18 August 2012

Nasha akan lawan Karpal di Mahkamah

August 18, 2012
Ida Lim 
KUALA LUMPUR, 18 Ogos —  Bekas timbalan presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa bertegas dengan kenyataannya bahawa Karpal Singh anti Islam dan bersedia untuk berhadapan dengan pengerusi DAP itu di mahkamah untuk menyelesaikan pertikaian antara  mereka berdua.
Ini bakal menjadi ujian getir kepada hubungan diantara PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat (PR) menjelang pilihan raya umum (PRU) yang semakin hampir.
Karpal juga seorang peguam veteran berkata kepada The Malaysian Insider semalam beliau akan mengemukakan saman malu kepada Nasharuddin yang mengeluarkan kenyataan menyatakan beliau menghina Islam sedangkan beliau sentiasa menghormati Islam sebagai agama persekutuan
.
"Saya kekal dengan pendirian saya bahawa Karpal Singh adalah anti Islam dan bersedia untuk bertemu beliau di Mahkamah," kata Nasharuddin (gambar) melalui kiriman SMS kepada The Malaysian Insider sebentar tadi.
Menurut bekas timbalan presiden PAS itu, menolak hukum Islam bermakna seseorang itu anti kepada Islam.
"Saya di didik di dalam PAS bahawa ajaran Islam itu adalah syumul merangkumi setiap aspek kehidupan.
"Didalam nya ada aqidah, perundangan dan dan akhlak. Menolak sebahagian dari Islam bermakna menolak Islam," katanya lagi.
Karpal telah berulang kali mengatakan hukum Hudud tidak boleh dilaksanakan di Malaysia kerana perlembagaan negara ini mengatakan Malaysia adalah negara sekular.
Karpal juga mengatakan Nasharuddin perlu faham perbezaan diantara Islam sebagai agama dan negara Islam.
"Perlembagaan negara menjamin Malaysia sebagai negara sekular dan di Malaysia undang-undang sekular digunakan.
"Sebelum undang-undang Hudud dilaksanakan, negara Islam perlu ditubuhkan," Karpal pernah berkata.
Sebelum pilihan raya 2004, gabungan PAS dan DAP serta Parti Keadilan Nasional (kini PKR) dalam Barisan Alternatif (BA) berpecah oleh kerana presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengeluarkan dokumen negara Islam yang menyebabkan DAP keluar dari BA.
PR ditubuhkan selepas gabungan PKR, DAP dan PAS berjaya menafikan majoriti tradisi dua pertiga BN di parlimen serta merampas empat buah negeri dalam PRU 2008.- TMI

2 comments:

Anonymous said...

Nasharudin mat isa cuba mengapikan PAS dengan DAP.Mengapa dia bersungguh dengan Karpal tetapi tidak dengan pemimpin umno yang terang-terang menolak hukum Hudud tetapi tidak dikerasi oleh nasharudin.Sedangkan pimpinan umno ni adalah Islam dan faham tentang hukum ini.
Saya berharap kepada pimpinan PAS supaya mengambil tindakan segera sebelum hajat umno untuk menghancurkan PR . khususnya hubungan PAS dan DAP menjadi realiti.Saya memang khuatir bahawa nasharudin kini dah diresapi oleh pemikiran umno dan menjadi penghancur kepada PR dari dalam.

Anonymous said...

Saudara-saudara dan Saudari-saudari yang di hormati
Untuk keadilan dan martabat Buddhist, (Maruah Sami Buddhist dan Kuil SAMNAK SAMBODHI) Kami Ahli Parti Keadilan Rakyat tetap akan memberi segala pertolongan bagi mempertahankan, sekiranya Peguam Yip Kum Fook, MCA Pengerusi Gombak terus kacau Sami Buddha atau cuba memusnahkan kebudayaan Buddhist dengan kurang ajar

Ladies and gentlemen are in respect
For justice and values Buddhist, (dignity of monks and the Buddhist Temple of SAMNAK SAMBODHI) We the People's Justice Parti Keadilan Rakyat will continue to give all help to preserve, suppose that lawyer Yip Kum Fook, MCA Gombak Chairman continues to disturbs Buddhist monks or try to destroy Buddhist culture with disrespectful

为了正义和佛教的尊严,(佛教僧侣和佛寺的荣誉SAMNAK SAMBODHI),我们人民公正党将提供一切帮助保卫,如果马华公会鸱唛区主席叶金福律师(Yip Kum Fook, MCA Gombak) 继续无耻的凌乱僧侣或试图摧毁佛教的文化

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive