26 April 2010

PRK Hulu Selangor : Lambang Kebodohan dan Kedunguan Orang Melayu


Bangsa melayu ini kira rare breed lah. Zaman satu dunia sudah mengira2 soal akauntibiliti, kredibiliti, transparensi dan tah apa2 'ti' dan 'si' lagi...majoriti orang melayu masih seronok tang tu jugak.

Darjah kecerdikan juga tidak bertambah.

Sebab tu agaknya di Hulu Selangor masa pilihanraya lalu, pattern berkempen macam orang ulu. Masa teman ke sana tempoh hari, kebetulan teman pergi dengan seorang kawan yang berlatar-belakangkan pendidikan di USA.

Katanya, pilihanraya di USA tak macam ni. Mana ada poster mengarut banyak2 macam ni? Mana ada kempen tampal tempel jalan macam ni? Mana ada kempen bagi rasuah dan ugut macam ni?

Di sana katanya, pengundi nak tengok apa program parti atau individu yang bertanding. "Healthcare, education system, interest rates, insurance untuk penduduk, lesen pemilikan senjata, dasar luar negara dll yang mencabar minda." Kalau setakat rasuah bodoh bagi kain pelikat, batik, beras, sardin...zaman perang dengan Vietnampun dia orang dah tak guna. Tengoklah betapa jauhnya kita.

Keputusan undi BN wins but slips up on Chinese support yang menunjukkan betapa jauhnya disparity of thought and wealth telah mempengaruhi pattern pengundian bangsa2 di Malaysia. Orang melayu pada pengamatan teman akan terus dibiarkan mundur dari segi pemilikan harta, ekonomi dan ilmu pengetahuan. Akan terus disaji dengan hiburan dan akhirnya akan diruntuhkan dengan kerendahan moral.

Ada lagi pemikiran yang memisahkan agama dengan politik. Masjid hanya untuk tempat sembahyang sebagaimana kelab-kelab malam dan karaoke untuk nyanyian dan minum2. Maka institusi agama yang dipegang oleh golongan yang hanya bertaraf mediocre akan menjadi keldai suruhan orang yang tak tau apa2 tentang apa yang dipimpinnya. Yang menjadi mangsa ialah orang melayu yang terpisah dengan ilmu agama yang sepatutnya bersifat syumul.

Kalau orang aslipun sudah mempunyai kesedaran walaupun dirasuahkan dengan "Eagle" Hiburkan Orang Asli Dengan "Hotel Californ... maka di manakah agaknya tahap orang melayu di negara ini? Bak kata rakan teman Akal Budi, "Kalau harap orang melayu, Malaysiapun digadai."

Kemenangan Umno di Hulu Selangor pada teman adalah lambang kebodohan dan kedunguan orang melayu. Hidup penuh emosi dan tenggelam dengan nostalgia. Bilakah ini akan berakhir??


dicilok dari : Kopitiam Bang Nan

3 comments:

Unknown said...

agree sistem demokrasi & pilhan raya Malaysia memang lain & sentiasa menangkan BN,arguably, somehow...UK lain, USA lain tapi pemimpin kita (sama dr PR pun) still nak main wayang dalam sistem bobrok yg sedia ada.

Jadi bersama kita perjuang budaya & sistem politik yg lebih telus & baik untuk kita semua dapat manfaat yg lebih lagi.

hj jamaludin said...

Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
Bagi hanya 4 orang Melayu sahaja yang kebodohan PKR Azmin Ali / YB Fauziah dan PAS Dr Hasan Ali / YB Khalid Samad sebabnya spt d bawah.
Pendapat saya hanya dua sebab.
SEBAB PERTAMA :-
Tiap kali ada Pilihan Raya Kecil atau umum . Parti PKR dok tunggu atau kejar siang dan malam bas atau kenderaan yang bawa penumpang HANTU . Dalam kepala otak Pengarah Pilihan Raya PKR baik dari Azmin Ali sehingga P094 YB Fauziah kalau meeting agenda pertama cari HANTU.
SEBAB KEDUA
Kelembabpan atau stupid la senang cakap. YB Dr Hassan Ali dan YB Khalid Samad , ada sijil tapi simpan kat file , ada otak tapi tak tahu letak kat mana? Bayangkanlah orang tua TG Nik Aziz terkejar kejar nak tolong calon ZAID dari PKR .Penat mengerjakan UMRAH belum hilang demi untuk membantu calon PKR di PRK P094, sesampai kat Hulu Selangor tak boleh ceramah ugama kat surau mahupun masjid baik di bandar ataupun di felda/felcra/risda kerana tak ada sijil Tauliah . Apa susah sangat Dr Hasan Ali Dan Khalid Samad untuk memohon bagi pihak TG Nik Aziz untuk mendapatkan Sijil Tauliah , saya rasa TG Nik Aziz tiada apa2 masa'alah untuk duduk peperiksaan untuk mendapatkan sijil tauliah kat MAIS ke atau JAIS . Saya berkeyakinan TG Nik Aziz boleh lagi menuntut untuk memenuhi syarat syarat untuk mendapat sijil Tauliah tersebut . Apa nak di malukan 'MENUNTUT ILMU ALLAH SWT DARI BUAIAN HINGGA KE LUBANG LAHAT ' .Ini pun Dr Hasan Ali dan Khalid Samad tak mampu nak buat apa lagi yang lain . Bab gaduh sahaja yang dua orang ini tahu . So orang Felda / Felcra / Risda tak dapat dengar rayuan dan doa TG Nik Aziz untuk calon pkr ZAID .

Anonymous said...

sopi:jgn slhkn penduduk tp slhkn la pemimpin yg menjadikan zaid ibrahim yg kotor latar belakang politik nya utk dijadikan wakil.rakyat hulu selangor xbodoh.nk gelak jer bila baca artikel ni...
sume nk tunding jari ke org...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive