23 April 2009

Kebebasan Rakyat Terus Dinafikan

Pemerintahan kuku besi najib umno/bn semakin menampakan bayangannya. Kebebasan rakyat semakin luntur gara-gara inginkan kuasa. Pelbagai undang-undang telah dan bakal dilaksanakan demi untuk survival politik najib.

Kalau semasa PRK di 2 Bukit dan 1 Batang dahulu, demi kerana takut pada bayang-bayang, larangan untuk tidak melibatkan kes pembunuhan Altantuya dalam semua kempen telah dikenakan. Tapi kata KPN arahan tersebut satu kesilapan yang datang dari KPD Taiping. Aku tak pasti siapa salah siapa betul.

Yang terbaru SPR bakal menguatkuasakan undang-undang yang menghadkan kedatangan jumlah penyokong sesuatu parti politik pada hari penamaan calon, dan juga jumlah penyokong pada hari mengundi. Mengikut SPR kedatangan penyokong yang ramai pada hari penamaan calon/hari mengundi boleh menyebabkan keadaan tidak terkawal dan boleh menyebabkan kekacauan. Betul ker ni?

Sebenarnya bukan kekacauan yang ditakuti SPR tapi najib yang tak mahu dunia tahu yang rakyat telah menolak kerajaan sekarang sebaliknya telah menyokong pembangkang Pakatan Rakyat) dimana-mana saja.
Bermula dengan PRK Pmtg Pauh dahulu, berpuluh ribu penyokong Pakatan telah membanjiri pusat penamaan calon dan telah menenggelamkan penyokong BN. Keadaan yang sama juga berlaku semasa PRK Terengganu, PRK Bkt Gantang dan PRK Bukit Selambau. Pada hari mengundi juga dapat dilihat para-para penyokong Pakatan tetap mengatasi penyokong BN.

Hasil dari itu BN kalah kepada Pakatan 4 - 1. najib dah kecut. Lalu diarahkan nya SPR untuk mencari jalan bagi mengatasi kejadian dimalukan itu tidak berulang. .... Dan kebebasan rakyat terus dinodai BN. ...

Apakah lagi undang-undang yang bakal dikuatkuasa kan oleh najib atau agensi-agensi berkaitan selepas ini demi untuk najib terus berkuasa. ...


UMNO/NAJIB ... sedang menuju kehancuran

1 comment:

Prof. Era Pasca said...

baut tak tau je undang2 tu... datang ramai2 bukan mereka nak kire berapa orang penyokong... lg pun PR tak macam umno baawak penyokong... PR cuma jemput... jd terserah le penyokong nk pergi sokong mana... hak tui... SPR!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive