03 August 2012

EDISI PERABIH DUIT RAKYAT oleh Menteri Najib - Sebuah Motosikal Chopper dari Amerika US150 ribu, kata Najib nak promosi negara kata Yen Yen nak tarik pelancong ...


MS - Apa kejadah nak buat dengan Motor ni? 
Nak promosi negara kot mana Najib ooii? Kan Msia dah ada F1 dan MotoGP
Tak  kan ada orang nak mai Msia semata-mata nak mai tengok chopper tu ....
Ni mesti la ada HARAMJADAH mana yang proposed yang jadi org tengah suruh beli motor ni, depa bole masyukkkkk... macam Razak Baginda dalam kes Scorpene.
Aku tak nampak apa-apa faedah pun untuk rakyat,

Lihat gambar di atas neh. Tue apa? Orang panggil chopper. Aku panggil motor besar. Lagi selesa panggil motor besar dari chooper. Okey sekarang lupakan isu nama dan gelaran. Meh kita lihat isu neh lebih detail. Kita akan cakap pasal fakta disini. Mari kita fahamkan apa kaitan wang rakyat dengan motor besar neh.



1. Motor neh dibeli guna wang rakyat. Korang leh baca kat utusan sendiri disini. Sila fahamkan bila dia tulis begini ;

Menurut Najib, kemunculan 1Malaysia Chopper merupakan satu pendekatan mempromosi negara ini dan permulaan baik dalam kerjasama di antara Malaysia dan AS untuk menerokai bidang permotoran khususnya motosikal berkuasa besar.

Aku tak faham najib meroyan pasal apa. Benda neh under pelancongan. Apa kena mengena dengan menerokai industri permotoran? Dia ada plan buat RnD ka? Takda. Kilang motor? Takde. So apa maksud dia menerokai industri permotoran hanya dengan menjadikan motor neh sebagai bahan pelancongan ? Aihh.. aku harap dia tak fikir yang rakyat malaysia neh adalah bebal2 belaka.. or sekurang2nya pembaca utusan adalah bebal2 belaka..

2. Benda neh under kementerian pelancongan. Boleh dilihat bila utusan tulis begini ;

Beliau berkata demikian selepas menerima 1Malaysia Chopper bagi pihak Kementerian Pelancongan serta merasmikan pakej pelancongan '5 Mountains Motorcycle Tour' di pekarangan Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

3. Chopper neh sekarang ada sebiji. Dan harga dia usd USD150,000.00.


4. Apa tujuan chooper 1malaysia neh? Meh aku story sikit ;

- Untuk masuk rancangan discovery channel bagi 2 episode.

- menjadi pameran dalam bilik pameran

5. Apa kebaikan kepada malaysia? Menurut ng yen yen chopper neh nanti akan menarik pelancong ke malaysia.

Jangan gelak dulu. Tolong jangan gelak. Aku percaya takde orang kat dunia neh nak melawat satu2 negara untuk melihat chopper. Siyes. Chopper bukan benda unik. Ia ada di mana2 sekarang neh. Dalam tv luar tv benda tue dah selalu tengok.

Ya, tak dapat dinafikan size dan reka bentuk maybe berbeza2, tapi still benda tue bukan benda unik sehingga mendorong satu2 orang nak datang ke malaysia semata2 nak melihat chopper. Tolong faham, aku bukan nak kritik sebarangan. Kalau nak dijadikan pameran aku takley nak kata apa lah. Keputusan dah dibuat, barang dah siap, duit dah keluar.

Yang aku boleh tolong tambahbaik kat sini ialah apa kata sewakan chooper tue. Maksud aku untuk dibawa round2 macam kuda. Sekali pusing rm5. Lebih kurang gitu lah. Daripada jadi bahan pameran = besi berkarat kan. At least dapat gak  rakyat malaysia merasa naik chopper kan?

Cuma kalau nak kata ia boleh menarik pelancong masuk ke malaysia, siyes aku cakap, itu jawapan sasau. Tolonglah faham. Nak mempromosikan malaysia sebagai destinasi pelancongan, kena perbanyakkan benda unik dan berbeza bukan apa yang dorang ada, kita buat sekali. Strategi yang ng yen2 guna neh sangat salah. 

Untuk menarik pelancong malaysia aku tak nafikan, ada kelebihan disini, teringin gak aku nak pegang2 benda alah tue selalu tengok orang punya, nak sentuh2 tak berani satgi kena sound sesia jek.

Tapi nak tarik pelancong luar? Aku cakap itu strategi bodoh. Namun yang paling aku kesalkan sekali ialah nama chooper neh. Still lagi nak kaitkan dengan nama 1 malaysia. Cukuplah chooper malaysia jek. 1 tue tak perlu wujud. Berapa lama lah sangat najib jadi piem di malaysia neh. Bila dia berambos apa jadi dengan slogan2 dia? Turut sama berambos ma. Piem lain kalau betul masih bien akan cipta slogan baru, kalau pr pun sama, slogan baru. So takpayah nak satu malaysia sangat lah weh. Fikir panjang oke. BERITAHANGAT   

2 comments:

Anonymous said...

Tak habis2 dgn 1 Malaysia.....tak per...lepas PRU 13 nanti boleh duduk 1 Penjara dgn Husni Mubarak atau pun 1 Kubur dgn Ben Ali

Anonymous said...

pas ni rakyat malaysia akan buat penjara 1Malaysia lak untuk depa2 ni.... hehe....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive