Showing posts with label tpm. Show all posts
Showing posts with label tpm. Show all posts

25 June 2014

Shahbudin persoal tindakan TPM ke Jakarta

 | June 25, 2014
Shahbudin HusinPETALING JAYA: Bekas AJK Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Shahbudin Husin mempersoal tindakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin yang berlepas ke Jakarta.
Menurut beliau, sumber terdekat dengan Muhyiddin memberitahu pemergian itu ada kaitan untuk membincangkan perkembangan politik terbaru mengenai dirinya serta hubungannya dengan Perdana Menteri yang menjadi perbualan ramai ketika ini.
“Difahamkan, hasil daripada perbincangan tersebut, tidak mustahil Muhyiddin akan membuat suatu keputusan yang mengejutkan.”
“Namun tidak mustahil juga beliau dinasihati agar terus kekal dan bersabar sehingga pilihanraya umum akan datang,” katanya.

20 June 2014

Sudah lama Muhyiddin pendam kecewa - Zam


HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Desas-desus perletakan jawatan Timbalan Perdana Menteri oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin diperkuatkan lagi oleh tulisan Tan Sri Zainuddin Maidin.

Menulis di dalam blog beliau zamkata.blogspot, bekas menteri itu mendedahkan Muhyiddin sebenarnya sudah lama menyatakan hasrat untuk berundur dari kabinet Datuk Seri Najib Razak.

"Muhyiddin memang telah diketahui umum memberitahu hasratnya untuk bersara kepada rakan rakan rapatnya.

"Walaupun alasannya adalah umur tetapi beliau dikatakan menyimpan perasaan kecewa yang mendalam dalam beberapa hal," katanya.

Sejak awal minggu ini desas-desus kononnya Muhyiddin akan digugurkan selepas rombakan kabinet berlegar di alam maya.

18 June 2014

Muhyiddin Yassin letak jawatan TPM Jumaat ini?

KUALA LUMPUR 18 JUN: Khabar angin bertiup kencang mengatakan Tan Sri Muhyiddin Yassin akan meletakkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri, dalam masa terdekat.
Menurut sumber, Muhyiddin dikatakan bakal digantikan oleh Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein yang juga sepupu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Muhyiddin YassinNajib dikatakan mahu berbuat demikian dengan alasan supaya Muhyiddin menumpukan perhatian kepada pengukuhan Umno.
Akhbar The Malay Mail minggu lalu melaporkan Najib akan melakukan rombakan kabinet besar-besaran dan dijangka akan berlaku seawal Jumaat ini.
Beliau antara lain dilapor mempertimbangkan perubahan itu yang mungkin melibatkan tiga naib presiden Umno– Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Seri Shafie Apdal.

17 June 2012

hahaha cantek .....Tamrin 'serang' Muhyiddin di Pagoh


  • Nigel Aw
  • 4:29PM Jun 17 2012
Penceramah Pakatan Rakyat, Tamrin Ghafar menjadikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai sasaran dalam satu ceramah di kawasan parlimen yang diwakili menteri tersebut.


Bercakap kepada kira-kira 300 hadirin dalam majlis minum petang di Sungai Terap, Bukit Pasir, anak kepada timbalan perdana menteri Tun Ghafar Baba itu mengimbau kembali dakwaan yang timbul ketika Muhyiddin menjadi Menteri Besar Johor antara 1986 hingga 1995.


"Adakah awak ingat sewaktu beliau menjadi menteri besar dalam isu ladang Stamford Holdings, kerajaan negeri terpaksa pergi ke mahkamah dan akhirnya diselesaikan di luar mahkamah? 

"Siapa yang untung? (Tan Sri) Syed Mokhtar Al-Bukhary. Siapa yang buat dia kaya? Muhyiddin," katanya dalam majlis anjuran PAS Johor di DUN Jorak, dalam parlimen Pagoh semalam.

20 May 2012

Bila 2 Din bertemu .... Muhyiddin di majlis kahwin anak Nasharudin


20 Mei 2012
BANGI - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini hadir memeriahkan majlis perkahwinan anak sulung bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa di Bandar Bukit Mahkota di sini.

Muhyiddin, yang tiba pukul 3.40 petang, berada kira-kira 30 minit menikmati jamuan bersama pasangan pengantin Nusaibah Nasharudin, 25, dan Mohd Nazri Husain, 27, serta bergambar kenang-kenangan bersama mereka.

Turut kelihatan pada majlis itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang, Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandee, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor dan Presiden Jalur Tiga (Jati) Datuk Dr Hasan Ali.

Ketika ditemui pemberita, Nasharudin yang juga Anggota Parlimen Bachok, berkata beliau berterima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri dan tetamu kehormat lain yang sudi hadir menyerikan majlis itu walaupun berlainan ideologi politik.

Nusaibah, anak tunggal perempuan dalam kalangan lima beradik, sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang Ijazah Pendidikan di Universiti Kebangsaan Malaysia manakala suaminya seorang arkitek.- Bernama

07 March 2012

Muhyiddin, Ghani Othman risau BN kalah di Johor?

Walaupun bunyi kenyataan yang Muhyiddin keluarkan tu macam dia yakin Johor takkan terlepas ke tangan Pakatan Rakyat PRU13 nanti tapi nampak macam jauh di sudut hati kecil dia rasa risau dengan nasib Umno BN di Johor.

Kalau tengok rekod memang tak sepatutnya Umno BN risau langsung di Johor. Pasainya sebagai negeri kelahiran Umno, Umno memang cukup kuat di Johor. Bukan setakat Umno kuat di Johor, PAS dan PKR pulak langsung tak kuat.

Biasa sangat dalam pilihanraya sebelum-sebelum ni calon PAS hilang deposit. Bagi calon PAS, kalau boleh dapat balik duit deposit pun dah boleh dikira berjaya.

14 May 2011

Cakap tak serupa bikin, cakap bagi rakyat sedap hati dari Muyidin

Kerajaan Sentiasa Cari Langkah Kurangkan Beban Rakyat - Muhyiddin

KUANTAN: Kerajaan memahami kesusahan yang ditanggung rakyat berikutan kenaikan harga barangan dan sentiasa mencari langkah untuk mengurangkan bebanan itu, kata Timbalan Perdana Menteri.

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Malaysia merupakan satunya-satunya negara yang mengawal harga barangan dengan memberi subsidi bagi mengurangkan beban ditanggung rakyat.

"Kenaikan harga barangan yang berlaku tidak boleh dijadikan alasan untuk menuduh kerajaan tidak bertanggungjawab atau tidak buat sesuatu untuk kepentingan rakyat.

12 April 2011

PRN Sarawak : Muhyiddin langgar etika perguruan

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melanggar etika perguruan apabila secara terbuka memberi amaran kepada guru-guru agar memangkah Barisan Nasional pada pilihan raya umum negeri Sarawak yang akan datang.
Demikian dinyatakan Ketua Biro Pendidikan KEADILAN, Abas Awang sewaktu mengulas ‘permintaan’ Muhyiddin agar guru-guru di Sarawak mengundi Barisan Nasional.
Muhyiddin membuat ‘permintaan’ itu pada satu pertemuan “pemantapan profesion perguruan’ di Sibu petang tadi.
Bercakap lebih lanjut, Abas berkata Muhyiddin sanggup mendahulukan kepentingan politik kepartian yang sempit dan menghina profesion perguruan yang mulia demi memastikan BN terus berkuasa di Sarawak.
Ia juga ironi kerana Muhyiddin sendiri memimpin Kementerian Pelajaran tetapi pada masa yang sama tidak menghormati golongan pendidik.
“Muhyiddin memalukan dan merendahkan martabat profesion perguruan (dengan berkempen secara terbuka kepada guru-guru).
“Namun, beliau tergamak berbuat demikian kepentingan sempit politik kepartian,” kata Abas.
Tindakan Muhyiddin itu juga, kata Abas, bertentangan sama sekali dengan cakap-cakap Muhyiddin tentang hasrat untuk memperbaiki institusi pendidikan.
“Tindakannya itu bercanggah dengan dasar-dasar beliau sendiri. Katanya mahu mewujudkan sekolah berprestasi tinggi, tetapi masa guru dibazirkan dengar cermah politik
“Bilakah masanya guru-guru mahu berusaha lebih untuk memenuhi Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan Muhyiddin jikalau mereka ditarik ke sana ke sini diwajibkan mendengar kempen politik, ” kata Abas.
Mengulas kenyataan Muhyiddin bahawa Pakatan Rakyat ibarat ‘tikus membaiki labu’ jika diberi peluang mentadbir negara, Abas berkata sebenarnya di bawah pentadbiran BN sendiri, ‘labu sudah rosak’ dan tiada apa lagi untuk diperbaiki.
“Sekarang kita cuma ada KEADILAN dan Pakatan Rakyat sahaja sebagai landasan untuk memperbaiki sektor pendidikan dan negara yang terlalu dipolitikkan,” kata Abas.
Abas yang dilantik mengetuai Biro Pendidikan KEADILAN adalah bekas Pengarah Pelajaran Kuala Lumpur. Sebelum itu, beliau adalah Timbalan Pengarah Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran

31 March 2011

Jembalang : Tak payah komen la, bodoh sangat Din ooiii ...


Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 31 Mac: Kenyataan Timbalan Perdana Menteri menggelar parti selain BN, yang akan berkempen pada pilihan raya negeri Sarawak sebagai 'hantu' dan 'jembalang', mencerminkan ketakutan pemimpin BN itu.

Pengarah Pilihan Raya PAS pusat Datuk Halim Abdul Rahman berkata, Tan Sri Muhyiddin Yassin terpaksa mengeluarkan kenyataan sedemikian bagi menutup kelemahan BN setelah lebih 46 tahun menguasai negeri Bumi Kenyalang itu namun masih ketinggalan.

"Tak payah komen la...bodoh sangat. "46 tahun lebih mereka di Sarawak, apa yang dibuat?" soalnya yang juga ahli parlimen Pengkalan Chepa.

Katanya, rakyat harus sedar bahawa BN telah menganaktirikan Sarawak sejak sekian lama. Walaupun Sarawak kaya dengan hasil mahsyur jelasnya, namun rakyat dan negeri itu sendiri masih ketinggalan dari arus pembangunan.

Dan tidak pelik katanya jika Muhyiddin menuding jari kepada pihak lain bagi menutup kelemahan mereka apatah lagi berdepan pilihan raya negeri itu 16 April ini. "Baru sekarang nak buat itu, buat ini," tambahnya.

Muhyiddin semalam menyifatkan parti selain BN yang akan menyertai pilihan raya Sarawak sebagai 'hantu' dan 'jembalang' dan perlu ditolak rakyat.

Katanya, sebahagian 'hantu' dan 'jembalang' itu sebahagiannya datang dari Semenanjung manakala sebahagian yang lain sudah ada di negeri ini dan akan menawarkan janji-janji manis.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Bersama Rakyat di pinggir Sungai Sarawak di Kampung Boyan-Gersik di Kuching semalam

06 March 2011

Guling kerajaan: Pemuda PAS cabar Muhyiddin tunjuk bukti


KUALA LUMPUR, 5 Mac — Pemuda PAS mencabar Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin agar mengemukakan bukti kononnya pembangkang mahu menggulingkan kerajaan dengan menggunakan ‘modal’ kebangkitan rakyat di rantau Timur Tengah dan dunia Arab.

“Dewan Pemuda Kelantan mencabar Tan Sri Muhyiddin supaya mendatangkan bukti yang jelas terhadap tuduhannya yang menyatakan pembangkang sedang menghasut dan memprovokasi rakyat bagi menggulingkan kerajaan seperti yang sedang berlaku di negara Asia Barat,” kata Ketua Penerangan Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari hari ini.

Semalam, Muhyiddin memberi amaran kepada pembangkang supaya tidak bermain api dengan menghasut rakyat menggulingkan kerajaan seperti yang sedang berlaku di Timur Tengah.

Muhyiddin berkata tindakan pemimpin pembangkang membandingkan Malaysia dengan negara-negara tertentu yang sedang menghadapi krisis politik itu adalah sesuatu yang amat tidak bertanggungjawab.

“Ini provokasi pembangkang... tidak bertanggungjawab, tidak demokratik dan sengaja mahu membuat huru-hara bila mana buat perbandingan situasi di Malaysia bila semua orang tahu, adalah negara yang aman, makmur dan membangun dengan pesat, rakyat jelata menikmati kemajuan yang agak tinggi berbanding negara itu,” katanya.

Ahmad Fadhli juga berkata Dewan Pemuda Kelantan menyifatkan kenyataan tersebut sebagai satu tuduhan rambang dan berniat jahat selain bertujuan untuk memburuk-burukkan Pakatan Rakyat di mata rakyat Malaysia khususnya di Kerdau dan Merlimau yang menyaksikan pilihan raya kecil.

“Dewan Pemuda Kelantan ingin menyatakan bahawa Pakatan Rakyat selaku pembangkang di Parlimen sentiasa menjunjung amalan demokrasi sihat yang dijamin oleh perlembagaan.

“Hakikatnya, yang sering mencabul demokrasi ialah Barisan Nasional yang seringkali bertindak di luar daripada lunas-lunas demokrasi,” kata beliau.

Kata beliau, sebelum Muhyiddin menuding jari ke atas pembangkang, beliau perlu menjelaskan tindakan-tindakan BN yang tidak demokratik seperti menubuhkan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) di negeri-negeri diperintah Pakatan Rakyat.

Malah kata beliau, tindakan tidak demokratik juga tercermin melalui tindakan BN yang menafikan royalti minyak sebelum ini kepada negeri Terengganu sewaktu diperintah oleh PAS dan sekarang Kelantan yang menerima nasib yang sama.

“Adakah tindakan menyertai pilihan raya dan membuat penjelasan kepada rakyat agar tidak mengundi Barisan Nasional merupakan satu tindakan yang salah?

“Jika demikian, apa pula penjelasan Tan Sri Muhyiddin terhadap tindakan Pergerakan Pemuda Umno Kelantan yang melancarkan Gelombang Merah yang jelas ingin menggulingkan kerajaan negeri Kelantan?” katanya.

Justeru, Ahmad Fadhli juga berkata Dewan Pemuda Kelantan menuntut agar Muhyiddin menyatakan secara terperinci tuduhan yang dilemparkan oleh beliau.

“Jika tidak, jelas sekali tuduhan tersebut hanyalah merupakan tuduhan rambang dan bertujuan memfitnah Pakatan Rakyat,” katanya lagi. - TMI

02 February 2011

DSAI Sombong, Khianat kata mat sembab. Betul ke?

Sikap Sombong, Khianat Anwar Punca Anggota PKR 'Chow Liao'

MUAR: Sikap pembohong besar dan khianat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim lambat laun akan menyebabkan beliau ditinggalkan seorang diri, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sikap itu, kata Muhyiddin, telah menyebabkan ramai anggota pengasas dan pimpinan penting parti itu 'chow liao' atau cabut lari beramai-ramai, terbaru adalah Anggota Parlimen Padang Serai N. Gobalakrishnan yang keluar dan melepaskan semua jawatannya dalam PKR pada 29 Januari lalu.

"Semua pengasas bersama sudah 'chow liao', lari tinggalkan Anwar seorang sahaja.

"Terbaru Gobalakrishnan... mereka tak percaya kerana Anwar pembohong besar, pengkhianat negara," katanya sambil menambah Anwar telah membuat pelbagai cerita di dalam dan luar negara yang tidak membawa sebarang kebaikan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mendengar taklimat banjir kawasan parlimen Pagoh di Dewan Seri Pekembar Pagoh, di sini Rabu.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), berkata, BN tidak gentar dengan hasrat Anwar untuk membuat lawatan ke 30 kawasan Parlimen di seluruh negara untuk memperkukuhkan PKR dan memberi penerangan kepada orang ramai.

Ini kerana parti pembangkang itu hanya membawa berita buruk dengan cercaan, fitnah dan pelbagai tuduhan terhadap kerajaan, katanya.

Beliau berkata BN sentiasa bersedia di mana-mana kawasan untuk memberi penjelasan sebenar kepada rakyat mengenai dakwaan Anwar terhadap kerajaan.

"Kian hari kepercayaan orang kian runtuh, jadi dia (Anwar) mungkin rasa perlu gerak ke pelbagai tempat untuk tambah jangka hayat nyawa ikan yang masih tinggal.

"Saya cadangkan dia gerak ke seluruh negara bukan 30 kawasan sahaja kerana imej dia sudah teruk dan orang tidak percaya," katanya. BERNAMA

26 December 2010

Kenapa Muyidin takut sangat dengan 500

PAS mengingatkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin agar jangan mudah melatah ataupun hanya akan memperlihatkan sikap takut dan gelabah beliau terhadap janji Pakatan Rakyat.

Ketua Penenrangan PAS, Pusat, Idris Ahmad berkata, PAS merasa pelik dengan sikap Muhyiddin yang juga timbalan presiden Umno yang sangat emosi terhadap komitmen Pakatan Rakyat untuk menaikkan RM500 sebulan kepada guru jika Pakatan memerintah negara seperti diumum Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"PAS merasa pelik seorang Timbalan Perdana Menteri mencabar Datuk Seri Anuar Ibrahim menaikkan gaji guru-guru di negeri Pakatan Rakyat.

"Iltizam Pakatan Rakyat kepada guru-guru jika Pakatan Rakyat memerintah di peringkat pusat, bukannya sekarang.

"Kenapa perlu takut dengan janji Pakatan Rakyat? Janganlah buat tuduhan yang tidak menentu," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau mengulas kenyataan Muhyiddin yang mendakwa tawaran Pakatan Rakyat untuk pendidik itu hanya janji politik dan sukar dilaksana untuk guru sahaja dan memberi alasan dengan mempersoal imbuhan kepada kakitangan awam lain.

Menurut Idris, untuk peringkat awal janji tersebut hanya diberikan kepada guru namun semua kakitangan awam akan diambil perhatian juga selepas ini.

"Pakatan Rakyat mengambil tindakan awal untuk guru-guru sebagai satu penghargaan dan pengorbanan mereka mendidik rakyat di negara ini.

"PAS menasihatkan Tan Sri Muhyiddin dapat turun ke bawah, memerhatikan bagaimana beban guru-guru yang berat, jangan hanya mendesak guru-guru melakukan macam-macam tugas," ujarnya lagi.

Sambil menasihatkan Muhyiddin sabar dan tidak emosi, Idris juga mahu timbalan perdana menteri itu meneliti ayat-ayat yang terkandung dalam buku jingga yang merupakan manifesto Pakatan yang telah diedar di Konvensyen Pakatan Rakyat 19 Disember lalu.

Selaku Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin juga jelasnya tentu lebih arif dalam hal kewangan negara berbanding pendapatan kerajaan negeri yang terlalu kecil.

"Jangan beliau bercakap macam ketua cawangan Umno sahaja.

"Pakatan Rakyat hanya berjanji untuk menaikkan taraf hidup rakyat dan meletakkan rakyat di tempat yang sepatutnya setelah 53 tahun rakyat dipinggirkan.

"Sekarang ini pun dengan kekangan kewangan negeri, Pakatan Rakyat telah membuat yang terbaik untuk rakyat, seperti skim kifalah, air percuma, bantuan pendidikan," katanya. - HD

18 December 2010

Lagi sekoq kaki kencing ...

MS : Katanya kerajaan telah memenuhi sasaran membasmi miskin tegar ... Aku nak ajak Din ni turun p tengok sendiri dan nak tunjuk pada dia yang masih belambak lagi rakyat yang berada dalam kategori miskin tegar ... Jangan bercakap sekadar ikut apa teks ucapan yang telah disediakan, bercakap lah berdasarakan kenyataan .... Lapuran yang diberikan semestinya baik din oi ... jadi sebelum bercakap pastikan kenyataan tu benar ... jangan asik dok kencing rakyat saja ... sampai bila Umno BN nak kencing rakyat ni?????
Aku bersedia bila-bila masa nak bawa Din masuk kampung- nak tunjuk yang masih ramai lagi penduduk yang hidup dalam kategori 'miskin tegar' ni ...
Kalau ya pun dah mula nak berkempen untuk PRK Tenang, tapi cakap lah yang benar, jangan dok tipu rakyat Din ... jangan dok ingat rakyat bodoh ya ...

Negara Sudah Penuhi Sasaran Basmi Kemiskinan - TPM

PAGOH: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata negara sudah memenuhi sasaran membasmi miskin tegar tahun ini berlandaskan tindakan proaktif yang dibuat kerajaan bagi membantu golongan yang terlibat.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata berdasarkan laporan terakhir yang diterima menerusi Program Transformasi Kerajaan bagi mengurangi kemiskinan, pencapaian berkenaan cukup membanggakan.

"Walaupun kita tahu dalam soal ini kumpulan miskin tegar ini boleh dikatakan dinamik, tidak statik, kalau hari ini kosong, mungkin esok ada satu dua yang masuk dalam senarai golongan itu disebabkan uzur dan sebagainya.

"Tetapi, dalam ukuran sebenar hakiki, kita sudah memenuhi sasaran itu dan ini cukup membanggakan," katanya selepas menghadiri majlis gempur NKRA 1Azam (Akhirir Zaman Kemiskinan) Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Peringkat Daerah Muar, di sini, pada Sabtu.

Muhyiddin berkata walaupun kemiskinan dapat dibasmi, namun agenda kerajaan untuk terus membasminya secara relatif masih berterusan dengan memperbanyakkan pelbagai bidang latihan dan bimbingan yang bersesuaian bagi meningkatkan pendapatan golongan miskin.

Katanya kerajaan antara lain turut berharap dapat melahirkan lebih ramai usahawan mikro di kalangan wanita di negara ini yang kini dianggarkan kira-kira 4,000 orang di seluruh negara.

Sementara itu, dalam ucapannya, Timbalan Perdana Menteri meminta golongan miskin tegar supaya tidak sentiasa bergantung bantuan kepada kerajaan semata-mata, sebaliknya perlu berusaha menjana pendapatan sendiri bagi mengubah taraf hidup masing-masing.

Beliau berkata golongan berkenaan tidak boleh berbangga berada dalam kelompok miskin tegar dan perlu menggunakan kemudahan yang disediakan kerajaan terutamanya pelajaran sebagai jalan keluar daripada kepompong kemiskinan.

"Ada yang kata lebih baik berada di dalam golongan miskin tegar sepanjang masa kerana mendapat bantuan kerajaan. Dalam golongan ini kita tidak boleh berbangga. Jangan kita fikir kerajaan sediakan bantuan, elok kita kekalkan. Ini tanggapan yang tidak tepat," katanya. - BERNAMA

11 August 2010

Najib - Muhyiddin ada masalah?

KUALA LUMPUR, 10 Ogos — Tan Sri Muhyiddin Yassin mempertahankan kesetiaannya kepada Datuk Seri Najib Razak sambil mengetepikan spekulasi hubungannya dengan Perdana Menteri menemui bibit perpecahan.

Timbalan Perdana Menteri menjelaskan spekulasi sedemikian hanya kerja pihak dalam Pakatan Rakyat.

Muhyiddin (gambar) juga menegaskan beliau sepanjang masa menyokong kepimpinan Najib yang menjadi Perdana Menteri pada April 2009.

“Tiada pihak yang harus mempersoalkan sokongan kuat yang saya berikan kepada Perdana Menteri sejak awal hingga sekarang.

“Jika anda melihat pada sejarah, saya telah memberi sokongan dan membantu beliau sebelum menjadi Perdana Menteri.

“Lebih-lebih apabila beliau meletakkan keyakinan ke atas saya sebagai Menteri Pendidikan dan Timbalan Perdana Menteri,” kata beliau ketika berucap melancarkan buku berjudul “Najib Tun Razak Melakar Transformasi Malaysia” di Kompleks Kraftangan di sini petang ini.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno berkata Najib akan sentiasa berperanan sebagai bosnya.

“Bos saya ialah perdana menteri dan persoalan kesetiaan kepada beliau tidak harus dipertikaikan.

“Dalam konteks ini, mungkin mereka dari sebelah lain akan mengambil kesempatan untuk membuat spekulasi bahawa hubungan kami tidak kuat,” katanya.

Minggu lalu, Muhyiddin bersetuju dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa rakyat Malaysia masih belum memahami konsep 1 Malaysia.

Bagaimanapun Muhyiddin menyalahkan PR sebagai sebab mengapa rakyat belum bersedia untuk memahami konsep itu.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata penerbitan buku yang memaparkan liku-liku perjalanan Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia Keenam bagi tempoh setahun pemerintahannya dilihat mampu menangkis pelbagai tohmahan yang dibuat pihak tertentu terhadap kerajaan dan kepimpinan negara.
Sambil menyifatkan pelancaran buku tersebut tepat pada masanya, Muhyiddin berkata buku bertajuk “Najib Tun Razak Melakar Transformasi Malaysia” itu mampu mengubah minda dan tanggapan serong sesetengah pihak yang selama ini meragui keikhlasan Perdana Menteri dalam menjadikan Malaysia sebuah negara maju.

Muhyiddin berkata buku yang dihasilkan tersebut mengupas secara jelas topik-topik berkaitan gagasan 1 Malaysia, Model Baru Ekonomi (MBE), Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang sebelum ini kurang difahami oleh rakyat.

Dalam sidang akhbar kemudiannya, Muhyiddin menegaskan bahawa buku tersebut menjelaskan secara terperinci dan tepat fakta berkenaan dasar-dasar dan program kerajaan yang dipelopori oleh Perdana Menteri dan sekaligus dapat menangkis salah faham ataupun tafsiran yang berbeza yang boleh menimbulkan polemik dan kesan yang tidak baik kepada negara.

“Segala apa yang terkandung dalam buku ini, apa yang saya lihat seolah macam satu kronologi perjalanan pimpinan kita ini dan idea-idea yang diketengahkan dapat dibukukan dan saya kira dibantu dengan gambar boleh memberi satu penjelasan yang lebih tepat,” katanya.

Buku setebal 293 muka surat itu dijual pada harga RM98 senaskhah. - The Malaysian Insider

15 July 2010

TPM akan tentukan masa sesuai jumpa TGNA

JELI, 15 Julai – Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menentukan masa yang sesuai untuk pertemuan dengan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi membincangkan syor kerjasama Umno-PAS yang muncul sekali lagi awal minggu ini.

“Saya menghargai sikap Datuk Nik Abdul Aziz yang terbuka dalam hal ini,” kata Timbalan Presiden Umno ini selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Jeli di sini hari ini.

Beliau berkata perkara yang penting ialah perpaduan antara PAS dan Umno itu terjalin kerana ia merupakan perkara yang baik.

Muhyiddin berkata kerjasama itu perlu dibincangkan atas permintaan beberapa pihak yang mahukan orang Melayu bersatu kembali.

Beliau menafikan dakwaan yang Umno lemah kerana cuba menjalinkan kerjasama dengan PAS.

“Umno ada kekuatan tersendiri dan merupakan sebuah parti yang memperjuangkan agama Islam serta orang Melayu,” katanya.

Semalam Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata beliau sedia bertemu dan berbincang dengan Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri mengenai “apa juga perkara”.

Menteri Besar Kelantan itu berkata tiada halangan untuknya bersua muka dengan Muhyiddin tetapi perjumpaan itu biarlah tanpa diatur mana-mana pihak ketiga sebagai orang tengah.

Muhyiddin mengadakan lawatan kerja ke Kelantan hari ini.

Sebelum ini beliau dilaporkan berkata Umno sedia menjalin kerjasama dengan PAS dalam pelbagai bidang termasuk usaha untuk memperkukuhkan Islam serta kedudukan orang Melayu di negara ini. - TMI

04 December 2009

BTN: Akhirnya Muhyiddin Mengaku ...

DPM finally admits Cabinet ordered revamp of BTN

By Shazwan Mustafa Kamal

PUTRAJAYA, Dec 4 — Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin finally acknowledged today that the Cabinet had directed a revamp of the controversial Biro Tata Negara (BTN) course.

The BTN courses have been heavily criticised by Pakatan Rakyat as well as the public for being divisive and racist.

But Muhyiddin and other hawkish Umno leaders have been defending the courses, by claiming there was nothing wrong with it.

His defence of the courses, which are compulsory for civil servants and public university undergraduates, came despite the earlier Cabinet decision.

Today he acknowledged the Cabinet decision.

“The revamping of BTN by the Cabinet is not new. It is something which has been decided on by the Cabinet a long time back.

“Datuk Ahmad Maslan has already made an official statement regarding this, I do not need to explain further,” said Muhyiddin, referring to the Umno Information chief who is also a deputy minister in charge of BTN.

Ahmad had come out defending BTN against allegations by the opposition that it was teaching racial hatred.

He had also asserted that the Cabinet was not revamping the programme, but merely “upgrading” it, which meant that the existing module was problem-free.

Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Nazri Aziz, on the other hand has insisted that the Cabinet wants to overhaul the Biro Tata Negara (BTN), while also admitting the programme had been used to promote certain government leaders.

Nazri also admitted that BTN was used as a tool to promote certain leaders within the government, which was one of the points used by opposition leaders to demand BTN’s closure.

The minister said BTN was also used as a programme to “instill confidence among the Malays” in the early days of its establishment but stressed that times have changed and “so must BTN”. - The Malaysian Insider

24 November 2009

Kenapa perjanjian damai 2 Dec 89 dengan PKM tidak dipatuhi wahai Mr TPM?

NOV 24 - Beg your pardon, Mr Deputy Prime Minister, did we hear your correctly? No forgiving Chin Peng, you say?

Perhaps matters of the state, changing the education system’s medium of instruction back to Bahasa Malaysia and settling the issues of your ally, the MCA, has got you befuddled?

It isn’t really about Malaysia forgiving Chin Peng, the nom de guerre of one Mr Ong Boon Hua – Public Enemy Number One, secretary-general of the Communist Party of Malaya and holder of two British war medals.

The country is past that already. Chin Peng won’t be forgiven for waging war against Malaya, and subsequently Malaysia. Thousands of soldiers and civilians have died in the Emergency and he balked at surrendering at the 1955 Baling Talks with Tunku Abdul Rahman.

That is our history and Tan Sri Muhyiddin Yassin, you remember it well. As do most of us who read History in the Malaysian education system.

Be that as it may, this time allowing Chin Peng back to Malaysia is about legal obligations. It is about honouring the peace agreement signed in Hatyai on Dec 2, 1989. And the agreement reads that those who laid down their arms can return home.

Even one of the signatories on the Malaysian side, the former Inspector-General of Police Tan Sri Rahim Noor, had agreed to testify on Chin Peng’s behalf about provisions of the peace agreement. Therefore Chin Peng’s request is not unusual and within his right.

But your comments today are symptomatic of an administration which has a cavalier attitude towards the law and the sanctity of contracts. Is it any wonder why Malaysians have little faith in the enforcement and judicial arms of the government?

After all, your government can’t even honour an agreement made with its former enemies.

Chin Peng had asked for forgiveness and Malaysia has the right of not forgiving him. Nothing can bring back the lives of those who died or suffered at the hands of the communist terrorists after independence in 1957.

But the country and the government has no right to bar Chin Peng from coming home. The 85-year-old man wants to make peace with his dead parents and return to his hometown, no matter the hatred from neighbours or other Malaysians.

That will be the cross he will have to bear for the rest of his life for taking up arms against Malaysia. You said it right, Mr DPM, “As of now, there is no forgiveness for you (Tiada maaf bagimu).”

However, can we forgive you for shaming Malaysia by not honouring the agreement? Pray tell. - The Malaysian Insider

22 August 2009

SPRM, kenapa tak siasat Muhyiddin?

KUALA LUMPUR, Aug 22 – The DAP’s Lim Kit Siang demanded to know today why the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) did not appear to have started a probe into allegations that Tan Sri Muhyiddin Yassin abused his powers and used a military aircraft to attend an Umno party function.

It was reported last week by Bernama that a Royal Malaysian Air Force helicopter ferrying the deputy prime minister was forced to make an emergency landing in Sabah.

Bernama also reported that the helicopter was being used to transport Muhyiddin, who is also deputy Umno president, to attend party meetings there.

Following this, a PKR Youth delegation lodged a complaint with the anti-graft agency.

The DPM dismissed the allegations that he abused his power last week. He said the complaint showed that Pakatan Rakyat (PR) had run out of ideas to attack the Barisan Nasional (BN) government.

But Lim pointed out today that former Commercial Crime Investigation Department director Datuk Ramli Yusoff had been charged for using a police aircraft to survey two plots of land in a flight that was not related to his official duties.

Although Ramli was acquitted recently, an appeal has been filed by the prosecution.

“I want to ask the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) why it is practising double standards as it has not even started investigations into the allegation that Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin had corruptly misused his position in having used RMAF Nuri helicopter to officiate Umno division meetings in Sabah last weekend (that are) totally unrelated to his official duties,” Lim said today.

PR parties in states in which they govern have come under severe pressure in recent months after numerous graft probes were launched.

PR leaders and Lim in particular have accused the MACC of being a tool of the BN in trying to destabilise and topple the governments held by the alliance of DAP, PKR and PAS.

So far, the MACC has not charged any PR leader yet for corruption.

The MACC has also come under intense pressure following the controversial and mysterious death of DAP political aide Teoh Beng Hock.

Teoh’s death is now the subject of a coroner’s inquest as he had died following hiours of questioning by MACC officers.

Lim’s statement today is designed to further entrench PR’s argument that MACC is biased.

“If Ramli is indicted for corruptly misusing a police Cessna Caravan aircraft for a purpose totally unrelated to his police duties, why is Muhyiddin spared for similarly misusing an RMAF Nuri helicopter for a purpose totally unrelated to his DPM or even Education Minister’s duties?

“Is there one law for the Umno cabinet ministers and another law for ordinary people, especially those whom the MACC’s masters in the Umno/Barisan Nasional government want to persecute and victimise?” said Lim. -TMI

21 August 2009

PRK Pmtg Pasir: Jeneral perang BN Najib Altantuya terkapai-kapai di Pmtg Pasir


Oleh nurzaman

"JENERAL perang BN kini sudah gelabah dengan pelbagai serangan yang melibatkan soal peribadi calon BN Rohaizat Othman. Serang pertama mengenai isu penyelengwengan wang koperasi Pekebun Kecil Getah Pulau Pinang.Jeneral dan bala tenteranya menangkis, itu bukan kerja Rohaizat. itu kerja rakan kongsi Rohaizat. Alasan yang di berikan oleh seorang Jeneral yang mengepalai perang cukup lemah.

Mana mungkin tuan punya syarikat tidak mengetahui peyelewengan yang dilakukan oleh rakan kongsinya. Adakah jeneral dan soldadu-soldanu BN dan UMNO anggap orang di DUN Permatang Pasir itu bodoh dan tak mengerti perjalanan sebuah syarikat.

Oleh kerana diminta oleh pihak akhbar maka BAR Council telah mengeluarkan kenyataan salah laku ini dibuat oleh Rohaizat, malah beliau gagal menghadirkan diri ketika sessi pertuduhan itu. Rohaizat juga gagal dalam permohonannya di mahkamah tinggi.

Setelah pelbagai pihak BN/UMNO memberikan penjelasan dengan menyerang rakan kongsi Rohaizat dalam usaha mendapatkan sokongan pengundi di Permatang Pasir tiba-tiba muncul orang yang mereka kambing hitamkan.

Kambing yang dihitamkan oleh Jeneral dan tentera perang BN/UMNO tiba-tiba muncul membela diri dengan membuat kenyataan akhbar di Yayasan Aman dan membawa beliau naik ke pentas ceramah Pakatan Rakyat mempertahankan dirinya.

Nampaknya terkapai-kapai Jeneral perang BN/UMNO dan mereka cuba mengalihkan pandangan rakyat dengan pengumuman yang di buat oleh SPRM Pulau Pinang mengenai buku siasatan terhadap bekas ADUN Penanti akan dibuka semula kerana penemuan bukti baru.

Pengumunan itu tidak memberikan sebarang kesan kerana Sdr. Fairuz adalah bekas ADUN PKR yang bertanding di Penanti. Tiba-tiba muncul pula calon PAS menyalah gunakan wang RM600,000.

Wahai Jeneral Perang BN/UMNO kenapa gelabah? Kenapa buat tuduhan dan tak berasas? Kalau tuduhan itu ada asas pihak BN/UMNO yang berkuasa dakwa saja calon PAS itu. Sedangkan tuduhan yang melibat Rohaizat diakui oleh Bar Counsil dan rakan kongsi Roraizat, Yusri Isahak.

Sedang isu itu belu reda, tiba-tiba satu lagi serangan berbentuk peribadi menyenai batang tubuh calaon BN Rohaizat, kali ini beliau telah dituduh berkahwin dengan bekas ketua keraninya Haliza. Kini Haliza berana di Jengka , Pahang dan mengadu tidak pernah dipedulikan oleh Rohaizat.

Jeneral BN/UMNO itu berkata tindakan memburuk-burukkan imej calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, Rohaizat Othman adalah usaha pihak-pihak tertentu untuk menjatuhkan imej BN di mata pengundi.

ORANG BUKAN SENGAJA MEMBURUKKAN IMEJ CALON BN SEPERTI YANG DIKATAKAN OLEH JENERAL PERANG ITU, MANA MUNGKIN MEREKA MEMBUAT TUDUHAN KALAU TAK ADA ASASNYA? BAGAIMANA KENYATAAN BAR COUNSIL?

BAGAIMANA TINDAKAN RAKAN KONGSINYA ROHAIZAT, YUSRI ISAHAK YANG TAMPIL MEMBUKA CERITA.

ADAKAH INI DIKATAKAN MEMBURUKAN IMEJ CALON BN? INI BERLAKU KERANA MEMANG CALON BN ITU BURUK! ADAKAH CALON YANG MEMPUNYAI REKOD PENYELEWENGAN DIKEMUKAN KEPADA PENGUNDI PERMATANG PASIR UNTUK DISOKONG?

NAMPAKNYA JENERAL PERANG BN/UMNO YANG BEGITU GAGAH MENDESAK PAK LAH BERUNDUR DULU MULA MERASA BAHANGNYA. JENERAL PERANG ITU TIDAK CEKAP. DIA TIDAK TELITI MEMILIH CALON. CALONNYA SEJAK HARI PERTAMA LAGI SUDAH PATAH KAKI. NAMPANYA JENERAL PERAL BN/UMNO INI HARUS MELETAK JAWATAN SEBAGAI TIMBALAN PRESIDEN UMNO DAN TIMBALAN PERDANA MENTERI KERANA GAGAL MELAKSANAKAN TUSAS DENGAN BAIK. KALAU DULU DIA BOLEH MENDESAK PAK LAH MAKA HARI INI AYUH MEREKA DI KEPALA BATAS, AYUH PENYOKONG PAK LAH DI SELURUH PERUSUK TANAH AIR DESAK JENERAL PERANG uUNTUK LETAK JAWATAN.

Jeneral Perang BN/UMNO juga menafikan bahawa perkara itu adalah tindakan sabotaj di kalangan ahli-ahli parti kerana beliau yakin ahli-ahli Umno akur dengan keputusan parti yang memilih Rohaizat sebagai calon.

"Saya tidak fikir dalam Umno ada sabotaj. Kita telah sepakat, apa jua keputusan yang dibuat pimpinan parti, mereka akur.

NAMPAKNYA JENERAL PERANG BN/UMNO BEGITULAH LEMAH PEMIKIRANNYA, MANA MUNGKIN LAWAN MENGETAHUI KELEMAHAN LAWAN. KELEMAHAN LAWAN BIASANYA DIKETAHUI MELALUI RAKAN. JADI TAK SILAP ISU KELEMAHAN INI TELAH DIDEDAHKAN SENDIRI OLEH MEREKA YANG KECEWA DANGAN PEMILIHAN ROHAIZAT.

"Saya hairan waktu lagi dekat bulan puasa, mereka ligat berkempen memburukkan, memfitnah dan sebagainya," katanya kepada media selepas melancarkan logo Perdananan Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME Corp Malaysia) dan majlis menandatangani perjanjian pajakan antara SME Corp Malaysia dan Malaysia Resources Corporation Berhad (MRCB) di sini, hari ini.

APA YANG JENERAL PERANG NI CAKAP? FITNAH ADALAH MENGADAKAN CERITA YANG TIDAK ADA, TAPI INI BAR COUNCIL PUN KATA BETUL DAN RAKAN KONGSINYA YANG TUDUH PUN KINI KELUAR MEMBERIKAN PENJELASAN. DAN KITA TUNGGU PULA MUNCULNYA ISTERI KEDUA ROHAIZAT YANG DI LUPAKAN BEGITU SAJA.RAKYAT PERLU TAHU SIAPA DIA ROHAIZAT SEBELUM MEREKA MEMILIHNYA MEWAKILI MEREKA. JADI KALAU MACAM NI LAH CALON YANG DIKEMUKAN OLEH BN MACAM MANA RAKYAT NAK PILIH? SAMPAI TENGKU RAZALEIGH PUN MEMPERTIKAIKAN PEMILIHAN CALON.NAMPAKNYA JENERAL PERANG BN/UMNO YANG KINI BERGELAR TIMBALAN PERDANA MENTERI YANG JUGA TIMBALAN PRESIDEN UMNO PERLU BERTANGGUNGJAWAB DAN MELEPASKAN JAWATANNYA DENGAN KADAR YANG SEGERA - utaraonline

09 August 2009

Lawak Pagi Minggu: UMNO Najib Altantuya nak ajar Afrika perangi Rasuah?


Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin baru baru ini pergi ke Afrika. Maka disana bertemulah dia dengan pemimpin beberapa Negara benua itu.

Menurut laporan media suruhan BN, Muhyiddin mendakwa pemimpin Afrika mahu tahu bagaimana kerajaan Malaysia ( maknanya BN la tu) memerangi rasuah di Malaysia. Mereka kagum sehingga mahu belajar daripada kerajaan Malaysia. Itu kata Muhyiddin seperti yang dilapor media suruhan BN. (tang ni aku geli hati sangat)

Laporan itu turut disiar dalam alam siber menerusi laman web dan blog. Dan ramai lah rakyat Malaysia yang respon dengan mengulas dan memberi komen. Rata rata negatif. Dan menurut seorang responden ,beliau “hampir jatuh daripada kerusi ”apabila membaca laporan itu ”. Tentunya umum boleh faham mengapa beliau berkata demikian.

Umno sendiri yang menjadi tunjang BN mengalami masalah rasuah yang cukup serius. Orang Umno guna istilah “politik wang”. Rasuah lah tu. Istilah lain makna sama.

Itu sindrom penafian dalam Umno. Tapi tiap kali ada pemilihan parti mereka mengakui “politik wang’ bermaharajalela. Daripada dulu hingga lah sekarang. Semua pemimpin Umno bercakap mengenai gejala itu.

Yang hebatnya ada yang mengutuk dan membidas rusuah, mereka sendiri pun melakukan politik wang. Hulur wang untuk mendapat sokongan dan “membunuh” karier politik rakan separti.
Tun Mahathir Mohamad sendiri mendakwa beliau sendiri menjadi mangsa politik wang apabila gagal memenangi pemilihan Umno bahagian Kubang Pasu. Mahathir mendakwa perwakilan dibayar RM200 seorang supya jangan mengundinya.

Itu zaman beliau bukan lagi PM dan presiden Umno. Masa Mahathir jadi presiden Umno, beliau mendakwa telah “berusaha” membasmi rasuah dalam Umno tetapi gagal.

“Saya telah marah, rayu, menanggis, berdoa , tetapi tak berjaya juga”. Kata kata Mahathir itu kerap kita baca dalam akhbar suruhan Umno/BN. Hakikatnya rasuah sudah menjadi amalan Umno.

Sekarang Umno sedang meminda perlembagaan parti dan menggubal peraturan baru kononnya untuk “berubah” kerana menurut pemimpin Umno sendiri “politik wang sudah menjadi budaya dalam Umno”.

Ini semua sudah tahu. Orang Malaysia tahu, orang Afrika pun tahu. Orang Malaysia tahu kerana melihat sendiri apa yang berlaku. Orang luar tahu kerana berita rasuah Umno telah tersebar seantero dunia.

Zaman dunia tanpa sempadan informasi diperolehi dengan mudah. Orang Afrika turut melayari Internet. Mereka tahu apa yang berlaku di Malaysia. Mereka tahu politik wang budaya Umno. Tentunya mereka tahu ramai dalam Umno menggalakkan amalan buruk itu walaupun memberi gambaran mereka benci rasuah. Jadi mengapa pemimpin Afrika mahu belajar dariapda kerajaan Malaysia cara memerangi rasuah ? Seperti yang didakwa Muhyiddin ?

Sepatutunya mereka memberi tahu Muhyiddin “ parti sendiri pun tak boleh kawal nak ajar kami pulak?”. Tapi mereka tidak berkata demikian. Mungkin kerana untuk menjaga hati Muhyiddin. Maklumlah kan Muhyiddin tetamu mereka ? Jadi mereka kata mahu belajar daripada kerajaan Malaysia. Bak kata Inggeris “good PR.” Orang berbudi kita berbahasa . Takkan Muhyiddin tak tahu itu semua ? - tva

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive