Berucap dalam ceramah di Penanti malam tadi, Azmin berkata, tuduhan Aminah itu tidak berasas sama sekali dan mahu beliau (Aminah) ‘mencerminkan’ dirinya terlebih dahulu sebelum membuat dakwaan liar terhadap bekas rakan-rakannya.
Azmin yang juga ahli Parlimen Gombak mempermain-mainkan Aminah dan berulangkali memanggilnya ‘Minah Ronggeng’, kerana mendakwa PKR menawarkan jawatan timbalan ketua menteri (TKM) jika beliau (Aminah) memenangi pilihanraya kecil itu.“Mengapa PKR mahu menawarkan kepada seorang seperti Minah Ronggeng jawatan TKM? Mengapa kita hendak tawarkan kepadanya sedangkan kita ada seorang bekas profesor sebagai calon kita?” soalnya.Oleh itu, katanya, ‘Minah Ronggeng’ tersebut perlu mencerminkan mukanya terlebih dahulu sebelum membuat tuduhan tidak masuk akal seperti itu.
Kira-kira 1,000 orang penduduk di Kubang Ulu menghadiri ceramah tersebut.Pilihanraya kecil Penanti Ahad depan menyaksikan pertandingan antara calon PKR yang juga pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) dari PKR dan tiga calon bebas - Aminah, Nai Khan Ari Nai Keow Kamarul Ramizu Idris.
Sebelum ini, Aminah mendakwa dua pemimpin PKR - anggota Majlis Tertinggi, Cheah Kah Peng dan timbalan ketua PKR bahagian Batu Kawan, Peter Lim - cuba menyogoknya RM80,000 dan menawarkan jawatan yang dipertua sebuah majlis perbandaran, jika beliau (Aminah) menarik diri daripada bertanding.
Beliau juga mendakwa, kedua-dua pemimpin PKR itu menawarkan jawatan TKM jika beliau (Aminah) tetap bertanding dan memenangi pilihanraya kecil tersebut.Aminah juga telah memberi bukti dalam bentuk foto dan rakaman audio kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) untuk menyokongnya laporannya.
Assalamualaikum,
Dalam kegabrahan momentum pilihanraya kecil Penanti, saya merasakan ada pihak yang bercakap bohong. Aminah yang telah mengisytiharkan dirinya sebagai calon telah membuka beberapa lembaran kontroversi yang mengerutkan dahi.
Tuduhan yang dilemparkan sememangnya satu permainan politik, tetapi saya lebih terhayun kepada suatu telahan iaitu ada sesuatu pihak yang telah bercakap bohong. Apa yang dikatakan oleh Aminah berlainan pula dengan apa yang diterangkan oleh dua orang PKR yang diberitakan datang bertemu dengan calon tersebut.
Walaupun sepatutnya saya menaruh zan bahawa orang Islam itu punya adab dah syahsiah serta tunduk kepada syariat, tetapi naluri saya mengatakan yang berlawanan.
Naluri saya mengatakan dua orang PKR yang bukan Islam, yang bertemu dengan Aminah berkata benar.
Kan ke tonggang terbalik tu! --
No comments:
Post a Comment