Showing posts with label BERITA SEMASA. Show all posts
Showing posts with label BERITA SEMASA. Show all posts

06 September 2012

Hahahaha , Menarik ...Jom ramai2 kita pi cuci kereta di sini..... Cuci kereta 9 kali .... Dapat Amoi sekoq PERCUMA


Pelanggan cuci kereta ditawar seks percuma
NURUL RIDUAN NOR ASHAHA
6 September 2012
Pelanggan cuci kereta ditawar seks percuma
Kad cuci yang diberikan kepada pelanggan selepas mencuci kereta di premis tersebut
Pelanggan cuci kereta ditawar seks percuma
Polis menahan sembilan wanita warga Vietnam dalam serbuan di premis berkenaan, kelmarin
SHAH ALAM – Cuci kereta sembilan kali dapat perkhidmatan seks secara percuma.

Itu promosi yang dibuat sebuah premis pelacuran yang berselindung di sebalik kegiatan cuci kereta di Sunway Mentari, Petaling Jaya.

Bagi menarik minat pelanggannya, pemilik premis menawarkan sembilan pelacur warga Vietnam berusia 18 hingga 28 tahun.

Bagaimanapun, hanya pelanggan berbangsa Cina dibenarkan untuk mendapatkan promosi tersebut.

Pelanggan yang datang ke premis itu akan diberikan kad dan sekiranya cukup sembilan kali mencuci kereta, mereka boleh menebus seorang gadis di situ untuk aktiviti seks.

Bagaimanapun, taktik kotor premis yang beroperasi tiga bulan lalu itu terbongkar selepas diserbu polis, kelmarin, kira-kira jam 12 tengah malam.

Dalam serbuan itu, lima pelanggan sedang melakukan seks dan empat penjaga premis serta wanita yang menyalahgunakan pas lawatan tersebut ditahan.

Ketika serbuan, ada yang cuba melarikan diri dan menyorok di dalam stor.

Polis turut menemui kad cuci kereta serta beberapa kondom yang disembunyikan di dalam ketuhar gelombang mikro.

Siasatan polis mendapati premis itu juga mengenakan bayaran RM130 hingga RM180 kepada pelanggan yang ingin mendapatkan perkhidmatan seks.

Dalam perkembangan lain, polis dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman menyerbu dua premis yang menawarkan urutan batin oleh wanita warga China di Selayang, semalam.

Operasi yang diketuai Inspektor Mohamad Md Jaid itu menahan 12 tukang urut berusia 20 hingga 36 tahun.

Premis yang beroperasi tiga tahun lalu itu menyasarkan pemandu lori sebagai pelanggan tetap.

27 June 2012

Raja Azmi fail penceraian dengan Jailani Sidek

Penerbit filem kontroversi, Raja Azmi bakal menfailkan perceraian dengan suaminya, bekas pemain badminton kebangsaan, Jailani Sidek di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, petang ini.

Menurut laporan akhbar Harian Metro hari ini, pasangan ini mengambil keputusan tersebut atas persetujuan bersama kerana bagi menjaga maruah suaminya yang difitnah sebagai lelaki dayus sebelum ini.

Raja Azmi menganggap keputusan perceraian ini adalah jalan terakhir buat mereka di mana ia merupakan penyelesaian terbaik daripada terus membiarkan dia dan suaminya dicemuh oleh pihak tertentu.

Pasangan ini akan diwakili peguam yang sama, Roslizam Rahim. Teruskan melayari GUA bagi mengikuti berita lanjut mengenai kes mereka yang akan disiarkan GUA tidak lama lagi.

23 May 2012

Azrinaz Mazhar Hakim (bekas isteri Sultan Brunei) kini muncul kembali

Inilah wajah terbaharu Azrinaz.
PETALING JAYA: Personaliti Azrinaz Mazhar Hakim Mazhar,32, membuat kemunculan kepada umum secara eksklusif buat pertama kalinya dalam program On Air selepas berpisah sebagai isteri Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah.
Penerbit rancangan realiti tersebut Muhammad Azlan Zanudin berkata, Azrinaz ditugaskan untuk muncul sebagai peneraju bersama (Co-Anchor) bagi episod dua dan empat (diari) serta lima (penilaian) menerusi program itu.
"Ia merupakan satu penghormatan buat produksi kami apabila dia (Azrinaz) sudi menerima tawaran kami untuk membimbing 20 perantis peserta On Air berkongsi pengalaman sebagai wartawan penyiaran.
"Pada program itu, Azrinaz ditugaskan untuk mengajar beberapa teknik mengenai tugasan ‘stand upper'," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Selasa.

20 May 2012

Bila 2 Din bertemu .... Muhyiddin di majlis kahwin anak Nasharudin


20 Mei 2012
BANGI - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini hadir memeriahkan majlis perkahwinan anak sulung bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa di Bandar Bukit Mahkota di sini.

Muhyiddin, yang tiba pukul 3.40 petang, berada kira-kira 30 minit menikmati jamuan bersama pasangan pengantin Nusaibah Nasharudin, 25, dan Mohd Nazri Husain, 27, serta bergambar kenang-kenangan bersama mereka.

Turut kelihatan pada majlis itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang, Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandee, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor dan Presiden Jalur Tiga (Jati) Datuk Dr Hasan Ali.

Ketika ditemui pemberita, Nasharudin yang juga Anggota Parlimen Bachok, berkata beliau berterima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri dan tetamu kehormat lain yang sudi hadir menyerikan majlis itu walaupun berlainan ideologi politik.

Nusaibah, anak tunggal perempuan dalam kalangan lima beradik, sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang Ijazah Pendidikan di Universiti Kebangsaan Malaysia manakala suaminya seorang arkitek.- Bernama

03 May 2012

Nayati kembali kepangkuan keluarga



SHAH ALAM - Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun, Nayati Shamelin Moodliar, warganegara Belanda yang diculik minggu lalu, ditemui selamat pagi ini di kawasan Hentian Rehat & Rawat Sungai Buloh, Rawang.
Polis mengesahkan Nayati ditemui kira-kira 7.55 pagi.
Dalam kenyataan dikeluarkan menerusi laman sosial Facebook kira-kira jam 10 pagi tadi, keluarga Nayati berkata:
"Kami gembira untuk memberitahu bahawa Nayati sudah pulang ke rumah dan meskipun ia detik yang sangat traumatik bagi dirinya, dia kelihatan berada dalam keadaan baik."
Dalam pada itu, Facebook Polis Diraja Malaysia menyebut, "kanak-kanak lelaki yang dilapor hilang dipercayai diculik minggu lepas, Nayati Shamelin Moodliar, dijumpai di Rawang hari ini."
"Pengesahan berita tersebut dibuat oleh Datuk Ku Chin Wah, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur," kata kenyataan ringkas.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, kanak-kanak yang dilaporkan hilang sejak 27 April lalu di hadapan Mount Kiara International School, telah ditemui di Hentian Rehat dan Rawat Sungai Buloh.

09 April 2012

500 penumpang terperangkap, seorang cedera, KTM Komuter rosak

KUALA LUMPUR - Kira-kira 500 penumpang KTM Komuter terperangkap apabila tren yang dinaiki mengalami kerosakan ketika berada di laluan berhampiran Bank Rakyat di sini malam ini.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata, dalam kejadian kira-kira 7.30 malam itu, seorang wanita cedera ringan
selepas cuba menyelamatkan diri dengan terjun daripada gerabak.

Beliau berkata, pihak bomba menerima panggilan pada 7.50 malam dan jentera pertama tiba 10 minit kemudian.

"Operasi menyelamat mengambil masa selama sejam dan membabitkan tiga jentera dari Balai Bomba Pusat dan Sentul," katanya ketika dihubungi Bernama.

Wanita yang cedera itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk pemeriksaan lanjut. - Bernama

05 April 2012

Pak Sanggup (cina buta) pendapatan lumayan mencecah RM10 sebulan

BUKTI...Ramli menunjukkan cek bayaran sebagai cina buta.
BUKTI...Ramli menunjukkan cek bayaran sebagai cina buta.
JOHOR BAHRU: Sekumpulan lelaki menjadi pak sanggup atau cina buta semata-mata mengidamkan imbuhan lumayan mencecah RM10,000 serta berpeluang bermalam dengan isteri ekspres bagi memuaskan nafsu selama sebulan sebelum diceraikan.
Dengan imbuhan serta pelbagai barangan mewah lain diberikan isteri ekspres masing-masing, kumpulan cina buta terbabit tidak kisah dilabel dengan gelaran itu, malah memberi alasan ia bukan perkara mendatangkan kesalahan kerana segala-galanya dilakukan mengikut syarak.
Bagi memudahkan pelanggan terdesak menghubungi mereka, kumpulan cina buta terbabit mendedahkan identiti serta maklumat peribadi berserta nombor telefon masing-masing dalam laman web.

Seorang daripada cina buta yang hanya mahu dikenali sebagai Ramli, 31, berkata, dia yang berasal dari Tapah, Perak, datang ke bandar raya ini enam tahun lalu sebelum terjebak kegiatan itu setahun kemudian.

Menurutnya, dia mula terjebak kegiatan cina buta apabila menganggur lima bulan sebelum ditawarkan peluang menjadi cina buta kepada seorang kerani yang tinggal di Kuala Lumpur - MyMetro

26 March 2012

Hina Guan Eng Ambiga : 5 didakwa

26 Mac 2012
KUALA LUMPUR - Lima lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap tuduhan menampal poster mengandungi gambar dan perkataan berunsur penghinaan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan bekas Presiden Majlis Peguam Datuk S. Ambiga.

Muhammad Nizam Ali, 24, Hamzah Mahmood, 32, Mohd Norizam Che Othman, 31, Shahir Saarani, 30, dan Mohd Jamil Jamaluddin, 36, didakwa bersama lima lagi yang masih bebas melakukan kesalahan dengan menampal di tempat awam poster mengandungi gambar dan perkataan seperti "Lim Guan Eng Racist", "Lim Guan Eng Anti Melayu" dan "Undi Ambiga Undi Seks Bebas".

Muhammad Nizam dan Hamzah, kedua-duannya penganggur, Mohd Norizam dan Shahir, kedua-duanya mekanik, dan Mohd Jamil, seorang peniaga, dituduh melakukan kesalahan itu di Jalan Wan Kadir, Taman Tun Dr Ismail, di sini pada 3.40 pagi 4 Februari lalu.

04 March 2012

Nenek 116 tahun [warga tertua Perlis] teringin nak kahwin,... untuk kali ke 7 ....

‘Tok teringin nak kahwin’

Oleh RASHIDI KARIM
am@hmetro.com.my
     
MASIH SIHAT... Puan yang berusia 116 tahun bersama anak,  cucu dan cicitnya ketika program Jalinan Mesra Bersama Warga Emas yang diadakan di rumahnya.
MASIH SIHAT... Puan yang berusia 116 tahun bersama anak, cucu dan cicitnya ketika program Jalinan Mesra Bersama Warga Emas yang diadakan di rumahnya.
KANGAR: Wanita tertua di Perlis, Puan Ahmad, berusia 116 tahun, yang menjanda sejak lebih 30 tahun lalu, masih menyimpan hasrat untuk bertemu jodoh dengan lelaki yang mampu menjaganya sebelum menghembuskan nafas terakhir.
“Pilihan kali ini biar di kalangan lelaki yang mampu menjaga tok. Tok tidak mahu lelaki yang laih (sudah tidak larat) seperti sebelum ini yang semuanya terlebih dulu meninggalkan tok buat selama-lamanya.


“Bagaimanapun, semuanya ketentuan Allah kerana ia membabitkan jodoh... jika hampa (pemberita) tanya sama ada tok nak kahwin lagi untuk kali ketujuh... memang tok teringin nak kahwin.

28 February 2012

Tempahan nombor plat Wilayah WWW bermula 30 April


KUALA LUMPUR: Orang ramai yang berminat untuk mendapatkan nombor pendaftaran kenderaan "WWW" yang bermaksud "World Wide Web" boleh membuat tempahan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mulai 30 April ini.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, tempahan akan dibuka selama 14 hari mulai 8 pagi hingga 12 tengah hari sehingga 14 Mei depan.
"Kita telah menerima banyak pertanyaan dan panggilan telefon tentang nombor pendaftaran "WWW'. Salah satu sebab kenapa mereka mahu sangat nombor itu kerana ia membawa maksud "World Wide Web"," katanya dalam satu kenyataan.

23 February 2012

"Saya dipaksa langkah Al Quran untuk mendapatkan semula isteri"

[23/02/12] KUCHING: Tidak sanggup menanggung dosa besar angkara syarat pelik keluarga mentua yang memaksa melangkah al-Quran sebelum dibenar mendapatkan kembali isteri dan anak-anak, seorang saudara baru mengadu kejadian itu kepada Jabatan Agama Islam Sarawak (Jais), selain membuat laporan polis.

Sebelum ini, Mohd Ikmal Hakimie Abdullah, 32, sudah tujuh kali melangkah al-Quran di depan pintu utama rumah mentuanya selepas dipaksa berbuat demikian oleh keluarga mentuanya yang beragama Islam.

Dia mendakwa, setiap kali berbuat demikian kejadian itu turut disaksikan dua penduduk kampung mentuanya di Trusan Jaya, di sini, termasuk seorang daripadanya berbangsa Cina.

Mohd Ikmal mendakwa, syarat pelik keluarga mentuanya itu kali pertama berlaku pada Disember 2008 ketika dia bertandang ke rumah mereka bagi menjemput isteri berusia 27 tahun dan dua anak lelaki berusia tiga serta lima tahun selepas wanita berkenaan melarikan diri dari rumahnya di Sematan.

“Saya dipaksa melakukan perbuatan itu sebagai syarat mendapatkan semula isteri dan anak serta membuktikan saya tidak mengamalkan sihir. Ini kerana keluarga mentua menuduh saya mengamalkan sihir ketika datang mengambil isteri dan anak di rumahnya.

16 February 2012

Nenek 16 thn yang punya 4 anak 19 cucu 47 cicit sebenarnya berumur 116 thn, warga paling tua di Perlis

KANGAR: Bukan 16, tetapi 116 tahun. Itulah usia sebenar warga emas Puan binti Ahmad, yang bacaan tarikh lahir pada MyKadnya menggambarkan beliau dilahirkan pada 12 April 1996.

Hakikatnya, pemilik MyKad bernombor 960412-02-0058* itu dilahirkan pada 1896 dan disahkan sebagai penduduk paling tua di Perlis berdasarkan rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Menjelaskan perkara itu kepada media di sini Khamis, Menteri Besar Datuk Seri Dr Md Isa Sabu berkata, nombor yang tertera pada MyKad warga emas berkenaan adalah berasaskan rekod sebenar JPN.

Disebabkan beliau lahir pada 1896, maka nombor pada MyKadnya juga bermula dengan 96 seperti kesemua pemegang MyKad yang lahir pada 1996, kata Md Isa yang mengunjungi warga emas itu pada Khamis.

13 February 2012

Ketua Pendakwa Syarie negeri Perak dipenjara 8 tahun, denda RM 55,000 atas kesalahan rasuah

Oleh Mohd Farhan Darwis

February 13, 2012
KUALA LUMPUR, 13 Feb -- Ketua Pendakwa Syarie Perak hari ini telah dijatuhkan hukuman penjara 8 tahun dan denda RM 55,000 atas empat pertuduhan meminta dan memperoleh suapan sebagai dorongan untuk tidak meneruskan pertuduhan atas satu kes khalwat.
Shahrunnazri Abdul Samad, 40, didakwa melakukan kesalahan tersebut semasa beliau bertugas sebagai Ketua Pendakwa Syarie yang merupakan jawatan tertinggi Bahagian Pendakwaan Syariah di negeri Perak.
Beliau dituduh di bawah seksyen 10 (a)(bb) Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 1997 dan Seksyen 11 (a) Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 1997.
Bagi pertuduhan pertama, Shahrunnazri secara rasuah meminta suapan wang tunai berjumlah RM5,000 daripada Mohamad Asri Bin A. Bakar sebagai dorongan supaya tidak meneruskan pertuduhan ke atasnya yang disyaki terlibat dalam satu kes khalwat.

12 February 2012

TERKINI : Kes Kashgari : 'Court Order' - Hentikan menghantar Kashgari pulang ke Arab Saudi

Peguam hak asasi manusia dilaporkan dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antrabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dalam usaha terakhir untuk menyekat wartawan muda Arab Saudi Hamza Kashgari daripada diusir pulang ke negaranya.

Dalam mesej teks kepada Malaysiakini, peguam Fadiah Nadwa Fikri berkata Hakim Datuk Rohana Yusuf telah membenarkan perintah interim bagi menghentikan pengusiran itu.

"Kami kini dalam perjalanan untuk menyampaikan perintah ini kepada polis, imigresen dan Kementerian Dalam Negeri (KDN)," katanya.

Walau bagaimanapun, adalah tidak jelas jika Hamza masih di negara ini ataupun sudah diusir.

Agensi berita AFP yang memetik sumber kerajaan, melaporkan bahawa Hamza telah pun dihantar pulang dan kini dalamkawalan pegawai-pegawai Arab Saudi.

11 February 2012

Hanya seketul ayam ....

Insiden KFC: Tidak timbul isu perkauman, kata saksi

February 11, 2012
Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng turut hadir di sidang akhbar tentang insiden KFC. — Gambar fail
KLANG, 11 Feb - Saksi insiden pergaduhan di KFC i-City Shah Alam yang memuat naik video di laman web Youtube hari ini menegaskan tidak berlaku sebarang isu perkauman behubung perkara itu, dan pergaduhan tersebut berlaku hanya disebabkan perasaan tidak puas hati kerana KFC itu kehabisan ayam goreng.
Saksi berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Jes 6366 berkata dia yang sedang beratur tidak mendengar sebarang perkataan berunsur perkauman dilemparkan sebaliknya mangsa, Danny Ng menggunakan suara yang agak tinggi terhadap pekerja KFC berkenaan untuk mengadukan perkara itu kepada pengurusan KFC.
"Tidak ada perkataan yang berunsur perkauman disebut dalam pergaduhan itu, tapi ..........

01 July 2011

Detik-detik terakhir stesen KTM Tanjong Pagar

Pengunjung tangisi detik terakhir stesen kereta api Tanjong Pagar

2011/07/01

SINGAPURA: Sejurus selepas tren terakhir meninggalkan Stesen Kereta Api Tanjong Pagar tepat pada 11 malam tadi, Mohd Ayub Embong terus bergerak ke pejabatnya yang terletak 50 meter dari situ.

Di pejabatnya itu, Mohd Ayub, yang merupakan Pengurus Operasi stesen berkenaan, memastikan segala dokumentasi yang diperlukan bagi menutup operasi stesen itu secara rasmi siap menjelang detik 12 tengah malam. Segala gerak-geri beliau menyiapkan dokumen terakhir itu diperhatikan dengan penuh minat oleh pengunjung dan jurugambar media yang mahu merakamkan detik-detik terakhir perkhidmatannya di situ. Walaupun sibuk menyiapkan tugasnya yang perlu diselesaikan sebelum tengah malam itu, Mohd Ayub itu kerap "diganggu" oleh permintaan demi permintaan daripada pengunjung untuk mengambil gambar bersamanya.

31 January 2011

Pelajar Malaysia dirogol di London

PETALING JAYA, 30 JANUARY, 2011: An 18-year-old Malaysian student in London was allegedly gang-raped by several Russian men, including an intelligence officer who has been charged with the offense.

The Sun tabloid of London, which broke the story on Thursday, reported that the girl had attended a party at the prestigious Bellerbys College in Greenwich, South London, where she is studying.

Sources from the daily claimed that the girl was allegedly drugged and then filmed while being assaulted by seven Russian men, including the intelligence officer identified as Oleg Vladimirvich Ivanov, 23.

The crime is said to have happened early last Sunday during the party attended by English language students of the college.

The report stated that police retrieved iPhones with harrowing footage of the victim being gang-raped.

Ivanov was charged with three others identified as Gregory Andreev Melnikov, 22, Norayr Davtyan, 25, and Arnen Simonay, 26, with the offense at the Woolwich Magistrates’ Court on Tuesday and Wednesday.

All four claimed trial and have been remanded.

They will appear at Woolwich Crown Court on Tuesday.

Two other suspects were released on bail while another was released without any charge.

The report also stated that the seven men had claimed to be students, but it quoted well-informed sources as saying that Ivanov worked in the Intelligence Section of the Moscow Police.

It stated that Ivanov had only been in Britain for a week before the alleged gang-rape.

The victim was said to have raised the alarm after staggering into a friend’s room.

“She is distraught. She is very young and it is believed she was given a drug before being defiled,” the report quoted a source as saying.

Two students at the college, contacted by The Star last night, were tight-lipped about the incident.

“What we know so far is what everyone has read in the newspaper (The Sun). We refuse to talk about the case as we are not allowed to. Please contact our college officials if you want a comment,’’ said one of them.

The college officials could not be reached for comment.

Malaysian students in Britain have been advised to be vigilant to avoid being caught in compromising situations, following the alleged attack.

Education Malaysia (Britain and Eire) director Assoc Prof Dr Rosman Abdullah said his department would issue advisories to students there to prevent such things from happening again. - malaysiandigest.com

30 January 2011

Restoran Kari Kepala Ikan saman Google dan Blogger?

Dok dalam bilik hotel sorang-sorang sambil baca 'The Sabah Times' aku jumpa berita ni. Cuba cari kat TST online tak der pula dia, jadi aku snap jer lah ...
Hebat bro ni, Google pun dia saman ...

20 January 2011

Syiling RM75 ribu bertaburan di Lebuhraya


SEREMBAN – Polis mengesahkan belum melakukan siasatan berhubung duit syiling berjumlah RM75,000 yang habis dikebas orang ramai ketika bertaburan di Kilometer 243 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran susur keluar Pedas di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azli Kamaruddin (gambar kecil) berkata, kehilangan duit syiling itu tidak disiasat kerana polis tidak menerima laporan daripada mana-mana pihak yang memaklumkan kehilangan wang milik mereka.

“Dalam kejadian itu, hanya ada seorang pemandu kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux yang dikatakan membawa duit syiling itu membuat laporan polis tetapi ia berkaitan dengan kemalangan,” kata beliau ketika dihubungi semalam.

Sehubungan itu, menurut beliau, polis kini melakukan siasatan berhubung dua buah kenderaan yang berlanggar iaitu membabitkan sebuah Toyota Hilux dan sebuah kereta BMW.

12 November 2010

Rakyat Malaysia antara tertinggi guna Facebook, Twitter

KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia merupakan antara pengguna aplikasi rangkaian sosial Facebook, Friendster dan Twitter yang tertinggi di dunia.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, dianggarkan terdapat 7.5 juta pemilik akaun Facebook di Malaysia kini.

“Ini adalah potensi rakyat yang harus digunakan oleh industri dalam bidang ini untuk memajukan negara khususnya menerusi kandungan mudah alih.

“Terdapat fakta yang menunjukkan bahawa kewujudan Facebook, Twitter, inovasi platform Android, aplikasi dalam talian dan mudah alih telah mengubah landskap komunikasi

- Kosmo

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive