28 May 2014

Hari mengundi PRK Teluk Intan kekal 31 Mei Sabtu ini - SPR

Tarikh pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan kekal pada 31 Mei ini, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

SPR menegaskan demikian dalam satu kenyataan berikutan kemangkatan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah mangkat hari ini.

Bagaimanapun, SPR menggesa semua pihak yang terbabit dalam PRK Teluk Intan terutama parti-parti politik menghormati kemangkatan Sultan Perak, dengan menjaga tutur kata dan tingkah laku semasa berkempen.

"Semua pihak disarankan berkempen mengikut kehendak undang-undang, peraturan dan tataetika pilihan raya tanpa menimbulkan isu-isu yang sensitif yang boleh menimbulkan rasa tidak puas hati mana-mana pihak," kata Setiausaha SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh.

Semua bentuk keraian, keramaian dan hiburan dibatalkan di Perak semasa tempoh berkabung.

Pengumuman SPR itu dibuat selepas DAP mengumumkan mereka membatalkan semua sidang media dan ceramah hari ini.

Bagaimanapun tidak diketahui sama ada jadual kempen oleh parti-parti politik akan diteruskan esok.

Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong yang juga calon BN berkata beberapa program malam ini dan esok turut dibatalkan.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive