Showing posts with label kerajaan perpaduan. Show all posts
Showing posts with label kerajaan perpaduan. Show all posts

15 February 2015

Selepas Nik Aziz tiada, laluan mudah Kerajaan Perpaduan


Selepas Nik Aziz tiada, laluan mudah Kerajaan Perpaduan
Puluhan ribu rakyat Malaysia menghantar Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam perjalanan terakhirnya sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pulau Melaka, Kota Baru, Kelantan.
Nik Aziz dihormati kawan dan lawan serta sebahagian besar rakyat Malaysia kerana ketegasan mempertahankan prinsip perjuangan dan kezuhudannya dalam kehidupan.
Mana hendak cari lagi pada zaman ini seorang menteri besar di Malaysia yang tinggal di rumah papan? Tidak hairanlah mengapa Nik Aziz begitu dihormati dan disayangi.
Media milik negara seperti Radio Televisyen Malaysia (RTM) akhirnya memainkan peranan sebagai “media milik negara” apabila memberikan liputan meluas kematian seorang tokoh politik penting walaupun bukan daripada parti pemerintah.
Pemimpin parti lawan yang sebelum ini pernah mencaci dan memaki Nik Aziz juga berubah nadanya.
Pada ketika rakyat Malaysia masih lagi mengucapkan takziah, membacakan Al-Fatihah dan bersedih dengan permergiaan Mursyidul Am PAS itu, sesetengah pihak bergembira kerana projek yang tertangguh sekian lama dapat dijalankan semula kerana Nik Aziz sudah meninggal dunia.
Projek yang tertangguh sekian lama itu adalah projek kerajaan Perpaduan di antara Umno dan PAS kerana sebelum ini Nik Aziz merupakan batu penghalangnya.
Dalam wawancara bersama Astro Awani, bekas timbalan presiden PAS Nasharuddin Mat Isa mengatakan besar kemungkinan parti Islam itu akan menimbang semula kedudukan mereka dalam Pakatan Rakyat (PR) jika dilihat daripada kemelut dalaman sedia ada.
“Kebarangkalian itu berlaku sebab saya lihat di peringkat bawah di kalangan ahli-ahli PAS dan perbincangan di kalangan masyarakat umum juga banyak menyebut tentang keperluan PAS melihat semula masa depannya dalam Pakatan Rakyat (PR).
“Kerana banyak sangat isu-isu yang dibangkitkan, khasnya DAP yang bersalahan atau bercanggah dengan asas perjuangan PAS, khasnya untuk mendaulatkan Islam,” kata Nasharuddin seperti dilaporkan Astro Awani Online.
Semasa hayatnya, Nik Aziz dianggap ulama yang memayungi kumpulan dalam PAS yang mahu terus kekal dengan PR.
Suara Nik Aziz begitu kuat dan berpengaruh sehingga usaha menyatukan PAS dan Umno terbantut beberapa kali.
Dalam satu wawancara bersama media beberapa tahun lalu ketika ditanya tentang kerajaan perpaduan bersama Umno, Nik Aziz berkata:
“Berbincang untuk berkerajaan, untuk bersama dengan Umno, yang ini memang saya tidak boleh terima langsung. Ini kerana saya sebagai orang Kelantan sebagaimana yang saya sebut dalam ucapan saya, orang lain tidak merasa pahit maung bersama Umno.
“Sejak dari dulu, Umno tangkap tok guru pondok masuk ISA pada tahun saya mula masuk PAS (1967), ketika mana Umno mengamuk memberkas tok guru-tok guru pondok dimasukkan dalam ISA,” kata Nik Aziz merujuk kepada Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed mengatakan semalam, BN tidak perlu meletakkan calon bagi mengisi kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka selepas kematian penyandangnya, Nik Aziz.

"Jika ada pilihan raya kecil, banyak yang perlu kita fokus, termasuk soal keselamatan dan mungkin akan berlaku pergeseran antara pimpinan parti. Jadi kini, kita harus fokus pada perpaduan dan bukannya perbalahan antara satu sama lain," katanya pada sidang media di Hotel Sutera Inn, Kota Baru semalam.
Jika BN benar-benar tidak meletakkan calon untuk melawan calon PAS di kerusi DUN Chempaka, ini bermakna tidak lama lagi, projek kerajaan perpaduan akan menjadi kenyataan.
Apatah lagi jika BN pada masa sama bermati-matian melawan calon PR di kerusi Permatang Pauh yang akan dikosongkan Datuk Seri Anwar Ibrahim beberapa hari lagi kerana hilang kelayakan selepas dihukum penjara 5 tahun.
Jika kerajaan perpaduan di antara PAS dan Umno berjaya dilaksanakan, berakhirlah legasi Nik Aziz yang dikenali sebelum ini sebagai penyatu PR selain daripada Anwar.
Maka puaslah hati sesetengah pihak yang sudah lama menanti waktu ini tiba. – TMI

02 September 2013

Kerajaan Perpaduan Akan Jadi Kenyataan - Isham Rais

OLEH ZULKIFLI SULONG, PENGARANG ANALISIS DAN RENCANA
SEPTEMBER 02, 2013
Hishamuddin Rais yakin kerajaan perpaduan akan jadi kenyataan. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 2 September, 2013.Hishamuddin Rais yakin kerajaan perpaduan akan jadi kenyataan. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 2 September, 2013.Semua pihak cuba menjauhkan diri daripada agenda kerajaan perpaduan namun bagi aktivis sosial, Hishamudin Rais, keadaan itu ambat laun akan berlaku juga.
"Saya positif, ia akan berlaku," katanya kepada The Malaysian Insider ketika bertemu dengannya, pagi ini.
Asia Sentinel sebelum ini melaporkan, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan kepada mereka, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menawarkan pembentukan kerajaan perpaduan dengannya.
Dalam ucapannya sempena Hari Kemerdekaan negara pada 30 Ogos lalu, Anwar berkata, walaupun pihaknya tidak bersetuju dengan cara pengendalian pilihan raya lalu, tetapi pihaknya sedia untuk bertemu dengan Najib bagi membincangkan segala masalah negara.
Sehubungan iu, Anwar turut menggesa pertemuan segera diadakan antara Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN).
"Titik pertemuan BN dan PR perlu segera dicari bagi menyelamatkan negara di samping menyeru melupakan kesalahan masing-masing sempena hari kemerdekaan negara,” katanya pada satu sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya, minggu lalu.
Namun, Anwar menegaskan dalam majlis itu, ia tidak ada kaitan dengan isu kerajaan perpaduan.
Hishamuddin yang juga penulis berkata, kenyataan Anwar itu jika dibaca daripada yang tersirat bermaksud ke arah menubuhkan kerajaan perpaduan.
Katanya, walaupun ramai aktivis sepertinya tidak akan bersetuju dengan pendekatan ini, beliau tidak akan menentangnya.
"Saya yakin mereka akan marah dengan tindakan ini kerana ia tidak akan menyebabkan perubahan struktur yang kita mahu. Ia akan hanya berlaku perubahan menggunakan 'gincu dan bedak' sahaja.
"Tetapi ini adalah salah satu proses dalam pematangan kepada sebuah negara dan saya faham keperluan kepada perkara ini," katanya.
Isu kerajaan perpaduan mula disebut oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang selepas pilihan raya umum 2008 ketika semua pihak letih menghadapi pilihan raya kecil demi pilihan raya kecil.
Menjelang pilihan raya kecil Bukit Gantang di Perak dan Bukit Selambau di Kedah, dalam satu wawancara, Abdul Hadi mencadangkan dibentuk kerajaan perpaduan antara BN dengan PR.
Namun, ia ditolak dan disalahertikan sebagai perpaduan antara Umno dan PAS untuk kepentingan Melayu dan Islam.
Ramai juga beranggapan ia tidak sesuai pada waktu itu kerana PR sedang menuju kemenangan selepas BN hanya menang tanpa majoriti dua pertiga dalam pilihan raya sebelumnya.
Cadangan kerajaan perpaduan diumpamakan 'menghantar ambulan kepada kerajaan BN yang sedang nazak' pada waktu itu.
Selepas pilihan raya umum ke 13, kerajaan perpaduan timbul semula da nada di kalangan pimpinan PR,  ia disokong oleh mereka yang menentangnya sebelum ini.
Kali ini bagi mereka masa adalah sesuai selepas sudah berusaha dan terbukti cara itu gagal dan tidak pergi ke mana, maka pendekatan lain perlu diambil.
"Beritahu Anwar, terimalah," kata seorang pemimpin PAS yang menyokong idea ini kepada seorang pemimpin kanan PKR dalam pertemuan mereka baru-baru ini. - 2 September, 2013.

16 August 2013

PANAS !!! DSAI bertemu Najib untuk tubuh kerajaan perpaduan?

Laluan sukar menanti Najib selepas perbincangan kerajaan perpaduan terdedah

Permusuhan terhadap Datuk Seri Najib Razak (gambar) dijangka menular dalam Umno bagi tempoh beberapa minggu akan datang selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim mengiyakan pembangkang berbincang secara rahsia dengan perdana menteri Malaysia itu untuk membentuk kerajaan perpaduan.
Majalah digital The Edge Review hari ini melaporkan bahawa dua strategi yang dilakukan Najib iaitu memberi habuan politik kepada `warlords’ dan penyokong utama dengan pelbagai jawatan dan rundingan rahsia dengan Anwar menerusi pegawai khas yang dipercayai dan ahli politik Indonesia, tidak berjalan dengan baik bagi perdana menteri ke-6 itu.
Difahamkan perbincangan rahsia itu dikendalikan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail – kedua-duanya adalah sahabat baik dari zaman Pemuda Umno mereka.
“Tindakannya  untuk mengukuhkan kedudukan politik dalam Umno mengasingkan persempadanan utama dalam parti dan menimbulkan kemarahan di kalangan individu berkuasa, termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Daim Zainuddin, yang secara tertutup mendorong kepada perubahan kepimpinan,” kata majalah digital itu dalam edisi mingguannya yang terkini.
 “Anwar, ditendang keluar dari Umno oleh Dr Mahathir pada 1998, dilihat sebagai lawan yang sering mencerca oleh golongan elit Umno, dan penganalisa berkata tindakan Najib untuk membuka ruang berbincang dengan ketua pembangkang itu pastinya dilihat sebagai pengkhianatan kepada parti,” tambahnya dalam laporan bertajuk `Malaysia’s political tensions set to escalate’.
Majalah itu berkata, perkembangan terbaru itu boleh memberi kesan terhadap pertempuran kepimpinan apabila Umno mengadakan pemilihan partinya pertengahan Oktober depan.
Pembantu rapat perdana menteri mengakui bahawa tempoh tiga bulan akan datang akan menjadi sangat penting, kata majalah itu.
“Jika beliau berjaya dalam pemilihan Umno, maka beliau akan dapat lihat mandat yang diberikan,” kata seorang penasihat Najib, yang turut menyatakan kumpulan menentang perdana menteri  itu semakin membesar setiap hari.
Majalah itu menyatakan Malaysia terperangkap dalam keadaan politik yang menakutkan sejak 2008, apabila Barisan Nasional (BN) yang diketuai Umno hilang pegangan majoriti dua pertiganya di Parlimen.
Umno meletakkan kesalahan kepada kelemahan pentadbiran perdana menteri ketika itu Tun Abdullah Ahmad Badwi dan memaksanya melepaskan jawatan kepada Najib pada April 2009. Masalah Najib ialah beliaumendapat sokongan lebih teruk dari pengundi berbanding Abdullah, kata The Edge Review.
Barisan pimpinan Najib bukan saja gagal memperbaiki bilangan barisan mereka di Parlimen, tetapi ia juga kalah dalam undi popular, hanya memperolehi 47 peratus berbanding 51 peratus undi popular milik pembangkang. Ia menjadi jumlah paling teruk diperolehi BN sejak kemerdekaan pada 1957, kata majalah itu.
“Masalah utama PM ialah kegagalan keputusan pilihan raya umum lalu belum dapat dipulihkan. Beliau datang sebagai pemimpin yang lemah, bukan saja kepada parti tetapi keseluruhan negara,” kata ahli perniagaan Malaysia yang terkenal, dan mempunyai hubungan baik dengan Najib sekeluarga, kepada majalah itu.
The Edge Review berkata, Najib mengekalkan cara rendah diri sejak pilihan raya umum, jarang muncul di kalangan awam dan mengambil pendekatan berdiam diri dalam beberapa cabaran yang melanda negara seperti kemerosotan ekonomi, peningkatan kadar jenayah dan polarisasi perkauman.
Beliau belum lagi menambah ketegangan agama yang kini semakin membesar, terutama di kalangan kumpulan Islam berhaluan kanan yang menunjukkan hanya sedikit toleransi dalam masyarakat Malaysia yang berbilang agama dan etnik, kata majalah itu.
Kerajaan Najib juga gagal mengemukakan cadangan lebih jelas bagaimana mengendalikan situasi keselamatan negara yang semakin membimbangkan, apabila jumlah kejadian tembak dan pembunuhan meningkat secara mendadak dalam beberapa bulan terakhir ini, tambahnya.
Majalah itu berkata, satu lagi cabaran besar ialah masalah ekonomi negara, hutang sektor awam yang meningkat, yang menyebabkan awal bulan ini Fitch Ratings merendahkan pengadaran kredit negara dari kepada `negatif’ daripada `stabil’.
“Teguran Fitch itu menyebabkan mata wang tempatan rendah berbanding dolar Amerika Syarikat, dan jika Najib tidak mengambil tindakan tepat untuk menangani kewangan awam negara dalam bajet akan datang, ahli ekonomi berkata, Malaysia mungkin terpaksa mendapatkan dana asing.
“Melihat kepada keadaan kepimpinan itu, paralisis polisi dan tekanan sosial mendalam, prospek terhadap pembentukan kerajaan perpaduan untuk Malaysia kelihatan lebih menarik, kata beberapa ahli ekonomi,” tulis majalah itu.
Majalah itu berkata, mereka sudah menyiarkan berita mengenai kemungkinan perjanjian damai antara Najib dan Anwar pada April, tetapi ia tidak diendahkan oleh media arus perdana negara ini.
“Ahli politik Umno dan pegawai khas Anwar berkata, perbincangan itu yang diuruskan bekas naib presiden Indonesia, Jusuf Kalla mendapat momentum baru beberapa bulan kebelakangan ini, dengan kedua-dua pemimpin politik Malaysia itu masing-masing melantik wakil untuk menyenaraikan butiran terperinci yang mungkin boleh membentuk proses perdamaian,” katanya.
The Edge Review melaporkan ahli politik berkata, wakil Najib iaitu Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri sudah beberapa kali mengadakan perbincangan tertutup dengan Saifuddin.
“Mesyuarat terakhir antara kedua-dua wakil itu ialah pada pertengahan Julai, selepas Jusuf Kalla mengadakan perbincangan berasingan dengan Najib dan Anwar, kata sumber terdekat dengan perbincangan itu.
“Dalam sesi itu, Zahid menyampaikan permintaan Najib supaya Anwar secara umum memaklumkan bahawa beliau terbuka untuk perbincangan perdamaian dengan parti pemerintah,” kata laporan The Edge Review.
Permintaan Najib yang lain ialah  Anwar secara umum mengiktiraf keputusan pilihan raya umum pada Mei lalu, beritahu seorang ahli politik yang rapat dengan perbincangan antara Zahid dan Saifuddin kepada majalah itu.
Anwar akhirnya bersuara mengenai perbincangan itu minggu ini, apabila beliau dipetik menerusi portal berita Asia Sentinel bahawa Najib ada memintanya untuk melihat kemungkinan pembentukan kerajaan perpaduan.
Asia Sentinel memetik Anwar sebagai berkata, beliau memberitahu Najib bahawa kerajaan perlu menghentikan serangan perkauman oleh kumpulan yang dikawal Umno terhadap masyarakat Cina dan India sebelum sebarang perkembangan mengenai kerajaan perpaduan dapat dilakukan.
“Saya kata isu asas perlu diselesaikan, akhiri perkara perkauman. Perlu ada komitmen yang jelas untuk reformasi dan perubahan,” Anwar berkata kepada Asia Sentinel, dan menambah beliau belum menerima maklum balas daripada Najib.
Beberapa rakan lama Najib memberitahu The Edge Review mereka tahu mengenai perbincangan itu, tetapi mereka tidak percaya ia membabitkan terlalu banyak perkara.
“Ia tidak akan berlaku kerana Umno tidak akan membenarkanya,” kata seorang pegawai bank kanan yang sering memberi nasihat mengenai ekonomi utama negara.
Tetapi, majalah itu berkata, masih kurang jelas bagaimana reaksi golongan eliti Umno terhadap urusan rahsia Najib dengan Anwar dan petanda pertama akan hanya muncul dalam mesyuarat bahagian parti yang akan bermula Oktober depan.
Majalah itu memetik Pengarah Merdeka Center, firma kajian pendapat di Malaysia, Ibrahim Suffian yang berkata, pembuka kata Najib terhadap perbincangan terbuka dengan Anwar boleh memberi dua kesan berbeza dalam satu masa.
“Ini mungkin cara beliau menyampaikan pesanan bahawa beliau bersedia untuk membuka sisi baru untuk mengurangkan kehilangan sokongan dalam Umno,” katanya kepada The Edge Review. “Tetapi, ia juga risiko amat besar, kerana ia dengan mudah merangsang pembangkang terhadapnya.” - TMI

09 June 2009

Semua hendaklah taat pada Naqib - Naqib PAS adalah TGNA


Assalamulaikum,

Penat menampal poster Semangat 46 dan Tengku Razaleigh semasa suasana pilihanraya umum 1990 belum hilang sampai ke hari ini. Masih terasa lagi lelahnya. Tetapi oleh kerana kami telah ditarbiah supaya wala' pada pemimpim, patuh kepada naqib, maka segala apa sahaja yang diarahkan oleh naqib kami laksanakan, dan laksanakan dengan bersungguh sungguh.''

Tradisi ini , metod ini masih kekal lagi dalam PAS. Setiap ahli PAS diusrahkan. Dalam usrah kami ditarbiyahkan, dan dengan itu pegangan dan kepatuhan serta ketaatan kami kepada Islam, kepada parti dan kepada pemimpin cukup mantap.

Top top selepas pilihanraya 1995, Tengku Razaleigh mencanangkan perpaduan Melayu. Ahmad Shabery Cheek juga turut berkokok tentang perpaduan Melayu. Akhirnya mereka masuk UMNO. Kami penampal poster, tetap dengan PAS kami.

Tengku Razaleigh boleh rayu orang supaya mengikutnya memperkukuh perpaduan Melayu, tetapi kami tetap dengan apa yang diterbiyah oleh naqib. Kekal dan terus bersemangat dengan PAS.

Kalau kumpulan usrah itu ada naqib, maka kumpulan dalam parti juga ada naqibnya. Naqib PAS ialah Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat. Jawatan ini dikenali sebagai mursyid ul 'am. Apabila Nasharudin Mat Isa celupar mulut memperlekeh mursyidul 'am, maka beliau telah menghiris hati sejuta ahli PAS.

Seperti Tengku Razaleigh yang apabila bercakap ada echo yang datangnya daripada Shabery, maka Nasharudin juga ada pak turut lebih laser menghentam naqib PAS. Baca di sini.

Para ulama dan ustaz dan pemimpin sibuk menyuruh ahli ahli wala' kepada pemimpim. Taat kepada pemimpin. Wala' kepada naqib. Taat kepada Naqib. Tetapi adakah arahan tersebut hanya terpakai untuk si penampal poster? Si penyandang jawatan tinggi terkecuali ke?

Dalam organisasi PAS, seluruh ahli, seluruh pemegang jawatan, seluruh pemimpin ada naqib mereka. Mereka hendaklah taat kepada naqib ini. Naqib mereka ialah mursyid ul 'am. Hendaklah mereka wala' kepada naqib ini.

Semuanya mestilah patuh.
Termasuk timbalan presiden.
Termasuk presiden

07 June 2009

TGNA : Kerajaan Perpaduan Mengarut

Mushidul Am PAS Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat sekali lagi menolak sebarang kerjasama dengan UMNO, khususnya yang menjurus kepada penubuhan kerajaan perpaduan BN-Pakatan Rakyat.

“Gesaan supaya diadakan kerajaan perpaduan ini adalah mengarut,” kata Menteri Besar Kelantan yang disambut dengan tepukan riuh oleh lebih 5,000 ahli PAS pada ceramah sempena muktamar PAS.

“PAS tidak patut mengadakan perbincangan dengan UMNO, begitu juga UMNO dengan PAS,” tambah Nik Aziz.

Tokoh veteran itu menyifatkan UMNO sebagai sebuah parti yang mengamalkan politik samseng dan seharusnya ditolak oleh PAS.

“Matlamat kini ialah menyebarkan syiar Islam dan bukan untuk diadakan pertandingan bagi menentukan siapa yang memimpin dan siapa jadi pengikut,” tambah beliau.

Nik Aziz berkata PAS menolak mengadakan perbincangan dengan UMNO mengenai penubuhan kerajaan perpaduan. - TVA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive