Showing posts with label BELIT UMNO. Show all posts
Showing posts with label BELIT UMNO. Show all posts

08 April 2013

TERBONGKAR - Perancangan jahat jatuhkan DSAI diketuai oleh Alies Anor Abdul dan Sidek Baba


Terdapat sebuah Kumpulan Khas yang dibentuk oleh Datuk Alies Anor Abdul, bekas Setiausaha Politik Datuk Najib Razak. Sidek Baba adalah salah seorang anggota kumpulan ini yang dibayar gaji sebanyak RM15,000 sebulan. Kumpulan ini merancang bagi menjatuhkan Anwar Ibrahim.
Mereka dihimpunkan untuk hancurkan Anwar Ibrahim. Mari sama-sama kita teliti Minit Mesyuarat kumpulan tegar ini dan siapakah yang bersama-sama Sidek Baba dan Alies Anor dan apa yang telah mereka rancangkan.
Minit Mesyuarat Kumpulan Tegar Siri 4/2012

31 August 2012

LRT Percuma - Paksa - Cabutan Bertuah .... yang meramaikan acara Najib di Bukit Jalil ... kalau tak, mampuih tak dak sapa yang nak pi ...



[Tukanglawan] Adoi, kalau macam ni takde la merdeka namanya, kata merdeka tapi kehadiran wajib dan kedatangan akan direkodkan, dikira pulak sebagai tugas rasmi, kalau takmo pegi macam mana... ohhhh ini rupanya stail merdeka umno.... tak datang kene hukum. kah..kah..kah..

Satu lagi yang bagusnya umno nei mereka sedang ajar budak-budak baru abis belajar erti kemerdekaan dengan ganjaran, kalau rajin meriahkan tweetup merdeka dapat la T-shirt dan duit...la.. nilai merdeka tu sama macam sehelai t-shirt rupanya.

Terdesak sangat la nampaknya, sampai tarik orang datang himpunan dengan hadiah lumayan... rupanya yang datang tu berebut-rebut nak hadiah je rupanya.. umno sedang ajar rakyat jadi patriotik pada hadiah lumayan. kah..kah..kah.

Pelik -pelik, Peserta himpunan bersih dan himpunan "janji Bersih" tak pun diumpan dengan T-shirt.. tak wajib datang pun, tapi kenapa ramai?..

Sebab diorang bijak... tak macam penyokongs etia umno.. datang sebab hadiah lumayan. kah..kah..kah 

02 August 2012

“Ini deal kita: RM200,000 cash dan sebuah kondo di Berjaya Times Square"

RM200,000, sebuah banglo di London jika Bala sedia fitnah Anwar

Harakahdaily,
02 Ogs 2012

KUALA LUMPUR: Penyiasat persendirian penuh kontroversi P Balasubramaniam (gambar), yang satu ketika dulu pernah membuat 2 kenyataan bersumpah mengenai kes pembunuhan Altantuya, kembali menceritakan bagaimana beliau memperdayakan sogokan kali kedua sebelum pilihanraya negeri Sarawak.

Dalam temubual eksklusif bersama Malaysiakini, Bala berkata beliau cuba disogok seminggu sebelum pilihanraya negeri Sarawak oleh orang-orang yang mengugut beliau.

Beliau akan dibayar sejumlah wang untuk membuat kenyataan bersumpah kedua oleh ahli perniagaan Deepak Jaikishan dan seorang anggota polis bernama Sureh.

03 April 2012

Bayan Mutiara : Putar belit Ketua Pemuda UMNO P. Pinang

Saya amat hairan mengapa akhbar tradisi seperti Berita Harian dan Utusan Malaysia sanggup membawa berita yang tidak tepat dari seorang yang kononnya menjadi juara orang Melayu Pulau Pinang.

Lebih buruk daripada itu berita tersebut tidak mendapat keadilan dari pihak yang dituduh untuk membuat penjelasan.

Saya merujuk kepada berita tentang tanah Bayan Mutiara yang disensasikan mengikut selera perkauman dan agama yang sempit walaupun isu yang dibangkitkan lebih kepada soal pentadbiran dan undang-undang.

1. Faktanya ialah pelan pembangunan yang diluluskan oleh MPPP tahun 2006 adalah berdasarkan kepada penyerahan oleh syarikat sebelumnya yang gagal membangunkan tapak tersebut walaupun fasa 1 pelan telah diluluskan.

31 August 2011

Benarkah Mat Sabu hina bekas tentera M'sia dan agungkan komunis?

Bekas tentera jangan termakan dakyah Umno
Mohd Sabri Said

BUTTERWORTH, 29 Ogos: Sambutan Merdeka sudah menjadi perayaan Umno tidak lagi dirayakan sebagai sambutan terulung negara ekoran banyak fakta mengenainya diselewengkan, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Ini, katanya dengan menafikan golongan yang bersama menentang penjajah sebaliknya hanya mengagungkan kepimpinan Perikatan dan Umno yang diiktiraf oleh penjajah.

Beliau ketika ditemui di majlis berbuka puasa di Surau Al Ghufron, Taman Kuala Bekah, Penaga semalam juga menafikan apa yang ditulis dalam media pro kerajaan kononnya beliau menghina pejuang negara dengan menyokong penganas dalam kopeni pasukan ke 4 Parti Komunis Malaya (PKM).

02 February 2011

Cari jalan juga tutup mulut Najib ...


Hairan saya bagaimana seorang menteri boleh mengeluarkan kenyataan sebegini? Mulut saya hanya boleh ditutup dengan hujah. Islam membenarkan berhujah. Jika begini, demokrasi pun tidak, Islam pun jauh sekali! - TGNA

Cari jalan 'tutup mulut' Nik Aziz

Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED
metra.mohamed@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 1 Feb. – Pas harus mencari jalan untuk ‘menutup mulut’ Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sering kali mengeluarkan fatwa politik kerana ia mampu merosakkan akidah umat Islam di negara ini.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, ‘fatwa’ yang keluar dari mulut Nik Aziz juga sering kali bertentangan dengan pendapat Dewan Ulama Pas dan parti itu.

‘‘Pas hendaklah mencari jalan menutup mulut beliau (Nik Abdul Aziz) yang merosakkan akidah umat Islam di negara ini.

‘‘Lagipun, pendapat beliau bukan pendapat Dewan Ulama Pas, jauh sekali pendapat daripada badan induk Pas,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan-kenyataan Nik Aziz yang sejak kebelakangan ini sering kali mengundang kontroversi.

Terbaru, Menteri Besar Kelantan itu melabelkan pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang yang tidak menyokong calonnya sebagai orang jahiliah.

Nik Aziz berkata demikian pada sidang akhbar di Kampung Radong selepas membantu calon parti itu, Normala Sudirman berkempen untuk Pilihan Raya Kecil DUN Tenang beberapa hari yang lalu.

Pendapat beliau berhubung serangan Lee Kuan Yew terhadap Islam juga dilihat seakan-akan mempertahankan serta merelakan perbuatan Menteri Mentor Singapura itu.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata, fatwa Nik Aziz berkaitan politik juga sering berubah-ubah dan tidak berlandaskan nas serta ijmak ulama.

Sementara itu, Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim berkata, Mursyidul Am Pas itu sanggup melakukan apa sahaja asalkan cita-cita pembangkang tercapai dan dendam mereka terbalas walaupun agama dijadikan galang gantinya.

‘‘Apa saja yang menguntungkan politik Pas akan dibiarkan berlaku walaupun ia diketahui akan menjejaskan kedudukan agama Islam,’’ ujar beliau.

Timbalan Yang Dipertua Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Omar Saleh pula berpendapat, Nik Aziz terlalu banyak menggunakan agama untuk kepentingan politik beliau.

‘‘Saya ingin bertanya kepada beliau, apakah status nenek moyang saya dan mereka yang tidak mengundi Pas sebelum Pas diwujudkan. Adakah mereka ini kafir seperti ‘fatwa’ yang dikeluarkan Pas?

‘‘Jika Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) disifatkan sebagai pelacur politik, saya ingin bertanya, apakah Nik Aziz ini pelacur agama kerana sikap beliau yang memperdagangkan agama demi memuaskan nafsu untuk berkuasa.

‘‘Anwar dan Nik Aziz ialah gambaran manusia ‘putar alam’ yang sanggup menjadi pak turut kepada DAP. Nik Aziz sendiri telah memperdagangkan Islam demi kepentingan politik DAP,’’ tambahnya - UM
MS: HAHAHAHA aku dah tutup mulut Najib dah kat atas tu ... dan si katek juga dah selalu tutup mulut Najib ... najib tidak dapat bersuara ... si katek kata nak RM111 juta najib bagi ... si katek kata nak buat persidangan First Lady (dari Afrika saja) minta RM4.5 juta najib kasi, si katek kata nak pi melawat Arab Saudi dan Oman najib kasi berjuta-juta ... hahahaha
Begitu lah jadinya kalau seseorang itu (TGNA) nampak amat berkuasa, boleh mengganggu gugat pentadbiran najib 1mesia, akan pasti diserang bertalu-talu. Mereka akan menggunakan segala macam alasan.
Dey Zahid Hamidi, kau baca dulu DI SINI apa yang TGNA maksudkan dengan Jahiliyyah ... jgn bercakap soal akidah kalau dalam UMNO sendiri juga banyak yang tak betul.

15 January 2011

Adakah Umno dibelakang lakonan Umi Hafilda


‘Did Umno stage the Ummi show?’

January 15, 2011 Ummi Hafilda Ali holds court at a packed press conference but the whole event has given rise to suspicion.
SUBANG JAYA: Was Ummi Hafilda Ali’s press conference on Thursday sponsored by Umno? This is the million-ringgit question on everyone’s lips.

Speaking on condition of anonymity, a Puchong PKR member who attended the event expressed surprise at how the whole press conference was played out.

“I’m not here to condemn Umi Hafilda but people are not stupid… they are asking who is the hidden hand behind the press conference and why is she coming out with these allegations only now…

“There were so many Umno members that the whole event was suspicious. Also, they outnumbered the reporters,” he said.

On Thursday, Ummi Hafilda accused Anwar of having had sexual relationship with Azmin Ali’s wife Shamsidar Taharin.

She also declared that she would sue Anwar, Dr Wan Azizah Wan Ismail, Karpal Singh and PAS for RM700 million.

Recounting what transpired during the press conference, the PKR member claimed the questions posed to Ummi Hafilda did not come from the reporters.

“It was the Umno members who were shooting her with questions… this is something unusual.

“Even the questions were not the kind the reporters would ask. One question posed was: why did Anwar go to Azmin Ali’s house to bathe his daughter Afifa? Malaysian reporters don’t ask such unethical questions.

“Every time Ummi Hafilda attacked Anwar and Wan Azizah, the Umno boys shouted and cheered like it was all a big Umno party,” he said.

He added that Ummi Hafilda also failed to describe the kind of suits she would file against Anwar and his team.

She only said that her lawyers had told her that the “summons against Anwar would be filed later”.

“When she said it, our view was that the whole drama was aimed at tarnishing Anwar’s name again.

“Furthermore, Ummi Hafilda said she was arrested by 50 policeman as ordered by Anwar. She also claimed the police tortured her and forced her to sign an oath.

“It’s all very detrimental to the police… she has implied that the police are controlled by Umno politicians. Anwar was an Umno member then,” he said.

The source said the common conclusion among the Pakatan Rakyat rank-and-file now was that Ummi Hafilda’s attack on Anwar was timed to undermine Pakatan in the Tenang by-election - FMT

27 October 2010

Depa dah mula 'serang' ....


Sehelai kain rentang dijumpai pagi ini tergantung di kawasan pekan Gua Musang dengan ayat berbunyi: “Kenapa PAS masih menyokong DAP (harbi)?”

Harbi merujuk kepada penduduk bukan Islam dan kafir yang berperang menentang Islam.

Ia juga menghuraikan tindakan pengerusi kebangsaan DAP, Karpal Singh sebagai pemimpin yang didakwa 'hina perjuangan Islam'.

Meskipun semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamudin Husein memberikan amaran supaya semua pihak tidak menggunakan isu agama dan kaum dalam kempen mereka, namun PAS mendakwa lawannya telah memulakan serangan dengan isu agama.

Kain rentang ini merujuk kepada laporan akhbar yang dibuat oleh Karpal lebih 10 tahun lalu yang bertajuk "Mahu wujudkan negara Islam langkah mayat kami dulu - Karpal Singh".

Ia juga mempertikaikan mengapa PAS masih menyokong DAP yang disifatkan mereka sebagai harbi.

Kain rentang itu kemudiannya diturunkan oleh pekerja pilihan raya PAS dan DAP.

Bercakap pada sidang media selepas menurunkan kain rentang itu, penasihat jentera pilihan raya Galas, PAS, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dan setiausaha publisiti DAP, Tony Pua membidas tindakan itu yang dianggap rasis dan tidak demokratik.

Menurut Rahim, mesej kain rentang itu juga bertentangan dengan Islam.

“Adalah perkauman bagi menuduh seseorang itu sebagai 'harbi', kerana 'harbi' melambangkan perang terbuka dengan Islam,” katanya yang juga ahli parlimen Kota Baru. Menurutnya tindakan itu cuba membuat orang Islam marah.

"Sebagai penasihat jentera pilihan raya PAS, saya ingin jelaskan di sini: ini adal;ah PAS lawan Umno. Bukan DAP yang bertanding di Galas.

Kain rentang ini yang mengecam PAS itu juga didapati tidak mempunyai sebarang nama penerbitnya sepeerti yang disyaratkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.

Sementara itu, Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua juga mempertikaikan kain rentang itu dan mempersoalkan kempen sopan-santun yang dijanjikan oleh pengarah pilihan raya BN, Tengku Razaleigh Hamzah.

Bagi beliau, kempen yang dijalankan Umno di Galas ini tiada etika dan tiada kelas langsung.

"Umno tidak pernah berubah," kata Tony Pua. - malaysiakini

31 August 2010

memang HARAMJADAH puak-puak ni

Gambar 'superimpose' menunjukkan YAB LGE sedang menyembelih lembu korban ...
gambar sebenar disebelah menunjukkan DS Ir Nizar yang melakukannya ......

Memang sial memang haramjadah puak-puak umNOngok ni
...

KUALA LUMPUR, 31 Ogos: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) kesal kerana Umno terus memainkan intrumen fitnah bagi memburukkan Imej PAS dan Pakatan Rakyat, walaupun masih berada dalam bulan Ramadhan.


Pemangku ketuanya, Herman Samsudeen berkata, tindakan cybertrooper Umno yang menggunakan nama "PAS Beruk" mencipta dan menyebarkan gambar super impose yang kononnya Lim Guan Eng sedang menyembelih lembu korban untuk umat Islam dengan tagline "Sanggupkah kita lihat jika jadi begini? Dalil apa lagi nak halalkan perbuatan DAP??" adalah keterlaluan dan sengaja mencetus sentimen agama.

“DPPWP kesal kesal budaya fitnah terus membiak dalam Umno walaupun dalam bulan Ramadhan ini. Begitu jauh mereka tersasar dari hidayah Allah,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Baginya, demi kepentingan politik mereka, gambar sedemikian dicipta, walhal gambar sebenar adalah menunjukan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sedang menyembelih lembu korban untuk rakyat.

Katanya, gambar berkenaan sengaja direka dengan harapan rakyat melihat bahawa kerjasama PAS dan DAP kononnya merosakan Islam.

“Hal sebegini sudah berakar umbi dalam Umno sehingga diwarisi oleh anak-anak muda hingusan yang baru bersama Umno,” katanya.

Sebelum ini, media Umno-Utusan Malaysia memutar belitkan fakta dengan menyebarkan kepada rakyat yang ahli parlimen DAP Serdang, Teo Nie Ching beri 'tazkirah' dalam surau di mana ucapan aluan sengaja ditukar kepada 'tazkirah' bagi mencetuskan polemik awam.

Dua hari lepas, Tan Sri Zainuddin Maidin yang juga mantan Ketua Penerangan Umno pula menyebarkan fitnahnya dengan mengatakan PAS mahu rampas harta Cina semasa peristiwa 13 Mei dan PAS kononnya turut menyokong tindakan Indonesia menyerang Malaysia semasa konfrontasi.

“Semua ini adalah fantasi Umno. Kini mereka bermain gambar pula, sama seperti gambar Zaid minum arak yang mereka cipta di Hulu Selangor. Tindakan ini menunjukan Umno semakin kehabisan modal untuk burukkan PAS dan Pakatan rakyat,” katanya lagi.

Sehubungan itu, DPPWP berharap pemimpin dan ahli Umno bertaubat.

Katanya, semakin banyak fitnah disebar, semakin terdedah keburukan Umno, semakin banyak fitnah disebar, semakin meluat rakyat kepada Umno.

“Malulah kepada bukan Islam, malulah kepada umat Islam, malulah kepada Allah kerana perbuatan fitnah ini begitu jijik dan jauh lebih dahsyat dari membunuh. Ianya tidak akan diterima oleh mana-mana kaum dan agama sekalipun,” ujarnya lagi. = harakahdaily

07 October 2009

Kes pukul pelakon 1Malaysia - Kita lihat siapa yang kena : nizar news

Hahahaha bakal pelakon 1Malaysia dah pun keluar hospital setelah di ganyang oleh apa yang didakwanya sebagai "ahli PAS" pada hari penamaan calon PRK Bagan Pinang Sabtu lepas.
Dari apa yang dicakapkan nya seolah-oleh ada rakaman video ketika kejadian tersebut berlaku. Bagus lah kalau begitu, kita tunggu lah untuk sama-sama menonton nanti yer ...
KUALA LUMPUR- “Pas tidak perlu hantar isyarat menyuruh saya memohon maaf kononnya saya berbohong kepada rakyat Malaysia dengan mendakwa penyokong Pas memukul saya,” kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, semalam.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai tiga keping gambar yang tersebar di banyak laman sesawang menunjukkan beliau tidak dipukul, ditumbuk dan ditendang seperti yang didakwa.

Azeez yang dibenarkan keluar daripada Hopital Kuala Lumpur semalam setelah mendapat rawatan akibat kecederaan yang dialami berkata, beliau menyerahkan kepada polis untuk menyiasat dan menahan mereka yang terlibat dalam kes tersebut.

“Kalau bukan mereka siapa lagi? Saya pasti mereka yang memukul dan terajang belakang saya adalah penyokong-penyokong Pas, berdasarkan pakaian mereka. Saya serah kepada Allah untuk menentukan siapa benar dan siapa salah,” katanya.:

Azeez, yang juga Pengerusi Putera UMNO, mendakwa dipukul sekurang-kurangnya sembilan penyokong parti lawan ketika menuju pusat penamaan calon di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson kira-kira jam 9.45 pagi 3 Oktober lalu. beliau cedera di bahu dan leher kiri. Azeez berkata, beliau pelik mengapa Pas yang mendakwa Islam sebagai teras kepada perjuangan parti, bersikap seperti gangster.:

“Mereka dakwa memperjuangkan Islam, tetapi sanggup maki hamun dan pukul orang. :Saya minta penyokog Pas muhasabah diri. Baliklah ke pangkal jalan. Perlakuan kasar seperti gangster bukan cara orang Islam,” katanya.:

Beliau akan menimbang bentuk tindakan yang mungkin diambil terhadap mereka yang terbabit selepas meneliti video rakaman insiden itu. - Sinar Harian

05 October 2009

Rakyat 1Malaysia akan berlakon filem Bollywood : nizar news

Setelah melihat 3 keping gambar yang di siarkan HarakahDaily hari ini dapat lah disimpulkan dengan nyata dan sah bahawa Azeez memang melalui kawasan yang khaskan untuk penyokong PAS, tetapi dari apa yang dipaparkan kawasan tersebut masih lengang. kerana ramai penyokong-penyokong PAS masih berada di bahagian belakang pusat penamaan calon, iaitu pintu masuk ke pusat penamaan untuk calon PAS.

(Untuk makluman semua, SPR mengadakan 2 pintu masuk berasingan untuk dua calon yang bertanding - calon UMNO masuk melalui pintu hadapan dan calon PAS melalui pintu belakang demi untuk mengasingkan penyokong-penyokong kedua-dua parti)

kawasan penyokong PAS ini masih lengang

Dari apa yang dilihat, Azeez dan pemimpin-pemimpin UMNO BN yang lain melalui kawasan ini tanpa gangguan. Kalau adalah lah sebarang kejadian-kejadian yang tak diingini berlaku sudah pasti jurugambar, sekurang-kurangnya yang mengambil gambar ini akan merakamkan detik-detik "manis" itu untuk tatapan ramai. Tapi kenapa tiada seorang pun jurugambar yang ramai itu merakam sebarang gambar ketika Azeez "dipukul"?

Dan ini lah dia kawasan yang sama yang dilalui Azeez setelah penyokong PAS berkumpul sementara menunggu jam 12 bagi mengetahui calon-calon yang bertanding.

penyokong PAS memenuhi kawasan yang dikhaskan
(dibelakang saya adalah peyokong BN)
Ternyatalah Azeez sekadar ingin mencari publisiti murahan seperti kata YB Salahuddin dan BERBOHONG demi untuk mendapat simpati pengundi Bagan Pinang atau sengaja ingin "mengotorkan" reputasi pembangkang.
Mudah-mudahan suatu hari nanti akan ada berita "Rakyat Malaysia berlakon dalam filem "Bollywood"

04 October 2009

Azeez dah loya-loya, dah nak muntah-muntah ... kerja sapa ni?


"Sekarang saya rasa sangat loya dan nak muntah. Belakang tengkuk saya rasa sakit sangat," katanya lagi. - Azeez

Menrut lapuran malaysiakini, Azeez dah mula loya-loya dan muntah-muntah mulai semalam setelah ke Port Dickson untuk penamaan calon PRK Bagan Pinang. Katanya lagi ini kerja 20 orang. ...

Iskh macamana ni. Sapa yang nak bertanggung jawab ni? Biar betul ... Kalau yer kerja 20 orang mahu lembik dibuatnya, ditambah lagi sampai lebam-lebam si azez ni di kerjakan.

Saya masih ingat, masa mula-mula kawin dulu masa isteri nak mengandungkan anak kami yang pertama, macam ni jugak lah. Isteri loya-loya, rasa nak muntah, suka cari mempelam muda, tapi isteri saya tak la sampai lebam-lebam ... kah kah kah. Si Azeez ni tak rasa nak makan mempelam muda ker? ...

Hang nak tipu pun biar la bagi orang percaya Aziz oooiiiii. Macam kata kat atas tadi kalau yer kena sebat dek 20 orang, hang dah lebik kat situ, dah tak boleh jalan kemana lagi dah. Lepas tu kata pi buat "check-up" kat hospital, tapi tak boleh nak beritau hospital mana dia pergi. Pembohonh lagi ... Memang betul seperti kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayob si Azeez ni nak baut provokasi dan nak cari publisiti murahan (DISINI)

31 May 2009

PRK PENANTI : Angkara UMNO - Peratus Keluar Mengundi Rendah


PRK Penanti yang menyaksikan KeADILan ditentang 3 calon bebas telah pun menutup tirainya.

Calon KeADILan, Dr Mansor Othman yang bakal dilantik TKM1 Pulau Pinang sekiranya menang ditentang oleh Kak Min atau Minah Ronggeng seperti yang di panggil oleh YB Azmin. Kak Min@ Minah Ronggeng adalah antara calon bebas yang agak "hot" dengan kenyataan-kenyataan sensasi beliau sepanjang tempoh berkempen. Antaranya ialah tawaran jawatan TKM1 Pulau Pinang dan YDP Majlis Perbandaran Pulau Pinang dari Pakatan Rakyat seperti yang didakwanya.

Dua lagi calan bebas adalah bekas ketua pemuda Gerakan cawangan Telok Wang, Nai Khan Ari dan seorang pakar motivasi yang hilang wang pertaruhan nya di PRK Bkt Gantang baru-baru ini. Kedua-dua calon bebas ini kurang menyerlah jika dibandingkan dengan Kak Min@ Minah Ronggeng dari Jelutong ini.
Peratus pembuangan undi agak rendah. Setelah pusat pengundiaan ditutup pada jam 5 ptg tadi hanya 46.15 peratus atau 7,100 orang pengundi sahaja yang telah keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing sebagai pengundi.

Sebelum ini diberitakan Umno Pmtg Pauh telah menyediakan beberapa buah bas untuk membawa ahli-ahli umno"makan angin", dengan tujuan untuk tidak membenarkan mereka keluar untuk membuang undi. Walaubagaimana pun tiada berita yang sah tentang perkara ini sehingga artikel ini ditulis.

Pengundiaan hari ini berjalan dalam suasana yang dingin. Pekerja parti dan anggota keselamatan melebihi pengundi yang keluar. Jalan-jalan agak lengang, tidak seperti PRK Pmtg Pauh dahulu, dengan sebab itu lah seorang anggota polis ini telah terlelap semasa bertugas seperti gambar diatas ... (harap tuan OCPD tak mengambil apa-apa tindakan pada anggota ni lah yer, bukan salah dia tapi salah pengundi kenapa tak keluar ramai-ramai)

21 May 2009

Satu Umno pun gagal, jangan cakap 1 Malaysia

Penindasan sesama Umno sehingga menyebabkan ramai yang bertindak keluar dari parti itu adalah bukti awal yang jelas tentang kegagalan hasil mengelamun Perdana Menteri yang diriuh-riuhkan sebagai konsep Satu Malaysia.
"Dalam Umno pun (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) gagal mewujudkan Satu Umno, tidak perlu cakaplah tentang Satu Malaysia," katanya mengulas tindakan ahli-ahli Umno di Perlis yang bertindak keluar dari parti itu dan menyertai menyertai pembangkang.
Saya menggesa rakyat segera sedar tentang sifat sebenar Umno."Sesama Umno, sesama Melayu pun ditindas, dipecat dan dizalimi, tidak ada lagi keadilan yang boleh diharapkan dari Umno yang kelihatan semakin bersungguh-sungguh mempelopori penindasan ke atas sesiapa sahaja yang tidak disukainya,"Saya mengalu-alukan kebijaksanaan ahli-ahli Umno yang keluar dari parti itu dan menyertai Pakatan Rakyat (PR).
"Dengan penuh ketulusan kita menghulurkan tangan kepada mereka dan saya yakin tindakan mereka itu pasti mengukuhkan lagi tali silaturrahim antara sesama umat Islam dan rakyat Malaysia,"

29 April 2009

Najib's Penanti Dilemma

KUALA LUMPUR, April 29 — Datuk Seri Najib Tun Razak is coming under considerable pressure from Umno to change his stand that Barisan Nasional should give the Penanti by-election a miss.

Some party officials, especially those aligned to Tun Dr Mahathir Mohamad, have been parlaying straw polls and ground reports to push two messages: that the voters in the state constituency want Barisan Nasional to field a candidate and chances of victory are better than ever.

Others are stressing a more emotional point — that the ruling coalition has never backed down from an electoral fight before and to do so at a time when bragging rights is firmly with Pakatan Rakyat could be debilitating to the morale of party members.

A decision on whether BN will field a candidate in Penanti will be made tomorrow after Najib chairs Umno’s political bureau meeting.

The party president has all along said that he was not in favour of contesting the by-election, made necessary after PKR’s Fairus Khairuddin resigned following a clutch of allegations against him.

Najib’s rationale was that by-elections should only be held if the incumbent died or was incapable of carrying out his responsibilities for health reasons.

Contesting elections for flippant reasons, he argues, would be a waste of public funds. -- [more]

23 April 2009

SPRM Tak Jadi Dakwa Fairus, Ada Udang Sebalik Mee Ker Ni ...?

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia - SPRM - tidak dapat mendakwa bekas KM1 P. Pinang, Mohamad Fairus Khairuddin kerana ketiadaan bukti yang kukuh.

Aku bersyukur dengan kenyataan ini. Ramai ahli-ahli dan penyokong PKR dari peringkat bawahan hingga lah ke DSWA dan DSAI juga lega. Fairus juga lega, seperti katanya SPRM telah membersihkan namanya. Lapang lah hatinya, tiada ada apa lagi yang perlu difikirkan. Katanya beliau ingin meneruskan pengajian nya ke peringkat pacsaijazah.

Tapi, tetiba aku terfikir ... apakah ini satu pertukaran?

Baru-baru ini pada 14 April seperti yang dilapurkan oleh Pahang Daily dengan tajuk Fairus Pula Hilang , aku terus teringat pada 3 katak di DUN Perak yang juga hilang beberapa hari dan akhirnya melompat keluar dari Pakatan untuk menjadi Adun Bebas, yang berakhir dengan Perak dirampas oleh BN dengan secara HARAM.

Apakah berkemungkinan Fairus akan melompat samada ke Umno atau menjadi ADUN bebas sebagai pertukaran untuk SPRM tidak mendakwa beliau? Kemungkinan memang ada.

Walaupun BN tetap tidak dapat menawan Pulau Pinang dengan tindakan tersebut, tetapi sekurang-kurangnya dapat mengurangkan majoriti Pakatan Rakyat di DUN P Pinang.

Kita tunggu apa pula kata SPR Isnin ini ...

UMNO/NAJIB ... sedang menuju kehancuran

Kebebasan Rakyat Terus Dinafikan

Pemerintahan kuku besi najib umno/bn semakin menampakan bayangannya. Kebebasan rakyat semakin luntur gara-gara inginkan kuasa. Pelbagai undang-undang telah dan bakal dilaksanakan demi untuk survival politik najib.

Kalau semasa PRK di 2 Bukit dan 1 Batang dahulu, demi kerana takut pada bayang-bayang, larangan untuk tidak melibatkan kes pembunuhan Altantuya dalam semua kempen telah dikenakan. Tapi kata KPN arahan tersebut satu kesilapan yang datang dari KPD Taiping. Aku tak pasti siapa salah siapa betul.

Yang terbaru SPR bakal menguatkuasakan undang-undang yang menghadkan kedatangan jumlah penyokong sesuatu parti politik pada hari penamaan calon, dan juga jumlah penyokong pada hari mengundi. Mengikut SPR kedatangan penyokong yang ramai pada hari penamaan calon/hari mengundi boleh menyebabkan keadaan tidak terkawal dan boleh menyebabkan kekacauan. Betul ker ni?

Sebenarnya bukan kekacauan yang ditakuti SPR tapi najib yang tak mahu dunia tahu yang rakyat telah menolak kerajaan sekarang sebaliknya telah menyokong pembangkang Pakatan Rakyat) dimana-mana saja.
Bermula dengan PRK Pmtg Pauh dahulu, berpuluh ribu penyokong Pakatan telah membanjiri pusat penamaan calon dan telah menenggelamkan penyokong BN. Keadaan yang sama juga berlaku semasa PRK Terengganu, PRK Bkt Gantang dan PRK Bukit Selambau. Pada hari mengundi juga dapat dilihat para-para penyokong Pakatan tetap mengatasi penyokong BN.

Hasil dari itu BN kalah kepada Pakatan 4 - 1. najib dah kecut. Lalu diarahkan nya SPR untuk mencari jalan bagi mengatasi kejadian dimalukan itu tidak berulang. .... Dan kebebasan rakyat terus dinodai BN. ...

Apakah lagi undang-undang yang bakal dikuatkuasa kan oleh najib atau agensi-agensi berkaitan selepas ini demi untuk najib terus berkuasa. ...


UMNO/NAJIB ... sedang menuju kehancuran

12 April 2009

UMNO JAHIL

Salam 2 all. Saya sangat bersyukur dan tumpang kagum tengok ada antara kekawan kita yang sangat sensitif dalam isu YB Nga Kor Ming membaca ayat Al Quran dalam ceramahnya di Bukit Gantang baru-baru ni.
Memang apabila kita terpaksa diperingatkan oleh bukan Islam tentang ingatan ALLAH dalam Al Quran tentulah kita berasa malu..malu kerana kita memang spesis yang tak ikut Al Quran..jadi jatuhlah kemaluan kita kalau sampai kafir pulak terpaksa peringatkan kita dengan ayat Al Quran.Yang syoknya kekawan kite siap petik kitab sana kita sini agamawan sana agamawan sini untuk menegakkan hujjah.
Alangkah baiknya kalau mereka melihat kemungkaran, kemaksiatan dan salahlaku yang dilakukan pimpinan mereka terhadap Islam dan menegur mereka dengan segala hadis dan kitab yang dalam pengetahuan mereka.
Tetapi malangnya apabila pemimpin mereka terang-terang rasuah, salahguna kuasa dan mereka sendiri pun confirm dengan sabitkan kesalahan rasuah, tapi masih boleh terus menjadi Ketua Menteri atau Ketua Pemuda, sepatah haram ayat Quran, hadis atau kitab pun mereka tak rujuk!
Apakah mereka lupa agamawan-agamawan hadhari mereka juga mendapat kelulusan dengan belajar Islam dan Quran daripada golongan kafir?
Lihat sahaja Hamid Osman, agamawan terulong mereka yang walaupun rakyat tolak masih dikekalkan sebagai penasihat hadhari 25% mereka. Dimana beliau mendapat PhD islamnya? University of Kent? Siapa Tok Guru dia..sudah pastilah kafir orientalis yang menjadi mursyidul dia!
Cuba tengok agamawan terkini mereka, Mejar General Datuk Jamil Khir Baharom. Dimana beliau mendapat ijazah sarjana islamnya? Beliau lulusan Masters in Islamic Studies (Islamic Economic Management) dariGraduate School of Islamic & Social Science di Virginia, US pada tahun 2000! Siapa tok guru beliau..hangpa pi check sendiri lah!
Jadi adakah kapior-kapior yang mengajar agamawan-agamawan mereka tu langsung tak baca Al Quran semasa mengajar mereka?..jangankan baca, ada diantara pensyarah mereka hafiz Al Quran!Seperkara lagi..kalau kapior macam YB Nga baca Al Quran pun dah melenting giler babi (babi giler pun tak melenting macam tu), bagaimana pula dengan mereka yang menukar ayat Al Quran?
Al Quran kata zina hukumnya rejam/sebat, depa tukar kata denda cukup!Al Quran/hadis kata kalau minum arak hukum sebat, depa tukar kata denda cukup!
Al Quran kata kalau fitnah orang sebat 80 kali, depa kata qazaf hukum denda cukup!Al Quran kata kalau curi potong tangan, depa kata jail cukup!
Al Quran kata sembah patung syirik, depa kata sembah tugu negara takpe!
Al Quran kata pakaian wanita Islam mesti bertutup, mereka biarkan wanita Islam di Air Asia/MAS dipaksa pakai seksi! Mereka biarkan isteri-isteri mereka tanpa menutup kepala,
Banyak ayat-ayat dan perintah Al Quran diputar belit, ditukarganti, diketepikan oleh tangan-tangan mereka sendiri..tak pernah pulak kita dengar hangtuah-hangtuah ni menghunus keris dan mempertahankan kesucian Al Quran..tak dengar pulak mereka memetik kitab sana kitab sini memperingatkan pemimpin mereka yang telah memutar dan memesongkan Al Quran!?
Tau-tau bila seorang kafir membaca ayat Al Quran yang betul dan memperingatkan mereka supaya kembali melaksanakan kehidupan menurut Islam & Al Quran...muncul hangtuah-hangtuah karat ni melenting giler..sampai anak babi muncul kat sebuah masjid kat negeri hangtuah; agaknya terkejut dengan hangtuah-hangtuah karat ni ;)
Udahlah yop..rentikanlah drama sop opera mike semua..bersyukurlah ALLAH masih mahu memperingatkan kita cara baik..walaupun melalui lidah seorang kapior.Ambillah itu sebagai iktibar mengapa sampai ALLAH hina kita dengan menghantar kapior memperingatkan kita akan ayat-ayat ALLAH.Ambillah iktibar mengapa ALLAH sampai hantar anak babi menyondol-nyondol disebuah masjid di negeri hangtuah tu!?
Kembalilah kita kepada Al Quran. Janganlah kita menjadi spesis yang hanya pandai memusabaqahkan Al Quran sahaja! Janganlah kita hanya pandai berkitab sana sini untuk menutup kemungkaran dan kegagalan kita sendiri melaksanakan dan mengamalkan kehidupan menurut Al Quran..Gunakanlah kepandaian berkitab sana sini tu untuk menilai diri kita sendiri..Syukran ya akhi
Moga ALLAH mengampuni kita semua dan moga ALLAH memberikan keimanan sebenar kepada kita..ameen..Jazakallah..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

06 April 2009

Gambar Calon BN Ismail Saffian di Danok



Subuh tadi ketika melangkah keluar untuk menuju ke mesjid Nurul Hidayah, saya temui beberapa helai edaran di luar Pos kami - Pos Kawasan Gopeng di Kampong Tebuk ini.

Edaran tersebut jelas mempertikaikan tentang pemilihan calon Ismail Saffian sedangkan Umno mempunyai lain-lain pemimpin yang lebih berwibawa untuk diketengahkan.Ini menjelaskan kepada kita bahawa umno bertelagah dalam pemilihan calon.

Mereka tidak berpuas hati kerana Ismail Saffian merupakan calon Ketua Bahagian yang kalah; tapi di pilih menjadi calon? Inilah yang menjadi kemusykilan dan menimbulkan rasa tidak senang di kalangan pimpinan Umno yang lain.

Tambahan pula desas desus yang mereka dedahkan tentang perangai mungkar Ismail Saffian yang kononnya sangat gemar berulang alik ke pekan Danok.

Kini terdapat poster edaran yang menampilkan gambar Ismail Saffian sewaktu di Danok.

Rugi dan bodoh sangatlah kalau sesiapa memiih calon yang tidak bermoral seperti calon umno/BN ini.Jangan biarkan diri anda diselubungi dengan kerja mungkar Ismail Saffian calon BN.

Berikan undi anda kepada calon Pakatan Rakyat - Dato Seri Nizar!

PRK Bkt Selambau : Hampir Semua Calon Bebas Orang BN

BUKIT SELAMBAU [11.56 am] - Laporan kami yang terdahulu bahawa calon bebas di Bukit Selambau adalah ditaja oleh BN kini bagai nampak menjadi kenyataannya. Ini berikutan edisi siasatan Pakatan Rakyat mendapati hampir kesemua calon bebas terbabit rupanya adalah orang BN atau bekas pemimpin BN yang masih setia pada parti itu.
Sangkaan kita sebelum ini hanya Mejar (B) Anuar Abd Hamid yang memakai lambang Telefon sahaja yang dipercayai orang UMNO dan proksi Mahathir. Khabarnya beliau akan masuk UMNO bila Mahathir diterima masuk UMNO. Maka kini "comfirm" jiwa dan raganya sudah kembali bersama UMNO. S
angkaan kita undi BN akan berpecah kepada dua satu untuk MIC dan satu lagi untuk UMNO. Tambahan pula Mahathir dijangkan menyampaikan amanatnya di Bukit Selambau jam 5.00 petang ini yang akan disiarkan secara "live" oleh RTM.
Berita menggemparkan diterima apabila hampir kesemua calon-calon bebas memang ditaja atau orang-orang BN yang bertopengkan bebas sebenarnya. Tujuan mereka sudah pastinya untuk memecahkan undi Pakatan Rakyat. Target setiap seorang calon ialah menarik sekurang-kurangnya 200 undi, maka jika ada 13 calon mereka sudah berjaya membawa lari 2,600 undi atas pagar. Itu belum lagi termasuk 3,029 pengundi hantu yang telah dikesan sebelum ini. Maka itu ternyatalah bahawa UMNO dan Barisan Nasional begitu kemaruk untuk menang dalam pilihanraya kecil kali ini.
Ia mungkin bagi menjaga imej dan maruah Perdana Menteri Malaysia yang baru, Dato' Seri Najib Tun Razak.
Maklumat penuh tentang calon-calon terbabit ialah :

ANUAR B HAMID - An ex-Armed Forces major (retired), an UMNO member of Sungai Air Mendidih branch in Merbok division, frustrated with Umno after Dr. Mahathir left the party sulking. He was also responsible for closing down the Sungai Air Mendidih Umno’s Hall.

RADZI B LAZIM - Claimed to be ex-PKR division chief. Its nonsense, he is now an UMNO member with several ex-PKR members including former Kedah youth chief, Zamil Ibrahim & ex-Merbok PKR chief, Mochtar Mansor.

KHAMIS B AWANG - An UMNO member of Sungai Layar branch in Sungai Petani.

ABD RAHIM B ABU - An UMNO member of Bukit Selambau, under the supervision of Pakjang Badri, former assemblyman of Bukit Selambau in the 1990’s.

HUSAINI YAACOB - Also an UMNO member , a businessman who owns 5 quarries in Singkir, Perlis, Bukit Perak, Sik & Juru. His firm owns an UMNO associated company, Kemelong.

FADZIL B ABD WAHAB - An ex-Army Officer who owns a cafe & kedai nasi kandar in Ambamgan Heights, Sg Lalang. He’s well known for his nickname “TokMisai”. He is also an UMNO samseng affiliate @ ‘Ayahanda’ Pekida.

TAN HOCH HUAT - A Gerakan member of Sungai Petani, a component of Barisan Nasional.

CHANDARAJAH A/L TANASEGARAN - A MIC member of Taman Ria Jaya, Sungai Petani. Also a businessman.

G SARALA A/P LOGNATHAN - An ex- Kedah People’s Progressive Party Wanita Chief.

VENASON A/L MICHELE - An ex-MIC member of Taman Ria Jaya.

LOGANATHAN A/L RAMACHANDRAN - An ex-MIC member too.

MOGANAKUMA A/L SUBRAMANIAM - An ex- MIC, a Kedah HINRAF leader.

JAYAGOPAL A/L ADAIL KALAM - An ex-PKR member who was suspended by PKR Pokok Sena Division.
So, for all too see, These candidates can lie about their so called secret association & UMNO Barisan National.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive