Sejumlah besar menghadiri "upacara yang tidak perlukan orang dibayar" di DataranMerdeka pada malam Merdeka '55 - 30 OGOS, 2012 – ini merupakan satu lagi petanda yang jelas bahawa rakyat tidak berpuas hati dengan kerajaan sekarang. Ia adalah perhimpunan JanjiDemokrasi untuk menyambut Merdeka '55.
Mereka berkumpul untuk meraikan Merdeka yang 'sebenar' bagi rakyat dan berada dalam usaha untuk mendesak diadakan pilihanraya yang adil dan bebas, pemeliharaan kesucian Perlembagaan, kebebasan bersuara, media yang bebas dan keadilan sosial untuk semua rakyat Malaysia.
Terdapat sekurang-kurangnya 50,000, termasuk rakyat yang berpakaian kasual - penyokong pasif - dan hadirin begitu tenang dan damai. Ia merupakan tanda rakyat Malaysia yang berwawasan dan patriotik daripada semua bangsa, agama dan kepercayaan telah datang bersama-sama untuk menyambut Merdeka '55.
Mereka mewakili rakyat Malaysia yang cintakan keamanan yang tidak sedikit pun ingin menjadikan Malaysia sebuah republik, menukar Perlembagaan atau menghapuskan Monarki. Tetapi ini telah diputar belit oleh beberapa pemimpin UMNO dan pembohongan yang jahat telah disebarkan oleh media pro-UMNO untuk menipu rakyat.
Semangat untuk perubahan
Api Olimpik adalah simbol Sukan Olimpik untuk memperingati kecurian api dari dewa Yunani Zeus oleh Prometheus, dimana api itu telah disimpan untuk membakar sepanjang sambutan Sukan Olimpik di zaman lampau.
Dengan cara yang sama, Malaysia telah mengadakan perhimpunan JanjiDemokrasi telah menyalakan Api Demokrasi bagi semua rakyat Malaysia dan 'pembawa obor' adalah rakyat yang akan menyemarakkan semangat untuk perubahan dan menetapkan harapan bagi rakyat dalam pilihan raya umum ke-13.
Kerajaan pimpinan UMNO begitu kecut apabila ribuan membanjiri DataranMerdeka untuk mengira detik kemerdekaan. Mereka yang iri hati dengan pencapaian ini tidak dapat menghentikan gelombang demokrasi yang menyalakan semangat Merdeka para prajurit ini, dan semangat rakyat semua pada masa itu terlalu tinggi untuk dikawal UMNO yang dipimpin Barisan Nasional.
Ia telah dilaporkan bahawa di kalangan orang ramai ini terdapat juga penyokong UMNO yang tidak berpuas hati dengan kerajaan sekarang.
‘Adegan tunjuk punggung
Walau bagaimanapun, acara tersebut telah 'dicemari' oleh dua insiden - 'menunjukkan punggung' pada potret Perdana Menteri NajibRazak, RosmahMansor dan Pesuruhjaya Pilihan Raya, dan paparan bendera Sang Saka Malaya oleh beberapa orang prajurit untuk mengingatkan rakyat kepada sejarah Malaya.
Rakyat Malaysia, walau bagaimanapun, perlu mengambil iktibar dari kedua-dua insiden tersebut.
'Menunjukkan Punggung atau 'tarian punggung' bukanlah sesuatu yang baru dalam budaya kita. 15 MEI 2012 menyaksikan sekumpulan pesara tentera melakukan senaman punggung' di hadapan kediaman pengerusi bersama Bersih, Ambiga Sreenevasan di Bukit Damansara.
Mereka melakukan satu siri latihan pendek, membongkok dan menggerakkan punggung mereka di hadapan pintu pagar.
Kumpulan itu terkejut apabila, Ambiga tidak melepaskan anjing Rottweil yang dimilikinya di pekarangan rumahnya, malah, Ambiga muncul dari rumahnya dan dengan rendah diri menjemput mereka untuk meminum minuman tin yang dia disediakan.
Dia mungkin faham bahawa orang-orang dewasa ini telah penat selepas 'tarian' mereka. Memang benar, hanya seorang wanita diperlukan untuk melembutkan hati seorang lelaki'.
'Senaman punggung' telah dilaporkan secara meluas oleh media - tempatan dan antarabangsa - dan belia kita pasti telah mengambil iktibar dari insiden ini apabila mereka melakukan perkara yang sama pada potret Najib, Rosmah dan Pesuruhjaya Pilihan Raya pada malam ambang Merdeka '55 di Dataran Merdeka.
Orang muda cepat belajar - menteri pendidikan sekarang boleh mengesahkan fakta pedagogi ini.
Peribahasa Melayu ada berkata "Bapa borek anak rintik.”. Anak-anak sekolah kita diajar peribahasa ini dalam sukatan pelajaran sekolah.
Minda muda senang terdedah tetapi mereka yang impresionis biasanya akan mengikuti contoh yang ditunjukkan oleh orang lain, terutama sekali orang dewasa.
Sakit mental
Negara ini tidak pernah sunyi dari episod bodoh apabila ia menyentuh hal politik. Selain 'senaman punggung' di pintu rumah Ambiga yang dihormati terdapat juga bab menjijikkan iaitu adegan memijak, melangkah dan membuang air kecil pada potret pemimpin oleh sesetengah orang yang bodoh.
Dalam kegilaan dan kemuncak kelakuan mereka, haiwan dan tokoh agama juga tidak terkecuali.
Ia telah dilaporkan secara meluas - dan dengan bukti-bukti yang jelas – samseng-samseng ini memijak potret tidak bersalah Ambiga, Lim Guan Eng, Anwar Ibrahim dan Khalid Samad. Ia juga telah dilaporkan dengan bukti bahawa para samseng juga telah membuang air kecil pada potret Nik Aziz Nik Mat Presiden PAS dan Hadi Awang.
Orang dewasa yang kononnya dan kelihatan alim di luar, telah menyediakan kek 'najis' untuk meraikan hari jadi ketua menteri. Yang demikian itu adalah mentaliti sakit beberapa watak jahat di negara ini. Dan mereka mengaku diri mereka sebagai 'orang agama'.
Media yang dikawal oleh kerajaan tidak teragak-agak untuk menunjukkan beberapa ini isyarat keji kepada orang ramai untuk membangkitkan emosi mereka dan tersilap berfikir bahawa rakyat akan merendahkan martabat pembangkang dan NGO dengan berbuat demikian. Ia hanya memakan diri sendiri.
Pada 28 Ogos 2009, sekumpulan orang dewasa yang mengaku ahli persatuan penduduk Seksyen 23 di Shah Alam, menggemparkan seluruh negara apabila mereka mengadakan bantahan kecoh di luar premis kerajaan negeri, di mana mereka membawa kepala lembu dan memijak dan meludah di atasnya.
Insiden itu mencemari ulangtahun Merdeka '52.
Hanya selepas hari Merdeka pada tahun 2008, pada awal bulan September, Gerakan telah terbabit dalam kontroversi atas kenyataan perkauman yang dibuat bekas ketua bahagian UMNO Bukit Bendera, Ahmad Ismail di mana dia menyifatkan orang Cina di Malaysia sebagai 'penumpang'.
Pemimpin Gerakan telah menuntut permohonan maaf daripadanya dan menggesa tindakan akan diambil terhadap ahli UMNO itu. Sebaliknya, orang ramai terkejut melihat penyokong Ahmad menggoyakkan potret KohTsu Koon
Sistem pendidikan Malaysia
Kerana tiada tindakan diambil terhadap orang-orang yang zalim oleh pihak berkuasa yang berkenaan, golongan muda mesti berfikir bahawa mereka juga boleh melakukan perkara yang sama. Mungkin, sistem pendidikan negara tidak menekankan dengan cukup mengenai 'apa yang betul dan apa yang salah' dalam kehidupan dalam sukatan pelajaran sekolah.
Atau ia mungkin bahawa penekanan kepada pendidikan adalah 'apa tidak betul dari segi moral atau agama’ boleh dihalalkan oleh politik ?
Apabila orang dewasa dan pemimpin tidak menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat muda mereka akan menjadi contoh. Janganlah kita menyalahkan golongan muda apabila mereka lemah akidah atau berbuat jahat dalam masyarakat. Tanggungjawab adalah pada orang dewasa dan pemimpin untuk menjadi teladan.
Apabila polis tidak mengambil tindakan terhadap samseng-samseng ini, orang muda akan terfikir ini tidak akan mendatangkan masalah, apabila tiada apa yang akan berlaku.
Rupa-rupanya sistem pendidikan Malaysia meletakkan begitu banyak penekanan kepada pendidikan moral dan pengajian agama dari tadika hingga ke peringkat universiti. Tetapi ia seolah-olah seperti nilai-nilai moral atau agama tidak meresap ke hati nurani beberapa rakyat Malaysia.
Media dikuasai UMNO-tidak menunjukkan sebarang kejadian serangan yang melibatkan tokoh Pembangkang atau orang-orang yang boleh mencemarkan reputasi UMNO kerana takut tindak balas politik daripada rakyat.
Tetapi apabila pelajar didakwa telah menunjukkan punggungnya pada potret Najib, Rosmah dan Pesuruhjaya Pilihanraya dengan pantas dia ditahan oleh pihak polis dan dia kini dibebaskan dengan jaminan polis.
Ini sudah tentu menjadi 'berita sensasi’ dalam media yang dikawal UMNO. Bagaimanapun, rakyat semua sedar budaya politik UMNO dan pendekatan double standard mereka dalam mendakwa orang-orang yang melakukan kesalahan.
Tuduhan yang tidak masuk akal
Dua remaja baik membawa bendera Sang Saka Malaya sebagai tanda simbolik pada perhimpunan JanjiDemokrasi, mungkin sebagai penghormatan kepada wira yang tidak diingati dalam memperjuangkan kemerdekaan, telah dicemuh kepimpinan tertinggi UMNO.
Bijak sekali isu itu dipintal 'sejarah' menjadi 'politik' dan mula memasukkan ramuan propaganda bahawa helah pembangkang ‘begitu licik' kerana cuba menukar bendera Negara - tuduhan yang tidak munasabah ini tidak diterima dengan baik oleh rakyat.
Rakyat sedar bahawa bendera Sang Saka Malaya yang dikibar pada malam itu bukanlah bukti bahawa rakyat atau pembangkang berhasrat untuk menukar bendera Negara. Tambahan pula, perhimpunan besar-besaran di Dataran tidak dianjurkan oleh Pembangkang tetapi NGO.
Jadi kerana ia boleh dilakukan, isu bendera Sang Saka Malaya telah dipolitikkan oleh UMNO dan ini telah menaikkan kemarahan rakyat.
‘Betul dari segi politik’
Mengapa menjadi paranoid atas kejadian ini apabila bendera itu mempunyai beberapa erti dalam sejarah negara dan orang Melayu?
Semua pelajar sejarah sudah biasa dengan Sang Saka Malaya - yang mempunyai bulan sabit dan 11 bintang tajam di sudut atas sebelah kiri bendera berlatar belakangkan dua warna jalur, merah dan putih. Ia telah digunakan oleh parti Melayu yang pertama – Kesatuan Melayu Malaya (KMM) yang ditubuhkan pada tahun 1938 - yang telah berjuang menentang penjajah British untuk kemerdekaan negara.
Oleh itu Sang Saka Malaya adalah sebahagian daripada sejarah negara. Dengan
sejarah yang diajar dan ditekankan di sekolah, generasi muda pasti sedar kepentingannya daripada perspektif sejarah. Mereka mungkin naif tentang bab politik yang betul.
Cinta mereka untuk subjek sejarah di sekolah telah membuat mereka mengibarkan bendera Sang Saka Malaya, kerana ada sejarah yang penting disebalik bendera ini. Mereka pasti merasakan bahawa untuk menghargai masa depan jangan lupa kepada masa lalu, terutamanya mereka yang telah menyumbang kepada perjuangan untuk kemerdekaan.
Belia, untuk itu, mempunyai kebijaksanaan ilmiah untuk tidak mengibarkan bendera Jepun atau bendera PKM (Parti Komunis Malaya) semasa majlis itu.
Apa lagi, rakyat kini sedar bahawa bendera Sang Saka adalah sebahagian daripada sejarah, tetapi pada masa yang sama mereka menghormati Jalur Gemilang yang telah dipilih untuk melambangkan negara.
Dan atas sebab ini, rakyat tidak begitu mentah dengan propaganda politik UMNO.
Sistem pendidikan yang kabur
Penodaan potret ahli-ahli politik, pemimpin NGO dan tokoh agama tidak mendorong kerajaan untuk berfikir tentang punca perbuatan itu. Adakah mereka muflis dari segi moral selepas berada dibawah pendidikan sistem pendidikan selama bertahun-tahun?
Jika ya, salahkan kerajaan pimpinan UMNO yang berusia 55-tahun kerana telah mengekalkan sistem pendidikan yang kabur untuk rakyat.
Jika kebenaran diberitahu, tiada siapa yang berfikiran waras akan bersetuju untuk melakukan tarian sumbang, menunjukkan punggung, menoda potret pemimpin 'atau tokoh agama. Rakyat secara umum tidak berminat untuk menukar bendera Malaysia. Mereka tidak mempunyai sebab untuk berbuat demikian.
Mereka mempunyai agenda lebih baik untuk difikirkan, iaitu untuk menukar kerajaan.
Mungkin, setelah 55 tahun pemerintahan UMNO-Perikatan-Barisan membuat rakyat berasa letih dan bosan. Mereka kini mendesak untuk melihat fajar baru menyinsing bagi negara ini. Lagipun, inilah apa yang dimaksudkan dengan demokrasi.
Tetapi ini tidak bermakna bahawa Barisan akan binasa selama-lamanya. Barisan mungkin boleh mengambil peranan Pembangkang dan bertanggungjawab untuk sekurang-kurangnya lima tahun selepas pilihan raya umum akan datang. Mereka boleh membuat kemunculan semula selepas itu.
Lagipun, kita kini mempunyai sistem dua parti yang berdaya maju dan monopoli kuasa bukanlah menjadi satu isu.
Perubahan kerajaan
Kita dikurniakan dengan Pembangkang dan rakyat secara umumnya terdiri daripada rakyat Malaysia yang setia dan cintakan negara. Di bawah mana-mana kerajaan baru, rakyat masih akan menyanyangi negara, memelihara bendera Malaysia dan menghormati raja.
Perlembagaan akan sentiasa kekal tertinggi dan Negaraku akan kekal sebagai lagu kebangsaan.
Jelas, UMNO Barisan tidak boleh menerima ini semua .'Faktor kagum' akan Janji Demokrasi akan menjadi penentu bagi pembangkang dalam pilihan raya umum akan datang. Negara akan melihat perubahan kerajaan.
Malaysia Chronicle

2 comments:
YES ! Come ge13 We WILL say
Podah pundek to bN.
The Indians supports PR
abu,abu,abu....
Post a Comment