13 February 2015

Jenazah Nik Aziz Selamat Dikebumi


Diterbitkan: Jumaat, 13 Februari 2015 12:05 PM

Jenazah Nik Abdul Aziz, 84, dibawa dan diiringi oleh ribuan masyarakat untuk dikebumikan di tanah perkuburan Islam Pulau Melaka selepas disembahyangkan di Masjid Pulau Melaka. -fotoBERNAMA

KOTA BARU: Jenazah Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Pulau Melaka kira-kira pukul 10.55 pagi Jumaat.

Turut dilihat berada di tanah perkuburan itu ialah isterinya, Tuan Sabariah Tuan Man serta sepuluh anak Allahyarham.

Ribuan orang ramai hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepada bekas Menteri Besar Kelantan itu sejak berita kematiannya diketahui pada Khamis malam.

Nik Abdul Aziz disahkan meninggal dunia di kediamannya kira-kira pukul 9.40 malam Khamis.

Antara yang hadir pada majlis pengebumian Nik Abdul Aziz ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob serta Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive