Insiden KFC: Tidak timbul isu perkauman, kata saksi
February 11, 2012
Saksi berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Jes 6366 berkata dia yang sedang beratur tidak mendengar sebarang perkataan berunsur perkauman dilemparkan sebaliknya mangsa, Danny Ng menggunakan suara yang agak tinggi terhadap pekerja KFC berkenaan untuk mengadukan perkara itu kepada pengurusan KFC.
"Tidak ada perkataan yang berunsur perkauman disebut dalam pergaduhan itu, tapi ..........
Danny menggunakan suara yang agak kuat dan mungkin itu yang menimbulkan provokasi dan menbuatkan pekerja KFC itu marah.Menurutnya, isteri Danny telah membawa Danny keluar daripada KFC, dan disebabkan perasaan tidak puas hati, Danny masuk semula ke dalam KFC dan menuntut permohonan maaf daripada pekerja terbabit yang menjadi punca pertengkaran itu bertukar menjadi pergaduhan.
"Pada masa itu ada sekitar 40 pelanggan sedang menunggu untuk membeli ayam goreng, tapi KFC sudah kehabisan ayam sedangkan jam baru menunjukkan 9.30 malam.
"Pelanggan itu merungut disebabkan kehabisan ayam goreng, dan ada suara-suara tidak elok daripada dapur. Tiba-tiba pekerja KFC itu keluar dari dapur dan membawa sebatang besi," katanya menceritakan situasi sebenar semasa insiden pergaduhan tersebut berlaku.
"Bagaimanapun, pengurus KFC berkenaan tidak mengambil sebarang tindakan, sebaliknya hanya duduk di dapur," kata Jess di Pejabat DAP di sini.
Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad yang hadir ketika sidang media itu meminta orang ramai agar tidak menjadikan isu berkenaan sebagai isu perkauman.
"Ini hanyalah pertelingkahan berkenaan ayam goreng. Saya minta masyarakat di luar sana tidak menjadikan ianya sebagai isu perkauman," katanya menegaskan insiden itu berlaku disebabkan kelemahan pengurusan KFC yang tidak cekap.
Menurut Timbalan Pesuruhjaya PAS itu, pengurusan KFC seharusnya mengawal keadaan dan pengurus seharusnya sudah maklum keadaan yang berlaku.
Namun begitu, beliau turut menegaskan tiada alasan untuk pekerja KFC itu bertindak ganas, namun beliau tidak menolak mungkin disebabkan faktor keadaan menjadikan pekerja itu berang dan bertindak di luar jangkaan.
"Pekerja harus bersifat rasional, jangan gunakan kekerasan, begitu juga dengan pelanggan, cuba elakkan daripada menggunakan bahasa kasar yang boleh menimbulkan provokasi," tambahnya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng berkata pihaknya akan cuba memujuk Danny untuk berdamai dengan pekerja KFC tersebut sekiranya pekerja itu bersedia untuk bersemuka.
Malah, menurutnya lagi, pihak polis juga akan membuat kawad cam hari ini bagi mengenal pasti pekerja yang terlibat menumbuk mangsa dalam insiden tersebut.
"KFC juga telah bersetuju untuk berjumpa mangsa pada minggu depan di Ibu Pejabat KFC dan DAP akan menghantar wakil peguam bersama-sama Danny.” - The Malaysian Insider
No comments:
Post a Comment