22 January 2013

bersedia kawan2, hampa kena mai KL lagi ... BERSIH mungkin adakan Himpunan sekali lagi

Jika SPR masih degil, BERSIH mungkin adakan himpunan sekali lagi

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) tidak menolak menganjurkan satu lagi perhimpunan menuntut pilihan raya adil, akan tetapi buat masa ini fokus mereka adalah mobilisasi rakyat untuk memantau pilihan raya.

Pengerusi Bersama Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan ditanya hari ini mengenai kemungkinan pergerakkan tersebut menganjurkan satu lagi perhimpunan untuk memastikan mesej mereka didengari.

“Berapa banyak perhimpunan anda anjurkan sebelum mereka menerima mesej? Tetapi saya tidak menolak kemungkinan, tolong jangan silap faham.



“Ia benar-benar bergantung kepada respon yang kami terima akan tetapi buat masa ini masih belum ada rancangan untuk menganjurkan perhimpunan,” katanya kepada pemberita disini.

Beliau menambah, buat masa ini Bersih 2.0 hanya fokus kepada mobilisasi rakyat untuk memantau pilihan raya dan menggalakkan jumlah keluar mengundi tinggi bagi mengelakkan penipuan pilihan raya.

“Rancangan kami adalah untuk turun kebawah, sampaikan mesej tentang pentingnya turun mengundi dan memastikan pemantau kami bersedia,” kata Ambiga merujuk kepada PEMANTAU Bersih 2.0.

Bersih telah menganjurkan tiga perhimpunan beberapa tahun kebelakangan ini bagi mendesak reformasi pilihan raya. -TMI

2 comments:

Anonymous said...

bagus kita revolusi tidak mahu lagi reformasi.

aminudin said...

silakan .......parlimen dah bubar.....tentera berkuasa ......silakan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive