31 July 2014

Husam mahu Zuhdi bertanggungjawab atas analisis WhatsApp terbocor

Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa mahu Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Dr Mohd Zuhdi Marzuki bertanggungjawab atas analisisnya terbocor dari WhatsApp yang berbaur istilah rasis. – Gambar fail The Malaysian Insider, 31 Julai, 2014.












Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa mahu Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Dr Mohd Zuhdi Marzuk bertanggungjawab atas analisisnya terbocor dari WhatsApp yang berbaur istilah rasis. – Gambar fail The Malaysian Insider, 31 Julai, 2014
Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa berkata Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Dr Mohd Zuhdi Marzuki perlu mengambil tanggungjawab sepenuhnya ekoran terbocornya tulisan beliau dalam WhatsApp AJK PAS Pusat.
Bagi Husam, PAS tidak boleh diseret dalam masalah ini dan Zuhdi perlu mengambil tanggungjawab jamaah dan bertindak sewajarnya tanpa perlu parti itu mengambil tindakan atas implikasi tersebarnya kenyataan itu.
"Memang pihak yang membocorkan tulisan dalaman itu juga salah, tetapi tanpa ada pihak yang menulis sedemikian rupa, ini tidak akan berlaku," kata Husam kepada The Malaysian Insider.
fBagi Husam, penyataan senario itu merupakan satu hal, tetapi yang terlalu besar untuk dipikul PAS adalah istilah rasis yang digunakan dalam tulisan itu.
"Dengan perkembangan yang berlaku kebelakangan ini termasuk yang (kenyataan) ini, hancur segala yang dibina oleh PAS selama ini," katanya.
Husam mengulas kebocoran tulisan analisis senario Zuhdi dalam kumpulan WhatsApp yang kini tersebar luas.
Menurut Husam, beliau bukan sebahagian daripada perbincangan WhatsApp itu.
Perbincangan WhatsApp yang tersebar itu mendedahkan Zuhdi menulis:
"Kalau kita keluar PR kita boleh retain Selangor malah untuk seterusnya. Kita 15 kerusi + TSKI + seorang lagi Adun PKR + 12 Umno, dah bentuk simple majoriti. Umno dalam kenyataannya mutakhir ini boleh terima TSKI jadi MB.
"Lepas ini kalau DAP, gereja dan non Muslim melalak isu serban, kalimah Allah, kita boleh jentik saja mereka. Hujung tahun ini ubah sempadan kembalikan semula kuasa politik Melayu Islam. So mana-mana non Muslim, gereja, kita boleh sergah macam sebelum ini," tulis Zuhdi yang pada masa sama mengecam Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan apa yang berlaku melalui akaun Facebook.
Menurut Husam, analisis senario ini bertembung dengan sikap parti itu dan juga Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, di samping merosakkan jambatan yang dibina dengan pihak luar.
"Dalam kes di Terengganu ketika krisis Datuk Seri Ahmad Said dengan BN, kita ambil pendirian tidak akan memujuk Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno untuk melompat menyertai PAS. Jadi analisis ini sudah bertentangan dengan pendirian PAS selama ini," kata Husam mengulas cadangan dalam analisis itu yang sedia menerima pihak Umno untuk bekerjasama dengan PAS.
Menurut Husam, paling teruk adalah istilah digunakan untuk menyerang pihak luar yang selama ini bekerjasama dengan PAS.
"Beliau perlu mengambil tanggungjawab penuh dan tidak mengaitkan PAS dalam hal ini," kata Husam.
Sementara itu, AJK PAS Pusat Nasruddin Hassan yang turut serta dalam perbincangan WhatsApp ini mempertahankan analisis Zuhdi dengan berkata ia hanya sebahagian kecil dari analisisnya dan bukan pandangan beliau.
"Perbahasan ini agak panjang. Saya menyalinnya semula dengan tekun dan memerhati satu per satu baris keseluruhan perbincangan group ini, mengunakan tulisan saiz 12 dengan format potret A4, saya perolehi sebanyak 115 muka surat.
"Perbahasan non-stop menjangkau 2 hari dengan tulisan setebal 115 muka surat A4, tiba-tiba hanya disebarkan secebis sahaja yang mengandungi 11 baris ayat untuk membentuk satu persepsi buruk dan jahat kepada Zuhdi," kata ahli Parlimen Temerloh itu.
Beliau berkata, ramai menganggap itu adalah kenyataan Zuhdi, sedangkan beliau tidak mempunyai pendirian sedemikian.
"Apa yang tertera melalui perca perbincangan yang didedahkan adalah satu daripada banyak senario analisis yang dibentang Zuhdi apabila ahli group sedang berbincang mengenai satu topik yang menelur dari perbahasan mengenai isu MB Selangor, iaitu 'bagaimana kalau PAS keluar atau dikeluarkan dari Pakatan Rakyat'," kata beliau dalam satu kenyataannya.
Sehubungan itu, beliau menyelar individu yang membocorkan sebahagian kecil perbincangan AJK PAS Pusat itu dan mencabar supaya tampil buat pengakuan dan dedahkan keseluruhan 'conversation' ahli kumpulan mengenai isu menteri besar Selangor ini jika beliau adalah seorang yang bertanggungjawab dan berani.
"Jika tidak, memang ia seorang yang penakut dan pengkhianat. Menikam rakan dari belakang demi memuaskan hati 'warlord'nya yang berada di luar parti ," katanya. – 31 Julai, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/husam-mahu-zuhdi-bertanggungjawab-atas-analisis-whatsapp-terbocor#sthash.bOs6pU0d.dpuf

1 comment:

Hati Muda said...

husam tetap terbaik

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive