30 May 2009

PENANTI : Calon Tajaan UMNO BN - Minah Ronggeng dapat "Teman Baru"

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

BUKIT MERTAJAM: Bekas calon Bebas pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, A. Jayagopal dan Radzi Md Lazim muncul dalam ceramah anjuran calon Bebas DUN Penanti, Aminah Abdullah di bilik gerakan Kampung Simpang Tiga Kubang Ulu semalam.

Kehadiran mereka adalah sebagai penceramah jemputan dalam siri kempen Aminah yang merupakan bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"PKR kata jangan undi calon Bebas, mengapa kata macam itu? Rakyat hari ini perlu Bebas dari pengaruh-pengaruh sedemikian.

"Kita ada hak untuk bertanding sebagai calon Bebas," kata Jayagopal ketika menyampaikan ceramah yang dihadiri kira-kira 100 orang.

Jayagopal merupakan bekas Ketua Bahagian PKR Pokok Sena sebelum dipecat keanggotaannya daripada parti itu kerana bertanding atas tiket Bebas di DUN Bukit Selambau.

Selain Jayagopal, Radzi dan Aminah juga turut menyampaikan ceramah masing-masing yang berkisar menyenai agenda serta menerangkan sebab mengapa pengundi Penanti perlu memilih Aminah sebagai wakil mereka di DUN.

Aminah berkata, beliau berharap rakyat Penanti yang akan menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pengundi supaya memberi peluang kepadanya.

"Kak Min (Aminah) adalah calon Bebas, jadi Kak Min tidak terikat oleh mana-mana parti dan sudah pastinya bebas untuk menyuarakan pandangan untuk kebajikan rakyat Penanti.

"Peluang yang ada untuk memilih wakil rakyat perlu digunakan sebaik mungkin, jangan dipersiakan," katanya.

Ceramah berkenaan merupakan yang kedua anjuran Aminah selepas mendapat sambutan yang menggalakkan pada ceramah pertama yang diadakan pada malam sebelumnya.

Secara keseluruhannya kesemua penceramah menjadikan PKR sebagai sasaran kerana menganggap parti itu tidak bertindak untuk kepentingan rakyat sebaliknya lebih mementingkan kepentingan politik peribadi.

"Sudah dilantik sebagai wakil rakyat, tapi letak jawatan tanpa sebab yang munasabah.

"Ini semua perkara tak baik yang ditunjukkan kepada rakyat, mereka (PKR) tak hormati keputusan rakyat sebelum ini... mereka sengaja adakan pilihan raya kecil," kata Aminah. -- mStar
STONE: Kak Min, tak nak jadi TKM1 PP or YDP Majlis Perbandaran ke? Tak payah susah2 berkempen macam ni ... alahai Minah Ronggeng bakal Raja Lawak menggaantikan Nabil .

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive