| Saturday, 13 October 2012 20:03 |
Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Pix: Sinar HarianKOTA BHARU: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa, yang Selasa lalu memberi peringatan agar tidak mengejar kuasa semata-mata, sebagai pemimpin ‘lidah panjang’ ekoran pendirian kebelakangan ini yang tidak selari dengan parti.
Kenyataan tegas Nik Aziz itu dikeluarkan ekoran tindakan Nasharudin, yang juga Ahli Majlis Syura Pas, mahu merencanakan perpaduan terutamanya melibatkan Umno dan Pas. “(Rancangan perpaduan) itu mengarut, mengapa sekarang baru timbul, dia (Nasharudin) itu calon Pas di Bachok, sikap itu seperti 'lidah panjang',” kata beliau ketika ditemui selepas Majlis Hari Keluarga Mawaddah di Pengkalan Chepa di sini hari ini. |
Ida Lim KUALA LUMPUR, 18 Ogos — Bekas timbalan presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa bertegas dengan kenyataannya bahawa Karpal Singh anti Islam dan bersedia untuk berhadapan dengan pengerusi DAP itu di mahkamah untuk menyelesaikan pertikaian antara mereka berdua.
Ini bakal menjadi ujian getir kepada hubungan diantara PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat (PR) menjelang pilihan raya umum (PRU) yang semakin hampir.
Karpal juga seorang peguam veteran berkata kepada The Malaysian Insider semalam beliau akan mengemukakan saman malu kepada Nasharuddin yang mengeluarkan kenyataan menyatakan beliau menghina Islam sedangkan beliau sentiasa menghormati Islam sebagai agama persekutuan


