10 April 2010

Kenyataan dungu menteri umno vs penduduk bakar geran

Ini adalah ciri-ciri cakap bodoh dan dungu dari seorang menteri bn bila berkempen. Depa fikir pengundi pun bodoh mcm depa juga.

Pembangunan yang dijalankan di negeri-negeri yang kini dikuasai pakatan PAS-DAP-PKR termasuk di Selangor hanya diwarisi daripada usaha kerajaan BN, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata pakatan pembangkang di negeri-negeri yang dikuasainya belum melaksanakan sebarang pembangunan walaupun sudah dua tahun mentadbir di Kedah, Pulau Pinang, Kedah dan Selangor khususnya di Hulu Selangor.

"Semua pembangunan lama BN yang bina, sebagai contoh, kita (BN) bina 50 sekolah rendah dan 16 sekolah menengah (di Hulu Selangor)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program motivasi keibubapaan dan anugerah kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Kerling di Hulu Selangor hari ini.

Sehubungan itu, Ahmad yang juga Ketua Penerangan Umno meminta pengundi di kawasan Parlimen Hulu Selangor agar menolak "kumpulan penumpang" agar membolehkan kerajaan pusat pimpinan BN meneruskan pembangunan di kawasan itu."Jadi saya harap kawasan ini putih untuk sokongan BN supaya kita boleh terus membangunkan kawasan ini sebagaimana telah terbukti," katanya.

Teruskanlah berkempen dengan cakap-cakap dungu ini wahai juak umno.

Apakata kita baca pula kenyataan ini :

TELUK KEMANG, 10 April — Akibat projek pembinaan jalan raya terbengkalai selama enam tahun, 24 penduduk dari Rumah Rakyat Pasir Panjang, Port Dickson nekad membakar geran rumah mereka sebagai tanda protes.

Kerja pelebaran jalan sepanjang 17 kilometer yang menghubungkan Pasir Panjang ke Linggi itu terbiar selepas kontraktor yang dilantik gagal menyiapkan projek itu sehingga menyebabkan banjir lumpur sering terjadi selain keadaan jalan yang membahayakan.

Wakil penduduk yang mengetuai protes itu, Rahimuddin Md Harun berkata penduduk di situ pernah membuat aduan kepada pihak yang bertanggungjawab tetapi tiada satu pun tindakan yang diambil.

"Kita tidak menolak pembangunan tetapi jalan ini sudah terbiar terlalu lama. Bila hujan rumah kami dilanda banjir lumpur, bila kering, debu berterbangan dan permukaan jalan juga tidak selamat," katanya kepada pemberita.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Gerakan Memantau Perkhidmatan Agensi Kerajaan (Gempak) berkata penduduk sudah mula hilang sabar apabila kerap diberitahu bahawa projek itu masih berjalan tetapi sudah enam tahun berlalu dan jalan masih tidak siap-siap.

Seorang lagi penduduk yang ditemui, Siti Rohani Muhammad, 28, berkata anaknya kini menghidap penyakit lelah yang dipercayai akibat debu daripada projek jalan raya yang terbengkalai itu.

"Saya sudah duduk di sini selama lima tahun, memang sudah tidak tahan lagi kalau boleh hendak pindah. Bila kering berdebu dan saya terpaksa tutup pintu dan tingkap rumah tetapi bila hujan, rumah kami pula dilanda banjir lumpur," katanya.

Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Sembilan Datuk Ir Roslan Mohd Taha yang ditemui pemberita ketika menjalankan pemantauan di kawasan itu menjelaskan, projek jalan raya itu terbengkalai akibat kegagalan kontraktor menyiapkan projek itu ekoran masalah dalaman.

Kontraktor lain sudah dilantik untuk meneruskan semula projek itu dan ia dijangka siap
menjelang hujung tahun ini, katanya.

Sebuah tembok berukuran 1.5 meter tinggi juga akan dibina di hadapan rumah penduduk yang dilanda banjir lumpur semasa hujan, katanya. — Bernama

STONE: 17km jalan dah 6 tahun belum siap. Ini kah pembangunan seperti yang dok bising tu? Pengundi Hulu Selangor, hati-hati dengan semua janji-janji manis dari umno bn. Lihat lah apa yang terjadi di Port Dickson ni

2 comments:

azman kamarul said...

Ahmad Maslan...tak layak untuk menjadi timbalan menteri...bercakap macam orang sasau.....

Memang sepatutnya begitu kerana kamu dah memerintah selama lebih kurang 50 tahun...PR hanya dua tahun beb....lagipun pembinaan sekolah bukan kerja kerajaan negeri tetapi di bawah kuasa kerajaan pusat...kerajaan negeri hanya sediakan tapak sahaja.

Kalau nak tipu jangan terang-terang kerana rakyat Malaysia dah ramai celik huruf dan celik IT.....jangan jadi timbalan menteri yang macam tak pernah ke sekolah pulak.

Anonymous said...

ORANG PD, KAU ORANG YANG BANGANG.LU PIKIRLA SENDIRI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive