Showing posts with label PRN sarawak. Show all posts
Showing posts with label PRN sarawak. Show all posts

21 June 2011

BN belanja RM 1.18 bilion di PRN Sarawak

KUALA LUMPUR: Kerajaan mendedahkan sebanyak RM1.18 bilion digunakan dua bulan sebelum dan semasa pilihan raya negeri Sarawak berlangsung April lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendedahkan perkara itu dalam jawapan bertulis ekoran pertanyaan lisan Teresa Kok Suh Sim (Seputeh-DAP) yang meminta beliau menyatakan nama dan nilai projek pembangunan yang diumumkan kerajaan.

“Sehingga 30 April, sebanyak 62 projek dan program bernilai RM1.18 bilion telah diumumkan untuk dilaksanakan di seluruh Sarawak.

11 May 2011

PRN Sarawak : 80% cek BN pada 'Tuai' rumah panjang 'ditendang' oleh bank ...hahaha

KUCHING: An opposition candidate, who lost his battle to win the Tamin state seat in the April 16 Sarawak election, has accused Barisan Nasional (BN) of cheating at least 80% of the longhouse chiefs by giving them cheques which were not valid.

According to PKR candidate Mengga Mikui, BN had allegedly given each tuai rumah (longhouse chief) a “baucar bayaran” (payment voucher) attached to a cheque for RM15,000 three days before April 16.

The voucher was alleged to have been prepared by the Chief Minister’s Office and given to the longhouse chiefs.

seterusnya DI SINI

28 April 2011

Macamana PKR boleh berubah wajah?

Beban yang digalas oleh PKR untuk bertanding di 49 kerusi, termasuk yang sukar dimenangi pada pilihan raya Sarawak, 16 April lalu akan dibawa ke mesyuarat Pakatan Rakyat, kata pengarah strateginya, Rafizi Ramli.

Pada pilihan raya itu, PKR yang sepatutnya bertanding di 25 DUN sahaja tetapi akhirnya terpaksa bertanding di 24 kerusi tambahan bagi mengelakkan BN menang percuma pada hari penamaan calon.

"Saya berpendapat beban ini sepatutnya dikongsi bersama (dengan parti lain dalam Pakatan)," katanya ketika ditanya pemberita berhubung perkara itu. -
Mkini.

22 April 2011

PRN Sarawak : Suapan RM10,000 - BN bagi cek tendang ... hahahaha

SARAWAK: Laman portal Sarawak Report mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menggantung keputusan
pilihan raya bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N52 Temin kerana terdapat bukti bahawa calon Barisan Nasional
(BN), Joseph Mauh telah ‘ditangkap’ kerana melakukan penipuan berganda.
Laman tersebut turut mendesak pihak polis segera bertindak menyoalsiasat Joseph, kerana dia bukan sahaja menjanjikan RM10,000 bagi meraih undi, tetapi suapan itu adalah dalam bentuk cek tendang.
“Jika buktinya didapati benar, maka suatu pilihanraya semula harus diadakan. Kesemua dakwaan mengenai jenayah
rasuah yang dilakukan di seluruh negeri Sarawak harus juga disiasat.
“Kami bukannya bercakap mengenai ‘pembangkang pengacau’, tetapi kami ingin bercakap mengenai Ketua-ketua
masyarakat yang dilantik oleh kerajaan dihormati,” kata laporan tersebut.
Penyelewengan itu didedahkan oleh Kuching ak Moyan, seorang Tuai Rumah dari kawasan Tamin melalui
pengakuannya yang dirakam oleh kamera dan video 5 minit 20 saat itu masih boleh dilayari di laman youtube dengan
tajuk ‘Testimony of Tuai Rumah Kuching’.
Melalui seorang penterjemah, Kuching mendedahkan bahawa pada 13 April 2011, beliau telah diberikan tiga keping
cek bernilai RM2,000, RM3,000 dan RM5,000 oleh calon Barisan Nasional, Joseph Mauh supaya memberikan
sokongan kepada Barisan Nasional.
“Saya telah menunaikan kedua keping cek yang pertama dengan jumlah RM5,000. Tetapi cek ketiga yang bernilai
RM5,000 telah ditolak oleh pihak bank sebagai cek tendang,” kata Kuching.
Kuching turut mendedahkan, pada Pilihan Raya Negeri 2006 lalu, setiap seorang pengundi di kawasan itu diberikan
hanya RM20, tetapi pada pilihanraya kali ini, nilainya telah dinaikkan kepada RM50 setiap seorang pengundi.
“Saya ingat semua kami di sini telah mengundi Barisan Nasional. Memanglah saya tahu bahawa duit yang diberikan
oleh Barisan Nasional itu tidak bernilai jika kerajaan mengambil tanah kami. Tapi apakan daya kami, kami harus
mengundi kerajaan kerana kerajaanlah yang memberi kami duit itu.
“Ya, saya tahu kita boleh mengambil duit Barisan Nasional dan kemudian kita mengundi pembangkang, tetapi
memandangkan setiap orang di sini mengundi Barisan Nasional pada kali ini, saya juga turut serta,” kata Kuching.
Berdasarkan bukti tersebut, Sarawak Report menjangkakan ia hanyalah permulaan kepada penemuan-penemuan lain.
“Kita hairan dengan gelagat BN di KL yang kelihatan resah dan risau mengenai pilihanraya ini dan kemudian mereka
kelihatan lega dengan keputusannya.
“Taib kelihatan bergegas di tengah malam minggu untuk mendapatkan Tuan Yang Terutama bagi mengangkat sumpah
sebelum sesiapa sempat berteriak ‘tangkap pencuri itu!’ ulas laporan tersebut.
Dalam pada itu, Sarawak Report turut mempersoalkan sama ada wujud penafian hak mengundi oleh Ketua Menteri,
Tan Sri Abdul Taib Mahmud dengan tidak mendaftarkan setengah juta pengundi dari kalangan orang asli.
“Perkara ini yang meresahkan dan merisaukan BN. BN adalah sebuah kerajaan yang tidak sah yang telah menodai
proses pilihanraya dan mereka seharusnya disiasat dan didakwa dan dijatuhkan hukuman seberat yang mungkin.
“Sarawak Report kini berada di Geneva, dengan kerjasama NGO yang lain telah dipelawa untuk mengemukakan
segalanya di UN mengenai masalah yang berkisar kepada pelanggaran hak asasi manusia dan demokrasi di Sarawak.
“Kami akan mengemukakan kes Tuai Rumah ini dan juga kes-kes yang lain yang telah dan pernah ditipu semasa
pilihan raya ini,” jelas laporan tersebut.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=11978

18 April 2011

PRN Sarawak : Pakatan 'berjaya' walaupun 'gagal' - DSAI


Meskipun gagal mencapai keputusan yang disasarkan tetapi Pakatan Rakyat (PR) berjaya “menanam benih politik murni” supaya penduduk Sarawak meninggalkan politik perkauman sempit, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pada pilihan raya negeri ke-10 kelmarin, Barisan Nasional (BN) mengekalkan kuasa kerajaan negeri dengan memperoleh 55 kerusi manakala PR 15 dan Bebas satu.
PR menggandakan kerusi dan undi popular yang diperoleh mereka kali ini berbanding lima tahun lalu.
“Pilihan raya negeri Sarawak 2011 membuktikan perjuangan menuntut keadilan untuk semua tanpa mengira batas kaum mahupun kepercayaan bukanlah tugas mudah, namun ia juga bukan mustahil.
“Walaupun tidak mengecapi keputusan yang diingini, kita berjaya menanam benih politik murni agar rakyat Sarawak meninggalkan politik perkauman sempit, berani melawan kezaliman yang sekian lama membelenggu dan berusaha memperkukuh amalan demokratik,” kata beliau dalam entri terbaru blognya.
Ketua Umum PR itu menambah, hakikat yang tidak dapat dinafikan sepanjang tempoh berkempen, berbekalkan sumber yang terhad serta berilitizam dengan kempen yang bersih, PR tetap berjaya menembusi kawasan pendalaman, yang sentiasa dianggap kubu kuat BN.
Dalam kenyataan ringkasnya ini, Anwar yang juga Ketua Umum PKR menenangkan pengikut dan penyokongnya bahawa keputusan kali ini bukanlah satu pengakhiran, bahkan yakinlah ia satu permulaan kepada satu tuntutan perubahan yang jitu dan menyeluruh.
“Pastinya ini tidak dapat dicapai sekiranya rakyat Sarawak tidak bersama sama memastikan ia terlaksana. “Saya menyeru kepada rakyat Sarawak yang mahukan perubahan dan cintakan keadilan, tingkatkan usaha, jangan sesekali berputus asa, terus mara dan pastikan rejim yang korup ini tumbang pada pilihan raya yg akan datang,” katanya Ketua Pembangkang ini.
PR bertanding dengan 47 calon PKR, DAP 15 dan PAS lima dalam pilihan raya paling sengit dalam sejarah Sarawak ini. Seramai 213 bertanding kali ini.
Anwar juga berkata sekali lagi kredibiliti dan integriti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tercalar kerana wujudnya laporan bahawa agensi itu bertindak berat sebelah ataupun sengaja menutup mata terhadap sebarang penipuan ketika hari pengundian.
“Saya difahamkan petugas PKR dinafikan Borang 14 di beberapa kawasan sedangkan borang ini penting untuk memastikan keputusan pilihan raya bersih dari penipuan,” katanya.
Selain itu kata beliau, terdapat juga laporan wujudnya usaha membeli undi di beberapa kawasan seperti Dudong, Bawang Assan dan Meradong.
Kata Anwar, keengganan SPR untuk mengira semula undi bagi kerusi Senadin ternyata mengukuhkan lagi dakwaan ramai bahawa SPR bertindak demi kepentingan BN.
“Calon PKR Dr Michael tewas dengan majoriti yang tipis iaitu 58 undi sahaja. Mengapa enggan mengira semula tanpa memberi alasan yang munasabah?’ katanya lagi.
Laporan media menyebut PKR bercadang memfailkan petisyen untuk mencabar keputusan bagi kerusi Senadin.
Teo kalah tipis kepada Datuk Lee Kim Shin daripada BN.
Naib Presiden PKR Tian Chua menyuarakan rasa tidak puas hati beliau berikutan keengganan Pegawai Pengurus Pilihan raya Chai Ko Het supaya undi dikira semula di pusat penjumlahan undi.
Lee memperoleh sejumlah 7,334 undi manakala Teo pula meraih 7,276 undi. - The Malaysian Insider

17 April 2011

YB Lim Guan Eng di Lorong Ubah Sarawak (gambar2 sekitar PRN Sarawak)



Lagi gambar-gambar diSINI

PRN Sarawak : Angkat sumpah terburu-buru bukti Najib takut Taib

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak tunduk kepada Tan Sri Taib Mahmud, kata Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua merujuk kepada perbuatan Ketua Menteri Sarawak itu yang terburu-buru membuat acara angkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak untuk penggal kelapan.
Tengah malam tadi, Taib Mahmud mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak 30 minit selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuat pengumuman keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-10.
Tian Chua percaya perbuatan itu menunjukkan Ketua Menteri Sarawak paling lama berkuasa dalam sejarah Malaysia, akan terus berkuasa di Sarawak berikutan Najib gagal memaksa Taib Mahmud berundur.
“Taib menganggap kemenangan itu memberi sekali lagi mandat kepada beliau untuk memerintah di Sarawak bagi penggal kelapan. Keengganan melepaskan jawatan itu menyebabkan Najib tidak mampu berbuat apa-apa.
“Taib berjaya kalahkan Najib yang sibuk berkempen bagi menjatuhkan beliau. Walaupun PRN kali ini, prestasi BN paling teruk di Sarawak tapi Najib terpaksa akur.
“BN sebenarnya dalam dilema kerana sudah berjanji dengan rakyat untuk mengundurkan Taib tapi hal sebaliknya berlaku,” katanya kepada KeadilanDaily, hari ini.

Dulu Taib Mahmud berjanji berhenti pada 2000; kini buat janji lagi.
Tian Chua menganggap perbuatan Taib Mahmud mengumumkan pengundurannya pada pertengahan penggal beberapa jam selepas mengangkat sumpah secara terburu-buru, membuktikan beliau mahu terus berkuasa.
“Taib akan cari pengganti yang taat kepadanya tapi bukan kepada Najib. Itu sebab beliau tidak mahu lagi undur diri. Pastinya, orang itu adalah penyokong beliau untuk selama-lamanya,” kata Ahli Parlimen Batu itu.
Media arus perdana pada  7 November 1995 melaporkan Taib Mahmud akan berundur selepas lima tahun memegang jawatan Ketua Menteri Sarawak  tetapi Taib  tidak berbuat demikian apabila penggalnya berakhir pada 2000, malah Perdana Menteri ketika itu, Dr Mahathir Mohamad gagal mengawal beliau.
“Kalau Dr Mahathir sendiri pun tidak mampu mendesak pengunduran Taib, apatah lagi Najib yang dilihat lemah dan tidak pernah dipilih rakyat melalui pilihan raya, dan cuma mengambil alih jawatan Perdana Menteri dari Pak Lah,” kata Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail sebelum ini.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=11658

PRN Sarawak : Kuasai 15 kerusi - Beri harapan baru pada Pakatan

KUALA LUMPUR, 17 April — Walaupun hanya menang 15 kerusi, namun penganalisis politik berpendapat ia adalah satu keputusan yang tidak dijangkakan dan menunjukkan Pakatan Rakyat berjaya mengukuhkan kedudukan di Sarawak.
Bagaimanapun ketika dihubungi The Malaysian Insider, penganalisis berkata hanya DAP yang menunjukkan peningkatan sokongan yang memberangsangkan berbanding PKR dan PAS.
Pakatan Rakyat memperoleh kemenangan di 15 Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan DAP menyumbang 12 kemenangan, PKR tiga manakala PAS tidak memperoleh sebarang kerusi.
Barisan Nasional (BN) berjaya mengekalkan kerajaan negeri Sarawak dengan memperoleh kemenangan lebih dua pertiga iaitu 55 kerusi DUN.
Bebas memenangi satu kerusi.
Berdasarkan keputusan rasmi yang diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) malam tadi, Pakatan Rakyat berjaya menambah bilangan kerusi berbanding pilihan raya negeri 2006 — yang mana ketika itu BN memperoleh 62 kerusi.
“Bagi Pakatan Rakyat mereka mengukuhkan lagi kedudukan terutamanya DAP yang mana mereka telah dapat 12 kerusi berbanding sebelum ini enam dan ini menunjukkan pengundi masih bersama Pakatan di kawasan bandar.
“Peningkatan sokongan ini menunjukkan BN perlu melakukan sesuatu untuk menyekat sokongan kepada Pakatan Rakyat,” kata pensyarah kanan Universiti Sains Malaysia Profesor Madya Dr Sivamurugan Pandian.
Kata beliau, walaupun Pakatan Rakyat merupakan parti dari Semenanjung, namun jumlah kerusi yang dimenangi perikatan tiga parti itu menunjukkan perubahan sudah berlaku.
“Bagi Pakatan Rakyat walaupun berasal dari Semenanjung Malaysia, namun mereka nampaknya sudah mula diterima, malah kita boleh lihat bagaimana DAP yang sebelum ini menang enam kerusi kini sudah bertambah.
“Peningkatan ini juga mungkin menunjukkan pengundi mahukan keseimbangan ke atas DUN Sarawak, namun begitu nampaknya bukan semua pengundi masih boleh terima parti yang berasal dari Semenanjung Malaysia,” katanya.
Jelas Sivamurugan, faktor utama kemenangan besar BN adalah sumbangan yang diberikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin yang membantu jentera parti itu.
Beliau juga berkata, BN perlu melaksanakan setiap janji yang dibuat agar momentum kemenangan akan dapat diteruskan dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13.
“Bagi saya faktor kemenangan BN adalah Najib dan Muhyiddin yang telah lakukan kempen yang hebat untuk pastikan Sarawak kekal menjadi simpanan hayat BN.
“Tapi cabarannya adalah untuk pastikan apa yang dijanjikan semasa kempen dilaksanakan supaya momentum itu dapat dikekalkan dalam pilihan raya umum ke-13.
“Mungkin pengundi di Sarawak mahu memberikan satu lagi peluang kepada BN supaya jurang antara bandar dan luar bandar dapat dikurangkan terutamanya jurang antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri selain mahu melihat Najib melakukan lebih banyak perubahan,” katanya.
Malam tadi Najib memberi isyarat jelas bahawa kemenangan selesa BN dalam pilihan raya negeri Sarawak akan dijadikan kayu ukur dan jambatan bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.
Kata Najib, kemenangan besar BN itu akan diterjemahkan pada pilihan raya umum yang bakal diadakan tidak lama lagi.
Bagi Profesor Madya Dr Samsul Adabi Mamat, DAP menunjukkan parti itu berjaya mendapatkan sokongan pengundi Cina di kawasan bandar dan pinggir bandar.
Jelas beliau, keputusan yang diperoleh Pakatan Rakyat itu masih belum dapat untuk bersaing dengan BN yang mempunyai pengaruh yang kuat di Sarawak.
“Saya melihat keputusan itu secara keseluruhannya kita lihat memang BN dapat majoriti dua pertiga dan ini menunjukkan kemenangan besar BN.
“Namun kalau kita lihat kawasan yang dimenangi DAP menunjukkan peningkatan DAP, begitu juga PKR yang meningkat kepada DAP.
“Ini menunjukkan peningkatan kepada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya Sarawak tapi secara keseluruhan BN masih berada dalam keadaan cukup selesa,” katanya.
Menurut Samsul Adabi lagi, banyak faktor yang menyumbang kepada kemenangan Pakatan Rakyat di 15 kerusi itu termasuk kegagalan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) yang “tewas” besar kepada DAP.
“Terlalu awal untuk ulas kerana kawasan BN yang merosot angka tidak besar... begitu juga kerana penerimaan Pakatan Rakyat yang mana kalau kita lihat banyak faktor lain terutamanya faktu undi masyarakat Cina yang kita lihat banyak beri kemenangan kepada DAP.
“Kalau nak kata keseluruhan rakyat Sarawak sudah menerima Pakatan Rakyat, masih tidak boleh katakan, tapi kalau undi masyarakat Cina kepada DAP boleh kita lihat.
“Ini kerana SUPP yang mewakili masyarakat Cina di Sarawak gagal menyelesaikan masalah kepimpinan dalam parti itu dan telah mengalami kekalahan besar menyebabkan pengundi Cina telah pergi kepada DAP dan bukan BN,” katanya.
Sementara itu, Profesor Dr Ahmad Atory Hussain berkata kemenangan dua pertiga BN memang sudah dijangkakan, namun Pakatan Rakyat berjaya menang lebih kerusi.
“Saya ingat ia (kemenangan BN) sudah dijangkakan dan kerusi yang diperoleh sudah dijangka, awal cuma rasa risau dan bimbang.
“Dan yang saya lihat DAP berjaya menang 12 kerusi... saya juga tidak jangka PKR boleh dapat tiga kerusi, saya ingat ia adalah kerana faktor protes kerana tidak berpuas hati dengan BN bukan kerana minat kepada PKR,” katanya.
Selain itu, beliau percaya BN akan memperoleh kemenangan lebih besar sekiranya SUPP tidak tewas banyak kerusi.
“Sepatutnya BN boleh menang dengan lebih besar, kemenangan DAP sudah dijangka sebab trend pengundi Cina memang nampak begitu tegas kepada DAP, ia bukan undi protes bagi DAP, PKR mungkin.
“Kemenangan Pakatan Rakyat bergantung kepada DAP, yang saya rasa PAS dan PKR gagal terangkan manifesto Pakatan Rakyat, isu (Datuk Seri) Anwar Ibrahim juga memberi sumbangan kepada Pakatan Rakyat,” katanya.
Datuk Dr Zainal Kling pula menjelaskan kemenangan 15 kerusi itu masih belum menggambarkan majoriti besar pengundi Sarawak menerima Pakatan Rakyat.
“Saya fikir pilihan raya kali ini beri harapan kepada Pakatan Rakyat terutamanya sekali DAP dan PKR, yang mana DAP berjaya jatuhkan SUPP.
“Namun Pakatan Rakyat secara seluruh belum (diterima) tapi DAP dan PKR sudah mula bertapak di sana sudah ada tapak untuk bergerak lebih menyakinkan mereka,” katanya. - TMI

16 April 2011

PRN Sarawak : Keputusan Rasmi

BN 55
DAP 12
PKR 3
IND 1

PRN Sarawak : Keputusan Rasmi


Seperti yang diumum SPR pada jam 9
36 BN
5 DAP
3 PKR
1 IND

PRN Sarawak : Keputusan TERKINI tak rasmi

N70 Ba'kelalanPKR 245
BN 223
Undi rosak 3

DUN Tamin

PKR 113
BN 38

DUN Kakus

PKR 122
BN 70

Rumah Panjang Debak

PAS 50
BN 34

Keputusan di Rumah Panjang Pelapok Dun Layar: PKR 27, BN 8, SNAP 0, Bebas 0.

Pakatan mendahului di semua peti undi, termasuk peti undi DUN Taib Mahmud bertanding

Dun Jepak: SK Sg Setian PKR 91. BN 81. Snap 54. Bebas 2,2.

N.53 Kakus. SK Barau- pkr 106, bn 57, pcm 0, bebas , rosak 3.

N02 Tasik Biru: Keputusan X rasmi saluran SJK Chung Hua Buso PKR 63, BN 52, SNAP 6

Dun Jepak SK Kuala Anau, PKR 70 BN 69 SNAP 23 ikan 5 rumah 2 rosak 2. Turun 59.6% .

UNOFFICIAL: Baru Bian leads in Ba'Kelalan with 596 to BN's 525.

N.43 Ngemah - DM Pidai - PKR 76 BN 34.

N.31 Layar - DM Penyaleh - PKR 74 BN 48

52 Tamin: Keputusan X rasmi saluran Rumah Nangai PKR 93, BN 38

N53 Kakus: Update keputusan tak rasmi PKR 394, BN 210, PCM 1, Rosak 4

Official result saluran 2 Tadika Kemas Ng Bilat/Lijan N42 Meluan PKR 86, BN 106, SNAP 18.

DUN N.17 Tarat - DM Rayang - PKR 271 BN 159.

N43 Ngemah BN=145, PCM26, PKR=15, SNAP=4, Bebas=4.

Keputusan tidak rasmi KEADILAN menang pertandingan 4 penjuru kerusi undi N34 Dun Krian dengan majoriti kira-kira 3,000 undi

UNOFFICIAL: N 52 Tamin - Sukuan (PKR 113, BN 38); Rumah Nangai (PKR 93, BN 38); Rmah Empeni Bungkang & Rmh Pagah Pelepok (PKR 28, BN 8)

UNOFFICIAL: N 58 Jepak - SK Kuala Anau (PKR 70, BN 69, SNAP 23, Bebas 5); SK Sg Setian (PKR 91, BN 81, SNAP 54, Bebas 2)

UNOFFICIAL: N2 Tasik Biru - SJK Chung Hua Buso (PKR 63, BN 52, SNAP 6)

N58 Jepak: (keputusan X rasmi) saluran SK Kuala Annau PKR 70, BN 69, SNAP 23, Bebas 5, Rosak 2

N70 Ba'kelalan: Update keputusan tak rasmi PKR 596, BN 525

Lain2 keputusan tak rasmi sila lihat Twitter di sebelah

PRN Sarawak : Keputusan tak rasmi

N70 Ba'kelalan

PKR 245
BN 223
Undi rosak 3

DUN Tamin

PKR 113
BN 38

DUN Kakus

PKR 122
BN 70

Rumah Panjang Debak

PAS 50
BN 34

Keputusan di Rumah Panjang Pelapok Dun Layar: PKR 27, BN 8, SNAP 0, Bebas 0.

Pakatan mendahului di semua peti undi, termasuk peti undi DUN Taib Mahmud bertanding

Najib tak nak tengok gambar ni ...

Ini bukan gambar warga Sarawak keluar tunjuk perasaan, atau berdemo ... tapi hanyalah kelaur mendengar Ceramah dari Pakatan Rakyat sempena PRN Sarawak 16 April. Suasana yang sukar dilihat di Semenanjung. ... Pasti Najib dan Taib bertambah kecut tengok gambar ni.

15 April 2011

PRN Sarawak : Umno guna wanita Kelantan sekat kempen PAS

gambar yang tak terdapat di Semenanjung

BETING MARO, 15 April: Barisan Nasional (BN) Sarawak terpaksa menggunakan khidmat wanita Umno dari Kelantan untuk menghadapi kempen PAS yang semakin diterima penduduk di Beting Maro.
Keadaan serupa juga berlaku di empat lagi Dun ditandingi parti itu. Difahamkan arahan bagi mendapat khidmat wanita Umno Kelantan dibuat ekoran lawatan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak ke Pusa kelmarin.
Ekoran itu Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed dikatakan menghantar segera 30 wanita Umno dari Kelantan dan ditempat di rumah penduduk di Kampung Pusa.
Satu sumber memberitahu tujuannya untuk mengekang kemaraan PAS di Beting Maro.
“Wanita Umno terbabit ditempatkan di tiga rumah penduduk di Pusa Hilir dengan peruntukan lebih RM10,000,” katanya di sini.
Ketika kedatangan Perdana Menteri ke Pusa pada Rabu lalu beliau turut disambut Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Hanya kira-kira 50 penduduk Pusa yang hadir pada ceramah di pekan tersebut pada hari yang sama. Malah mungkin Perdana Menteri melihat sendiri bendera PAS lebih banyak berkibar di Pusa.
“Kedatangan Najib ke Pusa disambut penyokong-penyokong PAS yang mengibarkan bendera Bulan di jeti Pusa Hilir.
”Keadaan itu menyebabkan Presiden Umno terpaksa berpatah balik sebelum mengadakan lawatan ke Kampung Pusa,” kata petugas media maya dari
Kelantantv di sini.
Menurut petugas terbabit juga BN mula mengagihkan wang kepada penduduk di Pusa dan malam semalam dikesan dua lori sarat dengan hamper dipercayai dihantar ke Pusa.

Ahli PBB keluar parti
Dalam perkembangan lain, seramai 20 anggota PBB di Beladin Tengah dalam Daerah Mengundi Beladin, Beting Maro mengisytiharkan sokongan terbuka kepada calon PAS malam kelmarin.
Pengisytiharan tersebut dibuat di hadapan Yang Dipertua PAS Ketereh, Wan Ismail Wan Jusoh. Keadaan itu menyebabkan BN meningkatkan tekanan terhadap PAS di Beting Maro dengan menabur wang bagi membeli undi.
Petugas pilihan raya PAS dari Kelantan kini mempertingkatkan lagi keselamatan bagi menghalang cubaan menyogok pengundi di saat-saat akhir.
Semalam juga jentera Pemuda Kelantan yang disertai sama Ketua Pemuda PAS Pusat, Nassruddin Hassan Tantawi mengadakan kempen di Pusa Hulu bagi menarik lebih ramai sokongan pengundi muda.

Nasharudin dan Husam
Turut berada di Beting Maro hari ini Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa dan anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa.
Malam tadi diadakan ceramah di Dun Tanjung Datu. Hari ini mereka berkempen di Beting Maro.
Manakala calon PAS Beting Maro, Abang Mat bersama jentera petugas muslimat terus berkempen di saat-saat akhir menjelang pengundian pagi esok.
Semalam, Abang Mat bersama jentera muslimat dan seorang doktor menziarahi penduduk di Kampung Batang Maro dalam Daerah Mengundi Beladin, Beting Maro.
Batang Maro terletak di kuala Sungai Batang Saribas dan hanya boleh dihubungi melalui sungai, mengambil masa lebih sejam perjalanan dari Kabong, sebuah pekan terletak dalam Dun Kalaka.
Malam semalam Husam bersama bersama anggota Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof turut menyampaikan ceramah di Pusa.

Ceramah PKR diganggu

Di Mukah malam tadi ceramah PKR diganggu petugas BN sehingga menyebabkan terpaksa dikawal anggota FRU yang berkawal sehingga program selesai.
Setiausaha AMK Kelantan, Tarmizi Mohd Yusof berkata, petugas BN tidak menghiraukan arahan polis supaya tidak mengganggu ceramah Pakatan
Rakyat.
”Ini merupakan perbuatan tidak bermoral selepas mereka panik apabila rakyat mulai meninggalkan BN,” katanya ketika dihubungi di sini.
Tarmizi juga berkata, petugas PKR yang datang dari Semanjung menghadapi masalah untuk bermalam kerana hotel yang ditempah dibatalkan pemiliknya.
Katanya beliau hotel terbabit yang pada awal bersetuju, menarik balik difahamkan hasil tekanan pemimpin SUPP.
Beliau juga menasihatkan jentera Pakatan Rakyat lebih berhati-hati di saat-saat akhir sekarang memandangkan pihak lawan difahamkan mahu mengguna samseng bagi menakutkan petugas Pakatan.
Beliau juga menjangka keputusan luar jangka berlaku esok apabila dilihat kesedaran tinggi penduduk terhadap isu tanah adat bumiputera dan sikap muak terhadap Tan Sri Taib Mahmud.
Ramai penduduk tempatan yang kami temui bercakap mengenai NCR dan Taib Mahmud. Kata mereka Tok Uban (Taib) sudah lama kaya raya, namun rakyat hidup merempat,” katanya.- HD

STONE : Bangga aku melihat gambar di atas. Rakyat Sarawak kini sudah mula dapat menerima PAS - Insyallah PR akan memperoleh kejayaan ....

PRN Sarawak : Lagi ceramah diganggu polis, 10,000 hadirin tidak berganjak



SARAWAK: Walaupun hujan renyai, kira-kira 10,000 hadir ceramah Grand Finale anjuran DAP – sebuah parti gabungan Pakatan Rakyat di kawasan tempat letak kereta Restoran Alisan di Stutong.
Namun, ceramah Pakatan Rakyat – seperti biasa mendapat gangguan polis hingga menyebabkan program berkenaan terpaksa, dihentikan seketika.
Ia berikutan sepasukan polis termasuk anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) naik ke pentas ketika pengasas DAP Sarawak, Chong Shou Jiang berucap kira-kira jam 7.50 malam.
Gelombang Ngap Sayot di Sarawak tak kenal etnik. Semua mahu tumbangkan BN, tumbangkan Taib Mahmud
Mujur, Ketua Publisiti DAP, Tony Pua selepas mengadakan rundingan denagn polis, memaklumkan kepada hadirin yang ceramah itu dibenarkan untuk disambung.
“Polis kata, mereka hanya jalankan arahan pihak atasan. Pihak atasan itu ialah pemimpin Barisan Nasional (BN),” kata Tony – Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara dengan disambut sorakan hadirin.
“Kita bertanding bukan kerana mahu kaya atau mahukan kuasa. Kita bertanding untuk kembalikan hak rakyat Sarawak,” kata Tony lagi.
Antara yang hadir ialah Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh dan Ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=11562

PRN Sarawak : BN Taib diramal tumbang - Zentrum

Barisan Nasional diramal tumbang di Sarawak dengan hanya memenangi 21 daripada 71 kerusi yang dipertandingkan pada pilihan raya negeri itu, 16 April ini. Malah, Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud juga diramalkan kalah dikerusi yang dipertahankannya di DUN Balingian.

Demikian hasil satu kaji selidik yang dilakukan Zentrum Future Studies, satu pusat penyelidikan bebas yang meramalkan isu sosial, politik dan ekonomi di masa depan.

Menurut hasil kajian tersebut, Pakatan Rakyat diramal berjaya memperoleh 31 kerusi, bebas 4 kerusi dan Parti Kebangsaan Sarawak, yang juga menentang BN sebanyak 15 kerusi dalam pilihan raya kali ini.
Kajian tersebut juga mendapati, Taib Mahmud hanya memperoleh 34 peratus sokongan di DUN Balingian, berbanding lawannya, Datuk Salleh Jafaruddin, yang juga sepupunya sendiri iaitu sebanyak 38 peratus.
Dalam perebutan kerusi yang sama juga menyaksikan calon KEADILAN, Suriati Abdullah dijangka menerima sekurangnya 28 peratus sokongan.

Dari segi Persepsi kepercayaan politik mengikut kaum pula, Pakatan berjaya meraih sokongan dari kaum Melayu dan Melanau dengan meraih 40 peratus sokongan, SNAP dengan 10 peratus dan masing-masing Parti Cinta Malaysia (PCM) dan bebas hanya satu peratus.

Data dari statistik itu juga menunjukkan BN ditinggalkan jauh di tempat kedua oleh Pakatan yang memperolehi 46 peratus sokongan masyarakat cina dan BN dengan 34 peratus.

SNAP sebuah parti kaum Dayak di Sarawak pula mengungguli sokongan kaum Iban apabila dijangkakan mampu meraih sokongan sebanyak 38 peratus manakala Pakatan di tempat kedua dengan 32 peratus.
BN yang mengekori di tempat ke tiga bagi persepsi sokongan kaum yang sama pada ketika ini meraih sebanyak 23 peratus sokongan dan bebas dengan tujuh peratus.

Pakatan sekali lagi meraih populariti tinggi apabila diramalkan menerima sokongan terbanyak di kalangan pengundi kaum Bidayuh dengan 40 peratus manakala SNAP mengekori rapat di tempat ke dua dengan 38 peratus.

Menurut hasil kajian PRN Sarawak prediksi period 1 itu lagi, Pakatan pula memperolehi 36 peratus dan SNAP pula sebanyak 10 peratus juga bagi masyarakat Orang Ulu - Keadilandaily

STONE : najib dah balik KL - malam ni dia di Mines, sambutan tahun baru masyarakat India. Jem segenap lorong berhampiran Mines, South City Plaza dan Hotel Palace. Aku keluar  KLCC 5.30 sampai Equine Park dekat pukul 8.00. hahaha padan muka aku.
Agaknya puak-puak haramjadah tu dah tau kot depa nak kalah hasil risikan SB2 depa. Dan memang patut pun BN kalah. Baru padan dengan muka najib dan betina tu.
Ramai2 kita berdoa kepada Nya malam ni agar PR beroleh kemenangan esok. Insyaallah

PRN Sarawak : Calon BN lepaskan tembakan

Insiden melibatkan tembakan senjata api yang dilepaskan oleh seorang calon BN.
Calon BN bagi DUN Bukit Begunan itu, Mong Dagang didakwa melepaskan tembakan yang mengenai seorang individu, dipercayai seorang pegawainya.
Bagaimanapun, setakat ini masih belum jelas sama ada tembakan yang dilepaskan itu dibuat dengan sengaja ataupun tidak kerana siasatan polis masih berjalan.
"Kita siasat bawah Akta Senjata Api. Lepas siasat, kita akan serah laporan pada pihak atasan," kata Ketua Polis Daerah Sri Aman ASP Mat Jusoh Muhamad kepada Malaysiakini.
"Jika dibuat secara sengaja, ada unsur jenayahlah. Tetapi perkara ini masih dalam siasatan dan saksi-saksi akan dipanggil (membantu siasatan)."
Menurut Mat Jusoh, pihaknya menerima aduan berhubung insiden tersebut yang berlaku pada minggu lalu.
Usaha Malaysiakini menghubungi Mong setakat ini belum berhasil.
Pagi ini, wakil rakyat DAP Jeff Oii menghebahkan perkara itu melalui Twitter dan meminta pengesahan daripada pengikutnya di laman sosial itu.

"Dengar-dengar calon BN (bagi kerusi) N26 Bukit Begunan lepaskan tembakan dan cederakan setiausahanya. Boleh sahkan perkara ini? (Ada) risiko dikeluarkan kelayakan (bertanding)," tulisan anggota parlimen Jelotong itu dipetik.
Kempen: Ada laporan, 'bukan serius'
Ketika ditanya kenapa DAP mahu menjadikan perkara itu isu dalam tempoh berkempen, Jeff menjelaskan, oleh kerana ia didakwa melibatkan pihak bertanding dalam pilihan raya, rakyat mestilah dimaklumkan.
"Calon mestilah bebas daripada sebarang dakwaan jenayah. Polis mestilah mengesahkan sama tembakan yang dilepaskan itu bebas daripada unsur jenayah kerana ia melibatkan pihak yang bertanding (dalam pilihan raya).
"SPR juga mesti dimaklumkan secepat mungkin dan perkara ini mesti dihebahkan kepada pemilih sebelum hari pengundian. Jika beliau didapati bersih, ia mesti diumumkan," katanya kepada Malaysiakini.
Bukit Begunan, kawasan majoriti Iban antara kubu kuat BN dalam pilihan raya negeri kali ini. Mong sebagai penyandang menghadapi persaingan tiga penjuru dengan calon PKR dan SNAP.
Sementara itu, mengulas tentang perjalanan kempen yang tinggal tidak sampai 24 jam lagi, Mat Jusoh berkata ia masih berjalan dengan aman tanpa sebarang insiden.
Ditanya tentang laporan yang diterimanya setakat ini, beliau mengakui ada menerima beberapa laporan tetapi bukan melibatkan perkara yang serius - MKINI

PRN Sarawak : Buat Najib & Taib terus tergolek - SNAP setuju sertai kabinet Pakatan Rakyat ...

KUCHING: Snap today announced that it was willing to join a cabinet headed by PKR’s Baru Bian as chief minister if the opposition managed to kick out Barisan Nasional tomorrow.
“The notion that Baru Bian is to be the chief minister has been agreed upon by Pakatan Rakyat Sarawak. This is because Snap is a member of Pakatan Rakyat Sarawak,” said its secretary-general, Edmund Stanley Jugol in a statement issued here today.
He assured that Snap strongly subscribed to the struggle of Pakatan Rakyat Sarawak.
“In the event that PKR wins very few seats, and Snap captures more seats within the opposition front, Snap will offer DAP, PAS and PKR to jointly govern Sarawak,” he said.
However, he lamented that PKR was spoiling the chances of Pakatan by contesting in too many seats and causing a split in the opposition votes.
“Snap only fielded candidates in 26 areas. But PKR fielded 48 candidates which reduce the chances of Pakatan Rakyat Sarawak to win in the majority of the seats they contest,” he noted.
Snap had previously come under fire from opposition groups over allegations that it was insincere and would switch sides after the election.

Sumber: http://www.freemalaysiatoday.com/

STONE : hahahaha kita tengok siapa yang kena? ... Najib atau Taib ...atau kedua-duanya. $

Buat Najib dan Taib tak nyenyak tidor ... Kebangkitan rakyat Sarawak

SIBU, 15 April — Tinggal sehari sebelum hari penentuan, persaingan sengit untuk memikat pengundi-pengundi komuniti Cina berterusan dengan wang tunai dan retorik menjadi fokus dalam kempen bersifat rasialisme, yang dilihat makin meningkat di Sarawak.
Malah, dalam tindakan yang jarang dilihat, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), komponen Barisan Nasional, mengheret sama Umno sebagai momok meskipun ia juga merupakan parti perikatan itu.
Seorang pemimpin kanan SUPP memberi amaran bahawa kehilangan sokongan pengundi Cina setempat kepada BN akan mengundang kehadiran Umno, MCA dan Gerakan.
Sementara pekerja-pekerja pilihan raya Pakatan Rakyat (PR) di kawasan majoriti Cina di Sibu pula mendakwa bahawa antara RM300 hingga RM1,000 ditawarkan untuk setiap undi.
Meskipun terus dipulaukan media arus perdana, ceramah Pakatan Rakyat di Sarawak terus menjadi tarikan masyarakat di Sarawak.
Di Sri Aman, lebih 1,000 orang bagi mendengar ceramah DAP oleh pemimpin veterannya, Lim Kit Siang. Ini dikatakan ceramah terbesar yang pernah diadakan di Sri Aman sejak hari penamaan calon.
Selain kehadiran lebih 1,000 orang, majlis itu berjaya mengutip RM8,252 sumbangan daripada penyokong DAP.
Meskipun hujan renyai, hadirin tidak berganjak apabila Kit Siang mula berucap sambil dipayungkan oleh seorang penyokong DAP.
Menurutnya, pertelagahan antara Najib dan Taib membuktikan ketua menteri lebih 30 tahun itu tidak berhasrat melepaskan jawatannya.
"Jika bukan kerana ahli parlimen dari Sabah dan Sarawak, Najib sudah menjadi ketua pembangkang di Parliament. Sebab itu beliau tidak berani memaksa Taib letak jawatan," kata Lim.
Calon DAP untuk kerusi Kota Sentosa di Kuching, Chong Chieng Jen, juga datang membantu rakannya, Leon Donalad, calon Simanggang.
Simanggang adalah kerusi majoriti pengundi Iban yang terletak di bandar Sri Aman.
Katanya, pembinaan infrastruktur di Kuching dipercepatkan oleh kerajaan BN setelah pembangkang menawan kerusi Kuching.
"Lagi awak tolaknya (parti pemerintah BN), lagi baik dia akan layan awak. "Jadi kita mesti bagi tahun BN, kita mahu hospital baru (tetapi) kita juga mahu undi DAP!" katanya merujuk kepada pengumuman Najib berhubung pembinaan sebuah hospital baru, tiga hari lalu.
Ceramah DAP di Miri yang menampilkan calon PKR bagi kerusi Senadin, Michael Teo, pula menarik kehadiran tidak kurang 4,000 orang.
 Antara pencermahnya termasuk pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng, timbalan ketua menteri Pulau Pinang, P Ramakrishnan, ahli parlimen Taiping Nga Kor Ming, ahli parlimen Bukit Bintang Fong Kui Lun, ahli parlimen Kota Kinabalu Hiew King Cheu dan exco Pulau Pinang Chow Kon Yeow - Sumber

PRN Sarawak : BN beli undi antara RM300 - RM1,000 ... mana SPRM?

Oleh Sheridan Mahavera
April 15, 2011SIBU,

15 April — Tinggal sehari sebelum hari penentuan, persaingan sengit untuk memikat pengundi-pengundi komuniti Cina berterusan dengan wang tunai dan retorik menjadi fokus dalam kempen bersifat rasialisme, yang dilihat makin meningkat di Sarawak.
Malah, dalam tindakan yang jarang dilihat, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), komponen Barisan Nasional, mengheret sama Umno sebagai momok meskipun ia juga merupakan parti perikatan itu.
Seorang pemimpin kanan SUPP memberi amaran bahawa kehilangan sokongan pengundi Cina setempat kepada BN akan mengundang kehadiran Umno, MCA dan Gerakan.
Sementara pekerja-pekerja pilihan raya Pakatan Rakyat (PR) di kawasan majoriti Cina di Sibu pula mendakwa bahawa antara RM300 hingga RM1,000 ditawarkan untuk setiap undi.
Pengundian pilihan raya negeri ke-10 ini akan berlangsung esok.
DAP terlibat dalam perang ‘minda’ dengan SUPP, parti domuniasi CIna dalam BN Sarawak yang menekankan soal masa depan perwakilan Cina dalam kerajaan negeri. Pemimpin-pemimpin kedua-dua parti mengeluarkan kenyataan harian menyasarkan pengundi Cina.
Dalam ucapan ceramah yang terbaru, Naib Presiden SUPP Datuk Tiong Thai King memberi amaran kehilangan majoriti dua pertiga BN Sarawak akan membuka pintu kepada kemasukan Umno di negeri terbesar itu.
Parti dominan BN itu tidak popular di kalangan bukan Melayu, malah di kalangan Melayu Sarawak.
Tiong juga memberitahu penyokongnya bahawa jika SUPP gagal menerima sokongan kali ini daripada masyarakat Cina, parti-parti seperti MCA dan Gerakan akan dibawa masuk untuk mengisi kekosongan itu.
“Dalam keadaan SUPP hilang kerusi tetapi komponen-komponen BN yang lain menang, bagaimana kepentingan kaum Cina akan diwakili?” kata beliau.
“Jika itu keadaannya, maka MCA dan Gerakan perlu datang,” kata Tiong yang bertanding mempertahankan kerusi Dudong, yang ucapannya dibawa oleh akhbar harian United Daily News.
“Jika BN hilang majoriti dua pertiga di Sarawak, maka Umno akan datang,” kata Tiong.
Memainkan sentimen wilayah, antara negeri itu hanya harus diperintah oleh parti-parti Sarawak adalah taktik lama yang digunakan dalam pilihan raya negeri sebelum ini.
Pakar strategi DAP Liew Chin Tong berkata, kelihatan iklan-iklan BN dalam akhbar-akhbar bahasa Cina di negeri membawa mesej “Undi BN, Jauhi Orang Luar Dari Sarawak”.
Liew, yang membantu kempen DAP di kawasan Sibu berkata mesej itu nampaknya digunakan untuk merujuk kepada parti-parti PR.
“Ia maksud yang mendalam bahawa Sarawak hanya harus diperintah oleh parti komponen BN tempatan,” kata Liew mengulas kenyataan Tiong.
Pengerusi DAP Sarawak Wong Ho Leng turut mengecam dengan mendakwa Umno sudah puna hadir dengan semangat Sarawak sebagaimana disaksikan dalam banyak dasar-dasarnya yang ia gubal.
“Dari segi spiritual, Umno sudah pun mengawal PBB (Parti Pesaka Bumiputera Bersatu) dan SUPP. Tiada sesiapa pun dalam PBB atau SUPP berani bertindak menentang Umno,” kata Wong lagi.
Begitu juga Setiausaha Agung MCA Datuk Seri Kong Cho Ha yang memberi amaran agar komuniti Cina tidak mengabaikan BN kerana kekurangan perwakilan dalam kerajaan negeri akan menjejaskan kepentingan komuniti itu sendiri.
Kong berkata komuniti itu menikmati lebih banyak keistimewaan di Sarawak berbanding rakan-rakan mereka di Semenanjung. Ini dapat dilihat dalam jawatan-jawatan kemasyarakatan seperti penghulu, pemancar dan kapitan.
“Mereka perlu faham bahawa jika mereka memutuskan untuk tidak memberi undi kepada perwakilan mereka, parti-parti lain dalam perikatan mungkin akan menggunakan (kesempatan itu) untuk mengatasi SUPP sebagai alasan mengubah setiap perkara,” kata Kong.
SUPP bertembung dengan DAP di 15 kerusi yang majoritinya pengundi Cina.
Kehadiran dalam jumlah ramai pada perhimpunan ceramah DAP dan peningkatan aliran derma menyebabkan sesetengah pihak meramalkan ia akan menang di kesemua 15 kerusi ditandinginya.
Wong yakin bahawa rekod prestasi DAP yang memperjuangkan kepentingan semua kaum akan terbukti dengan sendirinya meskipun ada yang memainkan dakwaan politik perkauman.
“Kaum Iban tahu bahawa saya bercakap mengenai hak tanah mereka di Dewan Undangan Negeri. Mesej DAP merentasi semua kaum,” katanya.
Persaingan sengit di 15 kerusi dipercayai turut membawa kepada kerja-kerja menabur wang dalam jumlah yang banyak untuk mendapatkan undi, kata DAP.
“Jika dahulu setiap undi dibeli dengan RM100, sekarang ia meningkat kepada minimum RM300. Di Bukit Assek RM300, di Bawang Assan RM500. Di Meradong RM1,000,” kata Wong.
Pengundi-pengundi didatangi ejen-ejen yang menawarkan RM100 hingga RM300 bergantung pada kerusi, secara spontan dan baki dibayar kemudian.
Sebaik sahaja undi dibuang, pengundi perlu menunjukkan bukti foto yang diambil menggunakan kamea telefon mudah alih untuk mendapatkan baki bayaran selepas hari pengundian.
Baki bayaran hanya akan dibayar jika BN menang, kata Wong. Ini untuk memberi insentif kepada pengundi untuk mendapatkan seramai pengundi yang boleh untuk menyokong BN.- TMI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive