"Terima kasih harimau Jelutong"' berkumandang di udara apabila dilaungkan oleh kira-kira 150 yang hadir pada malam memperingati Ahli Parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur malam tadi.
Meskipun setengah hadirin yang hadir pada malam itu mengakui tidak pernah mengenali atau bercakap dengan ahli politik veteran itu, kehilangan pemimpin hebat itu bagaimanapun amat dirasai.
Bagi Surenjeet Singh, kehadirannya adalah mewakili sebahagian daripada rakyat Malaysia yang berduka mengenai kehilangan pemimpin tersohor itu.
"Perasaan itu seperti kita kehilangan ahli keluarga kita sendiri, dan ia dirasai oleh semua bahawa beliau merupakan pemimpin hebat.
"Dan paling saya kesal apabila saya tidak sempat untuk mengenali beliau, bagaimanapun kita semua tahu bahawa setiap perkataan yang keluar daripada mulut pemimpin itu menunjukkan keperibadiannya," katanya penuh hiba.
Manakala Fellow Institut Pulau Pinang, Dr Wong Chin Huat yang turut tampil berucap pada program itu juga dilihat tidak dapat menahan sebaknya.
Beliau berkata sepanjang tempoh dua bulan ini, rakyat Malaysia menyaksikan kehilangan tokoh yang juga rakan beliau seperti mendiang Irene Fernandez dan juga penulis blog politik terkenal Bernard Khoo atau lebih dikenali sebagai Zorro.
"Karpal sepanjang hidupnya hinggalah saat terakhir beliau tidak pernah berhenti berjuang, dan saya amat berterima kasih kerana Malaysia mempunyai pemimpin yang hebat.
Wong berkata dengan pemergian Karpal yang turut dikenali sebagai 'Harimau Jelutong' itu akan membangkitkan kesedaran kepada rakyat Malaysia untuk meneruskan apa yang diperjuangkan pemimpin itu.
"Sepanjang hayat beliau tidak pernah berhenti untuk memperjuangkan hak asasi untuk mereka yang tertindas .


KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS dan kerajaan Kelantan melahirkan rasa sedih dan terharu di atas kematian anggota parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh (gambar) akibat kemalangan jalan raya awal pagi tadi.
Ida Lim 





