Showing posts with label Kempen. Show all posts
Showing posts with label Kempen. Show all posts

26 July 2012

Kempen "Tolak Najib" dilancar

NONEWanita PKR hari ini melancarkan kempen "Tolak Najib" bagi mendesak perdana menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak meletakkan jawatan sebagai pemangku menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat.

Ketuanya Zuraida Kamaruddin berkata, kempen itu dijalankan kerana Najib masih gagal mengemukakan perancangan bagi hala tuju pembangunan wanita di Malaysia walau telah tiga bulan memangku jawatan itu.
Menurut Zuraida lagi, matlamat 30 peratus wanita di peringkat pembuat dasar jelas tidak seperti digambarkan kerana jurang gaji antara gender dan proses kepimpinan wanita di semua peringkat masih belum terlaksana.
"Semenjak 2008, jutaan dana telah diluluskan dan dibelanjakan oleh kementerian pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat (KPWKM). Namun sehingga kini semua pencapaian perlaksanaan dan hasil tidak diketahui.

15 April 2011

PRN Sarawak : Umno guna wanita Kelantan sekat kempen PAS

gambar yang tak terdapat di Semenanjung

BETING MARO, 15 April: Barisan Nasional (BN) Sarawak terpaksa menggunakan khidmat wanita Umno dari Kelantan untuk menghadapi kempen PAS yang semakin diterima penduduk di Beting Maro.
Keadaan serupa juga berlaku di empat lagi Dun ditandingi parti itu. Difahamkan arahan bagi mendapat khidmat wanita Umno Kelantan dibuat ekoran lawatan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak ke Pusa kelmarin.
Ekoran itu Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed dikatakan menghantar segera 30 wanita Umno dari Kelantan dan ditempat di rumah penduduk di Kampung Pusa.
Satu sumber memberitahu tujuannya untuk mengekang kemaraan PAS di Beting Maro.
“Wanita Umno terbabit ditempatkan di tiga rumah penduduk di Pusa Hilir dengan peruntukan lebih RM10,000,” katanya di sini.
Ketika kedatangan Perdana Menteri ke Pusa pada Rabu lalu beliau turut disambut Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Hanya kira-kira 50 penduduk Pusa yang hadir pada ceramah di pekan tersebut pada hari yang sama. Malah mungkin Perdana Menteri melihat sendiri bendera PAS lebih banyak berkibar di Pusa.
“Kedatangan Najib ke Pusa disambut penyokong-penyokong PAS yang mengibarkan bendera Bulan di jeti Pusa Hilir.
”Keadaan itu menyebabkan Presiden Umno terpaksa berpatah balik sebelum mengadakan lawatan ke Kampung Pusa,” kata petugas media maya dari
Kelantantv di sini.
Menurut petugas terbabit juga BN mula mengagihkan wang kepada penduduk di Pusa dan malam semalam dikesan dua lori sarat dengan hamper dipercayai dihantar ke Pusa.

Ahli PBB keluar parti
Dalam perkembangan lain, seramai 20 anggota PBB di Beladin Tengah dalam Daerah Mengundi Beladin, Beting Maro mengisytiharkan sokongan terbuka kepada calon PAS malam kelmarin.
Pengisytiharan tersebut dibuat di hadapan Yang Dipertua PAS Ketereh, Wan Ismail Wan Jusoh. Keadaan itu menyebabkan BN meningkatkan tekanan terhadap PAS di Beting Maro dengan menabur wang bagi membeli undi.
Petugas pilihan raya PAS dari Kelantan kini mempertingkatkan lagi keselamatan bagi menghalang cubaan menyogok pengundi di saat-saat akhir.
Semalam juga jentera Pemuda Kelantan yang disertai sama Ketua Pemuda PAS Pusat, Nassruddin Hassan Tantawi mengadakan kempen di Pusa Hulu bagi menarik lebih ramai sokongan pengundi muda.

Nasharudin dan Husam
Turut berada di Beting Maro hari ini Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa dan anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa.
Malam tadi diadakan ceramah di Dun Tanjung Datu. Hari ini mereka berkempen di Beting Maro.
Manakala calon PAS Beting Maro, Abang Mat bersama jentera petugas muslimat terus berkempen di saat-saat akhir menjelang pengundian pagi esok.
Semalam, Abang Mat bersama jentera muslimat dan seorang doktor menziarahi penduduk di Kampung Batang Maro dalam Daerah Mengundi Beladin, Beting Maro.
Batang Maro terletak di kuala Sungai Batang Saribas dan hanya boleh dihubungi melalui sungai, mengambil masa lebih sejam perjalanan dari Kabong, sebuah pekan terletak dalam Dun Kalaka.
Malam semalam Husam bersama bersama anggota Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof turut menyampaikan ceramah di Pusa.

Ceramah PKR diganggu

Di Mukah malam tadi ceramah PKR diganggu petugas BN sehingga menyebabkan terpaksa dikawal anggota FRU yang berkawal sehingga program selesai.
Setiausaha AMK Kelantan, Tarmizi Mohd Yusof berkata, petugas BN tidak menghiraukan arahan polis supaya tidak mengganggu ceramah Pakatan
Rakyat.
”Ini merupakan perbuatan tidak bermoral selepas mereka panik apabila rakyat mulai meninggalkan BN,” katanya ketika dihubungi di sini.
Tarmizi juga berkata, petugas PKR yang datang dari Semanjung menghadapi masalah untuk bermalam kerana hotel yang ditempah dibatalkan pemiliknya.
Katanya beliau hotel terbabit yang pada awal bersetuju, menarik balik difahamkan hasil tekanan pemimpin SUPP.
Beliau juga menasihatkan jentera Pakatan Rakyat lebih berhati-hati di saat-saat akhir sekarang memandangkan pihak lawan difahamkan mahu mengguna samseng bagi menakutkan petugas Pakatan.
Beliau juga menjangka keputusan luar jangka berlaku esok apabila dilihat kesedaran tinggi penduduk terhadap isu tanah adat bumiputera dan sikap muak terhadap Tan Sri Taib Mahmud.
Ramai penduduk tempatan yang kami temui bercakap mengenai NCR dan Taib Mahmud. Kata mereka Tok Uban (Taib) sudah lama kaya raya, namun rakyat hidup merempat,” katanya.- HD

STONE : Bangga aku melihat gambar di atas. Rakyat Sarawak kini sudah mula dapat menerima PAS - Insyallah PR akan memperoleh kejayaan ....

17 May 2010

"I help you, you help me" - SPR dan SPRM mesti siasat Najib : Karpal





Karpal wants probe over PM’s cheque-for-votes speech


By Asrul Hadi Abdullah SaniMay 17, 2010

KUALAL LUMPUR, May 17 — DAP chairman Karpal Singh today accused Datuk Seri Najib Razak of breaching the Election Offences Act when he told Sibu voters last week “I help you, you help me,” on the eve of yesterday’s by-election.

Karpal said the prime minister’s statement was “disturbing” and should also be investigated by the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC).

“This is a little disturbing and it relates to the Sibu by-election in which we won. One day before poling, the PM went to Sibu and this is what he said. He said ‘I want to make a deal with you... can we have an understanding or not? The understanding was quite simple, I help you, you help me.’

“This is an offence under the Election Offences Act, inducing voters to vote on the eve of polling day, making a deal with them,” he told reporters after attending a Rights and Privileges committee meeting in Parliament here.

Najib had made a last-minute pitch in a DAP stronghold on Saturday, when he announced an allocation of RM5 million for flood-mitigation projects in Rejang Park.

“If Robert Lau becomes the MP on Sunday, on Monday I will ask the cheque to be prepared. Do we have a deal or not? We do! You want the RM5 million, I want Robert Lau to win,” Najib reportedly told the crowd.

Karpal said Najib’s statement was “shameful” and “unprecedented.”

“I’m calling on the EC to have the PM investigated. It is a very serious offence. It’s too clear. He said ‘Do we have a deal, if Robert Lau wins, we will give you RM5 million’

“I wonder if the PM knows the law. I’d advise him to carefully go through the Election Offences Act. I think what he has done is shameful. It’s unprecedented,” Karpal said.

He also urged his party members to lodge a police report in Sibu.

“What’s going on? The PM could land himself in jail. If he’s not careful, we may have a by-election in Pekan. It’s as simple as that. I’d advice the DAP leaders in Sibu to make a police report. This is too obvious and too blatant. I don’t think the way money was thrown in Hulu Selangor [was] like how the money was thrown in Sibu, in the light of these statements,

“I think it’s a shameful act on the part of the PM. This is not a commitment, it’s a clear case of blatant bribery. An attempt to bribe the electors in Sibu,” he said.

Karpal reiterated that the MACC must investigate Najib for the alleged offence.

“Yes, the MACC will look into it once a police report is lodged… I think it’s too serious coming from a PM. It can’t be accepted. We don’t want a precedent like this to be set. Of course there have been like this in the past but this one is too obvious to be ignored. It can’t be dismissed,” he said.

The DAP pulled off a surprise win in the Sibu by-election yesterday, defeating Barisan Nasional’s (BN) SUPP by 398 votes in a hard-fought race.

DAP’s Wong Ho Leng polled 18,845 votes compared to BN candidate Robert Lau’s 18,447 votes.

The margin of victory was just a little more than the 395 spoilt votes.

The independent candidate garnered 232 votes - TMI

23 April 2010

TGNA dilarang berceramah di masjid


Apr 23, 10 2:19pm

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilarang menyampaikan ceramah atau kuliah Maghrib di mana-mana masjid dan surau di Hulu Selangor.
Pengarah JAIS, Datuk Muhammed Khusrin Munawi berkata, arahan itu bukan ditujukan kepada menteri besar Kelantan sahaja tetapi mencakupi semua pihak.
Katanya, larangan itu sebagai menjunjung titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang melarang pengunaan masjid oleh individu-individu berkepentingan politik menggunakan institusi umat Islam itu untuk tujuan berkenaan.

Utusan Malaysia dalam laporannya hari ini memetik Sultan Sharafuddin (kanan, bertali leher belang) menitahkan polis supaya bertindak tegas terhadap mana-mana pihak yang menggunakan masjid untuk berkempen dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor yang sedang berlangsung sekarang.
Ketua Polis Negeri Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, larangan itu termasuk ceramah politik, penganjuran sebarang perhimpunan atau demonstrasi.

Katanya, pihak polis akan meningkatkan kawalan di semua masjid bagi membendung perkara tersebut daripada berlaku.
Sehubungan dengan larangan itu juga beberapa jadual Mursidul Am PAS hari ini di beberapa masjid di Hulu Selangor terpaksa disusun semula.
Antaranya, Nik Aziz akan berkempen di Assam Kumbang sebelum ke Rasa (9.30pm) dan Batang Kali (10.30pm).

22 April 2010

Puak2 umno ni cakap tak serupa bikin .. termasuk lah yang ni

Dr M mungkir janji, berkempen di Hulu S'gor

Apr 22, 10 2:23pm

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan beberapa pemimpin veteran lain dijangka akan memanaskan lagi kempen pilihan raya Hulu Selangor yang berakhir tiga hari lagi.
Mahathir pada 16 April lalu, selepas menyampaikan ucaptama ulang tahun ke-44 konvensyen Mara di Kuala Lumpur berkata beliau tidak mempunyai kepentingan bagi membabitkan dirinya dalam pilihan raya itu.
"Saya tidak akan berkempen. Jika ada yang ingin menggunakan nama saya untuk berkempen, itu masalah mereka...Saya tak peduli,” katanya.
Namun hari ini, beliau mengubah pendirian dan akan menyampaikan sebuah ucapan di Serendah pada jam 8 malam.Ini adalah kempen pertamanya sejak pilihan raya kecil di Bukit Gantang dan Bukit Selambau.
Pada kedua-dua pilihan raya itu BN tewas.Mahathir adalah bekas perdana menteri pertama yang menyertai kempen pilihan raya BN. Sebelum ini,
Tunku Abdul Rahman pernah berkempen untuk parti Semangat 46 pada sekitar 1990.

Pada pilihan raya Ahad ini, calon BN P Kamalanathan akan berdepan dengan calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim. - mkini

21 April 2010

dey kamala ... belum lagi jadi MP sudah mau TIPU ker?

PESANAN BUAT PENGUNDI HULU SELANGOR : Apakah korang semua nakkan seorang wakil rakyat PENIPU sebegini ... berfikir lah

Pertama dia kata dia belajar kat luar negeri dan berjaya memiliki Ijazah dalam bidang Mass Comm

P. Kamalanathan’s CV says he received an overseas education at the Edith Cowan University and was awarded a Bachelor of Mass Communication.

The Australian university, however, has no records of him ever going there. A phone call was made to the university and they confirmed that they have no records of Kamalanathan.

Hahaha ... apa kata najib ... apa kata muyidin ... hishamuddin ... KJ dan yang sewaktu dengan nya ??? Aku nak tunggu apa jawapan dari juak-juak ini .
Dan satu lagi ...
“Kiss his hand? When did I kiss his hand? Show me where I did that,”
Ok Kamala, I show you now ... ... ??? Lalala

Gambar siapa tu ??? mamat mana tu duk cium tangan muyidin tu ... Jangan tipu la kamala ...

Berdoalah untuk kemenangan Datuk Zaid - Mesej TGNA


HULU SELANGOR, 21 April — PAS yang dikatakan kurang menonjol dalam membantu kempen pilihan raya Pakatan Rakyat yang diwakili calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) dilihat mempamerkan ‘komitmennya’ dengan menaikkan ‘billboard’ yang membawa mesej “Berdoalah untuk kemenangan Datuk Zaid”.

Tinjauan The Malaysian Insider mendapati tiga ‘billboard’ dinaikkan di kawasan Kuala Kubu Baru, termasuk dari persimpangan Jalan Kuala Kubu Baru-Batang Kali menuju ke bandar Kuala Kubu Baru.

Papan iklan itu membawa wajah Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan.

Nik Aziz dijangka berkempen untuk Zaid, anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR Jumaat selepas kembali dari menunaikan umrah hari ini.

Semalam, Setiausa Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata bagi membuktikan PAS sememangnya bersungguh-sungguh dalam membantu kempen PKR pihaknya akan menambah tenaga jentera pilihan raya sehingga 60 peratus.
Usaha itu dimulakan semalam.

PAS memutuskan perkara tersebut pada mesyuarat khas penyelarasan pilihan raya yang dipengerusikan oleh Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa, malam kelmarin.

“Keputusan sudah dicapai malam, PAS akan bergerak habis-habisan. Sumber PAS tidak terbatas, cukup banyak,” kata Mustafa Ali. - TMI

Saya tinggalkan PKR kerana orang melayu dah cemas - Halili

Rakyat Malaysia yang cemas ???

Nak tanya si halili ni, berapa ramai orang melayu yang cemas?
Sejak bila doktor ni jadi pembela orang Melayu pulak?

Ya, memang ada yang cemas sangat .. pauk-puak umno dan doktor sendiri la ..


inilah orang2 melayu cemas dengan tindakan PKR ... kalau boleh dekat pun mereka tak mahu ... hahaha ... doktor kalau nak buat lawak masuk saja "Raja Lawak" Astro tu ... jangan anggap rakyat malaysia ni bengap bahlol bodoh macam doktor juga ...



"Saya Keluar PKR Kerana Parti Itu Timbulkan Rasa Cemas Keatas Orang Melayu" -[di sini]

PRK Hulu Selangor : Zaid puashati

Ya, saya ada kuda tapi bukan kaki judi > Zaid


Zaid : I own horses but I’m no gambler

KUALA KUBU BARU: PKR candidate Datuk Zaid Ibrahim says he owns horses for a hobby and is proud of it.

Zaid refuted insinuations that he is a gambler.

He said he purchased racehorses for sport, and not for gambling purposes.

Zaid also alleged that many politicians from Barisan parties were gamblers. “You can find their names on casino machines, but not mine,” he said.

A check on the Australian Thoroughbred sales site showed that Zaid had purchased three New Zealand horses worth AU$46,000 (RM137,000) last year.

A check on BloodHorse.com showed Zaid purchased another horse costing NZD7,847 (RM17,800) last year.

Zaid said he did not see owning racehorse as an issue as many Muslims around the world owned horses.

“To say that I own horses and therefore I am a gambling guy is sheer slander,” he said at the PKR daily press conference here yesterday.

Asked if he would take action against the bloggers who had uploaded superimposed photographs of him holding a liquor bottle, Zaid said he did not want to waste time doing it.

Asked about his chances in the Hulu Selangor by-election now that two independent candidates had pulled out, Zaid said it would still be tough.

Zaid said although he is up against Barisan’s P. Kamalanathan, his real opponents were Umno, Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak and his deputy Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Asked about former Hulu Selangor PKR treasurer Dr Halili Rahmat’s decision to join Umno, he said the development would not have any impact on his chances.

Party adviser Datuk Seri Anwar Ibrahim also said that Dr Halili’s decision would not cause any problem to Zaid. Dr Halili, he said, must have his own reasons for quitting.

PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang said Dr Halili’s quitting was no great loss to PKR as there were still many good people in Pakatan Rakyat

Nasib baik tak pilih Halili - DSAI

Berapa ramai dalam Umno bersih?


Oleh Mohd Zuharman

KOTA BARU, 20 April — Dalam kalut peribadi calon Pakatan Rakyat kerusi Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim (gambar) diserang sebagai “kaki botol tegar”, Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah membidas pemimpin Umno-BN sebagai cetek dengan permasalahan hukum.

“Masih cetek, malah masih terlalu jauh untuk mereka bercakap tentang hukum,” kata beliau semasa dihubungi.

Mohd Amar merujuk dakwaan sesetengah pihak mengatakan tidak wajar diberi undi kepada seseorang kaki botol seperti Zaid dengan mempersoalkan “kalau tak boleh undi Zaid kerana itu, bagaimana pula hakikatnya memberi undi kepada bukan Islam?”

“Ini... maksud saya kalau hendak bercakap pasal hukum.

“Dari sudut yang lain pula, kita hendak tanya berapa ramai dalam Umno itu sendiri yang bersih?” soalnya.

Mohd Amar bertegas, persepsi negatif terhadap Zaid tidak wajar diungkit memandangkan ia cerita lama dengan berkata “kalau betullah Zaid seorang kaki minum, tetapi dia sudah bertaubat, sedar dan insaf, dan tidak terlibat lagi dengan maksiat itu.

“Dari segi hukumnya ia tidak boleh dibangkitkan,” katanya.

“Pada zaman sahabat sebelum Islam dulu... berapa ramai perangai mereka yang lebih dahsyat dari itu, tapi bila sedar dan insaf, mereka masuk Islam, pada masa itu mereka boleh menjadi seorang pejuang yang baik,” jelasnya.

Zaid, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri diserang pesaingnya dari BN dengan isu peribadi kononnya sebagai seorang kaki botol tegar sejurus diumum sebagai calon mewakili Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil Hulu Selangor

Susulan itu, secara professional Zaid tidak menafikan perkara itu berkata “saya berterus terang, itu dulu, dalam Umno pun ramai menteri macam saya dulu tetapi tidak menjadi isu pada waktu itu.

“Apa yang berlaku adalah sejarah lampau sudah lama ditinggal berbeza dengan sesetengah pemimpin Umno lain yang masih tidak dapat tinggal tabiat buruk itu” kata Zaid.

Mengulas lanjut Mohd Amar mendakwa sebab utama BN cuba memainkan isu peribadi untuk menyerang Zaid adalah kerana takut untuk berhadapan dengan calon pakatan itu.

Tambah Mohd Amar, Umno-BN memang dengan sedaya upayanya cuba untuk menghalang Zaid daripada berjaya dibawa masuk ke parlimen kerana bimbang ia akan menambah kuatkan lagi barisan pembangkang.

“Zaid bukan asing bagi BN, lebih-lebih lagi kepada Umno itu sendiri, mereka tahu keupayaan dan keberanian Zaid yang bukan jenis ‘yes man’ dalam konsep perjuangannya.

“Lalu kerana ketakutan dan kebimbangan itulah, maka BN seolah-olah terpaksa memilih pendekatan menyerang Zaid dengan isu peribadi,” antaranya sebagai kaki botol.

“Bagaimanapun, walau sebanyak mana dakyah dilontar oleh BN semata-mata untuk menjatuhkan Zaid, saya kira rakyat lebih arif untuk membuat segala penilaian.

“Rakyat sekarang cerdik-cedik belaka, mereka tahu apa itu topeng dan di mana nilai sebenar sesuatu pakaian,” ujarnya sambil menyifatkan Zaid adalah calon yang berkemampuan untuk meneraju perubahan rakyat di Hulu Selangor. - TMI

19 April 2010

PRK Hulu Selangor : Minum? ... Jom kita minum dulu




... saja-saja letak gambar lama ni. ramai dah tengok pun ... sekadar nak sesuaikan dengan apa yang sedang hangat diperkatakan di PRK HS ... MINUM ! hahahaha ... Jom kita minum duluuu...

16 April 2010

2 Kenyataan Ezam yang boleh membuatkan Pakatan tersungkur di Hulu Selangor

Maka lapurlah Utusan Meloya seperti apa yang telah dikatakan oleh raja katak ni. Aku amat-amat berharap agar tak ramai pengundi Hulu Selangor yang telah atau akan membaca lapuran ini. Andai pengundi-pengundi telah terbaca lapuran ini, aku pasti yang Pakatan Rakyat/PKR akan bungkus dalam PRK Hulu Selangor 25 Apr nanti. Harap-harap dia orang tak baca lah ...

PERTAMA
Keyakinan rakyat kepada pembangkang kian pudar - Ezam

TEMERLOH 15 April - Barisan Nasional (BN) mempunyai peluang cerah untuk menawan semula kerusi Parlimen Hulu Selangor dalam pilihan raya kecil, 25 April ini berikutan keyakinan rakyat kepada pembangkang semakin pudar.

Bekas Setiausaha Politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ezam Mohd. Nor berkata, perubahan yang dibawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyebabkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kian berasa bimbang sokongan rakyat terhadap mereka. - Utusan

Lapuran pertama di atas ni kira masih suam-suam juga lagi, tapi kalau yang bwah ni, fuhh panas gila .... tersungkur lah PR nanti ... wakakakakah.

KEDUA
Anwar arah jaja isu 6 kotak - Ezam

TEMERLOH 15 April – Bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ezam Mohd. Noor hari ini mendedahkan beliau diarah Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya `menjaja' isu enam kotak yang kononnya membabitkan isu rasuah pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) beberapa tahun lalu.

Katanya, beliau sendiri sebenarnya tidak pernah melihat isi kandungan enam kotak yang dijadikan modal ceramah politiknya ketika bersama PKR dahulu. - Utusan
STONE: Punya lah nak kenakan pembangkagn macam ni punya kenyataan remeh temeh ni pun boleh hangpa nak jadikan berita. Rentikan lah utusan wei ... bab-bab cerita kotak ni orang dah tak mau dengar dah, dah basi macam mana basinya ezam sendiri. orang dah tak nak ambik kisah lagi dah .... dan lagi berapa kerat manusia bodoh yang masih mempercayai si ezam katak ni?

15 April 2010

Apa macam Muhyiddin, ada berani ka?



Oleh Neville Spykerman

HULU SELANGOR, 15 April — Dalam kempen tidak rasmi hari pertamanya, calon Pakatan Rakyat (PR) Datuk Zaid Ibrahim berkata beliau bersedia untuk mendedahkan kekayaannya tetapi mencabar Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan anggota pentadbiran Datuk Seri Najib Razak agar turut berbuat demikian.

Cabaran itu dibuat beberapa jam selepas Muhyiddin mengatakan bahawa Zaid dipilih sebagai calon PR kerana kekayaan beliau, bukannya kerana kemampuan untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata sebahagian anggota Kabinet menentang idea mengisytiharkan harta ketika berkhidmat di bawah pentadbiran bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Zaid merupakan bekas menteri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal perundangan dan kehakiman.

Zaid yang malam kelmarin diumumkan sebagai calon PR mengatakan demikian ketika berceramah di sini malam tadi.

Pendirian Zaid itu turut dimuatkan dalam blognya semalam.

Ketika bercakap di hadapan kira-kira 300 orang di dewan serba guna Kampung Sungai Buaya, bekas Ketua Umno Kota Baru dan Ahli Parlimen Kota Baru ini menyangkal dakwaan bekas rakan-rakannya dalam Kabinet bahawa beliau seorang yang mengamalkan rasuah.

“Isunya bukan sama ada kaya atau miskin tetapi sama ada wujud penyalahgunaan kuasa,” katanya.

Zaid berkata beliau hanya merupakan menteri undang-undang dan kehakiman selama enam bulan.

Ketika itu katanya, beliau tidak pernah menyelia Petronas, tanah, air atau mana-mana sumber lain.

“Saya diberi tanggungjawab terhadap aspek undang-undang dan kehakiman. Jadi di mana ada duitnya,” soal Zaid sambi berseloroh bahawa beliau hanya ada seorang isteri, tiga anak dan hidup sederhana.

Tambah Zaid, banyak dakwaan dibuat berkaitan dengan tahap kekayaan dengan ada yang membuat cerita kononnya memiliki rumh di Dubai, London dan Australia.

“Saya berharap ia betul tetapi saya hanya ada rumah di Kota Baru, yang mana saya beli 15 tahun lalu dan sebuah rumah di Petaling Jaya,” katanya.

Sehubungan itu beliau merayu kepada hadirin, kebanyakannya peneroka Felda supaya memberikan beliau peluang untuk berkhidmat kepada mereka.

“Saya ahli politik sepenuh masa. Saya tiada kerja lain,” katanya dengan merujuk bahawa akan mampu perkhidmatan sepanjang masa jika dipilih.

Semalam Muhyiddin berkata beliau percaya Parti Keadilan Rakyat (PKR) memilih Zaid sebagai calon PR bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor disebabkan kedudukan kewangannya, bukan semata-mata kerana keupayaan boleh berkhidmat.

“Saya diberitahu bahawa beliau dipilih kerana mempunyai banyak duit, bukan kerana beliau boleh berkhidmat,” kata beliau ketika ditanya sama ada Zaid menjadi pilihan PKR kerana ketiadaan calon lain.

“Namun, keputusan itu milik mereka. Saya yakin kepada para pengundi, mereka mahukan pembangunan,” tambah Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN).

Zaid anak kelahiran Kelantan telah dipilih secara rasmi sebagai calon PR malam kelmarin. - TMI

10 April 2010

Kenyataan dungu menteri umno vs penduduk bakar geran

Ini adalah ciri-ciri cakap bodoh dan dungu dari seorang menteri bn bila berkempen. Depa fikir pengundi pun bodoh mcm depa juga.

Pembangunan yang dijalankan di negeri-negeri yang kini dikuasai pakatan PAS-DAP-PKR termasuk di Selangor hanya diwarisi daripada usaha kerajaan BN, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata pakatan pembangkang di negeri-negeri yang dikuasainya belum melaksanakan sebarang pembangunan walaupun sudah dua tahun mentadbir di Kedah, Pulau Pinang, Kedah dan Selangor khususnya di Hulu Selangor.

"Semua pembangunan lama BN yang bina, sebagai contoh, kita (BN) bina 50 sekolah rendah dan 16 sekolah menengah (di Hulu Selangor)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program motivasi keibubapaan dan anugerah kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Kerling di Hulu Selangor hari ini.

Sehubungan itu, Ahmad yang juga Ketua Penerangan Umno meminta pengundi di kawasan Parlimen Hulu Selangor agar menolak "kumpulan penumpang" agar membolehkan kerajaan pusat pimpinan BN meneruskan pembangunan di kawasan itu."Jadi saya harap kawasan ini putih untuk sokongan BN supaya kita boleh terus membangunkan kawasan ini sebagaimana telah terbukti," katanya.

Teruskanlah berkempen dengan cakap-cakap dungu ini wahai juak umno.

Apakata kita baca pula kenyataan ini :

TELUK KEMANG, 10 April — Akibat projek pembinaan jalan raya terbengkalai selama enam tahun, 24 penduduk dari Rumah Rakyat Pasir Panjang, Port Dickson nekad membakar geran rumah mereka sebagai tanda protes.

Kerja pelebaran jalan sepanjang 17 kilometer yang menghubungkan Pasir Panjang ke Linggi itu terbiar selepas kontraktor yang dilantik gagal menyiapkan projek itu sehingga menyebabkan banjir lumpur sering terjadi selain keadaan jalan yang membahayakan.

Wakil penduduk yang mengetuai protes itu, Rahimuddin Md Harun berkata penduduk di situ pernah membuat aduan kepada pihak yang bertanggungjawab tetapi tiada satu pun tindakan yang diambil.

"Kita tidak menolak pembangunan tetapi jalan ini sudah terbiar terlalu lama. Bila hujan rumah kami dilanda banjir lumpur, bila kering, debu berterbangan dan permukaan jalan juga tidak selamat," katanya kepada pemberita.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Gerakan Memantau Perkhidmatan Agensi Kerajaan (Gempak) berkata penduduk sudah mula hilang sabar apabila kerap diberitahu bahawa projek itu masih berjalan tetapi sudah enam tahun berlalu dan jalan masih tidak siap-siap.

Seorang lagi penduduk yang ditemui, Siti Rohani Muhammad, 28, berkata anaknya kini menghidap penyakit lelah yang dipercayai akibat debu daripada projek jalan raya yang terbengkalai itu.

"Saya sudah duduk di sini selama lima tahun, memang sudah tidak tahan lagi kalau boleh hendak pindah. Bila kering berdebu dan saya terpaksa tutup pintu dan tingkap rumah tetapi bila hujan, rumah kami pula dilanda banjir lumpur," katanya.

Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Sembilan Datuk Ir Roslan Mohd Taha yang ditemui pemberita ketika menjalankan pemantauan di kawasan itu menjelaskan, projek jalan raya itu terbengkalai akibat kegagalan kontraktor menyiapkan projek itu ekoran masalah dalaman.

Kontraktor lain sudah dilantik untuk meneruskan semula projek itu dan ia dijangka siap
menjelang hujung tahun ini, katanya.

Sebuah tembok berukuran 1.5 meter tinggi juga akan dibina di hadapan rumah penduduk yang dilanda banjir lumpur semasa hujan, katanya. — Bernama

STONE: 17km jalan dah 6 tahun belum siap. Ini kah pembangunan seperti yang dok bising tu? Pengundi Hulu Selangor, hati-hati dengan semua janji-janji manis dari umno bn. Lihat lah apa yang terjadi di Port Dickson ni

Jakim, KeKKWa Wayang Pacak bantu BN di Hulu Selangor

HULU SELANGOR, 9 April: Seorang guru di Hulu Selangor memberitahu bahawa kerajaan akan melaksanakan kempen politik secara tidak langsung antara 12 hingga 15 April ini sempena pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.
Beliau yang enggan dikenali berkata, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Jamil Khir Baharom dalam suatu mesyuarat rasmi di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Isnin lalu telah membentuk 15 adhoc program yang membabitkan guru-guru kelas agama dan fardu ain (Kafa), jawi, al-Quran dan fardu ain (J-Qaf) dan pegawai Jakim sendiri.
Ujarnya lagi, guru J-Qaf dan Kafa diarahkan mengadakan beberapa program bersama-sama ibu bapa kepada para pelajar sekolah demi meraih sokongan politik pengundi pada Umno/BN.Manakala, Jakim pula diminta, menurut beliau akan mengadakan beberapa program khusus membabitkan pengundi-pengundi dari kalangan Orang Asli.
Demi menjayakan kempen secara tidak langsung itu, beliau berkata, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM150 ribu bagi setiap program tersebut.
Tambah beliau, kesemua 15 program yang membabitkan kaum Melayu dan Orang Asli itu bakal dihadiri para pemimpin Umno bertaraf menteri dan timbalan menteri. Jamil sendiri, menurut beliau, akan merasmikan satu program rasmi di Gerinchi Jaya, Hulu Selangor.
Dalam perkembangan yang lain, seorang kakitangan di Kementerian Penerangan, Kemunikasi, Kesenian dan Kebudayaan (KeKKWa) turut diturunkan secara langsung di Hulu Selangor. Menurut beliau, kementerian dijadualkan mengadakan wayang pacak di semua kampung bermula malam esok.

08 August 2009

PRK Pmtg Pasir: UMNO Najib Altantuya bawa 4 yang dah "expired" untuk berkempen

Ibrahim Saad, Ahmad Saad, Firdaus"sepak tong" dan Arif Shah akan dibawa ke Pmtg Pasir bagi tujuan memperkuatkan kempen UMNO BN di Prk Pmtg Pasir nanti.

"Kedatang mereka amat bernilai dalam kempen nanti" kata Zahid. Mereka akan mengetuai beberapa sekretariat tertentu dalam menaikkan moral ahli-ahli UMNO di Parlimen Pmtg Pauh, tambah Zahid.

nak tanya Zahid la, laku lagi ker 4 orang yang dah "expired" ni wahai Zahid?

tak ajak Pak Lah sama ke? kan dekat saja tu dengan Kepala Batas ...

Zahid: Penang Umno’s Super 4 for Permatang Pasir campaign

SEREMBAN, Aug 7 — Four Penang Umno bigwigs have been recalled to campaign in the Permatang Pasir state by-election.They are Datuk Seri Dr Ibrahim Saad, Datuk Ahmad Saad, Datuk Firdaus Ismail and Datuk Arif Shah, said state Umno liaison committee chairman, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
“They will head certain secretariats in the election machinery to boost the morale of Umno members in the Permatang Pauh division.“Their presence will add value to our campaign. Let us close ranks to wrest the seat from PAS,” he told reporters after opening the Human Capital Development, and Emotional Spiritual Quotient Seminar organised by the Defence Ministry here today.
Describing the by-election as a test for him as state Umno chief, Ahmad Zahid, who is also Defence Minister, said the contest would be an uphill for Barisan Nasional as it was the only Penang state seat held by PAS.The seat fell vacant following the death of PAS three-time assemblyman Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman, 63, on July 31. — Bernama

06 April 2009

Mahathir Merapu di Bukit Gantang

Oleh Mohd Sayuti Omar

REFORM ke atas Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang diidamkan oleh Menteri Penerangan, Ahmad Shabery Cheek mungkin sudah sampai ke kemuncaknya. Kemuncak reform itu juga tepat pada masa kini yang kritikal bagi menteri berkenaan untuk melihat untung nasibnya saat Kabinet baru akan dibentuk.
Reform itu bukan memenuhi kehendak dan aspirasi rakyat dan menyesaikan dengan falsafah kebebasan dan peranan RTM sebagai alat kerajaan tetapi untuk dijadikan alat bodek parti UBN.
Sekejap tadi TV1 telah menyiarkan secara langsung kempen politik Mahathir Mohamad dari Jalan Taiping, Bukit Gantang. Penyiaran ceramah Mahathir itu merupakan kemuncak dan sentuhan terakhir sekaligus menunjukkan UBN benar-besar terdesak. UBN telah menggunakan segala agensi kerajaan untuk menjamin kemenangan termasuk menggunakan semula perkakas buruknya.
Penyiaran secara langsung ceramah politik busukan Mahathir itu satu permerkosaan siang hari RTM ke atas hak rakyat.
Geli geleman hati saya menyaksikan ucapan Mahathir sekejap tadi, merapu dan merepek. Betapa Mahathir merendahkan diri turun dari takhta sebagai seorang negarawan untuk menjadi penceramah merapu kaki lima. Bekas seorang Perdana Menteri yang kononnya disanjung oleh seluruh dunia, dikultus dapat membawa nama Malaysia ke muka dunia itu tiba-tiba bersedia menghina diri menjadi penceramah upahan untuk mendapat sesen dua bagi membeli semanguk mee mamak!
Berapakah yang Mahathir dapat hasil dari ceramah membantu UBN di Bukit Gantang dan Bukit Selambau itu? Apakah sebagai upah anaknya Mukhriz Mahathir yang kalah bertanding ketua pemuda Umno akan dilantik menjadi jemaah menteri Kebinat Najib? Mungkin... mungkin itulah yang diburu Mahathir kini.
Melihat cara penyiaran ceramah merapu merepek Mahathir tadi tidak ubah beliau seperti masih berperasaan selaku presiden Umno dan Perdana Menteri Malaysia. Apakah Mahathir kini sedang mengarai mimpi untuk menjadi PM ke -7 pula?
Semacam ada cita-cita dan keinginan Mahathir untuk mengambil alih tempat Najib, ataupun Najib Razak memberi kontrak kepada Mahathir untuk menjadi PM selama kempen di Bukit Gantang dan Bukit Selambau itu bagi menjamin kemenangan UBN.
Dan Najib pula terpaksa memberi kontrak itu kerana takut untuk berhadapan dengan rakyat yang sedia untuk menyoalkanya dengan beberapa soalan cepu emas.
Bukan main lagi sambutan yang diberikan kepada Mahathir tadi. Hampir semua menteri Kebinet dan ahli Parlimen yang pelahap untuk jadi menteri hadir dan berdiri menjadi pengawal mendengar ceramah merapu merepek Mahathir yang sesekali menyinidir dan menghentam Anwar Ibrahim itu dan mempersendakan calon Pas, Mohamad Nizar Jamaluddin.
Paling memalukan bila mana Mahathir meletakkan dirinya di kaki lima menjadi penyokong Najib nombor satu. Beliau menjadi pembesar suara buruk memaklumkan kepada rakyat bahawa Najib pemimpin rakyat yang sudah mulai turun menemui rakyat di Seri Petaling kelmarin.
Jumlah yang hadir boleh tahan juga. Adalah kira-akira 1,203 orang dewasa dan 22 kanak-kanak berusia lima tahun ke bawah. Seorang yang hilang penglihatan juga hadir. Yang bisu tidak sempat dihitung.
Manakala maklumat langsung dari Bukti Gantang mengira tidak sampai 200 orang tempatan yang menjadi pengundi hadir. Kebanyakannya orang luar. Menurut pelapor itu penyokong Pakatan Rakyat juga turut hadir sengaja untuk mendengar merepek mengumpat Mahathir ke atas Anwar.
Manakala muka-muka yang hadir mereka yang sudah familiar dalam Umno terdiri daripada pemimpin Umno semua peringkat dari seluruh Perak. Sudah pasti arahan dan kenderaan disediakan untuk angkut orang ramai.
Kata Mahathir tidak ada telor busuk pun menanti kehadiranya tetapi yang berlaku tepok sorak mengalu-alukan kedatangannya yang kedengaran. Mungkin benar, tidak ada yang perangai seburuk Mahathir yang terusan mengkritik Abdullah untuk melempar telor ke mukanya.
Namun dipercayai di dalam hati rakyat tetap ada telor busuk untuk dilontarkan ke muka Mahathir. Nasib baik rakyat marhaen ada adat dan sopan santun berbanding dengan Mahathir kalau tidak sudah pasti telor akan melantun ke arahnya. Kalau tidak percaya beranikah Mahatahir berjalan sendirian di Bukit Gantang atau Selambau? Atau kalau dia rasa curiga elok dia ajak Brahim Ali untuk menenaminya.
Di hadapan Mahathir ada pula sekumpulan tukang sorak dan jerit. Mereka akan melaung dan mengiya apa yang Mahathir katakan terutamanya bila menghentam Pakatan dan Anwar Ibrahim. Mungkin si tukang sorak ini kumpalan samseng bersongkok mereng yang buat kacau di hadapan SUK Perak lampau. Upahnya juga tentu banyak sedikit berbanding dengan apa yang mak cik, pak cik, pak lang, mak lang, pak andak dan mak andak dapat hari ini.
Undangan Mahathir itu juga menunjukkan UBN sudah tidak dapat mengawal keadaan dan sudah hilang punca. Kalau UBN sudah kuat pasti mereka tidak perlu memanggil Mahathir kerana kedatangan Mahatahir itu boleh menjejaskan UBN. A
da suara-suara dalam kepimpinan Umno sendiri was-was dengan kehadiran Mahathir samada membawa untung atau memberi rugi. Katanya pemimpin UBN sendiri bertelagah mengenai kedatangan Mahathir itu.Apapun tahniah diucapkan kepada menteri penerangan kerana berjaya terus menjadikan RTM dan para kakitangan sebagai alat propaganda murahan UBN bukannya propaganda kerajaan.

03 April 2009

Libatkan ALTANTUYA Dalam Kempen - KPN Nafi

Dalam perkembangan berkaitan, ketua polis negara menafikan larangan tersebut dan seterusnya menyalahkan pegawai polis daerah Taiping yang mengeluarkannya, 30 Februari lalu.

Tan Sri Musa Hassan menegaskan, arahan polis itu merujuk ulasan yang boleh dianggap subjudis atau mencampuri urusan mahkamah bagi kes-kes perbicaraan yang sedang berjalan.


seterusnya di Malaysiakini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive