Showing posts with label LINGAM TAPE. Show all posts
Showing posts with label LINGAM TAPE. Show all posts

14 December 2009

Karpal akan dakwa Lingam

GEORGE TOWN: Pengerusi DAP dan peguam veteran, Karpal Singh semalam berkata, beliau mengharapkan peguam negara akan mengeluarkan sijil fiat (yang berupa sijil kuasa) sebelum hujung tahun ini bagi memberi kuasa kepadanya untuk mendakwa Datuk V.K. Lingam atas pertuduhan cuba melobi pelantikan hakim-hakim.

Karpal, yang juga ahli parlimen Bukit Gelugor menambah, sejak Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz mencabar mana-mana peguam supaya menggunakan hak yang mereka ada untuk mendakwa Lingam, masa telah berlalu lebih sebulan tanpa ada apa-apa kebenaran diberikan oleh pejabat peguam negara untuk beliau berbuat demikian.

Selepas Nazri membuat tawaran itu, hanya Karpal yang tampil ke hadapan menyahut cabaran tersebut.

"Dia (Nazri) yang membuat cabaran itu dan selepas saya menyahut cabarannya, dia bertukar nada dengan berkata, dia perlu menyakinkan peguam negara untuk memberi sijil kuasa kepada saya untuk berbuat demikian," kata Karpal dalam satu sidang akhbar yang dipanggilnya untuk bercakap tentang hal ini. - mStar

19 November 2009

Karpal nak saman Lingam : Nazri rujuk Peguam Negara


KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz berkata beliau akan merujuk kepada Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berhubung tawaran peguam Karpal Singh untuk mendakwa Datuk V. K Lingam.

Nazri yang juga menteri bertanggungjawab dalam hal ehwal undang-undang berkata beliau akan menemui Peguam Negara secepat mungkin bagi membincangkan mengenai isu berkenaan.

"Saya akan cuba memujuk Peguam Negara. Namun semuanya terpulang kepada beliau (Gani) untuk membuat keputusan. Kuasa untuk mendakwa terletak di tangan beliau," katanya ketika ditemui di Lobi Parlimen di sini pada Khamis.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tawaran khidmat sukarela Karpal untuk mendakwa peguam kontroversi dalam isu 'klip video Lingam' itu, sekiranya Peguam Negara membenarkan beliau berbuat demikian.

Kelmarin, Nazri berkata Jabatan Perdana Menteri bersedia menerima bantuan sukarelawan daripada sesiapa yang mampu mendakwa peguam kontroversi itu dan Karpal juga boleh berbuat demikian sekiranya beliau menemui kaedah atau undang-undang yang sesuai dan boleh digunakan dalam kes berkenaan.

Beliau berkata kerajaan telah melihat kes berkenaan daripada pelbagai segi termasuk Akta Hasutan 1948, tetapi mendapati tiada mana-mana akta di negara ini yang boleh mensabitkan beliau melakukan salah guna kuasa dalam isu pelantikan hakim.

Kerajaan telah menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat Lingam, dan mereka yang terlibat dalam video klip berkenaan, termasuklah ahli perniagaan Tan Sri Vincent Tan; bekas anggota Kabinet, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, dan dua bekas Ketua Hakim Negara iaitu Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim dan Tun Mohamed Eusoff Chin.

Suruhanjaya Diraja berkenaan mendapati kesalahan telah dilakukan oleh individu berkenaan dan perkara itu bertentangan dengan undang-undang negara. Mereka telah mencadangkan agar tindakan selanjutnya diambil ke atas individu yang terlibat. - mStar

12 November 2009

Correct, correct, correct - Kes akan dibuka semula : SPRM

Lingam: SPRM mahu kes dibuka semula, Majlis Peguam lega

Oleh Shazwan Mustafa Kamal

KUALA LUMPUR, Nov 12 — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengumumkan pihaknya akan mendapatkan kebenaran Jabatan Peguam Negara untuk membuka semula kes peguam Datuk V K Lingam selepas empat hari ia berhadapan dengan tekanan dan kritikan pelbagai pihak.

Isnin lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mengumumkan tiada sebarang tindakan diambil terhadap Lingam sehingga kini kerana beliau didapati tidak melanggar sebarang undang-undang kerana melobi pelantikan hakim walaupun beliau dipaparkan cuba berbuat demikian dalam satu klip video.

Nazri menjelaskan, kerajaan telah melihat kes berkenaan daripada pelbagai segi termasuk Akta Hasutan 1948, tetapi mendapati tiada mana-mana akta di negara ini yang boleh mensabitkan beliau melakukan salah guna kuasa dalam isu pelantikan hakim.

Bagaimanapun hari ini, Pengerusi Panel Penilaian Operasi SPRM, Tan Sri Dr Hadenan Abdul Jalil yang juga bekas Ketua Audit Negara berkata, kebenaran untuk membuka semula kes itu akan diperoleh atas faktor kepentingan orang ramai. [seterusnya]

04 December 2008

Klip video Linggam: Jabatan Peguam Negara arah BPR, polis siasat - malaysiakini

KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara telah mengarahkan Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan polis menjalankan siasatan terhadap hasil laporan Suruhanjaya Diraja mengenai klip video V.K Lingam, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz.
Nazri berkata BPR sudah menjalankan siasatan lanjut terhadap beberapa individu seperti disyorkan suruhanjaya itu daripada aspek kesalahan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.
"Siasatan BPR tertumpu kepada dua perkara iaitu percutian Tun Eusoff Chin (bekas Ketua Hakim Negara ketika itu) di New Zealand bersama V.K Lingam (peguam)dan perkara berhubung pelantikan hakim.
"Siasatan mengenai percutian itu sudah selesai dan kertas siasatan sudah dihantar ke Jabatan Peguam Negara untuk kajian dan keputusan," katanya dalam jawapan bertulis kepada Wee Choo Keong (PKR-Wangsa Maju).
Wee ingin tahu sehingga 17 Ogos lalu, apakah tindakan yang sudah diambil oleh Pejabat Peguam Negara dan BPR terhadap cadangan Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai klip video V.K Lingam.
Beliau berkata BPR telah selesai menjalankan siasatan berhubung pelantikan hakim dan kertas siasatan itu sedang diteliti oleh Peguam Kanan Persekutuan BPR. -- BERNAMA

28 October 2008

LINGAM TAPES: COURT RESERVES JUDGEMENT - malaysiakini

KUALA LUMPUR, Oct 28 - The High Court has reserved its decision on the leave sought by five individuals to initiate judicial review proceedings on the findings of the Royal Commission of Inquiry into a controversial video clip.

Justice Datuk Abdul Kadir Musa said today that he would deliver the judgment at a later date.

The 22-minute clip showed lawyer Datuk V.K. Lingam talking on the telephone about judicial appointments with someone whom the inquiry found was former Chief Justice Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim.
The clip was recorded in 2002 when Fairuz was the chief judge of Malaya. The leave to initiate judicial review proceedings was sought by Lingam, Fairuz and three others - former Chief Justice Eusoff Chin, tycoon Tan Sri Vincent Tan and Umno secretary-general Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor - who were also implicated.

Senior Federal Counsel Azizah Nawawi told the court that leave should be denied as the findings of the inquiry were not reviewable because they were not decisions in the context of Order 53 Rule 2(4) of the Rules of High Court 1980.

Meanwhile, lawyer Razlan Hadri who held a watching brief for the Bar Council appeared at the last minute and requested to hand in a written submission on points of law relating to the Federal Constitution.

Lingam who represented himself objected to request, saying that it was unfair for a party to interfere at the very last minute.

He also questioned why the Bar did not make the application when the hearing started in July.
He said there would be further delays if the Bar was allowed to make the submission as the other counsel would also need to reply to it.

The afternoon hearing was dragged until 5.45pm when the judge allowed Razlan to make his submission orally not in open court but through Azizah. - Bernama

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive