26 April 2010

Jangan Mengalah Datuk ...!


26 APRIL — Zaid Ibrahim berhak untuk rasa marah, geram dan sedih dengan keputusan pilihan raya kecil Hulu Selangor. Tetapi Zaid tidak harus mengalah atau berundur semata-mata kerana Barisan Nasional diisytiharkan sebagai pemenang.

Menurut laporan awal, kedua-dua Barisan dan Parti Keadilan Rakyat telah meningkatkan prestasi mereka berbanding keputusan pilihan raya umum 2008 — Barisan dikatakan menambah 2,000 undi manakala PKR yang mewakili Pakatan Rakyat 200 undi. Daripada undi Barisan itu, lebih 700 datangnya dari undi pos. Lagi pula, pemindahan 13,488 pengundi di Hulu Selangor oleh Suruhanjaya Pilihan Raya dikatakan telah mengelirukan pengundi.

Dalam keadaan sedemikian, Zaid terpaksa berdepan dengan formula lama Barisan — tawaran wang dan projek yang bernilai lebih RM60 juta. Tidak cukup dengan itu, media arus perdana sekali lagi memainkan peranan untuk berkempen bagi pihak Barisan, termasuk mengecam dan mengutuk Zaid habis-habisan.

Mungkin bagi Barisan, terutamanya Umno, yang selama ini terkapai-kapai sejak pukulan hebat pilihan raya umum 2008, mereka telah menemui semula kekuatan untuk menghadapi Pakatan — kembali kepada cara mempergunakan media arus perdana, jentera kerajaan dan tawaran berjuta-juta ringgit (baca: wang rakyat).

Analisis awal daripada kumpulan-kumpulan yang berkampung dan memerhatikan perjalanan pilihan raya kecil itu menunjukkan pengundi Melayu, khususnya peneroka Felda, dengan senang hati menerima cara dan kaedah Barisan. Dengan janji-janji manis, lebih 60 peratus pengundi kawasan Felda telah memilih calon Barisan.

Lebih separuh pengundi kaum India membuat pilihan yang sama untuk Barisan tetapi pengundi Cina tetap memihak kepada Zaid dengan memberi lebih 70 peratus sokongan kepada Pakatan.

Dalam hal ini, mungkin tidak memeranjatkan melihat selera majoriti pengundi Melayu di Hulu Selangor. Selain janji-janji wang dan projek berpuluh juta ringgit, serangan peribadi serta fitnah terhadap Zaid turut mempengaruhi pemikiran orang Melayu [seterusnya]

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive