Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB
'Sudah terang lagi 'bersuluh', perumpamaan yang tepat menjangkau perihal 'permusuhan terbuka' antara Perdana Menteri dan Timbalannya yang jelas kelihatan ketika kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor.
Walaupun calon 'restu Umno', P Kamalanathan menang bagi pihak Barisan Nasional, namun hakikatnya kemenangan sebenar dijaja oleh media arus perdana sebagai kemenangan Dato' Seri Najib Tun Razak
Dalam pengundian bagi PRK Parlimen Hulu Selangor, Kamalanathan mendapat 24,997 undi, manakala calon KeADILan Dato' Zaid Ibrahim memperolehi 23,272 undi. Kamalanathan menang dengan majoriti 1,725 undi.
Beberapa hari sebelum Najib turun padang bersama bekas gurunya, Tun Mahathir Mohamad, Najib ada berseloka dengan Hulu Selangor sebagai referandum kepada sokongan pentadbirannya.
Referandum itu memecah keseronokan Tan Sri Muhyiddn Yassin yang sejak dari awal mengemudi kempen Umno/BN di Hulu Selangor dengan momentum serangan peribadi yang akhirnya membuka pekung kepimpinan Umno/BN semula.
Tatkala Muhyiddin membelah kempen dengan serangan kepada calon KeADILan, Dato' Zaid Ibrahim dengan isu 'arak', kiasan balas akhirnya membias semula kepada Umno/BN apabila, Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali "semua perdana menteri Malaysia kecuali Tun Abdullah Ahmad Badawi terlibat dengan pengambilan minuman beralkohol.
"Tak ada seorang pun daripada mereka itu yang tak pernah minum arak, kecuali (Abdullah) Badawi. Pak Lah saya akui, yang saya tahu, tak minum arak.
"Tetapi empat yang lain ini semua terlibat. Ada yang saya tengok dengan mata saya sendiri terlibat," katanya Mustafa Ali ketika kempen PRK Hulu Selangor masih diperingkat permulaan.
Bercakap dalam sidang media di pejabat agung PAS, Mustafa turut mendakwa, selain meminum arak, tiada pemimpin utama Umno yang bebas daripada tiga lagi "dosa", iaitu "rasuah, judi dan perempuan."
"Kadangkala empat (dosa) sekali gus ada pada seorang," katanya yang mengaku mengetahuinya kerana pernah berada dalam kerajaan ketika parti itu bergabung dalam BN sekitar tahun 70-an.
Kiasan yang dilontarkan Mustafa mengena kepada Umno/BN, namun ironinya mengapa Muhyiddin melontarkan sedemikan sedangkan beliau sendiri pastinya tahu akan 'rekod' minum-minum, dan 'joli-joli' pemimpin BN.
Tidak dapat dinafikan, ketika kempen pilihan raya semakin rancak dengan isu arak dan judi, perbahasan di Dewan Rakyat sama rancak dengan isu tersebut apabila Ahli Parlimen DAP Ipoh Timur, Lim Kit Siang mencabar semua menteri BN bersumpah menafikan bahawa mereka tidak minum arak.
Cabaran Kit Siang langsung tidak tersahut oleh pimpinan Umno/BN mahupun Perdana Menteri sendiri.Malah kiasan ahli Parlimen Pokok Sena, Dato' Mahfuz Omar bahawa 'sandiwara' di Hulu Selangor membayangkan adanya keretakan hubungan antara Najib-Muhyiddin membuka semula ruang perbincangan.
Ingat sahaja sejarah beberapa pilihan raya kecil yang lalu, tidak pernah Perdana Menteri selaku Pengerusi BN menjamahkan kaki berkempen bagi calon BN kerana secara 'rasminya' timbalannya akan menjadi 'kepala' kempen BN.
Namun, ada sumber yang menyebut, kebimbangan Najib terhadap Timbalannya yang mungkin 'tumbuk rusuk' menyebabkan Najib dan isterinya, Datin Seri Rismah Mansor terpaksa turun padang menyertai kempen di Hulu Selangor.
Masakan gambar aksi 'cium tangan' yang berlaku antara Kamalanathan dengan Muhyiddin tidak memberi kesan kepada Najib yang akhirnya mencuri baki kempen dengan laungan referandum kepadanya.
Sejarah kejatuhan Tun Abdullah pada tahun 2009 sendiri amat membimbangkang Najib kerana Muhyiddin sangat bergungsi ketika usaha menjatuhkan bekas Perdana Menteri itu dengan sedikit sahaja sentuhan kata-kata keramat yang menyebabkan seluruh ahli Umno mendesak pengunduran segera Abdullah.
Peranan Muhyiddin yang sering melanjutkan 'bola tanggung' yang dihantar Tun Mahathir Mohamad ketika menjahanamkan pemerintahan Abdullah adalah 'bayangan maut' yang sentiasa membayangi Najib.
Masakan sejarah tidak boleh berulang, namun Najib agak bijak bertindak dengan menggunakan pengaruh Mahathir dan Rosmah menjadikan Hulu Selangor ladang memulakan 'sekatan' ke atas Muhyiddin.
Ada benarnya telahan Kit Siang sebelum ini, adanya pergeseran antara Najib-Muhyiddn kerana Hulu Selangor saksi pertembungan terbuka orang nombor satu dan dua negara ini.
Kemenangan ayam tambatan Muhyiddin (Kamalanathan) sedikitpun tidak memberi makna kepada Timbalan Presiden Umno itu, sebaliknya Najib dijulang sebagai wira oleh akhbar yang sepenuhnya dikuasai Umno/BN dan kini Rosmah!. - Detikdaily

No comments:
Post a Comment