28 May 2014

Kemangkatan Sultan : Dyana & Mah batalkan aktiviti ceramah petang/malam ini

  •  Mah Siew Keong dan Dyana Sofya Mohd Daud.Mah Siew Keong dan Dyana Sofya Mohd Daud.
 1 / 2 
TELUK INTAN - Dua calon yang bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan menyampaikan sembah takziah atas kemangkatan Sultan Perak Sultan Azlan Shah hari ini. 

Calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mah Siew Keong yang meluahkan kesedihannya berkata baginda merupakan seorang sultan yang baik dan mengambil berat kebajikan rakyat jelata serta banyak menyumbang dalam pelbagai aspek. 

"Baginda akan dikenang bukan sahaja oleh rakyat Perak tetapi juga seluruh negara," katanya kepada Bernama, di sini. 

Siew Keong berkata BN akan mengurangkan aktiviti berkempen sebagai menghormati kemangkatan Sultan Perak itu. 

Sementara itu calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud membatalkan program yang dirancang sepanjang petang hingga malam ini termasuk beberapa ceramah yang dijadualkan bermula 8 malam, kata Ketua Publisiti DAP Tony Pua.

Bagaimanapun katanya DAP tetap meneruskan jamuan makan malam untuk mengutip derma yang dijadualkan pada pukul 7.30 malam ini, tanpa mengadakan ceramah. 

Dyana Sofya pula merakamkan sembah takziah menerusi media sosial WhatsAppnya.

"Patik sekalian ingin menyatakan rasa dukacita dan sedih atas pemergian Paduka Seri (Sultan Azlan Shah) yang menjadi lambang perpaduan dan persaudaraan rakyat Perak Darul Ridzuan," katanya. - Bernama

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive