29 May 2012

Umno BN hilang moral - DSAI

(Oleh Amiruddin Ahmad) 
KUALA LUMPUR 29 Mei: Kemaraan Pakatan Rakyat (PR) ke Pahang tidak mampu dibendung oleh Umno BN. Buktinya di pekan terpencil Tong Kiat, Maran menyaksikan kunjungan Ketua Umum KEADILAN disambut lebih 3,000 masyarakat Cina yang datang mendengar ceramah beliau Ahad lalu.
Kehadiran rakyat yang tidak disangka itu menunjukkan momentum perubahan semakin menyerlah biar pun di kawasan yang sukar untuk mendapat maklumat dari media alternatif.
Dalam ceramahnya, Anwar mengecam sikap Umno BN yang tidak langsung menghormati demokrasi serta menggunakan taktik provokasi dan kesamsengan bagi mempertahankan kuasa.
“Budaya mengutuk Tok Guru Nik Aziz tidak patut. Seorang alim digelar bapa kafir, ini adalah budaya yang amat jijik. Adakah Nik Aziz ambil tanah, ambil duit lembu?
“Membaling batu dan mengganggu ceramah Pakatan juga budaya tidak bermoral. Apa akan terjadi kalau dilakukan terhadap kediaman Najib, perbuatan (sama) di hadapan rumah Datuk Ambiga?
“Bagaimanakah kalau ahli PAS, KEADILAN dan DAP bertindak balas ? Di mana moralnya ahli Umno? Kita menyokong Ambiga atas sebab pilihan raya dan mahukannya dibersihkan, ” katanya disambut sorakan hadirin.
Anwar turut menjelaskan PTPTN boleh dihapus sekiranya Umno BN tidak lagi memerintah. Menurutnya, debat Khairy dan Rafizi mengenai PTPTN menampakkan hasrat sebenar BN yang tidak mampu untuk melaksanakan pendidikan percuma serta mementingkan golongan tertentu dari membaiki kehidupan rakyat.
“Hutang lembu, hutang MAS bagaimana? Kalau rakyat kampung dan orang bawahan berhutang, kena bayar. Kita perintah Selangor dan kita mampu membayar untuk kepentingan rakyat. Kita yakin dapat melakukannya (pendidikan percuma) jika rakyat memilih Pakatan Rakyat memerintah pusat, ” katanya.
Anwar turut mengulangi janji PR untuk membanteras rasuah, pembaharuan sistem kehakiman dan melahirkan masyarakat yang menghormati antara satu sama lain.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=30989

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive