Tarikh pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan kekal pada 31 Mei ini, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
SPR menegaskan demikian dalam satu kenyataan berikutan kemangkatan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah mangkat hari ini.
Bagaimanapun, SPR menggesa semua pihak yang terbabit dalam PRK Teluk Intan terutama parti-parti politik menghormati kemangkatan Sultan Perak, dengan menjaga tutur kata dan tingkah laku semasa berkempen.
"Semua pihak disarankan berkempen mengikut kehendak undang-undang, peraturan dan tataetika pilihan raya tanpa menimbulkan isu-isu yang sensitif yang boleh menimbulkan rasa tidak puas hati mana-mana pihak," kata Setiausaha SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh.
Semua bentuk keraian, keramaian dan hiburan dibatalkan di Perak semasa tempoh berkabung.
Pengumuman SPR itu dibuat selepas DAP mengumumkan mereka membatalkan semua sidang media dan ceramah hari ini.
Bagaimanapun tidak diketahui sama ada jadual kempen oleh parti-parti politik akan diteruskan esok.
Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong yang juga calon BN berkata beberapa program malam ini dan esok turut dibatalkan.
Showing posts with label spr. Show all posts
Showing posts with label spr. Show all posts
28 May 2014
07 March 2014
SPR kaji kelayakan Anwar bertanding PRK Kajang
MARCH 07, 2014
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan meneliti peruntukan undang-undang berhubung kelayakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang hari ini didapati bersalah meliwat bekas pembantunya, untuk bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof (gambar) berkata memandangkan ia kes pertama seumpamanya berlaku, kajian terperinci harus dilakukan bagi mengelakkan sebarang implikasi.
Kajian akan dibuat mengikut Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959, katanya.
23 July 2013
3 syarikat pembekal topi PRU 13 ada kaitan dengan pembekal dakwat TAK KEKAL - Rafizi
Rafizi dedah tiga pembekal topi ada kaitan dengan pembekal dakwat kekal. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari.
Syarikat pembekal topi pada pilihan raya lalu diberi kepada pihak yang ada kaitan dengan kepimpinan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kata Rafizi Ramli.
Pada sidang media di ibu pejabat PKR, Pengarah Strategi parti itu mendakwa, tiga syarikat yang diberi tender topi ada kaitan dengan Mohamed Salleh Mohd Ali yang juga pembekal 'kontroversi' dakwat kekal.
"Melalui semakan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), tiga syarikat itu ada hubung kait secara langsung dengan Mohamed Salleh, individu yang menerima kontrak pembekalan dakwat kekal," katanya.
Rafizi berkata, tiga syarikat itu ialah Nash Ventures Sdn Bhd, Ayumi Resources Sdn Bhd dan Bumi Textiles Sdn Bhd, ketiga-tiganya mendapat kontrak menerusi rundingan terus.
"Tiga syarikat ini menerima kontrak secara rundingan terus untuk membekalkan topi," kata Ahli Parlimen Pandan itu.
Rafizi kemudiaan mempersoalkan keperluan SPR menganugerahkan tender tersebut secara rundingan terus dan mencurigai apabila ketiga-tiga syarikat tersebut dikawal oleh individu sama yang juga membekalkan dakwat kekal.
"Malah, proses rundingan terus yang akhirnya menganugerahkan tiga kontrak pembekalan topi kepada tiga syarikat yang dikawal oleh orang sama menimbulkan persoalan kenapa SPR tidak bersikap telus dan menganugerahkannya terus kepada satu syarikat sahaja (memandangkan ia dikawal oleh orang sama)," tegas Rafizi.
Menurut Rafizi lagi, tender membekalkan topi secara rundingan terus adalah tidak memenuhi syarat-syarat mengikut Pekeliling Perbendaharaan yang dikeluarkan oleh kerajaan.
"Bagi kontrak ini, tidak ada satu pun syarat-syarat di dalam Perbendaharaan itu yang boleh digunapakai untuk mengecualikan tender terbuka.
"Tender pembekalan topi bukan satu keperluan mendesak, ia boleh diseragamkan melalui pelbagai pembekal menerusi spesifikasi yang diberikan SPR, ia tidak melibatkan paten atau francais dan ia bukanlah barang-barang keselamatan strategik," ujar Rafizi lagi.
Memandangkan syarat-syarat tersebut tidak dipenuhi SPR dalam memberi tender topi, Rafizi berkata secara logiknya tidak mungkin tender tersebut diberikan kepada seseorang yang tidak dikenali seperti yang dikatakan oleh pemimpin tertinggi SPR.
"Sebab itu saya menyatakan bahawa perkara ini boleh berlaku hanya jika Mohamad Salleh ini mempunyai hubungan istimewa dengan kepimpinan SPR.
"Persoalan ini sehingga sekarang masih belum dijawab," tegasnya lagi.
Apabila ditanya tentang penafian oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf dan timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, Rafizi mempertahankan pendedahannya mempunyai kebenaran kerana sehingga kini tidak ada penafian daripada kerajaan dan sehingga kini tiada sebarang tindakan disiplin diambil ke atas dirinya di Parlimen.
"Kerajaan tidak pernah menafikan di dalam Parlimen dan saya juga sehingga kini tidak dihadapkan ke jawatankuasa hak dan keistimewaan Parlimen... secara logiknya, kalau saya salah pasti saya sudah digantung di dalam Parlimen," tegas Rafizi lagi.
Beliau turut membidas Abdul Aziz dan Wan Ahmad sebagai seorang individu yang tidak mengambil berat tentang integriti dan kredibiliti badan pilihan raya tersebut kerana sehingga kini gagal membuat penjelasan kepada umum tentang pendedahan awalnya di Dewan Rakyat lalu.
"Bagaimana rakyat mahu dapat keyakinan dan kepercayaan?" soal Rafizi.
Rafizi sebelum ini di Dewan Rakyat mendedahkan pembekal dakwat kekal adalah "rakan rapat" kepada pemimpin tertinggi SPR dan mendakwa kontrak berkenaan diberikan secara rundingan terus.
Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini juga mengemukakan saman ke atas Abdul Aziz dan Wan Ahmad kerana membuat kenyataan palsu berhubung dakwat kekal serta kandungan nitrat perak dalam dakwat berkenaan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim turut bertegas SPR tidak bercadang untuk mendedahkan syarikat pembekal dakwat kekal. - 23 Julai, 2013.
17 July 2013
Siapa Mohamed Salleh [Pembekal dakwat tidak kekal]
OLEH ELIZABETH ZACHARIAH
JULY 17, 2013
JULY 17, 2013
Pencarian siapa Mohamed Salleh Mohamed Ali bermula apabila nama itu diumumkan di Parlimen oleh pembangkang sebagai pembekal dakwat kekal kontroversi yang digunakan semasa Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13).
Setakat ini, semakan mendedahkan: beliau adalah ahli perniagaan berumur 47 tahun dan menguruskan syarikat Integrated Challenger (M) Sdn Bhd di Shah Alam.
Tiada respon apabila panggilan telefon dibuat ke pejabatnya petang semalam.
Semakan juga mendapati Mohamed Salleh mempunyai 11 saman yang belum dibayar dan kenderaan digunakan untuk kesalahan adalah Porsche Cayenne dan Toyota Alphard.
Ahli perniagaan ini menjadi terkenal dalam sekelip mata semalam apabila Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli memberitahu Parlimen beliau adalah pembekal dakwat kekal.
Pengarah Strategi PKR itu juga mendakwa Mohamed Salleh rapat dengan kepimpinan tertinggi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Tiga minggu lalu Rafizi mencabar SPR untuk mendedahkan pembekal dakwat kekal itu dan jika gagal, beliau berjanji untuk mendedahkannya di Parlimen.
Beliau berkata semalam, penyiasatannya mendedahkan pemberian kontrak untuk bekalan dakwat kekal diberikan kepada syarikat yang pemiliknya tidak mempunyai kemahiran dalam urusan itu.
Syarikat itu juga tidak mempunyai modal untuk pembelian dakwat kekal dan pemiliknya meminta pinjaman daripada seorang ahli perniagaan dari Kampung Baru sebanyak RM7 juta.
Dakwat itu menjadi kontroversi selepas pengundi mengatakan ia mudah dibasuh dengan menggunakan sabun. Sebelum itu SPR berjanji dakwat itu mampu bertahan selama tujuh hari.
Pakatan Rakyat (PR) mendakwa oleh kerana dakwat itu gagal, ramai pengundi boleh mengundi lebih dari sekali, menyebabkan berlakunya penipuan. Gabungan pembangkang memfailkan saman di Mahkamah Tinggi untuk membatalkan keputusan PRU13 dan mahukan pilihan raya semula dengan alasan SPR gagal dalam hal dakwat kekal.
Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan berkata, dakwaan pembekal dakwat mempunyai kaitan dengan kepimpinan tertinggi SPR memerlukan siasatan lanjut.
“Saya terkejut dengan pendedahan ini. Ia menambahkan keraguan kerana mereka sebelum ini enggan mendedahkan nama pembekal,” katanya dan menambah, pendedahan ini menimbulkan lebih banyak keraguan dengan kemampuan SPR untuk menjalankan pilihan raya bersih dan adil.
Katanya, kontroversi terbaru berhubung pembekal dakwat menyebabkan keperluan untuk panel bebas menyiasat isu ini.
Petang semalam, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menafikan mempunyai kaitan dengan Mohamed Salleh dan menyatakan pihak yang menguruskan pembelian dakwat adalah setiausaha suruhanjaya itu, Datuk Kamarudin Baria.
“Setakat yang saya tahu urusan pembelian itu berjalan dengan baik dan mendapat kelulusan Kementerian Kewangan. Lebih baik hal ini dilanjutkan kepada Kamarudin kerana saya dan timbalan tidak mencampuri urusan urusetia," kata Abdul Aziz merujuk kepada timbalannya Datuk Wan Ahmad Wan Omar. – 17 Julai, 2013.
16 July 2013
Rafizi dedah nama syarikat pembekal dakwat kekal PRU 13

Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli hari ini mendedahkan nama syarikat yang didakwa sebagai pembekal bagi dakwat kekal untuk kegunaan semasa pilihan raya umum 5 Mei.
Rafizi dalam ucapannya di Dewan Rakyat hari ini turut menyebut nama individu yang didakwa sebagai pemilik syarikat terbabit serta nombor kad pengenalan individu berkenaan.
Beliau juga mendakwa, pemilik syarikat tersebut mempunyai syarikat lain yang juga telah mendapat kontrak lain secara rundingan terus dengan kerajaan.
Rafizi mendakwa beliau mengetahui demikian dari "maklumat dalaman oleh SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya)".
"Maknanya, pemilik syarikat ini pakar perundingan terus kepada kerajaan. Semua dia dapat. Sebab dia rapat dengan pimpinan kerajaan termasuk pengerusi dan timbalan pengerusi SPR.
"Sebab itu saya faham kenapa Kinabatangan (Bung Mokhtar Radin) tak ada (kontrak). Saya faham kenapa Kinabatangan merungut semalam," kata Rafizi.
Pengarah strategi PKR itu seterusnya berkata, kaedah rundingan terus tanpa kontrak terbuka itu merupakan antara satu perkara yang menyebabkan peningkatan jumlah belanjawan saban tahun.
"Kalau tanpa kontrak yang terbuka dan apabila rundingan dibuat secara terus, tentu kosnya tinggi dan tak tertakluk pada harga pasaran.
“Bukan sahaja kos tinggi tetapi banyak keadaan apabila mutu perkhidmatan dan barangan yang didapat itu tidaklah memuaskan dan merugikan wang rakyat,” katanya.
Beliau seterusnya mengaitkan peruntukan sebanyak RM400 juta yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan kepada SPR untuk menguruskan pilihan raya umum ke-13.
"Contoh paling baik yang tersenarai dalam senarai belanja yang diminta untuk diluluskan kali ini adalah mengenai rundingan terus perbekalan barang-barang pilihan raya termasuk baju, topi dan yang paling hebat sekali dakwat kekal (kepada SPR).
“Sehingga hari ini, kita masih tunggu jawapan SPR siapa sebenar pembekal dakwat kekal. Bukan sahaja mahal tapi tak boleh pakai.
"Oleh SPR dan Menteri tak bersedia terus terangkan maka saya mohon menteri dalam sesi pergulungan mengesahkan maklumat mengenai pembekal dakwat kekal yang telah dimaklumkan dan disiasat," katanya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim dalam satu jawapan bertulis di Parlimen pada 26 Jun lalu menyatakan bahawa kos untuk penggunaan dakwat kekal itu berjumlah RM6.9 juta.
Malaysiakini akan mendapatkan reaksi syarikat dan individu terbabit sebelum menyiarkan nama tersebut.
15 July 2013
Dakwat kekal ; PR saman SPR

Nurul Izzah Anwar
KUALA LUMPUR - PR hari ini telah menfailkan saman terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkaitan isu dakwat kekal.
Menurut Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, peguam yang mewakili tiga parti komponen dalam PR (Pas, PKR, DAP) telah mengemukakan saman terhadap SPR jam 10 pagi tadi.
"Peguam kita (PR), telah mengfailkan saman terhadap SPR di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
"Ianya berkaitan dengan isu dakwat kekal yang tidak kekal," katanya di luar lobi Parlimen pagi ini.
Menurut Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, peguam yang mewakili tiga parti komponen dalam PR (Pas, PKR, DAP) telah mengemukakan saman terhadap SPR jam 10 pagi tadi.
"Peguam kita (PR), telah mengfailkan saman terhadap SPR di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
"Ianya berkaitan dengan isu dakwat kekal yang tidak kekal," katanya di luar lobi Parlimen pagi ini.
27 May 2013
SPR sah kewujudan pengundi hantu
(Oleh Ruqayya Rahman)
PETALING JAYA, 27 MEI: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli mendedahkan, borang 10A telah dikeluarkan di Alor Setar, Kedah mengesahkan kewujudan pengundi hantu.
Seorang pengundi, Lim Tiek Hong diserahkan borang 10A yang ditandatangani pegawaii SPR, Mohd Azahar Zakaria.
Menurut peraturan perjalanan pilihan raya 1981, Borang 10A adalah borang yang diserahkan kepada pengundi yang hilang kelayakan mengundi. 

Lim yang sepatutnya mengundi di SK Peremba, Alor Setar pada 5 Mei lalu dinafikan hak kerana ada pihak telah mengundi bagi dirinya.
26 May 2013
500,000 sukarelawan diperlukan
PETALING JAYA, 26 MEI: Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau CheguBard menyeru rakyat Malaysia menjadi sukarelawan ‘Suara Rakyat 505′ untuk mengasak pimpinan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meletakkan jawatan.
Kata CheguBard, sebaik genap 500,000 sukarelawan, gerakan yang dinamakan #SuaraRakyat505 akan ke ibu pejabat SPR di Putrajaya bagi menuntut peletakan jawatan pimpinan SPR.
“Rakyat akan bergerak ke SPR sehingga SPR dibubarkan. Boleh?” kata Ketua Cabang KEADILAN Rembau itu sambil disambut teriakan ‘Boleh’ oleh ribuan hadirin yng membanjiri ‘Himpunan Suara Rakyat 505′ di Padang Timur, semalam.
CheguBard turut memaklumkan borang pendaftaran sukarelawan #SuaraRakyat505 boleh diperolehi melalui laman facebook yang dibina khusus bagi tujuan tersebut.
Manakala rakyat diingatkan untuk sentiasa mengikuti perkembangan semasa bagi membolehkan tuntutan dibuat secara tersusun.
Tiga tuntutan utama lebih 60 NGO dan parti politik dalam siri himpunan Black 505 di seluruh negara ialah mendesak pimpinan SPR meletak jawatan, menuntut pilihan raya semula di kawasan disyaki berlaku penipuan dan menyokong tribunal rakyat menyiasat penipuan pilihan raya umum ke-13.

CheguBard turut mengulangi pesanan kepada hadirin untuk segera membuat laporan polis, sebagai langkah awal sebelum petisyen pilihan raya dan saman terhadap SPR difailkan.
Dalam pada itu beliau menegaskan, rakyat Malaysia akan berhimpun di Dataran Merdeka selagi pimpinan SPR tidak meletak jawatan.
“Jika Suruhanjaya Pilihan Raya membisu, rakyat habis membeku, kita akan turun ke Dataran Merdeka,” katanya disambut laungan ‘Turun’ ribuan hadirin.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=52636
09 May 2013
29 March 2013
SPR perlu bertaubat, jangan jadi alat UMNO
(Oleh: Aliff Fikri)
KUALA LUMPUR 29 Mac: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diseru agar tidak terus menjadi alat Umno BN, sebaliknya berfungsi secara bebas, kata Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN, Sim Tze Tzin.
Beliau mengulas kenyataan Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yang kononnya kesal kerana Pakatan Rakyat menolak tawaran bagi membentangkan manifesto selama 10 minit di RTM.
Pakatan sebelum ini menyifatkan tempoh ditawarkan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim itu sebagai tidak munasabah.
“SPR sepatutnya bebas dan tidak partisan, tapi tindak tanduk mereka ini mirip menyokong penuh Umno BN. Saya menyarankan SPR supaya bertaubat dari terus melakukan ketidakadilan dan tidak berterusan menjadi alat Umno BN,” ujarnya ketika dihubungi.
Sebaliknya, kata Sim Tze Tzin, suruhanjaya itu sepatutnya mendesak RTM atau stesen swasta seperti TV3 memberi peluang adil kepada Pakatan Rakyat membentang manifesto mereka.
“Sekurang-kurangnya, berikan siaran minimum 1 jam dan benarkan debat antara parti,” katanya sambil merujuk kepada kebebasan media luar negara seperti Turki.
Tambahnya, sekiranya Pakatan bersetuju tawaran itu, ia tetap tidak bermakna jika bahagian tertentu siaran itu diedit terlebih dahulu.
“Kita mahukan ia disiarkan secara siaran langsung, bukannya diedit kerana kita tidak ada keyakinan terhadap RTM yang memiliki rekod (kebebasan media) yang buruk,” ujarnya.
Dalam pada itu, beliau mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyahut debat dari Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan disiar secara langsung sebagai bukti negara mengamalkan demokrasi.
“Di Amerika Syarikat, ia disiarkan untuk tontonan rakyat dan dijalankan selama 1 jam, 3 siri.
“Kenapa di negara kita tidak boleh? Najib wajib berdebat dengan Anwar dan mesti disiarkan untuk dilihat oleh seluruh rakyat, ini baru adil.
“Najib sebelum ini mengatakan mahu menjadi Perdana Menteri yang terbaik didunia, tapi perilakunya tidak mengambarkan beliau merupakan pemimpin yang terbaik,” tegasnya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=48623
22 February 2013
AZIZ : Parlimen tidak akan dibubar sehingga Mac
LANGKAWI: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof menjangka Parlimen akan dibubarkan selepas berakhirnya Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2013.
Jangkaan itu bagaimanapun, katanya, adalah pandangan peribadi beliau.
Abdul Aziz percaya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hanya akan menasihati Yang Di-pertuan Agong untuk membubarkan Dewan Rakyat selepas selesai LIMA 2013 kerana pameran itu telah dirancang sejak dua tahun lalu.
"Ini logik saya lah, takkan lah dia (Najib) yang pernah jadi Menteri Pertahanan, banyak kali terlibat dalam LIMA, tiba-tiba nak bubar sebelum LIMA," kata Aziz ketika ditemui media selepas taklimat bersama Pengarah-Pengarah Pilihan Raya zon utara di Langkawi.
10 February 2013
Segala persiapan untuk Umno@BN menipu dalam PRU13 dah lengkap?
Apa pun, aku cukup yakin, segala persiapan untuk Umno BN menipu masa PRU13 nanti dah pun sedia. Pasai tu Najib nampak dengan penuh yakin yang Umno BN akan menang lagi dalam PRU13.
Sinarharian melaporkan:
KUALA LUMPUR - Gelombang Arab Spring tidak akan berlaku di negara ini sekiranya Pakatan Rakyat (PR) menerima apa sahaja keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, PR tidak boleh sewenang-wenangnya membuat sebarang huru-hara kerana negara ini mempunyai undang-undang. -Sinarharian.
18 January 2013
FAKTA PRU 13 - 8139 pusat mengundi, 24,522 saluran mengundi dengan 240,000 petugas bagi 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi DUN
KUALA LUMPUR 18 Jan. - Seramai 240,000 petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan terlibat dalam memastikan kelancaran proses Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang.
Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata jumlah itu meningkat daripada kira-kira 180,000 petugas SPR pada PRU-12 tahun 2008.
Beliau menjelaskan pertambahan petugas itu disebabkan beberapa faktor seperti jumlah pengundi yang bertambah saban tahun.
"Sehingga suku ketiga 2012, terdapat seramai 13.1 juta pengundi berdaftar dengan SPR. Sekiranya pilihan raya diadakan selepas bulan Mac, kita menjangkakan pertambahan seramai 164,000 pengundi lagi yang didaftarkan pada suku keempat tahun lepas," katanya.
Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata jumlah itu meningkat daripada kira-kira 180,000 petugas SPR pada PRU-12 tahun 2008.
Beliau menjelaskan pertambahan petugas itu disebabkan beberapa faktor seperti jumlah pengundi yang bertambah saban tahun.
"Sehingga suku ketiga 2012, terdapat seramai 13.1 juta pengundi berdaftar dengan SPR. Sekiranya pilihan raya diadakan selepas bulan Mac, kita menjangkakan pertambahan seramai 164,000 pengundi lagi yang didaftarkan pada suku keempat tahun lepas," katanya.
20 October 2012
hahahahaha ... mai kita pakat-pakat baca apa SPR dok klentong kita
SPR jelaskan ratusan pengundi di satu alamat
| 8:06PM Okt 20 2012 |
Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar menjelaskan, ratusan pengundi didaftarkan di alamat yang sama disebabkan masalah penempatan setinggan sebelum ini.
"Dalam kes di mana sekelompok pengundi menggunakan satu alamat, apa yang kita lihat di Kuala Lumpur hari ini tidak sama dengan 10 tahun lalu... demografinya sudah berubah," katanya dalam forum di Petaling Jaya hari ini.
"Dalam kes di mana sekelompok pengundi menggunakan satu alamat, apa yang kita lihat di Kuala Lumpur hari ini tidak sama dengan 10 tahun lalu... demografinya sudah berubah," katanya dalam forum di Petaling Jaya hari ini.
01 February 2012
SPR mansuh arak calon, sebab penyokong PR ramai mengalahkan penyokong BN .... hahaha
SPR Cadang Mansuh Perarakan Calon
GEORGE TOWN: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mahu menghentikan amalan calon yang bertanding pada pilihan raya membawa kumpulan penyokong dalam jumlah yang besar pada hari penamaan calon.
Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, perarakan mengiringi calon ke pusat penamaan calon sepatutnya dimansuhkan bagi memastikan suasana aman pada hari berkenaan.
"Hanya sepuluh penyokong dan wakil-wakil calon dibenarkan. Hari penamaan calon dan hari pengundian adalah yang paling membimbangkan saya," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan taklimat pilihan raya di sini, Selasa.
08 October 2011
Parlimen bubar 24 April
KOTA BARU, 8 Okt — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata tarikh akhir bagi pembubaran Parlimen adalah pada 24 April 2013.
Timbalan Setiausaha SPR, Datuk Noordin Che Ngah berkata kuasa Parlimen akan tamat pada tarikh tersebut secara automatik kerana tempoh yang diberikan mandat oleh rakyat telah berakhir.
“Tarikh pembubaran Parlimen bergantung kepada Perdana Menteri. Bagaimanapun sekiranya sehingga 24 April 2013, Parlimen masih tidak dibubarkan, maka secara automatiknya parlimen terbubar,” katanya di sini, hari ini.
Dipetik Bernama Online, jelas beliau, selepas tempoh itu berakhir, SPR akan mengambil alih untuk diadakan pilihan raya umum yang ke-13 dalam tempoh 60 hari.
Spekulasi menyebut pilihan raya umum ke-13 akan diadakan bila-bila masa dari sekarang, dengan ramai meramalkan ia akan dipanggil awal tahun depan.
Spekulasi itu semakin kuat selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan Bajet 2012 semalam dengan pelbagai ‘buah tangan’ yang bakal dinikmati sebahagian besar rakyat. - TMI
06 September 2011
Hoi SPR... macamana ni , rupa-rupanya di Malaysia sudah ada yang kawin sejenis ... pasangan suami isteri pengundi pos sama jantina
Pengundi pos suami isteri ‘sama jantina’
6 September 2011
6 September 2011
KUALA LUMPUR, 6 SEPT – DAP hari ini telah menemui lagi 21 bukti tambahan pengundi pos, dengan satu kes suami isteri ‘sama jantina’, pesara tentera yang masih menjadi pengundi pos dan 19 pasangan suami isteri yang mendaftar sebagai pasangan tenteranya.
Ketua Pemuda DAP Kebangsaan Anthony Loke berkata, DAP telah menemui sepasang suami isteri tentera berjantina sama di Briged Kem Rasah dengan nama pasangan yang hampir sama.
‘Pasangan sama jenis’ itu bernama Yuniza Bte Nodin dengan kad pengenalan 750504-05-5498 dan Yuzina Bte Nodin dengan kad pengenalan tentera T6096236.
Kedua mereka ini berkongsi lokaliti yang sama iaitu 130/22/07/401 – 1 Briged Kem Rasah.
30 August 2011
Wan Ahmad ni pun besaq punya kaki putaq alam, ingat rakyat buta, rakyat tak dak otak ..
Wan Ahmad: ‘SPR tidak manipulasi pilihan raya, memihak BN’
KUALA LUMPUR, 30 Ogos — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang terus berhadapan dengan kritikan pihak tertentu mempertahankan agensi itu sambil berkata, pihaknya tidak pernah “memanipulasi pilihan raya” dan tidak bertindak bagi pihak Barisan Nasional (BN).
KUALA LUMPUR, 30 Ogos — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang terus berhadapan dengan kritikan pihak tertentu mempertahankan agensi itu sambil berkata, pihaknya tidak pernah “memanipulasi pilihan raya” dan tidak bertindak bagi pihak Barisan Nasional (BN).“Dakyah pihak tertentu yang menuduh SPR memanipulasikan proses pengundian dan pengiraan undi adalah satu fitnah dan pembohongan,” kata Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar.
28 August 2011
Hoi SPR ... sampai bila hampa nak buat kerja menipu ni? ...
DAP kesan lagi 'penipuan' daftar pemilih Pulau Pinang
DAP Pulau Pinang telah mengesan pengundi dengan nombor kad pengenalan yang sama dan bimbang mereka mungkin pengundi hantu.
Susan Loone
Ogos 28, 11
DAP Pulau Pinang telah mengesan pengundi dengan nombor kad pengenalan yang sama dan bimbang mereka mungkin pengundi hantu.Parti itu juga mengesan nama pengundi yang berusia 90 tahun ke atas telah dipotong, sedangkan mereka masih hidup.
ADUN Komtar, Ng Wei Aik (kanan) berkata pengundi dengan
nombor kad pengenalan yang sama itu dikesan dalam senarai pemilih di Kem Tun Razak, Markas 2 Divisyen di Batu Maung.
25 August 2011
Ni keja sapa ni kalau bukan SPR .. yang kata adil, telus tu.. kepala baxx depa .. hampa mai tengok
- Seorang askar berumur 111 tahun yang masih berkhidmat dalam tentera
- Seorang askar punya 2 isteri yang sama nama
- 21 orang pengundi (10 Cina 11 India) tinggal di sebuah kedai di Seremban
- Seorang wanita yang lahir 2 kali pada abad yang lepas
Mana Pengerusi SPR? Hang mai tengok sat dan tolong cerita mai sat kot mana yang boleh jadi lagu tu? Katanya hampa ni baguih sangat. Pilihanraya di Msia ni terbaik, telus. Telus kepala bapak hampa ...
- Seorang askar punya 2 isteri yang sama nama
- 21 orang pengundi (10 Cina 11 India) tinggal di sebuah kedai di Seremban
- Seorang wanita yang lahir 2 kali pada abad yang lepas
Mana Pengerusi SPR? Hang mai tengok sat dan tolong cerita mai sat kot mana yang boleh jadi lagu tu? Katanya hampa ni baguih sangat. Pilihanraya di Msia ni terbaik, telus. Telus kepala bapak hampa ...
KUALA LUMPUR, 25 OGOS – Keajaiban dalam daftar pemilih undi semakin menjadi-jadi dengan penemuan 21 orang pengundi berlainan kaum tinggal di sebuah kedai, seorang askar dengan dua isteri yang nama mereka sama, seorang askar berumur 111 tahun yang masih lagi berkhidmat dalam tentera dan seorang wanita yang lahir dua kali pada abad yang lepas.
Keganjilan yang bersifat penyelewengan dan penipuan ini telah didedahkan oleh Ketua Pemuda DAP Kebangsaan Anthony Loke dalam satu sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata, DAP telah menemui 21 nama daripada beberapa keluarga Cina dan India yang berdaftar sebagai tinggal di sebuah kedai yang dijadikan pusat khidmat tidak rasmi seorang pemimpin MCA di Negeri Sembilan.
Kedai itu yang beralamat di A11-2 Metrix Medan Jalan Manikawasagan, Seremban mempunyai 10 pengundi Cina dan 11 India.
Subscribe to:
Posts (Atom)


