STONE : Memang UMNO berada di belakang komplot menjatuhkan Samy. Itu apa yang anak Samy, Paari mendakwa, walaupun Muyidin kata dia biadap ... jadi betul lah. Umno ni selalu kalau nenafikannya memang betul lah ... apa ada hal, biar dia orang bergasak.
Samada UMNO baik BN, sama-sama menuju ke jalan yang sama ... menuju ke penghujung hayat. Insyaallah ...
KUALA LUMPUR, 26 Mei — S. Vell Paari, anak Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu mempertahankan tuduhannya kelmarin bahawa Umno menjadi punca kepada masalah dalam MIC termasuk kini menyokong kempen puak anti-Presiden MIC.
“Apa yang saya perkatakan adalah isi hati bukan Melayu... untuk itu, jika Tan Sri Muhyiddin mengatakan saya biadap, saya dilabelkan biadap, biarkan,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider di Australia.
“Saya masih berpegang kepada apa yang saya cakap,” kata beliau ringkas.
Semalam, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan tuduhan yang dilemparkan oleh Vell Paari kononnya Umno menjadi punca kepada masalah dalam MIC, sebagai sesuatu yang biadap.
Timbalan Perdana Menteri menafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu dan meminta Vell Paari, anggota terbaru yang dilantik menyertai Jawatankuasa Kerja Pusat MIC supaya menghentikan tindakan tidak bertanggungjawabnya itu.
“Umno ingin menafikan sekeras-kerasnya tuduhan oleh anak Samy Vellu itu. Ia adalah sesuatu yang biadap,” katanya.
Vell Paari mendakwa Umno menggunakan pendekatan “pembunuhan politik” untuk memecahbelahkan MIC. - TMI
No comments:
Post a Comment