Calon bebas Aminah Abdullah mendakwa mempunyai bukti PKR cuba menyogoknya dengan jawatan penting jika beliau tidak bertanding dalam pilihanraya kecil Penanti, 31 Mei ini.Dalam sidang medianya pagi ini, bekas ketua Wanita PKR Pulau Pinang mendakwa, dua wakil parti itu menemuinya pada 13 Mei lalu untuk menawarkan jawatan yang dipertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).
Tambahnya, seorang ahli badan perhubungan PKR negeri dan pembantu seorang exco kerajaan negeri, daripada parti itu, menemuinya dengan mendapat restu Datuk Seri Anwar Ibrahim.Aminah juga mendakwa, jika berjaya menewaskan calon PKR Mansor Othman dalam pilihanraya DUN itu, beliau akan dibenarkan menyertai parti itu dan diberikan jawatan timbalan satu ketua menteri.
Calon berlambangkan kunci itu mendedahkan buktinya - dalam bentuk rakaman audio - kepada wartawan dalam sidang media di Penanti.Rakaman tiga jam itu kini sedang disalin oleh kumpulan wartawan yang membuat liputan tersebut.
Aminah juga berkata beliau akan membuat aduan polis hari ini berhubung perkara tersebut dan untuk mendapatkan perlindungan pihak berkuasa tersebut susulan pendedahannya itu.Beliau akan membuat aduan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) esok mengenai isu tersebut, dengan mendedahkan nama dua wakil PKR dan foto rakaman pertemuan tersebut. -- malaysiakini
MS: Aminah ditawarkan jawatan Yang Dipertua MPPP? TKM 1 Pulau Pinang? Betoi ker ni? Siapa punya angkara la tu sampai sanggup nak bagi kedua-dua jawatan tu pada dia. Iskh depa ni, awat la buat lawak sampai macam tu?
3 comments:
wahahahaha tgu SPRM le.... lambat naa nak buat report... polik3... msti tuggu sari nak mengundi nnt... standard BN le... sari sblm permatang pauh pun begitu
SPRM tarak siasat serta merta la kalau bukan laporan dari UMNO punya! Lain la kalau najib suruh.
Datang beramai2 malam ini 29hb May 2009 di Simpang Tiga Kubang Ulu untuk mendengar siri ceramah Kak Min dengan beberapa speaker bekas pimpinan tertinggi PKN dan PKR. Beberapa pendedahan akan dibuat malam ini berkenaan halatuju sebenar PKR yang telah menyimpang.. Hebahkan... datang..
Post a Comment