16 April 2010

PRK Hulu Selangor : Calon BN satu "keterpaksaan" - Mahfuz


HULU SELANGOR, 16 April — Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar (gambar) menganggap pemilihan Ketua Penerangan MIC, P. Kamalanathan sebagai calon Barisan Nasional (BN) adalah satu “keterpaksaan”.

“Pemilihan Kamalanathan sebagai calon BN jelas menggambarkan krisis yang begitu teruk sehingga mereka terpaksa memilih calon lain daripada calon yang dikemukakan sebelum ini.

“Ini juga menunjukkan wujudnya ketidakpuasan hati kempimpinan dalam BN.

“Selain itu, ia juga menunjukkan tidak ada keserataan dalam pemikiran pemimpin BN hari ini yang mana mereka tunduk kepada desakan MIC,” kata beliau kepada The Malaysian Insider selepas berucap pada Majlis Penerangan di Dewan Komuniti Bukit Sentosa dekat sini.

Kalamanathan diumumkan sebagai calon BN pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor oleh Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam dengan mengetepikan Timbalan Presiden MIC, Datuk G. Palanivel dan Timbalan Ketua Pemuda MIC V. Mugilan.

Mahfuz juga pada masa yang sama mencabar Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu supaya membuktikan bahawa beliau mempunyai prinsip sebagai seorang pemimpin.

“Sebelum ini Samy pernah cakap kalau Palanivel tidak terpilih menjadi calon beliau akan memboikot pilihan raya kecil ini.

“Beliau harus buktikan apa yang diucapkan kerana rakyat akan dengar dan lihat.

“Ini sudah kali kedua sebelum ini beliau pernah cakap tidak akan balik ke Sungai Siput kalau kalah tetapi tetap balik juga.

“Sebagai pemimpin beliau harus pegang kepada janji-janji dan tunjukkan bahawa beliau adalah pemimpin masyarakat India,” katanya. - TMI

1 comment:

otaistillkick said...

undi BN akan berpecah http://relaxkedaikopi.blogspot.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive