02 April 2009

Lapuran Polis - 40 Pengundi Hantu Dalam Sebuah Rumah

Pahang Daily Online

BUKIT SELAMBAU [11.43 am] - Satu laporan polis telah dibuat terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung dengan isu pengundi hantu malam tadi. Laporan dibuat oleh Tuan Hj. Abdul Lariff B Nat Noor yang mana alamat rumahnya dipercayai telah digunakan oleh 40 orang yang tidak dikenali sebagai pengundi pilihanraya kecil Bukit Selambau tanpa kebenarannya.
Beliau amat kecewa dengan tindakan tersebut dan menyangkal dakwaan Pengerusi SPR Kedah dan Naib Presiden UMNO, Hishamuddin Hussein yang mengatakan bahawa tiada pengundi hantu seperti yang diwar-warkan itu. Beliau juga terkejut bagaimana alamat rumahnya boleh digunakan sedangkan hanya beliau dan isterinya sahaja yang menetap di situ.
Ini adalah satu penyelewengan yang telah dirancang dengan rapi oleh pihak-pihak tertentu. Turut mengiringi beliau ialah Timbalan Ketua AMK Pusat, Fariz Musa. Sementara itu Fariz menegaskan bahawa Angkatan Muda Keadlian (AMK) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mempunyai hak untuk membuat analisis dan sistem bagi mengesan pengundi hantu.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive