12 February 2013

Najib upah samseng pukul Mahasiswa di Pekan?



PENGERUSI Gerakan Mahasiswa Sertai Pilihan Raya Umum Ke-13 (GM13), Syis Abdul Kadir mengesahkan, salah seorang aktivisnya, Ihsan Bukhari (baju merah) dipukul kira-kira jam 1.00 petang tadi semasa berkempen di Kampung Teluk dalam Parlimen Pekan.

Beliau berkata, mangsa dipukul oleh sekumpulan samseng yang tidak dikenali, dipercayai khalayak tempatan demi mempertahan tapak sokongan rakyat terhadap terhadap Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak.



"Kami menang tidak kenal (samseng tersebut), tetapi, serangan terhadap mangsa dipercayai untuk halang kempen mahasiswa seru rakyat tolak Najib," ujar beliau menerusi telefon sebentar tadi.

Syis yang juga Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMiUM) berkata, pihaknya dalam perjalanan ke balai polis berdekatan untuk membuat aduan lanjut.

Sementara itu, gambar mangsa dipukul oleh samseng di Pekan disebar secara meluas di laman sosial Facebook.

Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Safwan Anang yang disebut-sebut sebagai calon mahasiswa yang bakal menentang Najib di Pekan pula berkata, insiden tersebut menyerlahkan wajah sebenar Najib.

"(Budaya samseng) inilah simbol kempen 1Malaysia dan program (kempen) terbaru My Beautiful Malaysia adalah tipu belaka.

"Kalau budaya samseng itu tidak diupah oleh Najib secara langsung sekalipun, insiden itu membayangkan Presiden Umno itu tidak berupaya mengekang amarah penyokongnya sekarang.

"Insiden itu membayangkan bahawa kemungkinan penyokong Najib sendiri akan mencetuskan huru-hara jika Umno tewas di Putrajaya kerana itu pun isyarat yang sedang diberikan sejak dalam Perhimpunan Agung Umno (PAU) lepas," ujar beliau semasa dihubungi kemudian.

Justeru, beliau menyeru mahasiswa bermula sekarang supaya mendesak Najib memberikan jaminan bahawa proses peralihan kuasa mesti dilakukan secara aman semasa Umno tewas pilihan raya umum nanti. - sumber

2 comments:

C++ said...

Bhai MS...

Nampaknyer Samseng Pekan lebih ganas dari Samseng Rusila.... itu hari AdukaTaruna tak kena sampai berdarah... dibelasah Samseng Rusila...

Nih Samseng Pekan sampai berdarah mangsa.... aper daaa.... Samer sekufu nampaknyer... hehehe

Unknown said...

Budak mahasiswah tu yg bodoh ada otak fikir lah dulu sebelum bertindak.. ni tidak masuk kampung org bagilah salam dulu.. kita kan org islam dan melayu yg penuh adam dan budi.. jd gunakan. Sia-sia saja mak bapa hantar anaknya ke universiti belajar tinggi-tinggi tp otak letak tp jalan..
Ape nak jd dgn bangsa ku ni.. ?????
Jangan jd macam pak pandir.... nak jaga maruah tp kampung tergadai..
Wahai belia yg mengelakan dirinya mahasiswah jangan jdkan perumpaan ni. " Hanya nila setitik rosak susu sebelanga" . We Love Malaysia

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive