23 April 2010

PRK Hulu Selangor : PKR Menang 30ribu majoriti

Anwar Yakin PKR Menang Majoriti 30,000 Undi

Oleh NURUL AIN MOHD HUSSAIN

BATANG KALI: Pakatan Rakyat (PR) yakin calon mereka daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim akan memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Hulu Selangor 25 April ini dengan majoriti 30,000 undi.

Ketua Umum PR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pengundi di Hulu Selangor sudah bijak dan tidak mudah terpengaruh dengan ‘janji-janji politik’ yang ditaburkan oleh Barisam Nasional pada PRK kali ini.

“Mereka boleh beli tiga orang dan tiga puluh orang tapi 30,000 lagi masih sokong kita di Hulu Selangor.

“Saya nak kita menang majoriti semua kaum, Melayu, Cina, India dan Orang Asli menyokong Pakatan Rakyat (PR),” katanya ketika berucap pada ceramah umum di Dewan Orang Ramai, Kg Gurney Hulu Yam Bharu di sini malam tadi.

Menurut Anwar, rakyat pada hari ini sudah bijak menilai dan mereka akan menolak pemimpin yang mengamalkan rasuah dan tidak telus dalam pemerintahan mereka.

“Saya mahu tunjuk kepada Umno. Mereka boleh beli orang dengan memberi kontrak kepada mereka untuk lompat parti.

“Tapi rakyat majoriti daripada semua kaum menyokong pakatan rakyat, PKR, PAS dan DAP,” katanya.

Anwar yang juga Penasihat PKR menyeru pengundi di sini memilih pemimpin yang ada prinsip seperti Zaid.

“Kalau Datuk Zaid menang dan masuk Parlimen dia akan jadi hero kita, dia akan lawan untuk rakyat. Ini dia calon kita,” katanya.

Beliau berkata pemilihan Zaid sebagai calon membawa tuah kepada rakyat Hulu Selangor.

“ Dulu dia dalam Kabinet letakkan jawatan sebab tak puas hati dengan keputusan Jemaah Menteri dalam isu Akta Keselamatan Dalam negeri (ISA).

“Sebab itu saya mintak anda semua mengundi Pakatan Rakyat pada 25 April ini,” ujarnya.

Ketua Pembangkang itu berkata, jika hendak memilih pemimpin pengundi perlu bijak membuat pilihan dengan memilih mereka yang tidak mengamalkan rasuah.

“Kalau hendak jadi pemimpin di negara ini kita perlu cari yang ada prinsip.Kita tidak rasuah, pemimpin kita tidak sombong... kita tidak ambil tanah orang.

“Anda semua tahu kami tolong orang Melayu, Cina, India, Iban dan Orang Asli di negara ini,” katanya. -mStar

2 comments:

Anonymous said...

Buat parti dan calon yg menyokong murtad, menang 30 ribu majoriti diHulu Selangor memang boleh, itupun kalau semua org mabuk!

Anonymous said...

Anon, salah sorang yang mabuk tu kau lah yer. Aduhai kasihan kau yer masih di alam mimpi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive