KUALA LUMPUR, 10 Ogos — Tan Sri Muhyiddin Yassin mempertahankan kesetiaannya kepada Datuk Seri Najib Razak sambil mengetepikan spekulasi hubungannya dengan Perdana Menteri menemui bibit perpecahan.
Timbalan Perdana Menteri menjelaskan spekulasi sedemikian hanya kerja pihak dalam Pakatan Rakyat.
Muhyiddin (gambar) juga menegaskan beliau sepanjang masa menyokong kepimpinan Najib yang menjadi Perdana Menteri pada April 2009.
“Tiada pihak yang harus mempersoalkan sokongan kuat yang saya berikan kepada Perdana Menteri sejak awal hingga sekarang.
“Jika anda melihat pada sejarah, saya telah memberi sokongan dan membantu beliau sebelum menjadi Perdana Menteri.
“Lebih-lebih apabila beliau meletakkan keyakinan ke atas saya sebagai Menteri Pendidikan dan Timbalan Perdana Menteri,” kata beliau ketika berucap melancarkan buku berjudul “Najib Tun Razak Melakar Transformasi Malaysia” di Kompleks Kraftangan di sini petang ini.
Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno berkata Najib akan sentiasa berperanan sebagai bosnya.
“Bos saya ialah perdana menteri dan persoalan kesetiaan kepada beliau tidak harus dipertikaikan.
“Dalam konteks ini, mungkin mereka dari sebelah lain akan mengambil kesempatan untuk membuat spekulasi bahawa hubungan kami tidak kuat,” katanya.
Minggu lalu, Muhyiddin bersetuju dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa rakyat Malaysia masih belum memahami konsep 1 Malaysia.
Bagaimanapun Muhyiddin menyalahkan PR sebagai sebab mengapa rakyat belum bersedia untuk memahami konsep itu.
Dalam pada itu, Muhyiddin berkata penerbitan buku yang memaparkan liku-liku perjalanan Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia Keenam bagi tempoh setahun pemerintahannya dilihat mampu menangkis pelbagai tohmahan yang dibuat pihak tertentu terhadap kerajaan dan kepimpinan negara.

Sambil menyifatkan pelancaran buku tersebut tepat pada masanya, Muhyiddin berkata buku bertajuk “Najib Tun Razak Melakar Transformasi Malaysia” itu mampu mengubah minda dan tanggapan serong sesetengah pihak yang selama ini meragui keikhlasan Perdana Menteri dalam menjadikan Malaysia sebuah negara maju.
Muhyiddin berkata buku yang dihasilkan tersebut mengupas secara jelas topik-topik berkaitan gagasan 1 Malaysia, Model Baru Ekonomi (MBE), Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang sebelum ini kurang difahami oleh rakyat.
Dalam sidang akhbar kemudiannya, Muhyiddin menegaskan bahawa buku tersebut menjelaskan secara terperinci dan tepat fakta berkenaan dasar-dasar dan program kerajaan yang dipelopori oleh Perdana Menteri dan sekaligus dapat menangkis salah faham ataupun tafsiran yang berbeza yang boleh menimbulkan polemik dan kesan yang tidak baik kepada negara.
“Segala apa yang terkandung dalam buku ini, apa yang saya lihat seolah macam satu kronologi perjalanan pimpinan kita ini dan idea-idea yang diketengahkan dapat dibukukan dan saya kira dibantu dengan gambar boleh memberi satu penjelasan yang lebih tepat,” katanya.
Buku setebal 293 muka surat itu dijual pada harga RM98 senaskhah. - The Malaysian Insider

No comments:
Post a Comment