Oleh Dzulkefly Ahmad
Apapun punca rentetan "keberentakan dalaman" sehingga Pakatan Rakyat sedang mengalami fenomena self destruct mode yang berpotensi membawa kepada "berakhirnya koalisi-muafakat politik" ini, Pimpinan Tertinggi mestilah segera menangani serta mengelakkan kesudahan perpecahan ini.
Sangat malang sekiranya Pakatan Rakyat berakhir di sini, kerana umum mengetahui bahawa inilah sahaja wadah yang menjadi harapan rakyat untuk menimbang serta menggugat keangkuhan serta kebobrokan penguasa Umno-BN dalam tadbir-urus negara serta PRU14 akan datang.
Tidak mustahil juga Pakatan mampu mengambil pentadbiran negara di Putrajaya.
Justeru itu, berpada-padalah bahkan sebaiknya segera hentikan dalam menyerang serta menembak sesama sendiri kerana kita sedang ditertawakan oleh seteru politik kita.
Mereka bertepuk-sorak serta mempergiat mengadu-dombakan bagi meretakkan lagi keutuhan serta perpaduan Pakatan Rakyat mutakhir ini.
Wajah-wajah saudara di dada akhbar mereka di muka depan! Aneh mengapa mereka memberi ruang kepada saudara...ya... segera sedar dan insaflah... ruang diberi kerana saudara menembak sesama sendiri... amat malang!
Rakyat mengharapkan saudara sementara saudara asyik bercakaran dan dianggap memperjuangkan kepentingan kelompok masing-masing dan bukan mengutamakan kemaslahatan rakyat dan kepentingan negara!
Itulah persepsi rakyat kini, mungkin saudara tidak setuju dan saudara punya hujah yang kukuh. Ya.. semua kita merasakan punya hujah yang kukuh,tetapi itu persepsi rakyat.
Ayuh saudara-saudaraku bangun dari keasyikan dimamah perangkap kitaran ganas yang memusnahkan ini dengan setiap orang kita berteriak "Cukuplah kehancuran Pakatan Rakyat ini."(Enuf is Enuf of Destroying Pakatan Rakyat!).
Segerakan Majlis Presiden Pakatan Rakyat bersidang atau mengeluarkan Communique untuk hentikan kemusnahan ini (Arrest the Self-Destruction) tanpa semestinya menunggu melepasi 10 Ogos bagi mengurus tuntutan krisis yang sangat ganas ini.
10 hari adalah terlalu lama dalam politik dan media UBN saban masa memporak-perandakan serta merobek kesepaduan muafakat politik yang kita bina selama ini!
Dikatakan hanya divine intervention mampu menyelamatkan Pakatan Rakyat, namun saudara juga tahu..."Allah tidak akan mengubah nasib kita kecuali kita sendiri yang mahu mengubahnya" (Mafhum Al-Ayah).
Maka wajar bagi Pimpinan Tertinggi sendiri pertama-tamanya sebahagian dari bantuan Allah yang bertindak menjadi anasir penyelamat dalam kemelut ujian getir ini. Kalau benar-benar saudara masih ingat, tuntutan kepimpinan adalah pertamanya menyatukan hati-hati pejuang (Taalluf Al-Quluub), dan bukan sebaliknya, mengizinkan keutuhan kesepaduan organisasi dirobek begini rupa.
Jika tidak, sejarah akan menghukum saudara dengan pimpinan yang mengizinkan Pakatan Rakyat berpecah dan juga sekaligus ditanggapi, pimpinan yang mencetuskan kemelut dan Krisis kali ini! Sekali lagi ini adalah Persepsi Rakyat, mungkin boleh saja kita nafikan.
Semoga-moga rintihan dan syakawa (pengaduan) yang dititipkan pada dinihari ini mendapat empati dan respons positif saff Pimpinan Majlis Presiden Pakatan Rakyat dan semua Pimpinan Pakatan Rakyat di semua peringkat di seluruh negara.
Ya Allah, ku sudah lunaskan tanggungjawabku menegur Pimpinan Tertinggi muafakat politik ini, yang masih ku tanggapi "Tahaaluf Siyasi" yang punya kemuliaannya di sisiMu.
Bagi menegakkan keadilan dan membenteras segala kezaliman" hanya Allah tempat memohon aduan atau bantuan.
Allahu Musta'an. - DetikDaily
3 comments:
Semoga PAS bermaruah tanpa DAP-PKR.
Mengeluarkan diri dari cengkaman dan penjajahan DAP-PKR bukanlah bermakna kamu bersendirian.....Allah bersama mu.
Bebaskan diri mu ! ! !
krisis di Selangor disebabkan PKR yang bodoh sombong. Semoga Allah swt tidak memberkati perjuangan PKR (Parti Kencing Rakyat) lebih cepat PKR berkubur lebih bagus
Untuk macai-macai PAS,PKR dan UMNO yang ada dalam PR tetapi berselindung denga kekuatan pemimpin masing-masing,terimalah hakikat yang semua pemimpin kamu semua tu gila kuasa itulah sebanya terjadi perkara seperti ini,sepatutnya rakyat yang memilih kamu sebagai pemimpin untuk memimpin bukan menuding jari bila sudah tmulut gatal nak bercakap,terimalah teguran bermaafanlah dari terus bertelagah siapa yang akan menang kalau terus betegang leher,rakyat telah mual dengan perangai pemimpin yang tak tau sedar diri,bagaimana yang hendak memberi mandat lebih besar jika pemimpin sendiri tidak boleh menerima hakikat salah dan silap sesaorang yang dinamakan Hamba Allah yang lemah.
Post a Comment