Showing posts with label husam. Show all posts
Showing posts with label husam. Show all posts

15 August 2014

Husam Musa berkata ...

Khalid Cukup Memperalatkan Pas


Gambar: NSTGambar: NSTSAYA memerhatikan pergolakan Selangor sambil mendisiplinkan diri dengan membisu sekian lama.
Diharapkan ia tidak menambahkan kekeruhan sedia ada sekalipun sekian ramai awak-awak telah mengharubirukan lagi keadaan dengan komen-komen yang sesetengahnya tidak bertanggungjawab, bahkan mencederakan nama baik Pas.
Tikus lebih mudah merosakkan labu kerana menghancurkan lebih mudah dari membina.
Namun begitu, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai seorang insan gentleman dan berakhlak mulia mesti tahu batas beliau boleh menumpang Pas.
Beliau boleh mendapatkan simpati, perlindungan sementara dan sokongan Pas dalam lingkungan semangat Pakatan Rakyat.

31 July 2014

Husam mahu Zuhdi bertanggungjawab atas analisis WhatsApp terbocor

Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa mahu Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Dr Mohd Zuhdi Marzuki bertanggungjawab atas analisisnya terbocor dari WhatsApp yang berbaur istilah rasis. – Gambar fail The Malaysian Insider, 31 Julai, 2014.












Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa mahu Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Dr Mohd Zuhdi Marzuk bertanggungjawab atas analisisnya terbocor dari WhatsApp yang berbaur istilah rasis. – Gambar fail The Malaysian Insider, 31 Julai, 2014
Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa berkata Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Dr Mohd Zuhdi Marzuki perlu mengambil tanggungjawab sepenuhnya ekoran terbocornya tulisan beliau dalam WhatsApp AJK PAS Pusat.
Bagi Husam, PAS tidak boleh diseret dalam masalah ini dan Zuhdi perlu mengambil tanggungjawab jamaah dan bertindak sewajarnya tanpa perlu parti itu mengambil tindakan atas implikasi tersebarnya kenyataan itu.
"Memang pihak yang membocorkan tulisan dalaman itu juga salah, tetapi tanpa ada pihak yang menulis sedemikian rupa, ini tidak akan berlaku," kata Husam kepada The Malaysian Insider.

29 April 2013

UAI belasah Mahathir 10 - 1 di Putrajaya semalam



Ustaz Azhar Idrus terus menggegar... Kali ini di presint 19 Putrajaya dalam program Pakatan Rakyat bersama Husam Musa. Ceramah yang diserikan dengan kehadiran Mustafa kamal bersama-sama 100 orang rakan-rakannya dengan motosikal kuasa tinggi demi menyatakan sokongan kepada Pakatan Rakyat terutama PAS itu berlangsung dengan aman tanpa kejadian tidak diingini.

Pada waktu yang sama Mahathir dan Tengku Adnan turut mengadakan ceramah untk menyaingi Husam dan Ustaz Azhar Idrus .....juga di Putrajaya iaitu di precint 3.

Program BN itu diberitakan berjaya mengumpul sekitar 3000 pengunjung tetapi masih jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan kehadiran di program Pakatan Rakyat yang diadakan di Precint 9 itu yang diberitkankan mencapai angka 30 ribu orang.. wallahu a'lam

Jika perkiraan itu benar bermakna UAI menewaskan Mahathir dengan jurang yang begitu besar iaitu 10 berbalas 1... wakaka. macam bolasepak la pulak!!!

Nilai sendiri berdasarkan gambar di bawah
kredit gambar FB - Kami Boikot Buletin Utama TV3's photo.  
Nasib baik ada skrin besar. kalau tak ada dengar suara saja la.... wakaka
Berapa jarak dari belakang ke pentas utama? kredit gambar Izuwan Arc Golok's 
PUTRAJAYA: Sekali lagi kita terpaksa membiarkan gambar berbicara sendiri siapakah yang lebih banyak mendapat sambutan program masing-masing di Putrajaya malam tadi.

Semalam, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terpaksa datang untuk Ceramah Perdana Pertahankan Putrajaya selepas puluhan ribu menyertai ceramah Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat di Presint 3 malam tadi.

Acara beliau di Presint 3 juga disambut meriah. Ada sekeping gambar yang nampak kehadiran bas di program Mahathir bersama calon BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Tapi apakah ia setanding apa yang dicapai oleh calon PAS Datuk Husam Musa bersama Ustaz Azhar Idrus di Presint 19?

(Pelakun Mustafa Kamal turut datang memberikan sokongan kepada Husam di Putrajaya)

Perbandingan tersebut boleh dilihat di dalam gambar ini.

Di dalam kuliahnya, Ustaz Azhar Idrus menyatakan harapannya untuk melihat sebuah kerajaan baru yang telus, lebih baik dan beramanah selepas 5 Mei nanti.

Menjawab soalan parti mana yang perlu diundi, berikut ialah jawapan Ustaz Azhar Idrus.

“Kita jawab mudah. Kita duduk di atas padang. Pangkahlah di atas kepala tuan-tuan sendiri. Faham tak? Benda? Tu atas tu (Tangan Ustaz Azhar menghala ke bulan di atas langit). Atas langit tu, jangan pangkah dahi. Nampak tak?”

Hadirin jawab "nampak" sambil tergelak.

Ustaz Azhar menyambung jawapannya.

“Buat apa nak pangkah dia? Kerana dia bulan? Bukan. Kerana dia lawa putih gitu? Bukan. Kerana dia ada hijau di keliling? Tidak. Faham tak, tak kira apa warna pun, jikalau tulah yang nak kepada kebenaran, nak menegakkan manfaat yang boleh dikongsi bersama, nak menjatuhkan kebathilan, buat marilah logo apapun, kita akan sokong. Dulu, kini dan selamanya.

"Kebetulan inilah logo yang telah dipersetujui oleh ulamak-ulamak kita, tok-tok guru kita, ustaz-ustaz kita yang berjumlah ribuan di dalam Malaysia, maka kita bersetuju dengan logo ini di peti undi nanti. Bukan kerana logo tapi kerana partinya sudah menetapkan untuk menegakkan kebenaran,” tegas beliau.

Di majlis itu juga, pelakon popular Mustapha Kamal turut hadir bersama dengan lebih 100 rakannya ke Putrajaya menyatakan sokongan secara terbuka kepada calon PAS Putrajaya, Datuk Husam Musa.

Sedikit gambaran situasi di Putrajaya semalam



10 April 2013

Datuk Husam buka bilik gerakan/pusat media di Presint 9 Putrajaya


Husam yakin Tg Adnan akan kekal di Putrajaya

Harakahdaily
Apr102013
KUALA LUMPUR: Calon PAS Putrajaya, Datuk Husam Musa (gambar)yakin Setiausaha Agung Umno, Datuk Tengku Adnan Mansor tidak akan meninggalkan Putrajaya untuk bertanding di tempat lain.

Ini kerana, jika beliau berbuat demikian beliau akan dituduh melarikan diri sedangkan beliau telah menjalankan tugas dengan baik selama ini.

"Saya tak jangka Tengku Adnan akan lari tinggalkan Putrajaya, dia jeneral dan memberikan khidmat yang baik sebelum ini.

"Jika beliau tidak bertanding di situ, beliau akan dianggap 'chicken out' (penakut) oleh lawannya," kata Husam dalam sidang media di Pusat Media PAS hari ini.

25 March 2013

Husam fail semula kes saman terhadap “Papagomo”


Aslani M,25 Mac 2013
KOTA BHARU: Memandangkan ada penemuan bukti baru kes saman Datuk Husam Musa terhadap Wan Muhammad Azri Wan Deris menyebabkan hakim menasihatkan kes itu difail semula.

Oleh itu bagi membolehkan kes tersebut difail semula, kes yang berjalan hari ini ditarik balik.

Berikutan itu Husam yang juga Naib Presiden PAS melalui peguamnya, Hisham Fauzi menyatakan persetujuan di atas cadangan hakim pada perbicaraan itu kes petang tadi.

Beliau pada keterangan sebagai saksi pertama kes itu memberitahu mahkamah beberapa saksi baru ditampilkan termasuk bekas isteri Wan Azri dan dua blogger pro Umno yang disapina.

Selain itu katanya, blogger-blogger lain juga telah menyatakan persetujuan menjadi saksi kes berkenaan.

22 January 2013

Kelantan fail injunksi terhadap Petronas untuk hentikan pembayaran royalty

Oleh Zurairi AR
January 22, 2013

Husam Musa memegang sidang akhbar sebelum memfailkan injunksi terhadap Petronas. — Gambar Zurairi AR
KUALA LUMPUR, 22 Jan — Kerajaan negeri Kelantan hari ini memfailkan injunksi terhadap Petronas dari membayar bahagian royalti kerajaan negeri kepada kerajaan persekutuan.
Injunksi difailkan dua bulan selepas Presiden Petronas dan Ketua Pegawai Eksekutif Tan Sri Shamsul Azahar membuat kenyataan mengatakan Petronas tidak berhutang dengan negeri tersebut sebarang royalti kerana kerajaan persekutuan yang menguruskannya.
“Saya nampak kes injunction ini perlu diselesaikan oleh mahkamah dalam tempoh yang singkat,” Ahli Majlis Mesyuarat Negeri (Exco) Datuk Husam Musa memberitahu pemberita di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur disini.
Injunksi difailkan ditengah-tengah pertarungan undang-undang diantara kerajaan negeri dan Petronas, selepas saman difailkan pada April 2010 sebagai percubaan untuk mendapatkan pembayaran royalti diatas semua petroleum yang ditemui di pantai Kelantan.
Husam mendakwa rakyat Kelantan akan lebih berterima kasih jika pembayaran royalti RM12 bilion dilakukan daripada tujuh janji diberikan oleh perdana menteri.
Dalam lawatan ke Kelantan Ahad lepas, Datuk Seri Najib Razak menjanjikan tujuh projek besar jika Barisan Nasional (BN) mengambil alih Kelantan pada Pilihan Raya 2013.
Tujuh projek tersebut termasuk lebuhraya menghubungkan Kuala Krai ke Kota Bharu, masjid bernilai RM50 juta dan stadium baru.
Husam mendakwa hampir kesemua projek diumum Najib sudah berada dalam perancangan dan sudah diumumkan kerajaan negeri, dan dengan mudah dilaksanakan jika pembayaran royalti RM12 bilion dibuat.
“Saya rasa hairan bagaimana penasihat-penasihat kepada PM tak boleh berikan satu tawaran yang lebih menyentuh hati rakyat,” kata Husam.
“Dia ingat rakyat Kelantan tak berapa cerdik, tapi rakyat Kelantan antara rakyat yang sedar politik.”
Husam menekankan keperluan untuk menambak empangan di Sungai Golok, untuk melindungi kawasan-kawasan seperti Pasir Mas, Tumpat dan Rantau Panjang daripada banjir.
Beliau juga mencadangkan sebuah lapangan terbang antarabangsa baru untuk Kota Bharu bagi menggantikan lapangan terbang domestik semasa yang mengendalikan sehingga 40 penerbangan sehari.
Perlawanan undang-undang Kelantan dan Petronas berterusan dengan negeri memfailkan petisyen penggulungan terhadap Petronas.
Petisyen itu boleh menyebabkan Seksyen 218 (1) (e) Akta Syarikat 1965 digunakan, di mana syarikat yang tidak dapat membayar hutangnya diambil tindakan oleh mahkamah.- TMI











12 October 2012

Warkah Husam kepada Utusan

Dengan Nama Allah, Maha Pemurah Maha Penyayang

Assalamualaikum wrt wbth

Yang Berbahagia,
Saudara Ketua Pengarang,
Utusan Malaysia.

SOROS, SAMAN MALU DAN SALAM TAKZIAH

Sejak kecil saya adalah pembaca setia Utusan. Di Kelantan, dulu Utusan sampai belah petang.

Pulang dari sekolah, sejak darjah tiga, singgah di kedai depan Sekolah Kota, sekolah saya, membimbit Utusan dan menekuninya dari laman ke laman.

Malangnya, untuk tujuh lapan tahun ke belakang, setiap kali menatap Utusan, saya merasa seakan diperlakukan sebagai pembaca terbantut akal – tidak mampu berfikir. Terasa diri diperbodohkan.

05 August 2012

Kenyataan Media YB Husam Tentang Keputusan Terbaru Najib Nak Bincang Isu Royalti

KENYATAAN AKHBAR: JAWATANKUASA KHAS KAJIAN PEMBAYARAN BAYARAN TUNAI PETROLEUM 

Saya mendarat di KLIA sekitar jam 3 petang ini, pulang dari mengerjakan umrah. Satu dari niat saya mengerjakan umrah ialah untuk mendoakan perjuangan rakyat Kelantan mendapatkan royalti petroleum menjadi kenyataan.

Setiba di KLIA, saya menerima panggilan dari pemberita memintakan komen mengenai pengumuman PM mengenai penubuhan sebuah jawatankuasa khas mengkaji pembayaran royalti/bayaran tunai petroleum yang akan dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Tun Abdul Hamid Mohamad boleh dilihat positif dan juga sebaliknya.


Saya memohon tempoh untuk meneliti kenyataan PM sepenuhnya sebelum memberikan komen saya.

16 February 2012

Husam saman Papagomo

Written by Aslani M
Khamis, 16 Feb 2012 14:46

KOTA BHARU, 16 Feb: Blogger mesra Umno, Papagomo sekali lagi menerima nasib malang apabila disaman pula Naib Presiden PAS, Dato’ Husam Musa berhubung dakwaan fitnah yang disiarkan melalui blognya.

Dua minggu lepas blogger terbabit disaman seorang peguam terkenal, Datuk Shukri Mohamad juga berkaitan artikel fitnah yang disiarkan dalam blognya.

Writ saman tersebut difailkan Husam melalui peguam Hisham Fauzi baru-baru ini dengan menuntut gantirugi sebanyak RM10 juta, memohon maaf secara bertulis, gantirugi teladan, gantirugi melampau dan gantirugi punitif.

Selain itu injunksi menghalang defendan atau ejen atau pembantu berkomunikasi, memberi komen, mengulangi

02 July 2011

Gugur Hishamuddin gantikan dengan yang lebih matang - Husam kepada Najib

Harakahdaily

RANTAU PANJANG, Jul 1: PAS vice president Husam Musa has urged prime minister Najib Razak to sack Home minister Hishamuddin Hussein over the latter's ‘panicky’ reaction to the July 9 Bersih rally.

Hishamuddin says yellow shirts are banned

Drawing similarities between Hishamuddin and the staunchly pro-UMNO member of parliament Ibrahim Ali, Husam called on Najib to appoint someone who was "more mature" in handling the government's opposition to Bersih.

02 June 2011

Saya tak pernah jumpa Husam di China - Kickdefella

 Husam berkata tuduhan beliau berbual telefon dengan Syed Azidi adalah palsu.

SHAH ALAM, 2 Jun — Pemblog Syed Azidi Syed Abdul Aziz menegaskan, beliau tidak pernah bertemu dengan Datuk Paduka Husam Musa sejak akhir 2009, lebih-lebih lagi di China sebagaimana didakwa blog-blog pro-Umno, malah tidak pernah menerima RM300,000 untuk berkempen membantu beliau pada pemilihan PAS kali ini.

“Dakwaan bahawa saya telah bertemu dan menerima wang sejumlah RM300,000 di Republik Rakyat China daripada YB Datuk Haji Husam baru-baru ini adalah tidak tepat,” kata beliau dalam penjelasan yang disiarkan menerusi blognya malam ini.

01 June 2011

Datuk Husam tak pernah jumpa Kickdefella

Pegawai: Husam tak temu Kickdefella di China, ‘ia permainan Umno-BN’
Oleh G ManimaranJune 01, 2011
 
KUALA LUMPUR, 1 Jun – Datuk Paduka Husam Musa tidak pernah mengadakan sebarang pertemuan dengan pemblog Syed Azidi Abdul Aziz atau yang mesra dikenali “Kickdefella” bagi mendapatkan bantuannya berkempen menghadapi pemilihan PAS yang berlangsung sekarang.

Husam, Exco Kerajaan Negeri Kelantan, bertanding semula kerusi naib presiden kali ini.

Sehubungan itu pegawai khas Husam, Kamarulzaman Abdullah berkata, perkembangan terbaru itu terbukti bahawa Umno-BN terkesan dengan kedudukan beliau dan barisan kepimpinan PAS akan datang.

28 February 2011

3 dalil Mahathir pengkhianat Melayu - Husam

Exco kanan kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa mengemukakan tiga dalil bagi membuktikan dakwaannya bahawa mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad "pengkhianat Melayu".

Menurutnya, beliau sudah lama berpandangan sedemikian. Antara buktinya itu, termasuk pendaratan minyak dan gas ke Songkla dilakukan "secara sengaja dan terancang" bagi menafikan hak Kelantan yang majoriti penduduk Melayu mendapat apa sahaja peluang faedah berkenaan.

"Bila hak Kelantan ternafi sampai kini, hak rakyat Kelantan juga ternafi dan dikhianati. 95 peratus penduduk Kelantan adalah Melayu. Maknanya Tun M mengkhianati Melayu, Melayu Kelantan secara khusus," tulis Husam di blognya.

"Kawasan JDA (perdaratan minyak dan gas) hanyalah 150 km dari pantai Kelantan berbanding 270 km ke Songkla.

"Dari Songkla, terpaksa dibina saluran paip gas daratan sejauh 180 km lagi untuk gas tersebut dibawa semula ke Malaysia melalui Kedah untuk mengelakkan Kelantan tersentuh!" kata Husam.

Husam yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Kelantan berkata susulan itu, hak royalti Kelantan dan faedah industri hiliran turut dinafikan walaupun telaga itu paling hampir dengan Kelantan berbanding semua tempat lain sama ada di Malaysia atau Thailand.

"Namun sedikit pun faedahnya tidak dapat dikecapi oleh rakyat Kelantan, baik Melayu, Cina, India dan Orang Asli. Ia adalah program politik untuk memencilkan Kelantan.

"Secara automatik Melayu Kelantan juga terpencil. Sebagai anak Kelantan, saya merasai bagaimana hak kami dinafikan. Dan saya adalah Melayu," coretnya lagi.

Ahli jawatankuasa PAS pusat itu juga mendakwa "lebih jelas lagi pengkhianatan" Dr Mahathir apabila beliau membatalkan pemberian royalti kepada kerajaan Terengganu yang diberikan selama 22 tahun selepas negeri itu terlepas daripada BN.

"95 peratus rakyat Terengganu adalah Melayu. Sekali lagi Tun M lupa kepentingan Melayu demi kepentingan kepartian Umno semata-mata. Melayu Terengganu juga dikhianati.

"Tun M sanggup membatalkan apa yang telah menjadi amalan selama ini demi kerana politik.

"Orang seperti ini meletakkan politik parti mengatasi segala-galanya dan soal Melayu dengan sendirinya adalah lebih kecil dari kepentingan politik," katanya.

Dalam tulisan itu juga, Husam berkata pilihan raya 1999 menyaksikan perubahan sokongan pengundi Melayu terhadap Umno berikutan isu pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai timbalan perdana menteri sehingga menyebabkan kuasa Umno tergugat.

"Pengundi bukan Melayu memilih untuk bersama BN pada waktu itu. Apa yang dilakukan oleh Tun M?

"(Beliau) mengubah sempadan pilihanraya dengan memasukkan kawasan pengundi bukan Melayu ke dalam DUN atau Parlimen majoriti pengundi Melayu di seluruh negara supaya peratusan pengundi Melayu mengecil untuk menjamin kemenangan Umno/BN," katanya.

Dengan nada sinis, Husam yang juga ADUN Salor mempersoal angkara siapa yang menyebabkan hari ini pemimpin Umno melaungkan 'ketuanan Melayu' terancam.

Sehubungan itu, beliau menyatakan kesediaannya untuk berdebat dalam diskusi ilmiah dengan bekas presiden Umno itu mengenai isu pengkhianatan Melayu oleh Umno

"Sementara itu, siapa sahaja yang mempunyai pandangan terhadap bagaimana Umno mengkhianati Melayu selama ini boleh berkongsi mengenainya dalam FB '54 tahun Umno Khianati Melayu'" katanya [HD]

06 May 2010

Isu Limbang: Husam ajak rakyat saman Putrajaya

Oleh G. Manimaran

May 06, 2010KUALA LUMPUR, 6 Mei — Exco Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Husam Musa mengajak rakyat mengemukakan kes saman sivil terhadap kerajaan pusat yang didakwa menyerahkan dua blok minyak kepada Brunei sebagai pertukaran kepada Limbang.

“Selepas satu tempoh yang memuaskan berlalu tanpa sebarang tindakan, saya mencadangkan sebilangan rakyat Malaysia memfailkan saman awam warga negara Malaysia ke atas kerajaan Malaysia untuk mendapatkan pengisytiharan penyerahan ini adalah tidak sah dan bertentangan dengan kehendak Artikel 2 Perlembagaan Persekutuan seperti yang saya sebutkan,” katanya.

Dalam kenyataan dikeluarkan, Husam berkata, beliau berharap ahli-ahli Parlimen, peguam, pertubuhan bukan kerajaan dan orang perseorangan termasuk dari Sabah dan Sarawak, boleh bersamanya untuk memfailkan kes itu di mahkamah.

“Saya juga akan menulis surat kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah dan Sarawak untuk mencadangkan kepada mereka agar menyatakan pendirian mereka dalam isu ini dan memanggil satu sidang DUN khas untuk membahaskan isu ini.

“Sesiapa yang berasakan bertanggungjawab ke atas keputusan-keputusan sewenang-wenangnya menggadai wilayah negara ini, boleh menghubungi saya atau pembantu saya menerusi alamat emel gadailautmalaysia@gmail.com,” kata beliau.

Sehubungan itu, beliau juga menggesa bahawa kerajana pusat perlu mendedahkan kepada awam semua perhubungan antara Putrajaya dan Brunei, Sabah, Sarawak dan Petronas sehingga berlakunya penyerahan Limbang dan pendedahan semua keputusan Kabinet mengenai perkara tersebut.

Husam merupakan pengerusi jawatankuasa teknikal kerajaan negeri Kelantan yang menuntut bayaran royalti minyak daripada kerajaan pusat.

Selain itu beliau juga menggesa agar ditubuhkan sebuah suruhanjaya diraja yang bebas dan telus untuk menyiasat isu itu.

“Tidak pernah berlaku dalam sejarah moden negara kita kejadian yang sama berlaku selepas negara merdeka.

“Maka, demi kepentingan negara dan kepentingan awam, kejujuran, keterbukaan dan ketelusan oleh kabinet dan Perdana Menteri adalah sangat diperlukan,” katanya.

Kata Husam, tindakan mengeluarkan sempadan negara, kemudian mengeluarkannya tanpa mengikut tatacara berperlembagaan dan bersifat unilateral dari kerajaan pusat, akan mengakibatkan terlalu banyak implikasi kepada negara.

Satu daripada implikasi itu ialah integriti dan kedudukan Petronas sendiri sebagai badan multinasional yang terpaksa membatalkan kontraknya dengan pihak lain yang akan menunjukkan kontrak-kontrak dengan Petronas adalah tidak terjamin sekaligus akan melemahkan Petronas.

Katanya, tidak kira betapa berkuasanya seseorang Perdana Menteri itu, Perlembagaan Persekutuan tidak sekali-kali membenarkan seseorang ketua kerajaan menyerahkan sesuatu wilayah Malaysia kepada negara lain sama ada di daratan atau lautan.

Perbuatan demikian adalah sesuatu yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, katanya. - TMI

24 February 2010

Royalti minyak Kelantan 2 billion bukan 20 juta : Husam

KOTA BARU, Feb 23 — Kelantan membetulkan kenyataan penjelasan dibuat kerajaan pusat kelmarin bahawa tunggakan royalti yang perlu dibayar kepada kerajaan negeri itu adalah sebanyak RM2 bilion, bukannya RM20 juta.

Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Petroleum Negeri, Datuk Husam Musa berkata, bayaran semasa yang sepatutnya diterima kerajaan negeri itu adalah RM600 juta iaitu mengikut hasil pengeluaran 2008.

“Royalti sebanyak RM20 juta hanya diperoleh dari telaga Bumi Selatan yang dikeluarkan sejak 2008.

“Yang kita tuntut tunggakan sahaja tidak kurang daripada RM2 bilion dan bayaran semasa tidak kurang RM600 juta.

“Kita berharap kerajaan Malaysia (kerajaan pusat) dapat memperbetulkan semula pendirian mereka secepat mungkin supaya tidak menimbulkan kekeliruan,” kata beliau pada sidang media hari ini.

Ahad lalu, akhbar harian Bahasa Malaysia menyiarkan iklan penjelasan isu tuntutan hasil petroleum yang ditaja Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

Husam yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, iklan terbabit begitu menggelirukan antaranya perkara yang dirujuk tidak ada kena mengena dengan akta atau undang-undang berkaitan petroleum.

Salah satu perkara menyentuh soalan “Mengapa wang ihsan yang ditawarkan oleh Kerajaan Persekutuan untuk Kelantan hanya dalam jumlah RM20 juta?”

Penjelasan kerajaan negeri itu menyebut, “kami tidak dapat menjawab soalan ini kerana ini adalah jumlah yang sewenang-wenangnya dibuat oleh kerajaan persekutuan dan tanpa asas perundangan.”

“Tuntutan kami bagi bayaran tunggakan adalah melebihi RM2 bilion dan bayaran tahunan tidak kurang dari RM600 juta,” kata penjelasan itu.

Dalam senarai jawapan yang diedarkan kepada wartawan terdapat lapan perkara bagi menjelaskan mengenai tuntutan royalti.

Antaranya, mengikut Akta Pembangunan Petroleum 1974 kesemua 13 perjanjian dan 13 geran penyerahan hak menggunakan istilah bayaran tunai kepada kerajaan negeri berkenaan.
Perkataan yang popular digunakan semua pihak ialah royalti.

Selain itu, semua negeri di Malaysia ditadbir urus mengenai petroleum di bawah akta yang sama termasuk Sabah atau Sarawak.

“Perjanjian tersebut menyebut bahawasanya kerajaan dan Petronas adalah ingin hendak membuat sesuatu perjanjian menurut Seksyen 4 Akta PDA ia tak merujuk kepada Akta Ordinan Darurat 1969 yang telah dimansuhkan,” ujarnya.

Kata Husam, adalah amat memalukan kerajaan menggunakan akta yang telah dimansuhkan.

Seksyen 4 Akta tersebut menjelaskan sebagai balasan bagi penggunaan dan hak-hak kebebasan dan keistimewaan-keistimewaan yang diletakkan hak kepadanya (Petronas).

Mengikut akta itu, Petronas hendaklah membuat bayaran wang tunai sebagaimana yang dipersetujui pihak-pihak berkenaan kepada kerajaan Persekutuan lima peratus kepada kerajaan mana-mana negeri yang berkenaan.

“Jadi akta ini dengan jelasnya menunjukkan pembayaran dibuat oleh Petronas kepada negeri dan bukan kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan atau Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri,” katanya.

Beliau juga berkata, perjanjian yang dilaksanakan di antara negeri-negeri dengan Petronas pada 1975/1976 menjelaskan hak negeri di daratan dan luar pantai.

Oleh itu, katanya, tiada dinyatakan sama ada dalam PDA 1974 dan perjanjian di antara negeri, di mana setiap negeri menerima bayaran tunai bagi pengeluaran petroleum di luar pantai. TMI

21 December 2009

Giliran saya mentertawakan Utusan - Datuk Husam Musa


DIS 21 — Nampak jelas Utusan melalui tulisan Zul Bakar hari ini, yang tentunya menggambarkan Umno juga, begitu cemas dan gentar bila Pakatan Rakyat semalam mengambil bentuk yang lebih konkrit dan konstruktif.

Di luar jangkaan dan agenda pecah belah Utusan, Pakatan Rakyat melalui satu perhimpunan besar yang bersejarah, keluar dengan persepakatan polisi utama, termasuk kedudukan Bahasa Melayu dan Agama Islam, yang menjadi peluru Utusan membakar sentimen pengundi Melayu terhadap Pakatan selama ini.

Pakatan kini, dari segi susanan ras, sudah at par dengan BN. Halangan mental yang cuma dibina sebelum ini ke atas Pakatan ialah ketidakselarian pendirian terhadap isu-isu kaum, agama dan kedudukan Perlembagaan. Kini, dengan persepakatan polisi Pakatan, Pakatan muncul lebih meyakinkan dari BN yang dihantui amalan tempangnya yang panjang selama ia berkuasa.

Kelebihan persepakatan polisi Pakatan ialah, ia menyelesakan isu fundemental hubungan antara kaum, ditambah dengan pembaharuan polisi governance yang menjadi kekurangan BN selama ini.

Apa yang boleh dibuat oleh BN ialah meniru polisi-polisi governance Pakatan tetapi persoalannya, dengan heretan permasalahan dan sikap Kerajaan sedia ada yang tidak coherent dengan apa yang dikehendaki oleh majoriti rakyat, menjadi halangan besar bagi BN.

Zul Bakar dan Utusan konsisten dalam usahanya memecahbelahkan Pakatan Rakyat. Target utamanya ialah PAS. Sejarah penulisan Zul dan Utusan sepanjang isu ini menjadi bukti.

Zul dan Utusan cuba satu masa meletakkan persetujuan PAS menerima Pakatan hanyalah agenda "kumpulan Erdogan" dan saya adalah antara termasuk dalam label “Erdogan” yang telah dimainkan oleh Utusan sekian lama.

Bila Ustaz Hadi berdiri bersama dua pimpinan Pakatan yang lain di atas pentas dan gambar mereka tersebar luas, nyata komitmen terhadap Pakatan adalah komitmen PAS, bukan komitmen kumpulan Erdogan yang kononnya wujud dalam PAS.

Tentulah hati Zul hancur dengan keadaan ini. Utusan berperanan menewaskan saya berdasarkan sejarah dan urutan berita dan rencana yang disiarkan. Namun, tewasnya saya tidak berjaya mencapai sasaran Utusan mengasingkan PAS dari rakan Pakatan yang lain.

Saya patut bergembira atas gagalnya Utusan. Giliran saya untuk mentertawakan Utusan.

Medan dakwah PAS menjadi lebih terbuka di bawah konsep Pakatan. Perjuangan PAS memerlukan public acceptance dari semua kaum dalam negara. Public acceptance itu boleh dicapai melalui public polisi mengikut stage siasah syariyyah yang benar dan tulin. Sudah tentu polisi yang diolah seperti itu boleh diterima umum dan pada masa yang sama tidak meningalkan asas perjuangan.

Ia mesti bermula dengan trust dan trust itu telah mula diperolehi melalui sokongan meningkat bukan Melayu dalam pilihanraya 2008. Kepercayaan itu tidak boleh dirosakkan dan tidak juga boleh digagalkan.

Dua perkara yang boleh merosakkan trust itu. PAS hanya menjuarai isu kemelayuan sekalipun bertentangan dengan konsep keadilan dan kesaksamaan sejagat. Bila nilai keadilan dijunjung tinggi, bukan bermakna segala yang terhak kepada orang Melayu mesti diketepikan seperti yang cuba digambarkan oleh media lawan.

Kedua, PAS menerima kerjasama dengan Umno yang akan meletakkan segala korupsi, lunturnya rule of law dan hilangnya integriti segala institusi utama negara terus tertegak kerana hilangnya segala nilai murni dalam Umno di semua peringkat. Samada PAS memimpin dan Umno di belakang atau Umno kekal di depan dan PAS mengiyakan kebobrokan yang berlaku kerana hilangnya jati diri parti itu.

Trust itu lebih penting bagi perjuangan PAS baik dari sudut dakwah mahupun politik.

Melalui Pakatan, PAS berpeluang menjadi rakan utama dengan meluaskan bilangan kerusinya dalam pilihanraya akan datang. PAS belum mencapai siling kekuatan. Ia masih boleh meningkatkan pencapaiannya baik di peringkat DUN mahupun Parlimen.

Dalam konteks perubahan dan reformasi, perubahan hanya boleh dilakukan oleh kumpulan yang mendokong dan menghayati nilai-nilai murni. Ia tidak boleh datang dari parti yang sudah korup nilai murninya dan luntur jati diri. Seperti disimpulkan oleh Tun, busuk sampai ke usus. Parti yang “usus” dan “'akalbudinya” sihat saja mampu membawa perubahan.

Perubahan kepada kedudukan negara ini sangat kritikal dan mustahak. Semua pihak yang mencintai perubahan ke arah kebaikan, perlu mempersiapkan diri seberapa maksimum.

Jika ada lagi kekurangan Pakatan, ia perlu diperbaiki dan diolah terus menerus sehingga Pakatan layak di mata rakyat menggantikan Umno/BN.Pada masa yang sama, setiap komponen Pakatan harus bergerak memperkuatkan pencapaian masing-masing secara bersama, termasuk di Sabah dan Sarawak.

Jika pencapaian setiap parti dalam Pakatan dapat dilonjak sedikit lagi, Insya Allah, era perubahan yang ditunggu sekian lama akan menjadi kenyataan. — cetusan-hati.blogspot.com

29 November 2009

Kesetiaan ‘dari dunia sampai akhirat’ tidak akan tergugat — Husam Musa

NOV 29 — Tajuk muka depan sebuah akhbar mingguan “Husam Letak Jawatan?” Ahad lalu bagai panahan kilat dan halilintar. Lazimnya kilat dan guruh tidak muncul pada musim tengkujuh seperti ini kecuali kilat buatan dengan motif tertentu. Ia datang salah musim dan gelora Laut Cina Selatan sudah cukup besar untuk menenggelamkan ombak buatan.

Keseronokan bekerja meningkat sejak kebelakangan ini dengan isu tuntutan royalti. Saya diberi kepercayaan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Petroleum Negeri. Fokus saya ialah bagaimana “mendekati” Kerajaan Pusat supaya membuka pintu minda dan bersifat saksama? dan itu sangat baik untuk keluhuran kehidupan berpersekutuan di negara kita.

Saya yakin di sana ada peluang. Perdana Menteri kini mendukung konsep 1 Malaysia. Sekurang-kurang itu slogan yang dikumandangkan. Tidak mungkin slogan ini akan dibiarkan lemas dengan keputusan yang tidak selari ketika ia masih di alam rahim.

Hujah yang baik, saya yakin akan meyakinkan Perdana Menteri. Bahkan, langkah beliau mengumumkan di Parlimen dalam tempoh yang relatif singkat adanya pengeluaran petroleum dalam perairan Kelantan, sudah sangat bermakna. Surat Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat atau Tok Guru pada Perdana Menteri dihantar Ogos lalu, bersama-sama "Memorandum of Claim" yang dirangka beberapa peguam yang menggariskan sudut undang-undang tuntutan ini. Pada 4 November, hanya dalam tempoh tiga bulan, Perdana Menteri memberi respon rasmi di Dewan Rakyat, pada saya satu permulaan sangat positif. [seterusnya]


20 November 2009

Konspirasi jatuhkan Husam?



Oleh Adib Zalkapli

KUALA LUMPUR, Nov 20 ? Exco Kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa mendakwa sudah wujud konspirasi untuk menggulingkan beliau daripada pentadbiran kerajaan negeri itu.

“Terdapat usaha untuk mencetuskan perbalahan antara saya dan Tok Guru (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan),” akui beliau kepada The Malaysian Insider hari ini.

“Saya sedar tentang kewujudan konspirasi (pihak tertentu) terhadap saya,” kata beliau lagi.

Pada Jun lalu, Husam yang dilihat sebagai ‘anak emas’ Nik Aziz, tewas dalam pertandingan merebut kerusi Timbalan Presiden PAS.

Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS disebut sedang timbang untuk menggugurkan Husam daripada Kabinet pentadbiran negeri ekoran isu Syed Azidi Syed Abdul Aziz yang dipecat sebagai Pengarah Perhubungan Korporat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) minggu lalu.

Syed Azidi, blogger Kickdefella, pula dilihat sebagai antara orang kanan Husam.

PMBK kini diterajui oleh menantu Nik Aziz, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman.

Semalam Syed Azidi mendakwa Nik Aziz telah meminta Ariffahmi yang kini disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya meletakkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif PMBK.

Bagaimanapun ia dinafikan oleh Ariffahmi yang turut mendakwa Syed Azidi cuba untuk memberi tekanan ke atas Nik Aziz.

Khabar angin mengenai langkah menggugurkan Husam sebagai Exco mula timbul ekoran dakwaan Syed Azidi bahawa Nik Aziz akan mengumumkan keputusan letak jawatan Ariffahmi, semalam.

“Saya tahu bahawa Tok Guru tidak akan berbuat demikian kerana beliau seorang pemimpin yang waras,” tambah Husam yang merupakan Exco Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kerajaan Negeri.

Bagaimanapun Husam juga enggan mengesahkan sama ada Ariffahmi merupakan individu di belakang dalam usahanya untuk menggulingkan beliau daripada kerajaan negeri.

“Mereka adalah pihak luar, berusaha untuk menyerang, tetapi sasaran mereka ialah Tok Guru dan kemudian mereka akan bergerak untuk menggulingkan kerajaan PAS,” kata Husam lagi.

Pemilihan PAS pusat Jun lalu juga memperlihatkan kewujudan kumpulan yang ‘memihak’ Nik Aziz dan juga puak menyokong Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Badan perhubungan PAS Kelantan dijadual mengadakan mesyuarat khas pagi esok dan dijangka membincangkan krisis terbaru di negeri itu.

The Malaysian Insider difahamkan kebanyakan ahli jawatankuasa perhubungan PAS Kelantan mahu Ariffahmi digugurkan dari sayap pelaburan negeri itu.

Bagaimanapun Setiausaha PAS Kelantan Zaki Ibrahim berkata mesyuarat esok adalah pertemuan biasa dan isu PMBK bukan salah satu agenda perbincangan.

“Perkara itu tidak timbul tetapi ahli jawatankuasa perhubungan bebas untuk bercakap mengenai isu itu (PMBK) dalam mesyuarat esok,” kata Zaki kepada The Malaysian Insider.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive