Showing posts with label aminah. Show all posts
Showing posts with label aminah. Show all posts

31 May 2009

PRK PENANTI : Polis Sokong Minah Ronggeng

Minah Ronggeng salah seorang calon bebas di PRK Penanti mendapat 12 undi Pos berbanding Dr Mansor Othman 2, Nai Khan Ari 0 dan Kamarul Ramizu 7.

Ada juga la anggota polis yang menyokong Pakatan walau pun hanya 2 undi. Alhamdulillah.

-- Thinking of Life

30 May 2009

PENANTI : Calon Tajaan UMNO BN - Minah Ronggeng dapat "Teman Baru"

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

BUKIT MERTAJAM: Bekas calon Bebas pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, A. Jayagopal dan Radzi Md Lazim muncul dalam ceramah anjuran calon Bebas DUN Penanti, Aminah Abdullah di bilik gerakan Kampung Simpang Tiga Kubang Ulu semalam.

Kehadiran mereka adalah sebagai penceramah jemputan dalam siri kempen Aminah yang merupakan bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"PKR kata jangan undi calon Bebas, mengapa kata macam itu? Rakyat hari ini perlu Bebas dari pengaruh-pengaruh sedemikian.

"Kita ada hak untuk bertanding sebagai calon Bebas," kata Jayagopal ketika menyampaikan ceramah yang dihadiri kira-kira 100 orang.

Jayagopal merupakan bekas Ketua Bahagian PKR Pokok Sena sebelum dipecat keanggotaannya daripada parti itu kerana bertanding atas tiket Bebas di DUN Bukit Selambau.

Selain Jayagopal, Radzi dan Aminah juga turut menyampaikan ceramah masing-masing yang berkisar menyenai agenda serta menerangkan sebab mengapa pengundi Penanti perlu memilih Aminah sebagai wakil mereka di DUN.

Aminah berkata, beliau berharap rakyat Penanti yang akan menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pengundi supaya memberi peluang kepadanya.

"Kak Min (Aminah) adalah calon Bebas, jadi Kak Min tidak terikat oleh mana-mana parti dan sudah pastinya bebas untuk menyuarakan pandangan untuk kebajikan rakyat Penanti.

"Peluang yang ada untuk memilih wakil rakyat perlu digunakan sebaik mungkin, jangan dipersiakan," katanya.

Ceramah berkenaan merupakan yang kedua anjuran Aminah selepas mendapat sambutan yang menggalakkan pada ceramah pertama yang diadakan pada malam sebelumnya.

Secara keseluruhannya kesemua penceramah menjadikan PKR sebagai sasaran kerana menganggap parti itu tidak bertindak untuk kepentingan rakyat sebaliknya lebih mementingkan kepentingan politik peribadi.

"Sudah dilantik sebagai wakil rakyat, tapi letak jawatan tanpa sebab yang munasabah.

"Ini semua perkara tak baik yang ditunjukkan kepada rakyat, mereka (PKR) tak hormati keputusan rakyat sebelum ini... mereka sengaja adakan pilihan raya kecil," kata Aminah. -- mStar
STONE: Kak Min, tak nak jadi TKM1 PP or YDP Majlis Perbandaran ke? Tak payah susah2 berkempen macam ni ... alahai Minah Ronggeng bakal Raja Lawak menggaantikan Nabil .

29 May 2009

PENANTI : Calon Tajaan UMNO BN - Kak Min Ronggeng Sertai "Raja Lawak" Astro

Saya menggunakan gelaran `Minah Ronggeng' ini kerana mendapat maklum bahawa calon bebas Dun Penanti tersebut tidak kisah digelar begitu, bahkan berterima kasih kepada YB Azmin yang memberikan nama `glamour' tersebut.
Tadi saya terbaca kenyataan beliau bahawa beliau menyatakan YB Azmin banyak mengajarnya terutama tentang politik dan kaedah berkempen. Tapi saya tidak pasti pula samada YB Azmin ada mengajar Minah Ronggeng ini bagaimana untuk `mengenakan' kawan-kawan rapat sendiri asalkan boleh naik. Itu saya kena bertanya pada YB Azmin nanti.

Minah Ronggeng seterusnya menyatakan agar SPRM menyegerakan siasatan ke atas aduan beliau tentang kononnya berlaku rasuah oleh PKR. PKR kononnya menawarkan sejumlah wang kepada beliau dan lebih melucukan PKR juga turut menawarkan beliau jawatan TKM 1 P.Pinang. Benar atau tidak, biarlah SPRM menyiasatnya terlebih dahulu dan kita semua pun maklum bahawa SPRM sekarang memang pantas dalam siasatan mereka. Cuma yang menjadi kemusykilan pada saya adalah mengapa Minah Ronggeng menyatakan SPRM perlu menyelesaikan siasatan tersebut sebelum berakhir pilihanraya Dun Penanti yang akan berakhir esok?

Alasan Minah Ronggeng adalah jika SPRM menyelesaikan siasatan tersebut selepas pilihanraya, maka kononnya akan berlaku lagi pilihanraya dan ini merugikan duit rakyat, katanya. Apa pula kena mengenanya siasatan tersebut dengan pilihanraya sekali lagi? Mungkin Minah Ronggeng merasakan jika tuduhan beliau itu benar, maka terpaksa pilihanraya diadakan semula? Apa sebabnya? Minah Ronggeng ini nampaknya tidak tahu peraturan pilihanraya tetapi cuba untuk mengajar SPRM.

Saya dapat merasakan bahawa Minah Ronggeng berharap agar siasatan kes tersebut dapat diselesaikan lebih awal agar pencalonan Dr Othman calon PKR dibatalkan dan beliau ada harapan untuk menang mudah.

Wah, hebat strategi Minah Ronggeng ini. Bagaimana pula jika SPRM mendapati bahawa Minah Ronggeng membuat tuduhan palsu atau telah melakukan satu konspirasi untuk memburukkan imej PKR? Bukankah Minah Ronggeng juga akan terbatal pencalonannya?

Nampaknya Minah Ronggeng ini perasan bahawa strateginya akan mengena dan beliau merasa terlalu bijak. Saya percaya SPRM tidak akan menyebelahi sesiapa dalam perkara ini. Siasatan secara telus dan profesional mesti dilakukan tanpa mengikut arahan sesiapa baik di peringkat tertinggi mahu pun dari Minah Ronggeng. Saya yakin kewibawaan SPRM di dalam hal ini.

Minah Ronggeng merasa gembira apabila Wanita Umno menyuarakan sokongan kepadanya. Tahniah kepada beliau kerana sehati sejiwa dengan Wanita Umno. Minah Ronggeng sepatutnya juga berterima kasih kepada TV3 dan media-media perdana yang lain yang telah menonjolkan beliau seminggu dua ini sebagai ikon.

Bukan mudah untuk Minah Ronggeng untuk popular seperti sekarang, kecuali Minah Ronggeng memasuki `Raja Lawak' terbitan Astro di masa akan datang. Saya melihat beliau mempunyai bakat sebagai Raja Lawak.

STONE: Maka tercabar lah Nabil dengan kemasukan Kak Min Ronggeng dalam program Raja Lawak nanti ...

27 May 2009

Kak Minah dah jadi Minah Ronggeng

Calon bebas, Aminah Abdullah yang mendakwa ditawarkan sogokan oleh PKR supaya menarik diri daripada bertanding dalam pilihanraya kecil Penanti, mendapat gelaran ‘Minah Ronggeng’ daripada Naib Presiden PKR, Azmin Ali.

Berucap dalam ceramah di Penanti malam tadi, Azmin berkata, tuduhan Aminah itu tidak berasas sama sekali dan mahu beliau (Aminah) ‘mencerminkan’ dirinya terlebih dahulu sebelum membuat dakwaan liar terhadap bekas rakan-rakannya.

Azmin yang juga ahli Parlimen Gombak mempermain-mainkan Aminah dan berulangkali memanggilnya ‘Minah Ronggeng’, kerana mendakwa PKR menawarkan jawatan timbalan ketua menteri (TKM) jika beliau (Aminah) memenangi pilihanraya kecil itu.“Mengapa PKR mahu menawarkan kepada seorang seperti Minah Ronggeng jawatan TKM? Mengapa kita hendak tawarkan kepadanya sedangkan kita ada seorang bekas profesor sebagai calon kita?” soalnya.Oleh itu, katanya, ‘Minah Ronggeng’ tersebut perlu mencerminkan mukanya terlebih dahulu sebelum membuat tuduhan tidak masuk akal seperti itu.

Kira-kira 1,000 orang penduduk di Kubang Ulu menghadiri ceramah tersebut.Pilihanraya kecil Penanti Ahad depan menyaksikan pertandingan antara calon PKR yang juga pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) dari PKR dan tiga calon bebas - Aminah, Nai Khan Ari Nai Keow Kamarul Ramizu Idris.

Sebelum ini, Aminah mendakwa dua pemimpin PKR - anggota Majlis Tertinggi, Cheah Kah Peng dan timbalan ketua PKR bahagian Batu Kawan, Peter Lim - cuba menyogoknya RM80,000 dan menawarkan jawatan yang dipertua sebuah majlis perbandaran, jika beliau (Aminah) menarik diri daripada bertanding.

Beliau juga mendakwa, kedua-dua pemimpin PKR itu menawarkan jawatan TKM jika beliau (Aminah) tetap bertanding dan memenangi pilihanraya kecil tersebut.Aminah juga telah memberi bukti dalam bentuk foto dan rakaman audio kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) untuk menyokongnya laporannya.
Assalamualaikum,

Dalam kegabrahan momentum pilihanraya kecil Penanti, saya merasakan ada pihak yang bercakap bohong. Aminah yang telah mengisytiharkan dirinya sebagai calon telah membuka beberapa lembaran kontroversi yang mengerutkan dahi.
Tuduhan yang dilemparkan sememangnya satu permainan politik, tetapi saya lebih terhayun kepada suatu telahan iaitu ada sesuatu pihak yang telah bercakap bohong. Apa yang dikatakan oleh Aminah berlainan pula dengan apa yang diterangkan oleh dua orang PKR yang diberitakan datang bertemu dengan calon tersebut.
Walaupun sepatutnya saya menaruh zan bahawa orang Islam itu punya adab dah syahsiah serta tunduk kepada syariat, tetapi naluri saya mengatakan yang berlawanan.
Naluri saya mengatakan dua orang PKR yang bukan Islam, yang bertemu dengan Aminah berkata benar.
Kan ke tonggang terbalik tu! --

26 May 2009

KAK MIN @ PENANTI : Hanya Lawatan Jumpa Kawan Lama - Cheah

PENANTI, 26 MEI (SK) - Ahli Majlis Pimpinan tertinggi Keadilan, Cheah Kah Ping berkata beliau tidak menduga perbualan beliau dan Aminah Abdullah dirancang dan dirakam untuk tujuan kempen pilihanray di Penanti.
‘Saya telah mengenali Puan Aminah sejak 1999 dan kami sangat berkawan baik,” kata Cheah.
Cheah yang telah bertemu dengan Aminah pada 13 Mei lalu atas jemputan kawannya Peter Chin untuk kerumah Aminah atas alasan bertemu kawan lama sambil minum petang membuat kenyataan tersebut selepas mengadakan sidang media di sini.
“Saya pergi jumpa Puan Aminah yang sebelum ini saya panggil kak aminah bukan atas kapasiti politik atau mewakili mana-mana pertubuhan tetapi atas dasar kawan dan rakan dan saya juga tahu ada ura-ura beliau akan bertanding di Penanti.
“Jadi saya fikir mungkin kami dapat berbual panjang lebar kerana lama tidak berjumpa. Bersembang dan bergurau antara kami sememangnya perkara biasa kerana kami telah kenal hampir 10 tahun.
“Dalam perbualan adalah suatu perkara biasa bila bercakap dalam pelbagai nada dan suasana dan Aminah juga ada menyatakan pendirian beliau untuk kembali kepada keadilan tetapi dalam rakaman tersebut perkara itu telah di edit dan dikeluarkan,”Jelas Cheah
Menurut Cheah beliau tidak berniat apa-apa untuk menyinggung atau mengatakan sesuatu yang tidak baik terhadap kawan baiknya itu kerana masih menganggap Aminah sebagai rakan lama walaupun berbeza pandangan politik.
“Saya tidak mahu membuat sesuatu kenyataan yang boleh menjejaskan hubungan persahabatan kami walaupon beliau telah bertindak merakam perbualan dan mengedarkannya kepada tatapan umum untuk kepentingan politik beliau (Aminah).
“Saya tidak marah kepada Aminah kerana kedatangan saya kerumah beliau adalah atas undangan beliau dan saya juga menerima undangan sambil minum petang itu dalam suasana keceriaan kerana kedatangan saya bukan atas arahan politik tetapi atas dasar saya menjenguk teman lama saya dalam perjuangan dulu.
“Dan perbincangan yang saya anggap sebagai sembang-sembang kosong itu merangkumi pelbagai tajuk dan isu yang terdapat didalamnya pelbagai senda gurau yang kadangkala tidak ada realitinya tetapi sengaja dijadikan bahan perbualan,” kata Cheah lagi
Cheah turut menambah bahawa beliau tetap menghormati rakan lama dalam perjuangan itu dan akan terus menjalin hubungan persahabatan dengan Aminah selepas ini samaada Aminah menang tau kalah dalam pilihanraya kecil di Penanti pada 31 Mei ini

PENANTI : Sajak buat Kak Min

Kak Min oh Kak Min
Jangan duk buat bagi orang penin
Sebelum apa-apa tengok lah cermin
Tok sah duk bagi malu kaum kelamin

Katanya PKR tawar beribu-ribu
Awat la depa bodoh sampai macam tu
Tak dak mata ke puak-puak tu
Sampai dengan Kak Min depa jadi haru-biru

Jawatan TKM1 juga nak dibagi
Macam la dah tak dak orang lain lagi
Apa kelebihan yang Kak Min miliki
Sampai PKR dah tak boleh nak fikir lagi

Yang Dipertua MPPP juga ditawar
Memang cerita lucu yang pernah saya dengar
Tok sah lah Kak Min duk buat cerita kelakar
Bersandarlah Kak Min pada cerita sebenar

Katanya Kak Min orang Jelutong
Tapi jangan lah jadi kaki kelentong
Juga jangan jadi geng sepak tong
Sebab Kak Min tak akan dapat apa-apa untung

Kak Min o kak Min ..... kekekekekekekeke :-)

PENANTI - PKR Beri Amaran Pada Aminah



Tengok lah sidang akhbar si Aminah ni dan nilai lah sendiri
Sekadar nak tanya Kak Min, siapa yang sediakan skrip ucapan Kak Min tu?
Saya rasa bukan dari Kak Min sendiri, ada orang lain yang sediakan skrip ini kan?
Kesian kau Kak Min, telah dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu ...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive