Showing posts with label Pengundi Hantu. Show all posts
Showing posts with label Pengundi Hantu. Show all posts

04 November 2013

PRK SG.LIMAU, [Video] GEMPAR - PETUGAS TANGKAP 280 PENGUNDI HANTU.......& BERITA TERKINI






Sg Limau By-Election: 22,642 or 83.2 per cent of 27,222 voters have cast their votes as at 4pm - EC spokesperson




Penipuan terbesar BN & SPR di Parlimen Jerai !!! Dalam pru14...hati-hati pengundi yang sama akan sampai....mungkin naik gerek,bot atau van....

KECOH...



TERKINI - TV3 PEMBOHONG

1.Kantoi lagi..Nm pakcik yg menangis smbil memeluk Jamil Khir dlm berita TV3 tgahari tdi ialah Sobri Wahab,ahli UMNO

27 May 2013

SPR sah kewujudan pengundi hantu

(Oleh Ruqayya Rahman)
PETALING JAYA, 27 MEI: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli mendedahkan, borang 10A telah dikeluarkan di Alor Setar, Kedah mengesahkan kewujudan pengundi hantu.
Seorang pengundi, Lim Tiek Hong diserahkan borang 10A yang ditandatangani pegawaii SPR, Mohd Azahar Zakaria.
Menurut peraturan perjalanan pilihan raya 1981, Borang 10A adalah borang yang diserahkan kepada pengundi yang hilang kelayakan mengundi. rafizi_ramli
Lim yang sepatutnya mengundi di SK Peremba, Alor Setar pada 5 Mei lalu dinafikan hak kerana ada pihak telah mengundi bagi dirinya.

29 March 2011

'Hantu' di rumah emak YB Azmin

SHAH ALAM: Jika daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diguna pakai, rumah ibu kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali, ada ‘hantu’.

Bercakap pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini, Azmin (KEADILAN-Bukit Antarabangsa), berkata terlalu banyak pengundi hantu muncul dan bilangannya bukan satu tetapi lapan karakter.

“Kalau ikut istilah pengundi hantu sebenarnya orang yang mati dihidupkan semula tetapi yang berlaku kini melibatkan penambahan pengundi dan pengalihan nama-nama pendafar.

“Contohnya, rumah ibu saya didafarkan seramai lapan orang dengan kaum Cina dan India sedangkan ibu saya tinggal seorang diri dan saya tidak mempunyai adik beradik kaum lain,” katanya yang menyifatkan SPR sebagai kuda tunggangan Umno. Pendedahan itu menunjukkan daftar pemilih atau pengundi SPR tidak bersih hingga menimbulkan banyak keraguan besar walaupun pimpinan Umno kerap menyebelahi SPR yang didakwa mereka sebagai ‘telus’ dan ‘cekap’.

Beliau yang juga Timbalan Presiden KEADILAN berkata, pengundi hantu yang diwujudkan Umno pasti akan mengundi parti pemerintah itu untuk dijadikan sebagai taktik kemenangan pilihan raya akan datang.

“Ikut tradisi, pengundi hantu akan undi Umno, kerana hati mereka juga mati. Mereka akan memberikan kemenangan kepada Umno,” katanya. Azmin juga menyarankan kerajaan negeri supaya melakukan pemantauan terhadap Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kerana beliau mendapat maklumat jabatan itu menjalankan ‘kerja kotor’ selepas waktu kerja.

“Kerajaan negeri perlu pantau JPN kerana mengeluarkan kad pengenalan kepada warga asing yang dilakukan selepas waktu kerja.

“Perkara itu berlaku di Sepang yang didakwa lebih 200 orang diberi kad pengenalan kerana sedar rakyat negara ini tidak memberi sokongan dan terpaksa bergantung kepada warga asing,” katanya.



STONE : SPR ... macamana nak jawab tu. Bila cerita isu pengundi hantu korang nafikan. Tapi dalam kes ni, apa jawapannya?

24 August 2009

PRK Pmtg Pasir: GEMPAQ - SPR "bantai" KJ kes pengundi hantu Najib Altantuya


By Syed Jaymal Zahiid

PERMATANG PASIR, Aug 24 – Elections Commission chairman Tan Sri Abdul Aziz Yusof today rubbished claims made by Umno Youth chief Khairy Jamaluddin that PAS has planted some 3,000 phantom voters here.

He also revealed that Umno had only highlighted 14 names and not 3,000 as claimed by the Umno Youth chief.

He said after a thorough investigation, there was no basis to Khairy’s claims, saying that those accused of being phantom voters were actually locals who had registered prior to the Electoral Act Amendment in 2002.

Under the new Act, voters registering from 2002 onwards will have their names registered according to their identification cards whereas those registering prior to the amendment need not do so.

Khairy claimed that there were many Malay voters who were registered with different addresses, in particular Chinese-dominated areas, and claimed that they were phantom voters planted by PAS.

Abdul Aziz, however, said these voters are those who registered prior to the amendment so the addresses as listed on the Permatang Pasir electoral roll might not reflect their true addresses.

The EC chairman also shrugged off claims made by Khairy that there are “agents” in the electoral authority acting on behalf of Pakatan Rakyat.

“Show me the names, their details. I am interested in finding out as well but so far, no names have been given,” said Abdul Aziz.

He added that the EC has conducted thorough filtering to ensure that the Permatang Pasir vote would be a transparent one.

“We take months to prepare this, not just one or two days,” said Abdul Aziz. - TMI

18 August 2009

Pengundi Hantu : AMK Gesa KJ Lapor SPRM

Angkatan Muda Keadilan menggesa Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin memfailkan aduan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya berhubung penemuan pengundi hantu di N11 Permatang Pasir.

Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata penemuan Khairy ini konsisten dengan penegasan AMK bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya gagal membersihkan gejala pengundi ragu dan hantu.

“Pada saya Khairy Jamaluddin ini adalah seorang yang bankrap idea politik dan dia cuba mengalihkan perhatian seloah-olah Pakatan Rakyat yang mempunyai pengundi hantu tetapi secara buktinya kita telah tunjuk kepada SPR terdahulu bahawa bagaimana data-data yang kita hadapi menunjukkan terdapat banyak kekeliruan dan keraguan dan terdorong di mana kita katakana sebagai pengundi hantu. Dan ini tidak pernah diambil tindakan serius oleh SPR,” katanya.

Shamsul menegaskan bahawa AMK dan sayap-sayap pemuda Pakatan Rakyat akan turut memfailkan laporan mendesak SPR bertindak keatas pengundi ragu dan hantu.

Peguam muda itu menambah Pakatan Rakyat sebelum ini telah memfailkan pelbagai aduan kepada SPR berhubung gejala ini namun tidak diambil serius oleh pihak suruhanjaya.

“Saya alau-alukan kalau Khairy nak failkan kes di SPR sebab kita pun akan fail kan kes yang sama malah kita akan failkan kes yang lama supaya suruhanjaya pilihan raya ini membersihkan daftar pemilih. Kerana kita yakin yang sebenarnya daftar pemilih yang dikatakan hantu ini telah lama ditunjukkan oleh Keadilan dan Pakatan Rakyat dalam pilihan-pilihan raya yang lalu tetapi tidak ada tindakan daripada SPR,” katanya. - tva

02 April 2009

Lapuran Polis - 40 Pengundi Hantu Dalam Sebuah Rumah

Pahang Daily Online

BUKIT SELAMBAU [11.43 am] - Satu laporan polis telah dibuat terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung dengan isu pengundi hantu malam tadi. Laporan dibuat oleh Tuan Hj. Abdul Lariff B Nat Noor yang mana alamat rumahnya dipercayai telah digunakan oleh 40 orang yang tidak dikenali sebagai pengundi pilihanraya kecil Bukit Selambau tanpa kebenarannya.
Beliau amat kecewa dengan tindakan tersebut dan menyangkal dakwaan Pengerusi SPR Kedah dan Naib Presiden UMNO, Hishamuddin Hussein yang mengatakan bahawa tiada pengundi hantu seperti yang diwar-warkan itu. Beliau juga terkejut bagaimana alamat rumahnya boleh digunakan sedangkan hanya beliau dan isterinya sahaja yang menetap di situ.
Ini adalah satu penyelewengan yang telah dirancang dengan rapi oleh pihak-pihak tertentu. Turut mengiringi beliau ialah Timbalan Ketua AMK Pusat, Fariz Musa. Sementara itu Fariz menegaskan bahawa Angkatan Muda Keadlian (AMK) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mempunyai hak untuk membuat analisis dan sistem bagi mengesan pengundi hantu.

26 August 2008

5 BUAH BAS "HANTU" KINI DI TAHAN DI BALAI POLIS SEB JAYA

5 buah bas yang dipercayai membawa pengundi hantu kini ditahan dan sedang disoal siasat oleh Polis Seb Jaya.

Lihat suasana di hadapan Balai Polis Seberang Jaya pada jam 6.15 ptg tadi
















LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive