Penjualan projek PR1MA Putrajaya kecoh
Harakahdaily, | 11 Okt 2012 |
(Pr1ma Putrajaya di Presint 11 dilancarkan oleh Najib)
PUTRAJAYA: Projek perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA) di Presint 11 di sini yang kononnya membantu golongan rendah dan sederhana terutamanya kakitangan awam yang dilaung-laungkan kerajaan Datuk Seri Najib menjadi kecoh lagi.
Ini berikutan seramai 560 orang yang berjaya, sebahagiannya telah dipanggil untuk memilih unit rumah sejak isnin lalu hingga ke hari ini tidak berpuashati cara rumah-rumah itu dibahagikan.
Terdapat dua jenis rumah yang ditawarkan iaitu jenis A seluas 1006kp dengan harga RM150,000.00 seunit sebanyak 140 unit dan jenis B seluas 815kp RM120,000.00 seunit sebanyak 420 unit.
Yang menjadi masalahnya, sebelum ini mereka yang telah dipilih untuk membeli rumah PR1MA ini telah dimaklumkan bahawa pemilihan jenis rumah akan dipilih secara cabutan undi yang telus dan adil tetapi hari ini rakyat yang terpilih ini ditipu lagi ia tidak berlaku sebagaimana yang dijanjikan.
Kumpulan yang dipanggil dahulu boleh telah dibenarkan memilih rumah ikut suka mereka menyebabkan rumah jenis A (RM150,000.00) dibolot oleh kumpulan awal.
Kumpulan yang berikutnya hanya tinggal rumah jenis B (RM120,000.00).
Tinjawan pendapat terhadap kumpulan yang dipanggil kemudian ini semuanya menyuarakan rasa yang sangat tidak puas hati bahkan ada yang meninggikan suara hilang pertimbangan dan mengamuk.
Ditambah pula sikap kakitangan yang bertugas yang selalu berkata ‘kami tidak boleh buat apa dan hanya ikut arahan sahaja’ dan kedengaran suara-suara berunsur ancaman ‘kalau tidak pilih unit dan selesaikan hari ini, kelayakan tersebut akan ditawarkan kepada orang lain’ menyebabkan semua yang hadir meneruskan juga menandatangani perjanjian jualbeli (S&P).
Mereka sebenarnya boleh menerima hakikat sekiranya telah ditakdirkan mendapat rumah jenis B tetapi biarlah pemilihan secara adil kerana semua orang inginkan rumah yang berkeluasan 1006 kaki persegi.
Mereka juga mempertikaikan janji PM yang sebelum ini berkata kepada mereka yang layak untuk golongan yang beli rumah murah dan sederhana ini tidak ada wang pendahuluan dan macam-macam kos yang biasa dikenakan apabila beli rumah.
Tetapi hari ini rakyat Putrajaya ini ditindas lagi dengan bayaran 10% (RM15,000.00 atau RM12,000.00) dan wang proses RM450. Ini tidak termasuk lagi yuran guaman dan lain-lain kos tersorok.
Selain itu, apabila rumah ini siap kelak, mereka akan dikenakan yuran penyelenggaraan bulanan yang kadarnya ‘terbaik dipasaran’ iaitu RM252.00 sebulan untuk rumah jenis A (1006kp) dan RM204.00 sebulan untuk rumah jenis B (815kp).
Ini bermakna, jumlah keseluruhan kutipan yuran selenggaraan ialah RM120,960 sebulan.
Sehubungan itu, PM dicadangkan supaya menjadi hero dengan mengarahkan Datuk Abdul Mutalib Alias (CEO PR1MA) untuk untuk mengarahkan pula Putrajaya Homes memanggil semula 560 orang yang terpilih ini dan laksanakanlah cara penyelesaian yang bijak.
“Contohnya buatkan dua jenis cabutan ‘A’ (140) dan ‘B’(420), barang siapa yang cabut undi dapat A pilihlah mana-mana unit rumah jenis A. Barang siapa cabut undi dapat B maka pilihlah mana-mana unit jenis B. semudah 123, kerana orang yang tidak puas hati rata rata bukan tak sudi rumah jenis B tapi biarlah diselesaikan cara bijak dan telus dahulu. Ahli Parlimen Putrajaya (Tengku Adnan Mansur) tunggu apa lagi! Jadilah hero sama. Bantulah mereka ini,” cadang seorang pembeli rumah ini.
Menurut kumpulan yang teraniaya dan tidak puas hati ini sekiranya PM tidak ambil tindakan dan penyelesaian segera mereka mungkin akan berkumpul di hadapan pejabat Perdana Menteri bagi menyerahkan memorandum dan tunjuk rasa mereka.
“Sudahlah tanah ini, menurut sumber Perbadanan Putrajaya sebenarnya telah digazetkan sebagai tapak projek untuk didirikan ‘rumah murah/mampu milik’ (RM45,000.00-RM100,000.00) tetapi telah ditukar kepada projek PR1MA ‘rumah mampu beli’ dimana harga jualan melebihi RM100,000.00,” kata salah seorang dari mereka.

No comments:
Post a Comment