22 January 2013

hahaha baik sangat ... UMNO MCA MIC serang Mahathir

KUALA LUMPUR: Semua pihak dalam BN samada Umno, MIC dan hari ini MCA melahirkan rasa tidak senang mereka dengan cadangan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk membuat suruhanjaya diraja mengenai kerakyatan sebelum merdeka.

Hari ini, MCA tidak bersetuju dengan cadangan Mahathir  untuk menubuhkan sebuah panel Suruhanjaya Di Raja (RCI) istimewa bagi mengkaji kewarganegaraan sebelum Merdeka, sambil menegaskan ia telah disepakati antara nenek moyang pada ketika itu.



Namun, presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek  meragui Dr Mahathir benar-benar serius semasa membuat cadangan tersebut, memandangkan bekas perdana menteri tersebut cuba menyatakan kerajaan hanya memberi kerakyatan kepada mereka yang berhak menerimanya mengikut undang-undang.

Sebelum ini, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata dakwaan bekas perdana menteri itu berhubung isu pemberian kerakyatan kepada warga asing sebelum merdeka tidak perlu diberi tumpuan.

Katanya, tumpuan sebaliknya perlu diberikan ke atas perjalanan siasatan suruhanjaya diraja (RCI) dalam isu pemberian kerakyatan kepada warga asing di Sabah yang kini sedang berlangsung.

Sebelum ini, anak mantan Presiden MIC, S Vell Paari telah mengecam dan menyelar Tun Mahathir akan hasutan yang dihamburkannya tentang kaum India dan Cina bersabitan kerakyatan semasa era kemerdekaan dahulu. 

Vell Paari adalah Pengarah Strategik MIC. 

Kenyataan Mahathir itu turut mendapat perhatian pakar perlembagaan, Prof Abdul Aziz Bari yang berkata, cadangan Dr Mahathir agar dikaji balik kerakayatan sebelum merdeka itu akan  menjejaskan kontrak sosial antara kaum.

Jelasnya, cadangan itu disifatkan demikian kerana ia menganggap pemberian kewarganegaraan kepada orang Cina dan India yang dibuat perdana menteri pertama, Tunku Abdul Rahman, dilakukan secara tidak sah. - Harakah

2 comments:

hantujembalang said...

Aku sokong cadangan tun mahathir....br depa tau sapa depa...jgn dok tengok orang lain jer....

Anonymous said...

hahahahah kau sokong mahathir? masuk kau ngan kerbau pak manap semua sekali dah 2 orang sokong mahathir...pirahhhh....kau nye mamak kutty tu pun bapak dia dri KERALA, India...Puiiii....kakakakka

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive