15 April 2011

PRN Sarawak : Lagi ceramah diganggu polis, 10,000 hadirin tidak berganjak



SARAWAK: Walaupun hujan renyai, kira-kira 10,000 hadir ceramah Grand Finale anjuran DAP – sebuah parti gabungan Pakatan Rakyat di kawasan tempat letak kereta Restoran Alisan di Stutong.
Namun, ceramah Pakatan Rakyat – seperti biasa mendapat gangguan polis hingga menyebabkan program berkenaan terpaksa, dihentikan seketika.
Ia berikutan sepasukan polis termasuk anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) naik ke pentas ketika pengasas DAP Sarawak, Chong Shou Jiang berucap kira-kira jam 7.50 malam.
Gelombang Ngap Sayot di Sarawak tak kenal etnik. Semua mahu tumbangkan BN, tumbangkan Taib Mahmud
Mujur, Ketua Publisiti DAP, Tony Pua selepas mengadakan rundingan denagn polis, memaklumkan kepada hadirin yang ceramah itu dibenarkan untuk disambung.
“Polis kata, mereka hanya jalankan arahan pihak atasan. Pihak atasan itu ialah pemimpin Barisan Nasional (BN),” kata Tony – Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara dengan disambut sorakan hadirin.
“Kita bertanding bukan kerana mahu kaya atau mahukan kuasa. Kita bertanding untuk kembalikan hak rakyat Sarawak,” kata Tony lagi.
Antara yang hadir ialah Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh dan Ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=11562

2 comments:

leekonyou said...

DAP Menang Di Sarawak Esok, Peniaga Cina Gulung Tikaq!


"bro, if DAP sweep into power, the local Chinese business people can bungkus! there will be an influx of Peninsula Chinamen who have been financing the DAP. They will sweep away the local Sarawak Chinese business community. Anyway, the local Chinaman gets what they deserve!pas as usual Hampass"


Begitulah sms yang AS terima dari rakan disana yang bunyinya sungguh menakutkan sekali terutamanya kepada peniaga bangsa cina di Sarawak. AS agak setuju dengan sms diatas kerana DAP dipengaruhi dan diberi dana dari tokey-tokey, gengster, kongsi gelap serta perjudian haram dari Semenanjung.

Jika DAP perintah Sarawak, maka komuniti perniagaan bangsa cina di Sarawak pasti akan terjejas kerana akan dimonopoli oleh peniaga dari Semenanjung. Jangan tersalah pilih esok, anda akan merana jika salah pilih. Tinggi harga yang perlu dibayar.
Garapan Anak Seberang at Friday, April 15, 2011

zane said...

Bagaimana anda tahu DAP dibiayai dana dari tokey2 gangster?

Sebaliknya faktra yg timbul ialah BNlah yang membaiayi aktiviti mereka dengan dana dari taukey2 judi dan penjenayah bawah tanah!

Pernah dengar cerita tengku wong? Pernah dengar cerita BK Tan? Bagaimana mereka tertangkap oleh ketua siasatan anti jenayah kemudian dibebaskan semula oleh ketua Polis negara? Mengapa dan bagaimana? Semuanya ada dalam bentuk SD dan salinan report polis.

Apa yang DAP dapat? malah bekas ketua pemudanya Lim Guan Eng dipenjarakan 18 bulan kerana mempertahankan maruah seorang gadis melayu berumur 15 thn yg dirogol orang kuat UMNO!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive