23 April 2009

PRK Penanti - Apa muslihat SPR?

YB Mohamad Fairus Khairuddin (PKR), Timbalan Ketua Menteri 1 P.Pinang telah meletak jawatan sebagai ADUN Penanti pada 16 April lalu atas dakwaan rasuah. Pada kebiasaan nya dalam masa 2 atau 3 hari selepas SPR menerima notis kekosongan dari Speker DUN, maka SPR akan bermesyuarat dan mengumumkan tarikh penamaan calon dan seterusnya tarikh pembuangan undi secepat mungkin.

Tapi tidak untuk kali ini. SPR semacam sudah ada sindrom Malas bekerja. Selepas hampir seminggu, iaitu pada Rabu 22 April baru lah SPR bermesyuarat dan yang paling anehnya, pemgumuman sama ada DUN N12 Penanti itu kosong atau tidak hanya akan diumumkan pada Isnin 27 April.

Apakah yang membuatkan SPR seolah-olah sudah cukup malas dengan Pilihan Raya Kecil?

Segala-galanya adalah disebabkan oleh kekalahan 4-1 UMNO/BN ditangan Pakatan Rakyat pada PRK yang lepas. Umum mengetahui walaupun konon nya SPR dan apa saja Suruhanjaya adalah badan bebas, tapi sejauh mana kebebasan badan-badan ini? Tanya lah diri sendiri.

Suruhanjaya-suruhanjaya ini TIDAK BEBAS. Masih dibawah telunjuk pemerintah. Jadi walau apa saja keputusan yang diambil ia masih tetap menyebelahi pemerintah, masih tetap menguntungkan pemerintah.

Selepas kekalahan 4-1, UMNO/BN dalam keadaan serba salah untuk meneruskan "permainan" ini. Mereka tahu gelombang kebangkitan rakyat sudah bermula. Ditambah pula dengan kes-kes yang tiada penghujungnya yang disabitkan dengan PM baru najib razak terus bermain difikiran seluruh rakyat.

Walaupun penafian demi penafian diberikan, tapi rakyat tetap tidak dapat menerimanya. Tuduhan yang mengatakan najib terlibat dalam pembunuhan model Monggolia Altantuya Shariibu, tuduhan penerimaan komisen pembelian kapal selam terus bermain dibenak sesiapa saja.

Saya tidak yakin yang UMNO/BN tidak akan turut serta sekiranya PRK N12 Penanti diadakan walaupun najib ada membayangkan yang BN tidak akan menyertai PRK Penanti. Dan saya teramat pasti yang BN akan kalah lagi sekiranya mereka bertanding.

BN/UMNO kini sudah takut untuk berdepan dengan rakyat yang pastinya sekali lagi akan menolak mereka sekiranya SPR mengesahkan DUN N12 Penanti kosong. Jadi dari itu berkemungkinan besar SPR tidak akan menerima perletakan jawatan Fairus dan mengiystiharkan tiada PRK di Penanti. Segala-galanya kerana najib takut untuk di malukan sekali lagi.

Pak Lah mungkin sedang tersenyum melihat gelagat najib yang terpaksa berhempas pulas untuk cuba menjadi hero. Hero yang akan lenyap ditelan kebangkitan rakyat tak lama lagi. Insyaallah ....

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive