07 October 2010

Kes Sosilawati : Jesyntha serah diri

KUALA LUMPUR – Jesyntha Clarene Isreal yang diburu polis bagi membantu siasatan kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, hari ini menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi di sini. Menurut laman sosial Facebook rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM),
Jesyntha menyerah diri dengan ditemani oleh peguamnya kira-kira pukul 5 petang sebelum ditahan polis. Baru-baru ini, PDRM melalui laman Facebooknya itu mendedahkan maklumat mengenai wanita tersebut yang berusia 27 tahun kepada umum kerana dipercayai mampu membantu memberi maklumat yang boleh menyelesaikan kes berprofil tinggi itu.

Media tempatan turut melaporkan bahawa Jesyntha difahamkan merupakan isteri kedua kepada seorang suspek kes pembunuhan kejam tersebut yang dikatakan mengetahui perancangan dan kejadian pembunuhan berkenaan.
Sosilawati, 47, bersama pemandu peribadinya, Kamarudin Shamsudin, 44; pegawai Bank CIMB, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting untuk urusan jual beli tanah. Berikutan kehilangan keempat-empat individu itu, polis menahan lapan suspek untuk membantu siasatan kes berkenaan pada 9 dan 10 September lalu. – Bernama@MI

1 comment:

Raja Budak said...

Salam, Mohon kepada saudara rakan blogger agar linkkan blog sy pada blog saudara sebagai link exchange (Pertukaran link blog )Terima Kasih!! http://propasblog.blogspot.com/

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive