26 May 2010

Umno Titiwangsa bermasaalah? Ketua Bahagian - Suleiman Mohamed - letak jawatan

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

PETALING JAYA: Umno Bahagian Titiwangsa enggan mengulas mengenai khabar angin bahawa Datuk Seri Suleiman Mohamed meletak jawatan sebagai Ketua Umno bahagian berkenaan.

Ketua Pemuda Umno Bahagian Titiwangsa, Mohd Idham Yasser berkata, pihaknya tidak mengetahui mengenai status perkara berkenaan dan menegaskan Suleiman masih kekal sebagai Ketua Umno bahagian itu.

"Itu mungkin hanya khabar angin, saya tak dapat nak komen lanjut... apa yang saya tahu, Datuk Suleiman masih menjadi Ketua Umno di Titiwangsa," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini hari ini.

Bagaimanapun Idham yang juga anak kepada Suleiman berkata, sebelum ini bapanya pernah menyuarakan hasrat untuk tidak mempertahankan jawatan yang disandangnya selama 25 tahun itu pada pemilihan parti akan datang.

"Isu nak letak jawatan sekarang memang saya tak pernah dengar, tapi sebelum ini memang beliau pernah umumkan di bahagian bahawa beliau tak akan pertahankan jawatannya kini.

"Setakat itu sahajalah, tak pula beliau sebut nak lepas jawatan sebelum tibanya pemilihan akan datang, inilah pertama kali saya dengar, sebagai anak... saya sendiri tak tahu tentang perkara ini," katanya.

Pada pemilihan parti 2008, Suleiman menang jawatan ketua bahagian tanpa bertanding.

Dalam pada itu, Ketua Puteri Umno Bahagian Titiwangsa, Hazarina Zaini ketika dihubungi turut menyatakan bahawa beliau tidak mengetahui mengenai perkara berkenaan yang disifatkan hanya sebagai khabar angin.

"Saya tak tahu dan tak pernah dengar tentang perkara ini," katanya. - mStar

1 comment:

Qaseh Bonda said...

Udah nak di juainya kg baru....lalu di nyah turun takhta.

warga indon dah melambak, melimpah2 di kg baru..

ada ke rumah di tengah2 kotaraya masih dok tengok tv 1 dan dok menatap Utusan Meroyan.

Tup2 dengar kg baru nak di lelong.

Kabarnya rumah2 nelayan pantai timor semua ada Astro...

Tak mainlah RTM...Rehat Tunggu Mati

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive