02 August 2012

“Ini deal kita: RM200,000 cash dan sebuah kondo di Berjaya Times Square"

RM200,000, sebuah banglo di London jika Bala sedia fitnah Anwar

Harakahdaily,
02 Ogs 2012

KUALA LUMPUR: Penyiasat persendirian penuh kontroversi P Balasubramaniam (gambar), yang satu ketika dulu pernah membuat 2 kenyataan bersumpah mengenai kes pembunuhan Altantuya, kembali menceritakan bagaimana beliau memperdayakan sogokan kali kedua sebelum pilihanraya negeri Sarawak.

Dalam temubual eksklusif bersama Malaysiakini, Bala berkata beliau cuba disogok seminggu sebelum pilihanraya negeri Sarawak oleh orang-orang yang mengugut beliau.

Beliau akan dibayar sejumlah wang untuk membuat kenyataan bersumpah kedua oleh ahli perniagaan Deepak Jaikishan dan seorang anggota polis bernama Sureh.

Kenyataan bersumpah kedua beliau adalah untuk menidakkan kenyataan bersumpah pertama beliau yang mengaitkan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dengan pembunuhan Altantuya dengan mendakwa beliau membuat kenyataan bersumpah itu dalam keadaan tertekan.

Bala telah melarikan diri bersama keluarga ke India selepas kenyataan kedua dibuat.

Dalam sogokan terbaru sebelum pilihanraya negeri Sarawak, Bala berkata beliau disuruh membawa satu kenyataan untuk memburuk-burukkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan mendakwa beliau dibayar oleh Anwar dan pemimpin PKR untuk membuat kenyataan bersumpah pertama yang mengaitkan Najib.

Ketika itu juga, blogger kontroversi Raja Petra Kamaruddin turut muncul di kaca TV3 dalam satu temubual di Australia menyerang Anwar.

Menurut Bala, beliau dihubungi Deepak dan Suresh melalui kawannya Siva.

Suresh, kata Bala terus mengganggu isterinya setelah diberitahu bahawa beliau tidak berminat berjumpa dengan sesiapa.

Atas nasihat peguamnya, Americk Sidhu yang menyuruhnya cuba untuk mendapatkan apa-apa bukti untuk perlindungan diri, Bala bersetuju bertemu dengan Deepak dan Suresh.

“Ini deal kita: RM200,000 cash dan sebuah kondo di Berjaya Times Square dan selepas ini semua ok, dan kita akan bagi kamu kembali dan kemungkinan akan bagi kamu satu projek,” kata Suresh kepada Bala.

Bala berkata sebagai balasan, beliau perlu membuat satu video dengan membaca satu kenyataan yang disediakan.

Kandungan kenyataan itu antaranya berkata beliau didekati Anwar untuk membuat penafian dalam kenyataan bersumpah kedua kerana diyakinkan bahawa Anwar akan menjadi perdana menteri sekejap masa lagi.

Anwar pula akan dikatakan telah membayarnya RM200,000 dalam bag dan RM50,000 setiap bulan.

Setelah beberapa ketika, Bala akhirnya membuat video tersebut ketika berseorangan dengan Deepak.

Suresh kemudian telah memasukkan RM100,000 ke dalam akaun isterinya, dan kemudian melalui Siva, Deepak dan Suresh juga memberikan satu salinan belian dan jualan sebuah kondo di Berjaya Times Square.

“Video itu telah selesai. Dan saya hanya perlu menghantarnya. Tapi saya menghantarnya ke peguam saya.

"Semasa Deepak hubungi saya, saya memohon maaf kerana tertekan butang yang salah dan terhantar ke peguam saya,” jelas Bala mengenai bagaimana beliau memperdaya Deepak dan Suresh.

Deepak melenting seperti yang dijangka – dan Bala telah merakam percakapan terakhir beliau dengan Deepak.

Ketika ditanya Malaysiakini adakah perkara itu disengajakan, Bala mengaku ya.

Bala berkata, beliau telah hilang segala-galanya ketika melarikan diri ke India dan ibunya meninggal ketika beliau berada di India.

Hanya selepas Najib menjadi perdana menteri, Bala berkata beliau dibolehkan membuat lawatan rahsia kembali ke tanahair.

Apabila ditanya mengenai perbualan telefon tersebut, Bala berkata beliau menyimpannya untuk keselamatan diri.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive