Showing posts with label calon bebas. Show all posts
Showing posts with label calon bebas. Show all posts

24 May 2014

PRK Bukit Gelugor : Aku kecewa, tiada harapan kalahkan DAP , akan ke Pusat Peranginan Langkawi malam ini - Abu Backer



Kurang 24 sebelum pengundian pagi esok, calon bebas paling banyak gimik dalam pilihan raya kecil (PRK) Bukit Gelugor Abu Backer Sidek Mohamad Zan hari ini mengisytiharkan telah 'menang'.

Beliau malah meninggalkan Bukit Gelugor malam ini bersama penyokong-penyokongnya untuk ke pusat peranginan Langkawi, Kedah.
Menurut beliau calon bebas telah menjadi mangsa kerana tiada harapan menewaskan DAP di tempat yang tidak ditandingi BN.

21 May 2014

Abu Backer [calon bebas PRK Bkt Glugor] Patah Rusuk


By Mohamad C.W May 21, 2014 : 1:13 pm
suara tv by Mohamad (2)
Georgetown: Calon bebas Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor, Abu Backer Sidek Mohamad Zan kini menerima rawatan di Hospital Loh Guan Lye kerana mendakwa mengalami kecederaan akibat ‘dilanggar’ kereta rasmi Ketua Menteri, Lim Guan Eng, kelmarin.

Dia kini masih ditahan di hospital terbabit kerana dikatakan patah rusuk kiri akibat kemalangan itu.

Dalam kejadian di depan bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) 2 petang kelmarin, Abu Backer cuba bertemu dengan Guan Eng bagaimanapun dia dihalang pengawal keselamatan.

Dia kemudian bertindak pelik apabila melompat ke arah kenderaan rasmi itu sebelum bergolek di bawah kereta berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang laporan polis berhubung tindakan calon bebas terbabit. - metro

20 May 2014

Calon Bebas sengaja langgar kereta rasmi Guan Eng & pura-pura cedera - Pengawal Keselamatan -

May 20, 2014 at 6:15pm

LAPORAN KEHADIRAN CALON AHLI PARLIMEN BUKIT GELUGOR ABU BACKER SIDEK KE DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG YANG SENGAJA “LANGGAR” KENDERAAN RASMI YAB KETUA MENTERI YANG TIDAK BERGERAK DAN BERDRAMA DENGAN PURA-PURA “CEDERA”
PADA 20 MEI 2014, JAM 1.00 TENGAHARI OLEH PUAN TIRAYA BT. ABD. RAHIM, PENGAWAL KESELAMATAN PSUK, SELAKU PENGAWAL BERTUGAS DI DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG

Lebih kurang pada jam 1.00 tengahari kelihatan di hadapan pintu pagar Dewan bersebelahan pondok pengawal, seorang lelaki telah mendakwa dirinya calon bertanding, Parlimen Bukit Gelugor En. Abu Backer Sidek. Pertemuan Encik Mohd Abdul Rahman, Pegawai DUN, bersama beliau dimaklumkan beliau ingin berjumpa YAB. Ketua Menteri untuk tujuan menyerahkan beberapa dokumen kepada YAB Ketua Menteri. Pegawai DUN telah mengambil dokumen dan berjumpa YB Wong Hon Wai, Setiausaha Politik YAB. Ketua Menteri. YB. Wong Hon Wai meminta supaya En. Abu Backer membuat temujanji sekiranya ingin berjumpa YAB. Ketua Menteri.

Kereta Guan Eng "Langgar" Calon Bebas Bukit Gelugor



GEORGE TOWN 20 Mei - Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor Abu Backer Sidek Mohamad Zan mendakwa telah dilanggar kereta milik Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di hadapan bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Ianya berikutan tindakan calon bebas itu menahan kereta Mercedes tersebut setelah menunggu pada tempoh masa yang agak lama untuk menemui Setiausaha Agung DAP itu.

Abu Backer mendakwa telah mengalami kesakitan di bahagian rusuk kanannya akibat kemalangan itu.

Ambulans yang tiba pada jam 2.30 petang membawa beliau ke Hospital Pulau Pinang.

18 February 2014

PRK Kajang : Herman Tino berhasrat bertanding di Kajang

Herman Tino
PETALING JAYA: Penyanyi dangdut, Herman Tino telah menyatakan minat untuk bertanding pada pilihan raya kecil DUN Kajang, memulakannya dengan hashtag #Herman4Kajang di Twitter.
Beliau yang mengungguli carta pada era 1980-an dengan rentak dangdut telah mencipta #Herman4Kajang bagi mengukur reaksi orang ramai mengenai hasratnya untuk bertanding kerusi itu.
Herman berkata, beliau hanya akan bertanding jika rakyat di Kajang memberikan lampu hijau kepadanya.

30 January 2014

'Reformis bogel' calon bebas ke 2 PRK Kajang


2:25PM Jan 30, 2014

Seorang lagi tampil mencalonkan diri sebagai calon bebas bagi mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Ramlan Abu Bakar (kanan), presiden NGO dikenali Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia, berkata, beliau mengambil keputusan itu setelah melihat “konspirasi politik” Anwar menyusahkan rakyat, lapor
Sinar Harian.

Beliau berpendapat, Anwar mempunyai agenda politik kotor dan secara halus ingin merampas jawatan menteri besar Selangor yang disandang oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Saya reformis akan mencabarnya habis-habisan dalam pilihan raya nanti dan ini lah platform terbaik kepada reformis untuk mendedahkan kelemahan Anwar dan pentadbiran kerajaan negeri Selangor," beliau dipetik sebagai berkata.

21 April 2013

Najib garu kepala ... hahaha .... 22 pemimpin umno tanding bebas


 22 Orang Pemimpin UMNO Isytihar Keluar Parti, Tanding Tiket Bebas!!!



Kuala Lumpur - by @tiewnama
menjelangnya pilihanraya umum ke 13 pada 5 may ini, begitu ramainya pemimpin
Barisan Nasional BERPALING TADAH dan berlawan sesama sendiri, ini menunjukkan
bahawa kepimpinan Najib Razak sangat lemah dan ramai yang bertindak keluar parti 
sebelum di pecat, seterusnya menjadi calon BEBAS.

bagi Pakatan Rakyat pula, hanya 6 kerusi saja menjadi rebutan bagi parti pembangkang
itu sesama sendiri, tetapi tidak bertindak keluar dari Pakatan.

berbanding Barisan Nasional iaitu 22 ahli UMNO, 2 dari GERAKAN dan 1 dari 
MCA, yang mana jumlah keseluruhannya adalah 25 orang calon bebas keluar 
Barisan Nasional.

30 September 2009

PRK Bagan Pinang : Pertandingan 3 penjuru

BN petang semalam telah mengumumkan seorang "perasuah" atau dalam bahasa BN "politik wang" iaitu bekas MB Negeri Sembilan, Isa Samad sebagai calon, manakala PAS juga telah megumumkan Pesuruhjaya PAS Negeri sebagai calonnya dalam PRK Bagan Pinang 11 Oktober nanti.
Sebentar tadi pula seorang calon bebas telah mengumumkan yang beliau akan turut serta mencuba nasib dalam PRK Bagan Pinang nanti. Beliau adalah Ahli jawatankuasa Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Telok Kemang, Shahruddin Abd Hamid.
Kata Shahruddin, beliau bertanding adalah untuk menyampaikan hasrat dan visi untuk pembangunan yang komprehensif di daerah Port Dickson.
Shahruddin, 52, berkata walaupun beliau mendapat tekanan daripada para pemimpin PKR namun beliau akan tetap meneruskan hasratnya itu.

Katanya beliau rela keluar dari PKR dan melepaskan jawatan AJK PKR Bahagian Telok Kemang bermula hari ini jika ini adalah kehendak pemimpin PKR. - BH
STONE: Apakah ini sekadar untuk memecah undi PR? Atau telah menerima "habuan" dari pihak sebelah sana? Sama-sama kita tunggu sehingga Sabtu ini

31 May 2009

PRK PENANTI : Polis Sokong Minah Ronggeng

Minah Ronggeng salah seorang calon bebas di PRK Penanti mendapat 12 undi Pos berbanding Dr Mansor Othman 2, Nai Khan Ari 0 dan Kamarul Ramizu 7.

Ada juga la anggota polis yang menyokong Pakatan walau pun hanya 2 undi. Alhamdulillah.

-- Thinking of Life

30 May 2009

PENANTI : Calon Tajaan UMNO BN - Minah Ronggeng dapat "Teman Baru"

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

BUKIT MERTAJAM: Bekas calon Bebas pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, A. Jayagopal dan Radzi Md Lazim muncul dalam ceramah anjuran calon Bebas DUN Penanti, Aminah Abdullah di bilik gerakan Kampung Simpang Tiga Kubang Ulu semalam.

Kehadiran mereka adalah sebagai penceramah jemputan dalam siri kempen Aminah yang merupakan bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"PKR kata jangan undi calon Bebas, mengapa kata macam itu? Rakyat hari ini perlu Bebas dari pengaruh-pengaruh sedemikian.

"Kita ada hak untuk bertanding sebagai calon Bebas," kata Jayagopal ketika menyampaikan ceramah yang dihadiri kira-kira 100 orang.

Jayagopal merupakan bekas Ketua Bahagian PKR Pokok Sena sebelum dipecat keanggotaannya daripada parti itu kerana bertanding atas tiket Bebas di DUN Bukit Selambau.

Selain Jayagopal, Radzi dan Aminah juga turut menyampaikan ceramah masing-masing yang berkisar menyenai agenda serta menerangkan sebab mengapa pengundi Penanti perlu memilih Aminah sebagai wakil mereka di DUN.

Aminah berkata, beliau berharap rakyat Penanti yang akan menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pengundi supaya memberi peluang kepadanya.

"Kak Min (Aminah) adalah calon Bebas, jadi Kak Min tidak terikat oleh mana-mana parti dan sudah pastinya bebas untuk menyuarakan pandangan untuk kebajikan rakyat Penanti.

"Peluang yang ada untuk memilih wakil rakyat perlu digunakan sebaik mungkin, jangan dipersiakan," katanya.

Ceramah berkenaan merupakan yang kedua anjuran Aminah selepas mendapat sambutan yang menggalakkan pada ceramah pertama yang diadakan pada malam sebelumnya.

Secara keseluruhannya kesemua penceramah menjadikan PKR sebagai sasaran kerana menganggap parti itu tidak bertindak untuk kepentingan rakyat sebaliknya lebih mementingkan kepentingan politik peribadi.

"Sudah dilantik sebagai wakil rakyat, tapi letak jawatan tanpa sebab yang munasabah.

"Ini semua perkara tak baik yang ditunjukkan kepada rakyat, mereka (PKR) tak hormati keputusan rakyat sebelum ini... mereka sengaja adakan pilihan raya kecil," kata Aminah. -- mStar
STONE: Kak Min, tak nak jadi TKM1 PP or YDP Majlis Perbandaran ke? Tak payah susah2 berkempen macam ni ... alahai Minah Ronggeng bakal Raja Lawak menggaantikan Nabil .

27 May 2009

Kak Minah dah jadi Minah Ronggeng

Calon bebas, Aminah Abdullah yang mendakwa ditawarkan sogokan oleh PKR supaya menarik diri daripada bertanding dalam pilihanraya kecil Penanti, mendapat gelaran ‘Minah Ronggeng’ daripada Naib Presiden PKR, Azmin Ali.

Berucap dalam ceramah di Penanti malam tadi, Azmin berkata, tuduhan Aminah itu tidak berasas sama sekali dan mahu beliau (Aminah) ‘mencerminkan’ dirinya terlebih dahulu sebelum membuat dakwaan liar terhadap bekas rakan-rakannya.

Azmin yang juga ahli Parlimen Gombak mempermain-mainkan Aminah dan berulangkali memanggilnya ‘Minah Ronggeng’, kerana mendakwa PKR menawarkan jawatan timbalan ketua menteri (TKM) jika beliau (Aminah) memenangi pilihanraya kecil itu.“Mengapa PKR mahu menawarkan kepada seorang seperti Minah Ronggeng jawatan TKM? Mengapa kita hendak tawarkan kepadanya sedangkan kita ada seorang bekas profesor sebagai calon kita?” soalnya.Oleh itu, katanya, ‘Minah Ronggeng’ tersebut perlu mencerminkan mukanya terlebih dahulu sebelum membuat tuduhan tidak masuk akal seperti itu.

Kira-kira 1,000 orang penduduk di Kubang Ulu menghadiri ceramah tersebut.Pilihanraya kecil Penanti Ahad depan menyaksikan pertandingan antara calon PKR yang juga pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) dari PKR dan tiga calon bebas - Aminah, Nai Khan Ari Nai Keow Kamarul Ramizu Idris.

Sebelum ini, Aminah mendakwa dua pemimpin PKR - anggota Majlis Tertinggi, Cheah Kah Peng dan timbalan ketua PKR bahagian Batu Kawan, Peter Lim - cuba menyogoknya RM80,000 dan menawarkan jawatan yang dipertua sebuah majlis perbandaran, jika beliau (Aminah) menarik diri daripada bertanding.

Beliau juga mendakwa, kedua-dua pemimpin PKR itu menawarkan jawatan TKM jika beliau (Aminah) tetap bertanding dan memenangi pilihanraya kecil tersebut.Aminah juga telah memberi bukti dalam bentuk foto dan rakaman audio kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) untuk menyokongnya laporannya.
Assalamualaikum,

Dalam kegabrahan momentum pilihanraya kecil Penanti, saya merasakan ada pihak yang bercakap bohong. Aminah yang telah mengisytiharkan dirinya sebagai calon telah membuka beberapa lembaran kontroversi yang mengerutkan dahi.
Tuduhan yang dilemparkan sememangnya satu permainan politik, tetapi saya lebih terhayun kepada suatu telahan iaitu ada sesuatu pihak yang telah bercakap bohong. Apa yang dikatakan oleh Aminah berlainan pula dengan apa yang diterangkan oleh dua orang PKR yang diberitakan datang bertemu dengan calon tersebut.
Walaupun sepatutnya saya menaruh zan bahawa orang Islam itu punya adab dah syahsiah serta tunduk kepada syariat, tetapi naluri saya mengatakan yang berlawanan.
Naluri saya mengatakan dua orang PKR yang bukan Islam, yang bertemu dengan Aminah berkata benar.
Kan ke tonggang terbalik tu! --

26 May 2009

KAK MIN @ PENANTI : Hanya Lawatan Jumpa Kawan Lama - Cheah

PENANTI, 26 MEI (SK) - Ahli Majlis Pimpinan tertinggi Keadilan, Cheah Kah Ping berkata beliau tidak menduga perbualan beliau dan Aminah Abdullah dirancang dan dirakam untuk tujuan kempen pilihanray di Penanti.
‘Saya telah mengenali Puan Aminah sejak 1999 dan kami sangat berkawan baik,” kata Cheah.
Cheah yang telah bertemu dengan Aminah pada 13 Mei lalu atas jemputan kawannya Peter Chin untuk kerumah Aminah atas alasan bertemu kawan lama sambil minum petang membuat kenyataan tersebut selepas mengadakan sidang media di sini.
“Saya pergi jumpa Puan Aminah yang sebelum ini saya panggil kak aminah bukan atas kapasiti politik atau mewakili mana-mana pertubuhan tetapi atas dasar kawan dan rakan dan saya juga tahu ada ura-ura beliau akan bertanding di Penanti.
“Jadi saya fikir mungkin kami dapat berbual panjang lebar kerana lama tidak berjumpa. Bersembang dan bergurau antara kami sememangnya perkara biasa kerana kami telah kenal hampir 10 tahun.
“Dalam perbualan adalah suatu perkara biasa bila bercakap dalam pelbagai nada dan suasana dan Aminah juga ada menyatakan pendirian beliau untuk kembali kepada keadilan tetapi dalam rakaman tersebut perkara itu telah di edit dan dikeluarkan,”Jelas Cheah
Menurut Cheah beliau tidak berniat apa-apa untuk menyinggung atau mengatakan sesuatu yang tidak baik terhadap kawan baiknya itu kerana masih menganggap Aminah sebagai rakan lama walaupun berbeza pandangan politik.
“Saya tidak mahu membuat sesuatu kenyataan yang boleh menjejaskan hubungan persahabatan kami walaupon beliau telah bertindak merakam perbualan dan mengedarkannya kepada tatapan umum untuk kepentingan politik beliau (Aminah).
“Saya tidak marah kepada Aminah kerana kedatangan saya kerumah beliau adalah atas undangan beliau dan saya juga menerima undangan sambil minum petang itu dalam suasana keceriaan kerana kedatangan saya bukan atas arahan politik tetapi atas dasar saya menjenguk teman lama saya dalam perjuangan dulu.
“Dan perbincangan yang saya anggap sebagai sembang-sembang kosong itu merangkumi pelbagai tajuk dan isu yang terdapat didalamnya pelbagai senda gurau yang kadangkala tidak ada realitinya tetapi sengaja dijadikan bahan perbualan,” kata Cheah lagi
Cheah turut menambah bahawa beliau tetap menghormati rakan lama dalam perjuangan itu dan akan terus menjalin hubungan persahabatan dengan Aminah selepas ini samaada Aminah menang tau kalah dalam pilihanraya kecil di Penanti pada 31 Mei ini

PENANTI : Sajak buat Kak Min

Kak Min oh Kak Min
Jangan duk buat bagi orang penin
Sebelum apa-apa tengok lah cermin
Tok sah duk bagi malu kaum kelamin

Katanya PKR tawar beribu-ribu
Awat la depa bodoh sampai macam tu
Tak dak mata ke puak-puak tu
Sampai dengan Kak Min depa jadi haru-biru

Jawatan TKM1 juga nak dibagi
Macam la dah tak dak orang lain lagi
Apa kelebihan yang Kak Min miliki
Sampai PKR dah tak boleh nak fikir lagi

Yang Dipertua MPPP juga ditawar
Memang cerita lucu yang pernah saya dengar
Tok sah lah Kak Min duk buat cerita kelakar
Bersandarlah Kak Min pada cerita sebenar

Katanya Kak Min orang Jelutong
Tapi jangan lah jadi kaki kelentong
Juga jangan jadi geng sepak tong
Sebab Kak Min tak akan dapat apa-apa untung

Kak Min o kak Min ..... kekekekekekekeke :-)

PENANTI - PKR Beri Amaran Pada Aminah



Tengok lah sidang akhbar si Aminah ni dan nilai lah sendiri
Sekadar nak tanya Kak Min, siapa yang sediakan skrip ucapan Kak Min tu?
Saya rasa bukan dari Kak Min sendiri, ada orang lain yang sediakan skrip ini kan?
Kesian kau Kak Min, telah dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu ...

25 May 2009

Kak Min Bakal TKM1 Pulau Pinang???

Assalamualaikum Kak Min

Kak Min, kalau nak buat lawak pun biaq la kena gaya. Lawak antara yang paling lawak pernah saya jumpa.

Kak Min ai, orang tak kisah kalau Kak Min nak masuk bertanding di Penanti ni, ya sapa pun tak marah, Kak Min masuk la dah Kak Min ada duit (tak kisah lah kalu ada orang sponsor ker), Kak Min ada kudrat ada keupayaan, ada keyakinan, itu hak Kak Min sebagai warganegara 1Malaysia ni. Kak Min layak untuk bertanding.

Bukan nak peleceh Kak Min, bukan nak menjatuhkan ayaq muka Kak Min, bukan nak cerita buruk pasai Kak Min (sebab saya pun tak betoi-betoi kenai Kak Min, tak penah berdepan muka dengan Kak Min pun) walau pun saya orang Penang. Tak penah dengar pun pasai cerita Kak Min sebelum ni, mungkin pasai saya duk kat seberang, Kak Min kat pulau jadi antara kita memang la tak kenai.

Saya mula tau pasai Kak Min bila ada cerita dalam akhbar kata Kak Min nak masuk bertanding di PRK Penanti baru-baru ni. Tahniah, Itu menunjukkan Kak Min ada keyakinan diri, ada kebolehan, ada penyokong. Alhamdulillah. Saya hormat keputusan Kak Min.

Tapi yang buat saya terpaksa berfikir dan berfikir dan terus berfikir sampai lah la ni, jawapan masih juga belum saya terima. Saya tak tau lah samada ianya sekadar untuk Kak Min nak cari publisiti atau untuk mendapat sokongan atau hanya suka-suka kerana ada seseorang di belakang Kak Min.

Orang tak kisah kalau Kak Min kata Kak Min ditawar beberapa ribu RM untuk tidak bertanding di PRK Penanti nanti, tapi itu pun orang akan bertanya ... "Siapa dia ni, .... " Orang tau Kak Min adalah bekas Ketua Wanita Keadilan PP. Itu saja. Itu saja juga lah yang saya tahu. Saya tak tau lebih dari itu.

Tetapi ramai orang Pulau Pinang (termasuk lah saya), ramai penyokong KeADILan satu Malaysia, rakyat Malaysia yang lain, mungkin sampai la ni tengah pening kepala, duk cari jawapan betoi ker tak apa yang Kak Min kata .... Kak Min di tawarkan jawatan Yang Dipertua MPPP dan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang ? ... Kah Kah Kah lawak lawak lawak sangat Kak Min ai

Pesanan saya untuk Kak Min yang saya hanya kenai dari gambar... Jangan lah buat lawak sampai orang tak boleh percaya.

Kak Min berkempen lah dengan cara yang betul orang tak marah tapi jangan lah buat cerita yang tak masuk akai langsung ....
Itu lah saja yang saya nak cakap pada Kak Min. ..... Assalamualaikum

-- email dari Mamu Bagan Lebai Tahir, Butterworth

PENANTI : Calon Bebas Dedah Bukti

Wong Teck Chi May 25, 09 11:01am

Calon bebas Aminah Abdullah mendakwa mempunyai bukti PKR cuba menyogoknya dengan jawatan penting jika beliau tidak bertanding dalam pilihanraya kecil Penanti, 31 Mei ini.Dalam sidang medianya pagi ini, bekas ketua Wanita PKR Pulau Pinang mendakwa, dua wakil parti itu menemuinya pada 13 Mei lalu untuk menawarkan jawatan yang dipertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).
Tambahnya, seorang ahli badan perhubungan PKR negeri dan pembantu seorang exco kerajaan negeri, daripada parti itu, menemuinya dengan mendapat restu Datuk Seri Anwar Ibrahim.Aminah juga mendakwa, jika berjaya menewaskan calon PKR Mansor Othman dalam pilihanraya DUN itu, beliau akan dibenarkan menyertai parti itu dan diberikan jawatan timbalan satu ketua menteri.
Calon berlambangkan kunci itu mendedahkan buktinya - dalam bentuk rakaman audio - kepada wartawan dalam sidang media di Penanti.Rakaman tiga jam itu kini sedang disalin oleh kumpulan wartawan yang membuat liputan tersebut.
Aminah juga berkata beliau akan membuat aduan polis hari ini berhubung perkara tersebut dan untuk mendapatkan perlindungan pihak berkuasa tersebut susulan pendedahannya itu.Beliau akan membuat aduan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) esok mengenai isu tersebut, dengan mendedahkan nama dua wakil PKR dan foto rakaman pertemuan tersebut. -- malaysiakini
MS: Aminah ditawarkan jawatan Yang Dipertua MPPP? TKM 1 Pulau Pinang? Betoi ker ni? Siapa punya angkara la tu sampai sanggup nak bagi kedua-dua jawatan tu pada dia. Iskh depa ni, awat la buat lawak sampai macam tu?

24 May 2009

PENANTI : Saya seperti kucing melawan Harimau - Nai Khan

Lee Wei Lian @ The Malaysian Insider

Penanti, May 24 - To say that independent candidate Nai Khan Ari faces an uphill battle in his bid to win the Penanti by-election would be an understatement.

The state constituency is part of Permatang Pauh, the homeground and political fortress of opposition icon and PKR de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim.

In his walkabout at a market this morning, many of the traders and customers rated the independent candidate's chances at best as a minor vote splitter in the fight between PKR and two other independents."This is a PKR fortress," one couple having their breakfast at the market told The Malaysian Insider.

"Tapi tengok nasib lah, mana tau dapat (maybe he'll get lucky)," the wife said charitably but with a doubtful smile.

A fishmonger said Nai has no realistic chance. "Mungkin pecah undi sikit (maybe he'll split a few votes)," he said.

The only positive assessment was given by a stall worker from whom Nai bought some salted eggs and dried fish.

"He may have a chance. People now look for who can serve them best and do the work. For example, someone like Arif Shah," he said, referring to Umno's state lawmaker in Seberang Jaya who faced off against Anwar in the Permatang Pauh by-election last year.

But Nai, whose gracious manners are a reflection of his Siamese heritage, is not giving up and dutifully shook hands with almost everyone in the market, asking them to "bagi saya peluang (please give me a chance)".

He told reporters later that he thinks Penanti is suffering from neglect and that he really wants to serve but acknowledged the odds stacked against him.

"I am like a cat fighting a tiger," he said when asked about his chances of winning.

"But I am not afraid."Nai says he resigned from Gerakan as he was disappointed that BN was not contesting the by-election.

Asked if he will rejoin BN in the future, Nai says that he sees his future as an independent politician.

The factory manager lives in nearby Teluk Wang and also just bought a home in Lunas a few kilometres away.

He says he is a true blue Penantian, having grown up here.

Unfortunately, such ties are unlikely to help him much and the "tiger" will almost certainly win Penanti comfortably, if conventional wisdom is anything to go by.

12 April 2009

Janda 2 Kali UMNO Gila Talak

"Kalau anak dara bolehlah kita pinang...ini dah janda dua kali, susah tu," kata Annuar Musa dengan berseloroh.

Itu lah kata-kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan berhubung dengan isu Ibrahin katak ingin kembali kepangkuan UMNO.

Ibrahim yang digugurkan dari jawatan Ketua Bahagian UMNO Pasir Mas pada 2003 dan seterusnya digantung keahlian nya seumur hidup pada 2004 kini berura-ura untuk kembali kepada UMNO.

Tuan Guru Dato' Hj Nik Aziz baru-baru ini pernah meminta Ibrahim agar mengosongkan kerusi Parlimen Pasir Mas yang dimenanginya dengan tiket PAS pada PRU 12 lalu. Tingkah laku Ibrahim dalam parlimen seolah-olah dia mewakili UMNO.

Satu lagi PRK Parlimen mungkin akan berlaku ....

06 April 2009

PRK Bkt Selambau : Hampir Semua Calon Bebas Orang BN

BUKIT SELAMBAU [11.56 am] - Laporan kami yang terdahulu bahawa calon bebas di Bukit Selambau adalah ditaja oleh BN kini bagai nampak menjadi kenyataannya. Ini berikutan edisi siasatan Pakatan Rakyat mendapati hampir kesemua calon bebas terbabit rupanya adalah orang BN atau bekas pemimpin BN yang masih setia pada parti itu.
Sangkaan kita sebelum ini hanya Mejar (B) Anuar Abd Hamid yang memakai lambang Telefon sahaja yang dipercayai orang UMNO dan proksi Mahathir. Khabarnya beliau akan masuk UMNO bila Mahathir diterima masuk UMNO. Maka kini "comfirm" jiwa dan raganya sudah kembali bersama UMNO. S
angkaan kita undi BN akan berpecah kepada dua satu untuk MIC dan satu lagi untuk UMNO. Tambahan pula Mahathir dijangkan menyampaikan amanatnya di Bukit Selambau jam 5.00 petang ini yang akan disiarkan secara "live" oleh RTM.
Berita menggemparkan diterima apabila hampir kesemua calon-calon bebas memang ditaja atau orang-orang BN yang bertopengkan bebas sebenarnya. Tujuan mereka sudah pastinya untuk memecahkan undi Pakatan Rakyat. Target setiap seorang calon ialah menarik sekurang-kurangnya 200 undi, maka jika ada 13 calon mereka sudah berjaya membawa lari 2,600 undi atas pagar. Itu belum lagi termasuk 3,029 pengundi hantu yang telah dikesan sebelum ini. Maka itu ternyatalah bahawa UMNO dan Barisan Nasional begitu kemaruk untuk menang dalam pilihanraya kecil kali ini.
Ia mungkin bagi menjaga imej dan maruah Perdana Menteri Malaysia yang baru, Dato' Seri Najib Tun Razak.
Maklumat penuh tentang calon-calon terbabit ialah :

ANUAR B HAMID - An ex-Armed Forces major (retired), an UMNO member of Sungai Air Mendidih branch in Merbok division, frustrated with Umno after Dr. Mahathir left the party sulking. He was also responsible for closing down the Sungai Air Mendidih Umno’s Hall.

RADZI B LAZIM - Claimed to be ex-PKR division chief. Its nonsense, he is now an UMNO member with several ex-PKR members including former Kedah youth chief, Zamil Ibrahim & ex-Merbok PKR chief, Mochtar Mansor.

KHAMIS B AWANG - An UMNO member of Sungai Layar branch in Sungai Petani.

ABD RAHIM B ABU - An UMNO member of Bukit Selambau, under the supervision of Pakjang Badri, former assemblyman of Bukit Selambau in the 1990’s.

HUSAINI YAACOB - Also an UMNO member , a businessman who owns 5 quarries in Singkir, Perlis, Bukit Perak, Sik & Juru. His firm owns an UMNO associated company, Kemelong.

FADZIL B ABD WAHAB - An ex-Army Officer who owns a cafe & kedai nasi kandar in Ambamgan Heights, Sg Lalang. He’s well known for his nickname “TokMisai”. He is also an UMNO samseng affiliate @ ‘Ayahanda’ Pekida.

TAN HOCH HUAT - A Gerakan member of Sungai Petani, a component of Barisan Nasional.

CHANDARAJAH A/L TANASEGARAN - A MIC member of Taman Ria Jaya, Sungai Petani. Also a businessman.

G SARALA A/P LOGNATHAN - An ex- Kedah People’s Progressive Party Wanita Chief.

VENASON A/L MICHELE - An ex-MIC member of Taman Ria Jaya.

LOGANATHAN A/L RAMACHANDRAN - An ex-MIC member too.

MOGANAKUMA A/L SUBRAMANIAM - An ex- MIC, a Kedah HINRAF leader.

JAYAGOPAL A/L ADAIL KALAM - An ex-PKR member who was suspended by PKR Pokok Sena Division.
So, for all too see, These candidates can lie about their so called secret association & UMNO Barisan National.

05 December 2008

Tok Mun layak bertanding pilihan raya kecil KT - malaysiakini

Oleh ZANARIAH ABD MUTALIB

PUTRAJAYA: Calon Bebas yang bertanding pada pilihan raya umum ke-12 bagi kawasan Parlimen Kuala Terengganu, Maimun Yusuf, 89 (gambar) masih layak bertanding pada pilihan raya kecil kawasan itu pada 17 Januari tahun depan.
Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, Maimun atau lebih Tok Mun boleh bertanding lagi pada kali ini kerana beliau telah menyerahkan penyata perbelanjaan pilihan raya kepada SPR.
"Semua calon yang dulu layak bertanding selagi tidak menyalahi undang-undang dari segi menyerah penyata perbelanjaan pilihan raya.
"Beliau serah penyata. Kalau serah penyata, tiada masalahlah," katanya selepas sidang media berhubung pilihan raya kecil Kuala Terengganu di pejabatnya di sini, hari ini.
Pada pilihan raya umum 8 Mac lalu, Maimun yang hanya mendapat 685 undi tewas kepada calon Barisan Nasional (BN), Datuk Razali Ismail yang memperoleh 32,562 undi manakala caIon Pas, Mohamad Sabu pula mendapat 31,934 undi.
SPR hari ini telah bersetuju bahawa tarikh pilihan raya kecil Kuala Terengganu adalah pada 17 Januari 2008 sementara hari peanamaan calon adalah pada 6 Januari.
Pilihan raya kecil Parlimen itu diadakan berikutan penyandangnya, Razali yang juga Timbalan Menteri Pelajaran meninggal dunia secara mengejut akibat serangan jantung ketika bermain badminton di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands.
Maimun sebelum ini telah menyatakan minat untuk bertanding pada pilihan raya kecil itu jika ada pihak sudi menaja wang pertaruhan RM10,000.
Mengulas lanjut mengenai pilihan raya kecil itu, Wan Ahmad berkata, SPR bersetuju membenarkan kehadiran wakil Badan Bebas Pemantau Pilihan Raya Malaysia (Mafrel) untuk menjalankan pemerhatian dengan syarat yang ditetapkan SPR.
Beliau berkata, pemerhati hanya dibenarkan berada di pusat mengundi pada hari pengundian dan mereka sama sekali dilarang memasuki saluran pengundian.
"Undang-undang tidak membenarkan sesiapa sahaja masuk ke dalam saluran pengundian kecuali petugas pilihan raya, ejen calon, pengundi, anggota SPR dan mereka yang dibenarkan oleh SPR sahaja.
"Kita masih membenarkan Mafrel membuat pemantauan seperti pada pilihan raya umum ke-12 (8 Mac) dan pilihan raya kecil Permatang Pauh, (26 Ogos) tapi syarat tu ketat kerana kita tak mahu urusan perjalanan pilihan raya diganggu kelancaran," katanya. - mStar

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive