najib-Muhyiddn kerana Hulu Selangor saksi pertembungan terbuka orang nombor satu dan dua negara ini.

Kemenangan ayam tambatan Muhyiddin (Kamalanathan) sedikitpun tidak memberi makna kepada Timbalan Presiden Umno itu, sebaliknya Najib dijulang sebagai wira oleh akhbar yang sepenuhnya dikuasai Umno/BN dan kini Rosmah!. - Detikdaily

28 April 2010

Zaid cabar keputusan PRK Hulu Selangor

PETALING JAYA: Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang tewas pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor Ahad lalu, Datuk Zaid Ibrahim akan mencabar keputusan pilihan raya berkenaan yang memihak kepada Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 1,725.

Beliau berkata barisan peguamnya akan memfailkan petisyen bagi membatalkan keputusan berkenaann minggu depan.

"Saya telah buat keputusan untuk kemuka petisyen bagi isytiharkan keputusan itu tidak sah," katanya.

Berita selanjutnya selepas ini.

27 April 2010

PRK HS: Kemenangan sementara :PAS

KUALA LUMPUR, 27 April — PAS, komponen Pakatan Rakyat, mendakwa kejayaan Barisan Nasional (BN) menawan semula Hulu Selangor dengan majoriti 1,725 undi kelmarin hanya “satu kemenangan sementara”.

Dengan merujuk kepada keputusan kerusi Dewan Undangan Negeri Ijok pada 2006 dan Pendang lapan tahun lalu, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali yakin Pakatan Rakyat akan merampas balik kerusi Hulu Selangor pada pilihan raya umum ke-13.

“Kemenangan BN (di Hulu Selangor) hanya kemenangan sementara)... insya-Allah kita menang balik,” kata beliau di sini hari ini.
lagi akan menyusul

PRK HS: Kemenangan yang tak boleh dibanggakan


Sebaik keputusan pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor diumumkan, kalungan tahniah dan puji-pujian melimpah sesama pemimpin Barisan Nasional. Namun jika diteliti, kemenangan oleh P Kamalanathan itu bukan sesuatu yang membanggakan.

Majoriti yang diperolehinya adalah 1,725 undi dan jika undi pos sebanyak 627 yang terdiri daripada anggota keselamatan yang lazimnya berpihak kepada BN diketepikan, BN cuma mendapat majoriti 1,078.

Jumlah itu agak jauh lebih kecil daripada jumlah undi 6,176 yang dimenangi oleh BN di tiga kerusi dewan undangan negeri yang terletak di parlimen Hulu Selangor pada pilihan raya umum 2008 lalu.

Ini menjelaskan mengapa Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada hari pengundian begitu yakin Kalamanathan mampu menang dengan sekurang-kurangnya majoriti 6,000 undi.

'Undi pecah'

Pada pilihan raya umum yang lalu, pengundi memberikan undi mereka kepada PKR pada peringkat persekutuan tetapi bagi kerusi negeri, mereka memilih BN.

Antara fakt
or yang mempengaruhi trend pengundian ketika itu adalah kerana rakyat di Hulu Selangor, khususnya masyarakat Melayu dikatakan cukup tidak berpuas hati dengan G Palanivel dari MIC yang memegang kerusi parlimen berkenaan dari 1990 hingga 2008.

Sebelum ini, MIC berkeras mahukan timbalan presiden mereka sekali bertanding di Hulu Selangor, namun akar umbi, Umno menentang keputusan itu.

Tindakan itu menyaksikan BN kali ini meletakkan muka baru dengan mengetengahkan Ketua Penerangan MIC, P Kamalanathan.

Selain calon muka baru, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga mengumpan penduduk Hulu Selangor dengan pelbagai janji dan sogokan.

Dua yang palin
g ketara ialah peruntukkan RM3 juta untuk SRJK (C) Rasa dan RM5 juta sebagai bayaran pampasan peneroka Felda Sungai Buaya. Namun umpan itu dengan syarat jika BN memenangi kerusi Hulu Selangor.

Di sebalik semua itu, BN masih gagal mengubah trend pengundian kerana majoriti yang diperolehi mereka pada Ahad lalu masih kekurangan 4,451 daripada apa yang sepatutnya dikumpul daripada tiga kerusi negeri pada pemilihan 2008.

Majoriti yang dimenangi BN hanya mewakili 3.5 peratus daripada jumlah undi yang dibuang dan dianggap antara yang paling rendah. Lazimnya majoriti BN berlegar melebihi paras 8,000 undi sejak 1990.

Justeru, Hulu Selangor tidak lagi boleh dikatakan kubu kuat BN.

Najib yang menyedari hakikat berkenaan, cuba mengelak soalan wartawan apabila ditanya sama ada keputusan pilihan raya itu adalah bukti rakyat menyokong agenda pembaharuannya.

Sebelum ini, Najib dilaporkan berkata pilihan raya kecil Hulu Selangor adalah medan terbaik sebagai pungutan suara bagi rancangan pembaharuannya termasuk Model Ekonomi Malaysia, gagasan 1Malaysia dan program tranformasi kerajaan.

Melayu sokong BN, Cina undi Pakatan

Bagi tujuan perbandingan, keputusan pilihan raya kecil Hulu Selangor hampir menyerupai keputusan pilihan raya di Bukit Gantang dan Bagan Pinang yang menyaksikan pertambahan undi Melayu untuk BN dan pada masa yang sama peningkatan sokongan masyarakat Cina kepada Pakatan Rakyat.

Ini amat ketara sekali di Hulu Selangor apabila BN menang di semua daerah mengundi yang mempunyai majoriti masyarkat Melayu manakala Pakatan menyapu bersih di kawasan Cina.

Pada pusingan kali ini, dianggarkan BN berjaya menguasai 65 peratus undi Melayu yang sekali gus meranapkan harapan PKR untuk merampas sekurang-kurangnya 40 peratus undi Melayu.

Sebagai rujukan, berikut sampel enam daerah mengundi yang mempunyai majoriti pengundi Melayu: Kpg Soeharto (66.1 peratus mengundi BN), Gedangsa (60.6), Sungai Tengi (68.4), Batang Kali (61), Hulu Kali (62.7) dan Sungai Buaya (73.5).

Menurut laporan akar umbi, insentif kewangan yang ditaburkan oleh Najib dan konco-konco BN serta serangan peribadi ke atas calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim, sedikit sebanyak mempengaruhi pengundi Melayu.

Namun umpan dan serangan berkenaan tidak berkesan di kalangan masyarakat Cina seperti yang dilihat pada sampel daerah mengundi yang mempunyai majoriti pengundi Cina.

Sampelnya seperti berikut: Kalumpang (77.2 peratus mengundi PKR), Ulu Yam Timur (71.1), Kerling (68), Kuala Kubu Bharu (78.4), Kampung Baru Batang Kali (80.5), Ulu Yam Lama (71.1) dan Kampung Baru Rasa (82.5).

Sepanjang tempoh berkempen, PKR dan DAP menjaja isu Muhyiddin yang mengakui bahawa dia adalah Melayu terlebih dahulu dan kemudian baru rakyat Malaysia.

Selain itu, kenyataan Datuk Seri Noh Omar yang menggesa masyarakat India dan Cina supaya berterima-kasih kerana diberi taraf warga negara serta isu kematian Teoh Beng Hock terus menjadi modal mereka.

MCA ternyata tidak berdaya menangkis atau mampu memberikan jawapan yang bertenaga tetapi sebaliknya terpaksa membawa Najib datang ke Hulu Selangor untuk menaburkan janji-janji.

Bagi sesetengah penganalisis, pemenang terbesar pada pilihan raya kecil Hulu Selangor ini adalah masyarakat Cina. Ini kerana mereka berjaya menyampaikan mesej secara jelas kepada BN dan pada masa yang sama, menerima habuan ataupun akan menerima ganjaran yang dijanjikan.

Apa seterusnya?

Di kalangan pengundi India, PKR hanya memenangi satu daripada lima daerah mengundi yang mempunyai majoriti pengundi India.

Ada yang berpendapat kegagalan PKR menarik sokongan masyarakat India adalah kerana kerajaan negeri Selangor lembap dalam menagani masalah yang dihadapi oleh komuniti itu.

Kegagalan Pakatan Rakyat mendapatkan sokongan daripada Hindu Rights Action Force (Hindraf) dan Parti Hak Asasi Manusia juga dikatakan membawa padah. - mkini

BN diugut peneroka Felda Sg Buaya

Felda kin may swing to Pakatan if Hulu Selangor pledges not fulfilled

By Neville Spykerman and Clara Chooi

BATANG KALI, April 27 — Heirs of Felda settlers in Sungai Buaya have warned they may vote for Pakatan Rakyat (PR) should the ruling federal government fail to honour Hulu Selangor campaign promises by the next general elections.

A group of second-generation Felda settlers said they voted Barisan Nasional (BN) during Sunday’s Hulu Selangor by-election because of the RM50,000 advance payment for their land that was acquired off them for development and the promise by the Prime Minister Datuk Seri Najib Razak to look into their plight.

“We may reconsider how we vote in the next general election if BN don’t keep their promises,” said a 53-year-old self-employed-man, whose father was an original settler who died without seeing a sen.

The settlers are the pioneer batch who settled in the rural enclave in the Felda land scheme started by Najib’s father Tun Abdul Razak Hussein.

Felda, or the Federal Land Development Authority, is the world’s largest plantation operator, with 811,140 hectares of oil palms, mainly across Peninsular Malaysia, Sarawak and Sabah in Malaysia. It also operates plantations and oil mills in Indonesia.

Last Friday 100 settlers in Sungai Buaya here received an RM1,000 advance of the promised RM50,000 each from private company Idiqa Holding Sdn Bhd [more]

26 April 2010

PRK Hulu Selangor : Lambang Kebodohan dan Kedunguan Orang Melayu


Bangsa melayu ini kira rare breed lah. Zaman satu dunia sudah mengira2 soal akauntibiliti, kredibiliti, transparensi dan tah apa2 'ti' dan 'si' lagi...majoriti orang melayu masih seronok tang tu jugak.

Darjah kecerdikan juga tidak bertambah.

Sebab tu agaknya di Hulu Selangor masa pilihanraya lalu, pattern berkempen macam orang ulu. Masa teman ke sana tempoh hari, kebetulan teman pergi dengan seorang kawan yang berlatar-belakangkan pendidikan di USA.

Katanya, pilihanraya di USA tak macam ni. Mana ada poster mengarut banyak2 macam ni? Mana ada kempen tampal tempel jalan macam ni? Mana ada kempen bagi rasuah dan ugut macam ni?

Di sana katanya, pengundi nak tengok apa program parti atau individu yang bertanding. "Healthcare, education system, interest rates, insurance untuk penduduk, lesen pemilikan senjata, dasar luar negara dll yang mencabar minda." Kalau setakat rasuah bodoh bagi kain pelikat, batik, beras, sardin...zaman perang dengan Vietnampun dia orang dah tak guna. Tengoklah betapa jauhnya kita.

Keputusan undi BN wins but slips up on Chinese support yang menunjukkan betapa jauhnya disparity of thought and wealth telah mempengaruhi pattern pengundian bangsa2 di Malaysia. Orang melayu pada pengamatan teman akan terus dibiarkan mundur dari segi pemilikan harta, ekonomi dan ilmu pengetahuan. Akan terus disaji dengan hiburan dan akhirnya akan diruntuhkan dengan kerendahan moral.

Ada lagi pemikiran yang memisahkan agama dengan politik. Masjid hanya untuk tempat sembahyang sebagaimana kelab-kelab malam dan karaoke untuk nyanyian dan minum2. Maka institusi agama yang dipegang oleh golongan yang hanya bertaraf mediocre akan menjadi keldai suruhan orang yang tak tau apa2 tentang apa yang dipimpinnya. Yang menjadi mangsa ialah orang melayu yang terpisah dengan ilmu agama yang sepatutnya bersifat syumul.

Kalau orang aslipun sudah mempunyai kesedaran walaupun dirasuahkan dengan "Eagle" Hiburkan Orang Asli Dengan "Hotel Californ... maka di manakah agaknya tahap orang melayu di negara ini? Bak kata rakan teman Akal Budi, "Kalau harap orang melayu, Malaysiapun digadai."

Kemenangan Umno di Hulu Selangor pada teman adalah lambang kebodohan dan kedunguan orang melayu. Hidup penuh emosi dan tenggelam dengan nostalgia. Bilakah ini akan berakhir??


dicilok dari : Kopitiam Bang Nan

Kepala otak hang lah najib ..

Najib kata segala pelaburan wang ringgit, segala projek-projek yang telah diluluskan untuk Hulu Selangor sempena dengan PRK semalam adalah perbelanjaan pembangunan untuk rakyat, bukan sebagai "beli undi" ... KEPALA HOTAK hang lah najib.
Kenapa pembangunan hanya untuk Hulu Selangor? Kenapa tidak tempat lain juga? Apa istimewa Hulu Selangor? ... Hahahaha sebab pilihanraya kecil kan ... woi jangan ingat otak rakyat pun bodoh macam statement hang juga ...

PM claims BN spent for people, not votes
By Asrul Hadi Abdullah Sani
PUTRAJAYA, April 26 — Prime Minister Datuk Seri Najib Razak acknowledged today his administration approved millions of ringgit in projects for Hulu Selangor, but denied that it was meant to buy the votes which secured Barisan Nasional (BN) a victory in yesterday's by-elections.

He said the projects were meant to solve the problems of voters in the constituency and not to buy their votes.

The prime minister was responding to a question at a press conference today where he was asked if BN's expenditure of "RM167 million," was considered vote buying.

The RM167 million figure was based on a report in Chinese-language daily Oriental Daily. The Malaysian Insider has separately estimated that BN had pledged and arranged for more than RM70 million in donations, projects and other aid for voters during the campaign. -
TMI

Jangan Mengalah Datuk ...!


26 APRIL — Zaid Ibrahim berhak untuk rasa marah, geram dan sedih dengan keputusan pilihan raya kecil Hulu Selangor. Tetapi Zaid tidak harus mengalah atau berundur semata-mata kerana Barisan Nasional diisytiharkan sebagai pemenang.

Menurut laporan awal, kedua-dua Barisan dan Parti Keadilan Rakyat telah meningkatkan prestasi mereka berbanding keputusan pilihan raya umum 2008 — Barisan dikatakan menambah 2,000 undi manakala PKR yang mewakili Pakatan Rakyat 200 undi. Daripada undi Barisan itu, lebih 700 datangnya dari undi pos. Lagi pula, pemindahan 13,488 pengundi di Hulu Selangor oleh Suruhanjaya Pilihan Raya dikatakan telah mengelirukan pengundi.

Dalam keadaan sedemikian, Zaid terpaksa berdepan dengan formula lama Barisan — tawaran wang dan projek yang bernilai lebih RM60 juta. Tidak cukup dengan itu, media arus perdana sekali lagi memainkan peranan untuk berkempen bagi pihak Barisan, termasuk mengecam dan mengutuk Zaid habis-habisan.

Mungkin bagi Barisan, terutamanya Umno, yang selama ini terkapai-kapai sejak pukulan hebat pilihan raya umum 2008, mereka telah menemui semula kekuatan untuk menghadapi Pakatan — kembali kepada cara mempergunakan media arus perdana, jentera kerajaan dan tawaran berjuta-juta ringgit (baca: wang rakyat).

Analisis awal daripada kumpulan-kumpulan yang berkampung dan memerhatikan perjalanan pilihan raya kecil itu menunjukkan pengundi Melayu, khususnya peneroka Felda, dengan senang hati menerima cara dan kaedah Barisan. Dengan janji-janji manis, lebih 60 peratus pengundi kawasan Felda telah memilih calon Barisan.

Lebih separuh pengundi kaum India membuat pilihan yang sama untuk Barisan tetapi pengundi Cina tetap memihak kepada Zaid dengan memberi lebih 70 peratus sokongan kepada Pakatan.

Dalam hal ini, mungkin tidak memeranjatkan melihat selera majoriti pengundi Melayu di Hulu Selangor. Selain janji-janji wang dan projek berpuluh juta ringgit, serangan peribadi serta fitnah terhadap Zaid turut mempengaruhi pemikiran orang Melayu [seterusnya]

25 April 2010

Keputusan terkini

Pakatan 17554

BN 19067

keputusan tidak rasmi tau ...

Keputusan terkini

pakatan 17126

BN 18677

sehingga 7.40

PRK Hulu Selangor hari ini - gambar2

































50 ribu hadiri Grand Finale di Stadium Kuala Kubu

Lebih 50 ribu telah hadir pada malam ini ... bukan saja di tengah-tengah padang ini malahan ramai lagi yang masih diluar, di tepi-tepi pagar ... itu lah antara kata-kata pengerusi majlis ceramah Grand Finale PRK Hulu Selangor yang telah diadakan di mini Stadium Kuala Kubu Bharu, yang baru saja tamat sekitar jam 12.15 tadi.
Ceramah dimulakan oleh YB Tian Chua diikuti oleh YB Azmin Ali. Kedatangan YB Karpal Singh dengan berkerusi roda mendapat terpukan gemuruh dari para hadirin. Karpal juga turut berucap selepas Azmin.
Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Lim Guan Eng tidak ketinggalan untuk berucap memberi semangat kepada pengundi Hulu Selangor agar menolak BN dengan mengundi Datuk Zaid. Selepas LGE, Menteri Besar Selangor YAB Khalid Ibrahim mengambil tempat dengan berjanji akan menyelesaikan masalah peneroka-peneroka Felda yang telah berlarutan selama 30 tahun. Janji YAB Khalid telah mendapat tepukan gemuruh dari hadirin.
Selepas YAB Khalid, tiba gilirian calon Pakatan Rakyat Datuk Zaid untuk berucap. Tuan Guru Nik Aziz juga telah menyampaikan amanat terakhir beliau untuk PRK kali ini berharap agar Pakatan diberi kemenangan. Ceramah diakhiri dengan ucapan dari DSAI.
Antara lain-lain pemimpin Pakatan Rakyat yang hadir termasuklah Senator Dr Syed Hussein, YB Husam, YB Lim Kit Siang, YB Zuraida (Ampang) dan bekas Speaker Perak, V Sivakumar
- gambar-gambar akan di uploadkan kemudian ...

24 April 2010

DSAI Musuh Utama UMNO Najib : Said Zahari

Dari TVSelangor.com

Kerajaan UMNO-BN pimpinan Najib Tun Razak akan menggunakan apa jua ruang yang ada untuk “menyerang” keperibadian Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana beliau adalah musuh politik utama UMNO dan Perdana menteri .

Bekas Ketua Pengarang Utusan Melayu Said Zahari berkata, Umno tidak akan melepaskan peluang menggunakan seluruh kekuatan media dan institusi kawalannya untuk memburukan Anwar.

Malah UMNO menggunakan pilihanraya Hulu Selangor bukan untuk menangani isu-isu setempat tetapi untuk mencantas Anwar dalam apa cara sekali pun.

Anwar menjadi sasaran poster-poster dan risalah yang mengaibkan di pilihanraya kecil Hulu Selangor.

Hari ini Utusan Malaysia milik Umno melabelkan Anwar sebagai boneka Israel pula selepas beliau mendedahkan kerajaan UMNO-BN mengupah syarikat Zionis Apco serta polis menggunakan khidmat pakar-pakar Zionis untuk merombak sistem keselamatannya.

Akibat pendedahan itu yang dibuat lemgkap dengan dokumen, Umno membawa usul supaya Parlimen mengenakan tindakan displin terhadap Anwar.

Beliau boleh digantung dari Dewan Rakyat susulan daripada usul yang di bawa oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nazri Aziz.

“ Musuh politik yang pertama kepada pemerintahan Najib sekarang ini ialah Anwar. Biapun PKR sekarang ini menghadap macam-macam isu, dia punya MP cabut, letak jawatan, lompat dan sebagainya, tapi Anwar merupakan ahli politik nombor satu kepada pentadbiran Najib sekarang” kata Said.

“Pada pandangan saya, Barisan Nasional sekarang mencari apa juga alasan untuk memburu Anwar dan ini masanya untuk mereka kerana sekarang sedang berjalan kempen pilihanraya kecil” tambah beliau lagi.

Said, berkata usaha berterusan UMNO dan Najib membunuh kredibiliti Anwar berpaksi kepada keinginan UMNO untuk terus berpaut kepada kuasa.

“ Apa yang saya lihatlah, memang mereka punya target ialah Anwar sebab kerajaan sekarang, Najib melihat musuh politik yang besar kepada pemerintah kepada pentadbiran Najib ialah Anwar. Jadi apa-apa juga isu yang boleh mencemarkan Anwar sekarang ini, apa lagi kalau boleh menjatuhkan Anwar, mereka akan gunakan” tambahnya lagi.

Said berkata pengundi di Hulu Selangor tidak harus terperangkap dengan taktik umno menyerang anwar bagi menutup kegagalan parti itu untuk menunaikan janji-janji membangunkan kawasan itu

“Isu-isu setempat mereka tidak besar-besarkan, pembangunan di kawasan setempat, di konstitusi itu mereka tidak timbulkan. Tetapi timbulkan isu yang seperti ini, apa ertinya?

“Mereka menggunakan tempoh berkempen ini untuk kepentingan politik mereka, parti besar menentang Anwar. Sebab isu-isu dan pada masa-masa lain, susah hendak digunakan untuk menentang Anwar” ulas beliau lagi.

23 April 2010

Che Gu Bard ditahan

SB sedang memeriksa kenderaan yang dinaiki Sofi

Pegawai polis sedang menerangkan tentang penahanan Chegu Bard


Chegu Bard dan rakan-rakan sedang dibawa berjumpa dengan pegawai penyiasat
Sebentar tadi Chegu Bard dan rakan-rakan SAAM di tahan polis berkenaan 1 laporan yang di buat oleh polis semasa penamaan calon tempoh hari.

TGNA dilarang berceramah di masjid


Apr 23, 10 2:19pm

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilarang menyampaikan ceramah atau kuliah Maghrib di mana-mana masjid dan surau di Hulu Selangor.
Pengarah JAIS, Datuk Muhammed Khusrin Munawi berkata, arahan itu bukan ditujukan kepada menteri besar Kelantan sahaja tetapi mencakupi semua pihak.
Katanya, larangan itu sebagai menjunjung titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang melarang pengunaan masjid oleh individu-individu berkepentingan politik menggunakan institusi umat Islam itu untuk tujuan berkenaan.

Utusan Malaysia dalam laporannya hari ini memetik Sultan Sharafuddin (kanan, bertali leher belang) menitahkan polis supaya bertindak tegas terhadap mana-mana pihak yang menggunakan masjid untuk berkempen dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor yang sedang berlangsung sekarang.
Ketua Polis Negeri Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, larangan itu termasuk ceramah politik, penganjuran sebarang perhimpunan atau demonstrasi.

Katanya, pihak polis akan meningkatkan kawalan di semua masjid bagi membendung perkara tersebut daripada berlaku.
Sehubungan dengan larangan itu juga beberapa jadual Mursidul Am PAS hari ini di beberapa masjid di Hulu Selangor terpaksa disusun semula.
Antaranya, Nik Aziz akan berkempen di Assam Kumbang sebelum ke Rasa (9.30pm) dan Batang Kali (10.30pm).

PRK Hulu Selangor : PKR Menang 30ribu majoriti

Anwar Yakin PKR Menang Majoriti 30,000 Undi

Oleh NURUL AIN MOHD HUSSAIN

BATANG KALI: Pakatan Rakyat (PR) yakin calon mereka daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim akan memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Hulu Selangor 25 April ini dengan majoriti 30,000 undi.

Ketua Umum PR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pengundi di Hulu Selangor sudah bijak dan tidak mudah terpengaruh dengan ‘janji-janji politik’ yang ditaburkan oleh Barisam Nasional pada PRK kali ini.

“Mereka boleh beli tiga orang dan tiga puluh orang tapi 30,000 lagi masih sokong kita di Hulu Selangor.

“Saya nak kita menang majoriti semua kaum, Melayu, Cina, India dan Orang Asli menyokong Pakatan Rakyat (PR),” katanya ketika berucap pada ceramah umum di Dewan Orang Ramai, Kg Gurney Hulu Yam Bharu di sini malam tadi.

Menurut Anwar, rakyat pada hari ini sudah bijak menilai dan mereka akan menolak pemimpin yang mengamalkan rasuah dan tidak telus dalam pemerintahan mereka.

“Saya mahu tunjuk kepada Umno. Mereka boleh beli orang dengan memberi kontrak kepada mereka untuk lompat parti.

“Tapi rakyat majoriti daripada semua kaum menyokong pakatan rakyat, PKR, PAS dan DAP,” katanya.

Anwar yang juga Penasihat PKR menyeru pengundi di sini memilih pemimpin yang ada prinsip seperti Zaid.

“Kalau Datuk Zaid menang dan masuk Parlimen dia akan jadi hero kita, dia akan lawan untuk rakyat. Ini dia calon kita,” katanya.

Beliau berkata pemilihan Zaid sebagai calon membawa tuah kepada rakyat Hulu Selangor.

“ Dulu dia dalam Kabinet letakkan jawatan sebab tak puas hati dengan keputusan Jemaah Menteri dalam isu Akta Keselamatan Dalam negeri (ISA).

“Sebab itu saya mintak anda semua mengundi Pakatan Rakyat pada 25 April ini,” ujarnya.

Ketua Pembangkang itu berkata, jika hendak memilih pemimpin pengundi perlu bijak membuat pilihan dengan memilih mereka yang tidak mengamalkan rasuah.

“Kalau hendak jadi pemimpin di negara ini kita perlu cari yang ada prinsip.Kita tidak rasuah, pemimpin kita tidak sombong... kita tidak ambil tanah orang.

“Anda semua tahu kami tolong orang Melayu, Cina, India, Iban dan Orang Asli di negara ini,” katanya. -mStar

22 April 2010

Puak2 umno ni cakap tak serupa bikin .. termasuk lah yang ni

Dr M mungkir janji, berkempen di Hulu S'gor

Apr 22, 10 2:23pm

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan beberapa pemimpin veteran lain dijangka akan memanaskan lagi kempen pilihan raya Hulu Selangor yang berakhir tiga hari lagi.
Mahathir pada 16 April lalu, selepas menyampaikan ucaptama ulang tahun ke-44 konvensyen Mara di Kuala Lumpur berkata beliau tidak mempunyai kepentingan bagi membabitkan dirinya dalam pilihan raya itu.
"Saya tidak akan berkempen. Jika ada yang ingin menggunakan nama saya untuk berkempen, itu masalah mereka...Saya tak peduli,” katanya.
Namun hari ini, beliau mengubah pendirian dan akan menyampaikan sebuah ucapan di Serendah pada jam 8 malam.Ini adalah kempen pertamanya sejak pilihan raya kecil di Bukit Gantang dan Bukit Selambau.
Pada kedua-dua pilihan raya itu BN tewas.Mahathir adalah bekas perdana menteri pertama yang menyertai kempen pilihan raya BN. Sebelum ini,
Tunku Abdul Rahman pernah berkempen untuk parti Semangat 46 pada sekitar 1990.

Pada pilihan raya Ahad ini, calon BN P Kamalanathan akan berdepan dengan calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim. - mkini

21 April 2010

dey kamala ... belum lagi jadi MP sudah mau TIPU ker?

PESANAN BUAT PENGUNDI HULU SELANGOR : Apakah korang semua nakkan seorang wakil rakyat PENIPU sebegini ... berfikir lah

Pertama dia kata dia belajar kat luar negeri dan berjaya memiliki Ijazah dalam bidang Mass Comm

P. Kamalanathan’s CV says he received an overseas education at the Edith Cowan University and was awarded a Bachelor of Mass Communication.

The Australian university, however, has no records of him ever going there. A phone call was made to the university and they confirmed that they have no records of Kamalanathan.

Hahaha ... apa kata najib ... apa kata muyidin ... hishamuddin ... KJ dan yang sewaktu dengan nya ??? Aku nak tunggu apa jawapan dari juak-juak ini .
Dan satu lagi ...
“Kiss his hand? When did I kiss his hand? Show me where I did that,”
Ok Kamala, I show you now ... ... ??? Lalala

Gambar siapa tu ??? mamat mana tu duk cium tangan muyidin tu ... Jangan tipu la kamala ...

Ceramah umno - sambutan menggalakkan


Menurut berita ceramah ini dihadiri oleh ketua menteri melaka - Ali Rustam ...
Korang kira la tengok, tak sampai pun 20 org termasuk lah yang atas stage tu ...

Sumber : duniacacamarba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive